Monday, April 7, 2014

Pelakon Terkenal Malaysia, Didakwa Berkahwin Secara Senyap?


Pelakon Terkenal Malaysia, Didakwa Berkahwin Secara Senyap? | Menerusi laporan sebuah portal beberapa hari yang lalu, pelakon yang mula dicungkil bakatnya menerusi rancangan realiti 'Malaysia's Most Beautiful', Jue Aziz dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap di Indonesia. Jue didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Indonesia bernama Bayu Daniels yang merupakan seorang ahli muzik yang kerap membuat persembahan di Malaysia. GUA cuba mendapatkan penjelasan Jue dengan menghubunginya menerusi panggilan telefon. Namun, panggilan terbabit dijawab oleh seorang lelaki yang mendakwa dia merupakan pembantu peribadi Jue. Dia meminta agar GUA menghubungi Jue semula kerana pada masa itu, Jue dikatakan sedang sibuk menghabiskan masa bersama keluarganya. GUA cuba menghubungi Jue beberapa kali selepas itu namun usaha GUA gagal. Diharap Jue dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan mengenai perkara ini agar tidak menimbulkan sebarang syak wasangka atau pun fitnah. -GUA




.

Wanita mati dalam cubaan memecahkan rekod dunia



Wanita mati dalam cubaan memecahkan rekod dunia | Cubaan sekumpulan penerjun payung terjun untuk melakukan lompat berformasi dan memecahkan rekod dunia berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka terbunuh. Mangsa Diana Paris, 46, dari Berlin, Jerman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah payung terjunnya gagal terbuka sepenuhnya. Jurucakap kumpulan World Team, Gulcin Gilbert berkata, kemalangan tiada kaitan dengan saiz kumpulan dan ia berlaku kerana kegagalan payung terjun. Menurut suaminya, Diana telah melakukan 1,500 lompatan sepanjang kerjayanya sebagai penerjun payung terjun sejak beberapa tahun lalu, menurut laporan NY Daily.




.

Putera George, 8 bulan, buat lawatan ke luar negara yang pertama sejak lahir


Putera George, 8 bulan, buat lawatan ke luar negara ini yang pertama sejak lahir | Putera George pada Isnin tiba di New Zealand bersama ibu bapanya, Putera William dan Catherine untuk lawatan rasmi. Lawatan ke luar negara ini adalah yang pertama selepas bayi ini berusia lapan bulan, kata seorang wartawan AFP. Angin kencang, hujan dan penglihatan yang kabur menyambut ketibaan kerabat diraja Britain itu di Wellington sebagai negara pertama dalam rangka lawatan tiga minggu ke New Zealand dan Australia. Ini akan menjadi lawatan pertama George yang dapat dilihat di khalayak ramai sejak kelahirannya pada 22 Julai tahun lepas. Bayi itu bagaimanapun hanya akan dibawa ke beberapa majlis tertentu sepanjang lawatan, kata keluarga kediaman Kensington Palace.

Bagi Kate yang memakai baju merah dan topi melangkah keluar dari pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand, ia adalah lawatan pertama ke dua negara tersebut tetapi bagi William lawatan ke New Zealand dan Australia telah dilakukan beberapa kali. Putera Charles dan Puteri Diana membawanya bersama mereka dalam lawatan pada bulan Mac dan April 1983 dan lawatan beliau yang terbaru adalah pada tahun 2011 ketia beliau melawat mangsa gempa bumi di Christchurch dan banjir dahsyat di Australia.


Duke dan Duchess of Cambridge telah dilayan seperti selebriti apabila mereka melawat Kanada tidak lama selepas perkahwinan mereka pada tahun 2011 manakala tahun lalu mereka melawat Singapura, Malaysia, Kepulauan Solomon dan Tuvalu sebagai mewakili Ratu Elizabeth II. Lawatan mereka telah mencetuskan minat mendalam di New Zealand, dengan banyak perbincangan termasuklah sama ada kerusia Putera George di kereta telah dipasang dengan betul dan sama ada negara ini perlu mengekalkan pemerintahan beraja. -AP




.

Mahasiswa Universiti bergaduh sehingga menyebabkan kebakaran teruk bangunan kuliah


Mahasiswa Universiti bergaduh sehingga menyebabkan kebakaran teruk bangunan kuliah | Pergaduhan antara mahasiswa di Universiti Sam Ratulangi (Unsrat) Rabu lalu akhirnya berkesudahan dengan kebakaran beberapa unit bangunan kuliah dan puluhan motosikal. Ekoran kejadian, berpuluh jentera pemadam kebakaran dikerah bagi memadam api, sementara pihak polis terpaksa berkawal bagi menghalang mahasiswa terus bertindak balas. Memetik laporan Tribunnews.com, terdapat empat bangunan akademik dua tingkat musnah terbakar.

Bangunan yang terlibat dalam kebakaran termasuk bangunan Fakulti Kejuruteraan membabitkan makmal Elektrik, Senibina dan bilik kuliah. Sekitar 30 bilik kuliah dipercayai terbakar dalam insiden itu. Ketika ini, pihak polis masih berusaha memisahkan mahasiswa yang bertelingkah bagi mengelak kejadian tidak diingini. Laporan itu menyebut, pergaduhan pada mulanya berlaku antara mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Undang-undang. -SH




.

Permintaan paling pelik dari seorang lelaki menjelang hari kematiannya


Permintaan paling pelik dari seorang lelaki menjelang hari kematiannya | Seorang lelaki 67 tahun mahu abu mayatnya diletakkan di dalam botol mayonis jika dia meninggal dunia kerana sangat meminati makanan itu. Larry Clinton yang berasal dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) menggunakan mayonis hampir pada semua makanannya dan jenama kegemarannya adalah Duke’s Mayonnaise. “Selain rasanya yang lazat, jenama ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Beberapa tahun lepas saya memberitahu isteri saya, jika saya meninggal dunia, saya mahu mayat saya dibakar dan abunya diletakkan di dalam botol mayonis itu, Kata Larry. Namun, isterinya menganggap Larry hanya bergurau sehinggalah lelaki itu memberitahu “permintaan terakhirnya” itu kepada anak perempuannya, Teresa Clinton-Edge.

Teresa kemudiannya menghubungi syarikat mayonis berkenaan dan pihak syarikat bersetuju dengan permintaan itu. Duke’s Mayonnaise menyiapkan dua botol khas dengan label jenama yang dicantumkan dengan nama Larry. Permintaan Larry itu bukanlah yang pertama seumpamanya. Awal tahun ini seorang lelaki di Ohio dikebumikan bersama motosikal Harley Davidson kesayangannya manakala pada 2008, pencipta bekas makanan ringan “Pringles”, Frederic Baur turut dikebumikan bersama bekas makanan itu ketika meninggal dunia pada usia 89 tahun. - Agensi





.

Penemuan mayat seorang lelaki yang dibunuh dalam keadaan mengerikan di Jalan Permatang Nibong


Penemuan mayat seorang lelaki yang dibunuh dalam keadaan mengerikan di Jalan Permatang Nibong | Mayat seorang lelaki mangsa bunuh ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan sembelih di leher, kelar di rusuk kanan serta perut ditoreh dari dada ke pusat menyebabkan isi perutnya terburai di kawasan rumah pam air di Jalan Permatang Nibong, di sini, malam tadi. Dalam kejadian pada jam 7.40 malam itu, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan menyebabkan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian.

Sumber berkata, mayat ditemui dalam keadaan telentang dan masih lengkap berpakaian serta terdapat kesan tatu bercorak naga di dadanya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan suntikan BCG di lengan serta tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat dipercayai warga asing itu. "Keadaan mayat itu cukup mengerikan apabila terdapat kesan sembelih di leher, kesan kelar di rusuk kanan, perut terburai selain kesan tikaman pada telinga di sebelah kanan serta kesan hentakan objek tumpul di sebelah kanan kepala. "Kejadian bunuh dipercayai berlaku di tempat lain sebelum mayat itu dibuang di tempat ia dijumpai berdasarkan kesan darah yang sudah kering, selain tiada kesan titisan darah di tempat kejadian dan kesan pergelutan," katanya. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!