Tuesday, April 1, 2014

MH370 : Iktibar dan pengajaran dari tragedi


MH370 : Iktibar dan pengajaran dari tragedi | Penceramah antarabangsa terkenal Prem Rawat berkata, penemuan berharga daripada tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 boleh dijadikan pengajaran dan garis panduan oleh penumpang dan syarikat penerbangan. "Tragedi seperti ini ada pengajarannya, nyawa manusia yang hilang juga, ada pengajarannya dan boleh dijadikan iktibar untuk meningkatkan keselamatan penumpang pesawat pada masa akan datang," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Penceramah berasal dari India ini juga merupakan juruterbang berpengalaman yang telah melakukan 14,000 jam penerbangan. Prem berkata beliau tidak percaya ada juruterbang yang sanggup melakukan tindakan negatif ketika menerbangkan pesawat.

"Saya tidak dapat bayangkan keadaan yang dialami juruterbang berkenaan kerana apabila mengemudi pesawat, tidak ada juruterbang yang tergamak membahayakan dirinya, penumpangnya dan pesawat yang dipandunya, tetapi akan memastikan penerbangan kendaliannya berjalan lancar dan selamat," katanya merujuk kepada spekulasi bahawa anak kapal MH370 mungkin melakukan sabotaj terhadap pesawat itu. Prem dikenali ramai melalui kemunculannya dalam siri televisyen berjudul ’Words of Peace’, yang telah memenangi pelbagai anugerah dan ditonton di 50 negara dalam 48 bahasa setiap minggu. Melalui program selama 30 minit yang disiarkan ke seluruh dunia itu, Rawat memberi perspektif unik tentang cara yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk menikmati kehidupan yang tenteram dan bahagia. Prem sedang dalam siri jelajahnya ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah di Segamat, Ipoh dan Putrajaya. -Bernama




.

Benarkah ada lagu popular menyindir pelakon kontroversi, Hanez Suraya?


Benarkah ada lagu popular menyindir pelakon kontroversi, Hanez Suraya? | Penyanyi Awi Rafael spontan tertawa saat diminta mengulas mengenai dakwaan lagu hits nyanyiannya bersama Altimet, 'Kalau Aku Kaya 'ditujukan khas' buat bekas kekasihnya Hanez Suraya sekaligus sebagai satu sindiran kepada wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu sikit masa dahulu. "(gelak), Itu kelakar. Saya seorang penulis dan mungkin itu yang membuatkan orang selalu salah anggap. Lagu itu sebenarnya ditulis oleh Altimet dan lagunya oleh Omar K dan Audi Mok. Saya hanya menyanyikan saja bersama Altimet. Jadi jawapan saya (adakah lagu itu sindi Hanez Suraya), tidak.", kata Awi Rafael tatkala diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut ketika ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha 'Secretaries Week @ PICC 2014', bertempat di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang semalam.

Tambah penyanyi kelahiran Singapura ini lagi, lagu itu tidak merujuk pada diri Hanez sebaliknya ianya mengenai ragam masyarakat. Selain kata Awi, sejak berpisah dengan pelakon 'Mr. Arrogant' itu pada pertengahan tahun lalu, mereka tidak lagi berhubung malahan Awi juga tidak mengambil tahu mengenai perkembangan Hanez baik mengenai karier mahupun kontroversi yang melanda diri wanita itu. Pada masa sama, Awi meluahkan rasa syukur kerana meskipun cintanya dengan Hanez tidak berpanjangan namun pengalaman putus cinta itu banyak memberi pengajaran kepadanya. Malah dia merasakan keputusan untuknya berpisah dengan pelakon itu satu keputusan yang tepat. "Saya banyak belajar dari pengalaman lalu. Saya tidak menyesal mengikut kata hati saya. Bila saya rasa tak boleh teruskan hubungan itu, saya beritahu dia dan ikut kata hati saya. Alhamdulillah", katanya yang mengesahkan sehingga kini belum lagi bertemu pengganti.

Sementara itu mengenai perkembangan karier, Awi diundang menjayakan persembahan diva Pop Indonesia, Krisdayanti pada 17 April ini bertempat di PICC, jam 8.30 malam. "Saya rasa bertuah dan teruja dipilih menjayakan acara persembahan seorang diva terkenal. Saya akan menyanyikan lebih kurang lima lagu pada malam itu", katanya. Perkembangan lain, Awi juga sedang menciptakan lagu untuk artis seperti Dato' Siti Nurhaliza, Alif Aziz dan adiknya Aisyah Aziz dan Syura. Selain Awi kini sibuk menguruskan menerbitkan lagu tema untuk beberapa drama menerusi syarikatnya Runaway Productions yang baru ditubuhkan sejak setahun lalu. - mD




.

MH370 : China Daily gesa keluarga terima hakikat, bersedia untuk upacara pengebumian



MH370 : China Daily gesa keluarga terima hakikat, bersedia untuk upacara pengebumian | Keluarga penumpang China dinasihatkan berhenti menyalahkan kerajaan Malaysia berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sebaliknya menerima hakikat dan bersedia untuk upacara pengebumian. Sebuah akhbar tempatan, China Daily dilaporkan menggesa keluarga penumpang berkenaan untuk menerima kenyataan bahawa pesawat MH370 telah terhempas ke dalam laut dan tiada yang terselamat. China Daily turut menggesa keluarga penumpang untuk berhenti mengeluarkan kenyataan dan bertindak secara tidak rasional terhadap kerajaan Malaysia. “Kita perlu memahami bahawa isu ini mungkin merupakan kejadian yang paling misteri dalam sejarah industri penerbangan awam di Asia,'' katanya. - Agensi

Gambar kelawar yang dikatakan haiwan jadi-jadian di Jawa Timur



Gambar kelawar yang dikatakan haiwan jadi-jadian di Jawa Timur | Gara-gara kehilangan wang, seorang penduduk Kedung Sari, Kecamatan Maron, Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur, menangkap seekor kelawar yang diyakini kerap mencuri wang. Kelawar tersebut mereka sebut sebagai "Pok-kopok". Kelawar itu diyakini adalah haiwan jadi-jadian yang dikirim seseorang berniat jahat ke rumah pernduduk. Djalil (52), warga tempatan yang menangkap "Pok-kopok", kelawar berwarna oren dengan sayap bergaris hitam. Dia meletakkan haiwan tersebut di dalam sebuah bekas dan kini menjadi tontonan penduduk. Menurut Djalil, haiwan itu masuk ke dapur rumahnya dua kali. Ketika "Pok-kopok" ke rumahnya, Djalil mengaku tiba-tiba kehilangan wang. Oleh sebab itu, Djalil dan penduduk lain menuduh haiwan itu pencuri wang. Haiwan jadi-jadian itu ditangkap oleh Djalil dengan cara yang aneh, iaitu dengan bogel dan menggunakan sapu lidi.

“Sebelum ini saya sempat tanya pada dukun, menangkap 'Pok-kopok', syaratnya harus telanjang bulat dan pakai sapu lidi. Jadi saya menggunakan cara itu sehinggalah kelawar itu masuk kedalam rumah,” katanya. Tanpa dibantu saudara dan isterinya, Djalil menangkap haiwan tersebut sendirian. Hasilnya, haiwan yang disyaki dikirim oleh orang lain itu ditangkap, kemudian dimasukkan ke sebuah bekas.  Penemuan kelawar itu juga dikaitkan oleh penduduk yang banyak kehilangan wang antara Rp 50.000 hingga Rp 250.000 yang di simpan di dalam bilik rumahnya. Amin, warga tempatan, menyebut, selama ini penduduk memang kerap kehilangan wang. “Saya sendiri juga pernah kehilangan wang setelah disimpan di dalam bilik. Mungkin 'Pok-kopok' ini yang mencuri,” katanya. -Tr





.

Aidil Zafuan mengaku hanya mampu beri RM2000 untuk nafkah anak, sedangkan dia mampu bayar ansuran kereta RM3000


Aidil Zafuan mengaku hanya mampu beri RM2000 untuk nafkah anak, sedangkan dia mampu bayar ansuran kereta RM3000 | Kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak memberitahu mahkamah semalam, beliau hanya mampu memberi RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini sebagai nafkah dua anak mereka. Katanya, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012, tetapi tidak menetapkannya untuk bayaran tertentu. Beliau berkata, terpulang kepada bekas isterinya itu untuk menguruskan wang terbabit. “Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan. “Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar, ” katanya.


Tuntut RM5,392 sebulan 

Aidil selaku defendan berkata demikian ketika disoal peguam syarie, Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini. Rita, 38, sebelum ini menuntut RM5,392 sebulan daripada Aidil sebagai nafkah Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang. Aidil turut memberitahu mahkamah, ketika berkhidmat dengan pasukan ATM pada 2012 hingga 2013, pasukan itu membayar elaun rumah RM2,500 sebulan dan selepas menyertai Johor Darul Takzim (JDT) pada 2013, pasukan itu yang menyediakan rumah dan membayar sewa tanpa ditetapkan had jumlahnya.


Isu kereta Mercedes 

Pada prosiding itu juga, Mohd Zaidi turut membangkitkan pemilikan sebuah kereta Mercedes milik Aidil yang tidak pernah disebut oleh pemain bola sepak itu pada perbicaraan terdahulu. Menjawab soalan itu, Aidil mengaku membeli kereta berharga RM240,000 itu pada 2012, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,000. Katanya, ansuran itu dibayar majikannya berdasarkan perjanjian dipersetujui ketika menandatangani kontrak untuk bersama pasukan terbabit. Perbicaraan di depan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah bersambung pada 9 dan 25 Jun ini. -BH





.

Lelaki tunjuk sikap yang sangat aneh didalam sebuah zoo


Lelaki tunjuk sikap yang sangat aneh didalam sebuah zoo | Seorang pelajar kejuruteraan sebuah kolej di India menggemparkan negeri Madhya Pradesh, selepas dia bertindak melompat ke dalam sebuah kandang harimau di Zoo Gwalior di sini baru-baru ini. Lebih mengejutkan, laman web berita odditycentral.com, melaporkan, Kaushik, 23, turut mencabar harimau tersebut dan cuba mengejar seekor daripada haiwan ganas terbabit di dalam kandang berkenaan. Kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan pada hari Isnin minggu lalu itu, mengejutkan sebahagian pengunjung dan kakitangan zoo tersebut. Menurut laporan itu lagi, pelajar kejuruteraan tersebut tidak menghiraukan jeritan orang ramai yang melarang tindakannya terjun ke dalam kandang harimau berkenaan sebelum membuka baju-T serta mencabar haiwan terbabit.


"Tindakan itu merupakan sesuatu yang saya tidak akan lakukan dalam hidup. Perbuatan lelaki itu kurang siuman kerana melakukan perkara yang sia-sia dengan mencabar harimau untuk bertarung," kata seorang saksi. Menurut pekerja zoo, haiwan liar yang lahir dan dibesarkan dalam kurungan kurang agresif atau menyerang orang. Haiwan itu juga hilang naluri semula jadi untuk menyerang dan pembiakbakaan juga menyebabkan kucing besar tersebut lemah. Kerja-kerja menyelamat mengambil masa selama satu jam. Punca kelewatan itu berlaku masih tidak jelas, namun tindakan tersebut turut mencerminkan sikap acuh tak acuh pekerja di kebanyakan zoo di India. Sebahagian laporan lain menyatakan bahawa Kaushik berkemungkinan telah mabuk atau mempunyai masalah mental. -AP




.

MH370 : Inilah dia komunikasi terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat


MH370 : Inilah dia komunikasi terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat | Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat adalah “Good night Malaysian 370" (Selamat malam Malaysia 370). Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia. Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan pada lewat malam Isnin itu menjawab soalan yang dibangkitkan pada sidang media Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkaitan komunikasi terakhir antara pusat pengawal trafik udara dan kokpit. Hishammuddin turut berkata, beliau tidak pasti sama ada wujud dua versi transkrip yang disiarkan kepada orang ramai, termasuk transkrip yang dilapor dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sebelum ini.

“Saya tidak pasti mengenainya tetapi saya boleh mengesahkan bahawa saya turut terlibat dalam penyiasatan yang dilakukan oleh FBI sejak hari pertama. “Transkrip merupakan sebahagian daripada siasatan. Jika ia penting bagi anda, saya akan berbincang dengan pakar sekiranya ia boleh disiarkan atau tidak,” ujarnya. Hishammuddin turut mengarahkan pasukan penyiasat untuk menyiarkan transkrip penuh pada sidang media seterusnya jika mereka mendapat kelulusan. “Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Kami hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” tegas Hishammuddin.

Pada 12 Mac lalu, duta Malaysia ke China memaklumkan pada satu pertemuan bersama keluarga penumpang di Beijing bahawa perkataan terakhir yang diterima daripada pesawat MH370 adalah “All right, good night (baiklah, selamat malam)." Manakala pada 17 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya memberitahu komunikasi terakhir pesawat MH370 adalah "All right, good night" telah dibuat oleh pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid. Namun begitu, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan forensik untuk menentukan sama ada kata-kata terakhir dari kokpit diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang. -Awani




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!