Friday, April 11, 2014

Pesawat Mendarat di Stesen Minyak, Kerana Kehabisan Minyak


Pesawat Mendarat di Stesen Minyak, Kerana Kehabisan Minyak | AKIBAT kehabisan minyak, seorang juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di jalan raya dan mengisi bahan bakar di stesen minyak di Daerah Beichuan, China. Pesawat ringan yang dipercayai dikendalikan oleh juruterbang warga asing itu pada mulanya mendarat di jalan raya sebelum dilihat beratur bersama kenderaan lain untuk masuk ke stesen minyak. Seorang jurucakap polis berkata, pihaknya telah mendapat laporan bahawa terdapat sebuah pesawat telah mendarat di jalan raya serta bergerak seperti kenderaan biasa. "Agak sukar untuk mempercayai laporan itu tetapi beberapa saksi yang tampil bersama gambar membuatkan kami akhirnya mempercayai laporan berkenaan," kata polis terbabit.


Jelasnya, siasatan polis masih mengesan lokasi pesawat itu mendarat dan berlepas selepas mengisi minyak. "Kami beranggapan pesawat itu mungkin kenderaan biasa tapi berbentuk kapal terbang, namun saksi berkata ia mempunyai keupayaan untuk terbang. "Malah, seorang atendan stesen minyak memberitahu, juruterbang itu menceritakan dia telah menghabiskan sebanyak £200,000 untuk pesawat berkenaan," ujarnya. Berikutan itu, pihak polis Beichuan kini sedang menjejaki juruterbang warga asing itu untuk siasatan. -AFP





.

Pengawal keselamatan berang, bertindak racun kanak-kanak di sebuah sekolah tadika


Pengawal keselamatan berang, bertindak racun kanak-kanak di sebuah sekolah tadika | Seorang wanita Cina ditahan atas dakwaan membunuh dua kanak-kanak dan menyebabkan 30 yang lain jatuh sakit akibat keracunan makanan di sebuah tadika. Pegawai polis daerah Qiubei memberitahu media, suspek Zhao Jianzhi, 44, seorang pengawal keselamatan di premis tersebut dipercayai berang kerana dipaksa meninggalkan kuarters yang didudukinya sejak tiga tahun lalu.

"Suspek didakwa meletakkan racun ke dalam makanan ringan dan meninggalkannya di dalam kelas. "Dua budak perempuan berusia empat dan lima tahun meninggal dunia dan lima yang kini berada dalam keadaan kritikal," katanya dipetik dari laporan Channel News Asia. Sebanyak 25 lagi mangsa kini sedang mendapatkan rawatan dan ada di antara mereka telah keluar dari hospital. -AP




.

Pasangan selebriti, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari menangis kerana bayi dalam kandungan


Pasangan selebriti, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari menangis kerana bayi dalam kandungan | Tinggal kira-kira tiga bulan saja lagi pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari bakal menimang cahaya mata sulung mereka. Bakal melalui pengalaman pertama sebagai ibu dan ayah, perasaan berdebar bercampur gembira mula dirasai oleh pasangan yang juga dikenali dengan jolokan Schawal ini. "Alhamdulillah, kandungan saya suda masuk enam bulan. Pada peringkat trimester dulu, saya mengalami alahan yang agak teruk. Saya tak larat nak buat apa-apa kerja. Saya tak mahu jumpa dengan orang. Saya tak boleh dengar bunyi telefon. Sampai sekarang telefon bimbit saya dalam mode 'silent'. Saya tak lalu makan sehingga ditahan di hospital selama tiga hari. Saya ingat saya alami depresi tapi kawan-kawan yang berpengalaman beritahu yang simptom sebegitu memang normal.

"Sekarang saya dah kembali normal dan dah mula aktif semula. Saya dah mula hadiri acara hiburan dan jalani beberapa penggambaran untuk iklan dan ambil tawaran pengacaraan. Cuma buat masa ini saya tak ambil tawaran berlakon sebab tak larat", kata Scha ketika ditemui pada majlis pelancaran pewangi terbaru Avon, baru-baru ini. Tambah hos program 'Muzik-Muzik' ini, selera makannya juga semakin menjadi-jadi dan kerana itu juga berat badannya kini naik sebanyak 5 kilo.

Malah satu perubahan ketara yang disedari pada dirinya, apabila dia sekarang suda boleh memakan baju dan kasut berwarna merah jambu. "Saya tak ada pula mengidam yang pelik-pelik. Tapi saya banyak makan nasi. Hari-hari mesti nak ada nasi lepas tu saya makan conflakes, makan roti. Dulu pun saya suka makan nasi tapi berat badan tak naik-naik. Sekarang ni berat saya dah naik 5 kilo. Selain tu, kalau dulu saya tak suka warna mera jambu. Tapi sekarang saya boleh pula pakai kasut warna mera jambu, skirt merah jambu", tuturnya sambil tersenyum. Scha bagaimanapun memberitahu, dia belum membuat persiapan penuh bagi menyambut kelahiran pertamanya itu. Sebalik Awal yang lebih beria-ria mahu membeli segala kelengkapan. Namun dia dan suaminya sudah memilih beberapa nama untuk anak mereka.

"Dan dua kali buat imbasan tapi buat masa ni doktor tak dapat sahkan lagi jantina anak kami. Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan cukup sifat dan sihat. Tapi saya tahu, Awal kalau boleh dia mahu anak lelaki. Saya tak buat apa-apa persiapan pun, cuma baru beli stroller. Kami juga suda ada beberapa nama. Saya lebih suka nama klasik macam Amina, Naema,, Ibraim, Muzaffar. Awal pula suka nama-nama moden" ujarnya. Dalam pada itu Scha juga mendedahkan sejak dirinya hamil, Awal sudah kurang romantik berbanding sebelum dan pada permulaan kahwin. Namun dia bersyukur kerana Awal merupakan seorang suami bertanggungjawab walaupun suaminya itu sibuk dengan kerja.

Seperkara yang menyentuh perasaan Scha, apabila Awal sering bercakap dengan perut Scha."Walaupun Awal sibuk dengan kerja dia, dia tetap ada masa layan kerena saya. Satu lagi, saya ni tak reti nak bercakap dengan baby. Kalau kat rumah bila seorang diri pun saya malu nak bercakap dengan baby. Awal lah yang selalu bercakap. Contoh dia sapa, "assalamualaikum, hari ni buat apa?". "Dua tiga minggu lepas, baby bergerak dan saya pun panggil lah Awal. Dia terkejut sebab pergerakan baby dalam perut saya aktif sangat. Masa tu bila kami tengok sama-sama, mengalir juga lah air mata sebab momen tu sangat menyentuh hati kami", ceritanya. Scha dijangka bersalin di Hospital Prince Court, Ampang dan akan berpantang di rumah ibunya di Damansara. - mD





.

Khabar terkini ratu rock Malaysia, Ella



Khabar terkini ratu rock Malaysia, Ella | SETELAH sekian lama tanpa buah tangan baharu, kini ratu rock, Ella kembali dengan dua single duet, Pilu dan Risalah Hati yang bakal berada di pasaran pertengahan April ini. Kedua single ini dinyanyikan bersama penyanyi dari Indonesia yang dikenali sebagai Anji. Pengarah Domestik Universal Music Malaysia, Saudara Mujahid Abd Wahab berkata, Anji dipilih kerana vokalnya lebih sesuai dengan pembawaan genre rock mirip muzik nyanyian Ella. "Vokal Anji amat sesuai dengan lagu yang kita pilih dan kedengaran cukup serasi dengan vokal Ella.

"Kita juga memilih Anji kerana populariti yang dibawa seiring dengan Ella," katanya. Lagu gubahan, tulisan dan terbitan Adi Priyo (vokalis 6ixth Sense) ini merupakan sebuah lagi produksi dan usaha terbaharu syarikat rakaman Universal Music Malaysia untuk mengembangkan lagi bakat-bakat tempatan di persada antarabangsa khususnya Indonesia. Susunan muzik untuk kedua-dua lagu ini disusun oleh Alfa Booty dan proses rakaman bakal dilakukan di Malaysia dan Indonesia. -SH




.

Luahan hati Fizo Omar, "Jangan Hina Isteri Saya Kerana Tudung Fareeda"



Pelakon Fizo Omar kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir individu terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, gara-gara tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia berhak untuk bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti isterinya serta perniagaan mereka. "Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah. "Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung," katanya.

Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tohmahan segelintir pihak yang menganggap pernghasilan tudung jenama Fareeda tidak mengikut cara-cara tudung yang dituntut dalam Islam. Mawar merupakan pemilik jenama tudung itu yang diusahakannya bersama keluarga.Tambah Fizo, agak menyedihkan pihak-pihak berkenaan turut mengecam Mawar di semua laman sosial setiap kali dia memuat naik gambar mereka bersama. "Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif. "Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya," soal Fizo.

Jelas Fizo, jenis tudung yang dipakai oleh Mawar merupakan salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang dijual di butik Fareeda. "Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka. "Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh," katanya. Bagaimanapun, jelas Fizo, isterinya tidak pernah mengambil peduli dengan sebarang tohmahan di laman-laman sosial.

Katanya, Mawar lebih banyak menumpukan perhatian terhadap perniagaan berbanding mengambil tahu komen negatif yang tidak mendatangkan keuntungan. "Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa. "Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia," katanya. Dalam pada itu Fizo juga tidak menolak kebanyakan individu memberi komen negatif kerana berasa cemburu dengan kejayaan mereka dalam perniagaan yang semakin berkembang itu. -Mstar




.

Inilah risiko wanita hamil luar nikah yang gugur anak dengan pil dari doktor tidak bertauliah



Inilah risiko wanita hamil luar nikah yang gugur anak dengan pil dari doktor tidak bertauliah | Maut atau mandul. Itu risiko kepada wanita hamil luar nikah yang menggugurkan kandungan mereka bersendirian dengan menggunakan pil diperoleh daripada doktor tidak bertauliah yang berlambak di laman sosial. Pakar sakit puan Dr Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan kandungan mereka. Menurutnya, maklumat diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara menelannya.

“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.“Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya,” katanya yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai. -HM




 P/S - Gambar tersebut adalah JANIN yang digugurkan hasil daripada hubungan terlarang. Gambar kecil, pil Misoprostol berbentuk enam segi yang boleh menyebabkan keguguran.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!