Thursday, March 20, 2014

MH370 : Apa yang menjadi tumpuan utama sebaik pesawat ditemui?



MH370 : Apa yang menjadi tumpuan utama sebaik pesawat ditemui? | Tumpuan utama akan diberikan terhadap usaha mencari kota hitam jika objek yang dikesan satelit Australia di selatan Lautan Hindi disahkan sebagai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selagi tiada sebarang petunjuk sah diperolehi mengenai pesawat MH370, usaha mencari akan diteruskan seperti yang dirancang. "SAR akan diteruskan di koridor selatan dan koridor utara sehingga pihak berkuasa Australia mengesahkan penemuan objek tersebut berkaitan pesawat MH370.


"Tindakan segera kita jika maklumat disahka ialah mencari kotak hitam pesawat," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini, Khamis. Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya langkah segera yang akan diambil oleh pasukan SAR jika dua objek yang dikesan radar disahkan mempunyai kaitan dengan MH370. Katanya, pengesahan mengenai objek yang dikesan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth itu boleh dibuat pada bila-bila masa.


Jelasnya, kerajaan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat mengenai operasi carian. "Ia (maklumat) cukup penting yang satu dunia ingin tahu. "Percayalah...bila dapat sahaja maklumat kita akan maklumkan kepada semua," katanya. Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata waris penumpang MH370 akan diterbangkan ke Australia jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian. -Mstar





.

Senarai pengurus bola sepak termahal di dunia



Senarai pengurus bola sepak termahal di dunia  | BEKAS pengendali Chelsea, Roberto di Matteo berada dalam kelompok sepuluh senarai pengurus yang menerima gaji tertinggi dunia. Agak mengejutkan namanya masih berada dalam kelompok ini memandangkan Di Matteo masih 'berehat' lebih kurang setahun setengah. Di Matteo yang membantu Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara 2012 diberikan kontrak selama dua tahun selepas itu, namun dipecat oleh pemilik kelab, Roman Abramovich beberapa bulan kemudian (November 2012). Sejak itu Di Matteo tidak memegang mana-mana pasukan, namun dengan jumlah gaji yang diterimanya £130,000 seminggu (RM707,660 seminggu) dan £8.2 juta (RM44.64 juta setahun) sebelum ini tidak menjadi masalah buatnya untuk tidak tergesa-gesa mencari pasukan.

Menurut majalah bola sepak Perancis, Jose Mourinho masih lagi menguasai kedudukan teratas menerima gaji paling tinggi untuk lima tahun berturut-turut. Pengurus Chelsea ini menerima gaji £275,000 seminggu (RM1,496,964 seminggu). Paling menarik, kedua-dua pasukan Manchester membayar gaji pengurus mereka lebih kurang £100,000 seminggu (RM544,350 seminggu) sekaligus meletakkan David Moyes dan Manuel Pellegrini di luar kelompok sepuluh tertinggi. Bagaimana pun gaji Moyes itu dipertikaikan oleh penyokong-penyokong United kerana terlalu tinggi berdasarkan prestasi semasa pasukan.


Senarai kedudukan pengurus yang menerima gaji tertinggi dunia: 

1. Jose Mourinho - Chelsea (17)
2.Pep Guardiola - Bayern Munich (15)
3.Roberto Mancini - Galatasaray (14)
4.Carlo Ancelotti - Real Madrid (13.5)
5.Fabio Capello - Russia (12)
6.Marcello Lippi - Guangzhou Evergrande (11.5)
7.Arsene Wenger - Arsenal (9.6)
8.Roberto Di Matteo - Tiada pasukan (8.2)
9.Andre Villa-Boas - Zenit (baharu dilantik) (6.9)
10.Rafael Benitez - Napoli (6.8)
11.David Moyes - Manchester United (6.4)
12.Manuel Pellegrini - Manchester City (6.4)
13.Tata Martino - Barcelona (5.4)
14.Antonio Conte - Juventus (5.4)




.

MH370: 5 Gambar objek yang dikesan satelit yang salah satunya berukuran 24 Meter



MH370: 5 Gambar objek yang dikesan satelit yang salah satunya berukuran 24 Meter  | Objek yang dikesan oleh imej satelit di Lautan Hindi di lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, dipercayai sepanjang 24 meter, kata pihak berkuasa Australia pada Khamis.


Dalam pada itu, objek dalam saiz yang lebih kecil turut berjaya dikesan. "Objek itu tidak kelihatan dengan jelas. Pada saya, objek itu mempunyai saiz munasabah dan mungkin terapung di atas permukaan air.


 "Saiz terbesar objek itu adalah sepanjang 24 meter. Namun objek yang lagi satu adalah lebih kecil sedikit," katanya pegawai Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.











.

MH370: Terkini! 2 objek dikesan satelit di Lautan Hindi lebih 24 meter oleh Australia - BBC


MH370: Terkini! 2 objek dikesan satelit di Lautan Hindi lebih 24 meter oleh Australia - BBC | Saluran televisyen, BBC melaporkan, satu daripada dua objek yang dikesan terapung oleh imej satelit itu dipercayai lebih besar daripada 24 meter. BBC dalam akaun Twitternya melaporkan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menyatakan cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad mungkin mengganggu operasi mencari objek tersebut.

Penemuan dua objek di Lautan Hindi yang dikesan oleh satelit Australia merupakan satu petunjuk baharu dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan di sini hari ini juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima panggilan dari Perdana Menteri Australia, Tony Abbot pukul 10 pagi ini mengenai penemuan itu. Beliau berkata, pihak kedutaan Australia di Malaysia juga telah memaklumkan perkara yang sama kepadanya hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini pihak berkuasa Australia masih belum memberi pengesahan rasmi sama ada objek itu milik pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. - Utusan




.

Simbolik menggunakan bangkai kambing biri-biri



Simbolik menggunakan bangkai kambing biri-biri | Sekumpulan penduduk menyertai pertandingan merebut bangkai seekor kambing biri-biri yang dijadikan sebagai bola untuk mendapatkan pungutan mata di sini kelmarin. Pertandingan yang disertai dua kumpulan yang masing-masing memiliki 10 orang pemain akan menunggang kuda dan mengejar pihak lawan untuk mendapatkan bangkai kambing biri-biri itu. Namun, hanya empat orang pemain sahaja dibenarkan untuk berada di gelanggang dan setiap pemain memerlukan pengalaman selain kecekapan serta latihan yang cukup untuk menyertainya.


Menurut lagenda, pertandingan yang dikenali sebagai Kok-boru itu dijadikan penentu bagi memutuskan keputusan pemilik sesebuah kampung yang dijumpai oleh beberapa pemburu nomad. Ia juga diadakan seperti satu sambutan perayaan tradisional, Navruz di mana penduduk tempatan perlu menunjukkan kekuatan dan semangat mereka. Sukan itu menjadi semakin meluas ke beberapa negara yang lain termasuk Kazakhstan dan Uzbekistan manakala di Afghanistan sukan tersebut dikenali sebagai Buzkashi. - Agensi

Mungkin dia buat lawak, tapi ianya tak lucu dengan situasi MH370 yang masih hilang hingga kini



Mungkin dia buat lawak, tapi ianya tak lucu dengan situasi MH370 yang masih hilang hingga kini | Seorang penumpang yang ‘mengejar masa’ di lapangan terbang antarabangsa Beijing ditahan selama lima hari selepas dia memberitahu pegawai dia mempunyai bom di di dalam duburnya. Lelaki itu merungut apabila pemeriksaan keselamatan yang dijalankan ke atasnya memakan masa yang lama sebelum berkata: “Nak saya buka seluar juga? Saya ada bom dalam dubur saya.” Seorang pegawai keselamatan meminta lelaki itu mengulangi apa yang dikatakannya dan apabila dia melakukan demikian, semua yang berada di situ cemas.

Ia mungkin menggelikan hati, tetapi dengan situasi pesawat Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan masih belum ditemui hingga ke hari ini, perbuatan lelaki terbabit dianggap serius. Perbuatannya itu mencetuskan kekecohan apabila orang ramai diminta mengosongkan kawasan berkenaan dan menyebabkan dia ditahan di pusat tahanan lapangan terbang berkenaan. Pemeriksaan teliti dijalankan ke atasnya sebelum pihak berkuasa mengesahkan dia bukan pengganas tetapi penumpang yang “cerewet” Menurut laporan media tempatan, lelaki itu memberitahu dia marah kerana menganggap pemeriksaan keselamatan hanya membuang masa dan tidak menyangka perbuatannya boleh mencetuskan kekecohan. - Agensi




.

MH370 : Kisah dan gambar wartawan dari seluruh dunia yang bertugas di Malaysia dapatkan maklumat sepanjang hampir 2 minggu


MH370 : Kisah dan gambar wartawan dari seluruh dunia yang bertugas di Malaysia dapatkan maklumat sepanjang hampir 2 minggu | PESAWAT MH370 yang hilang kini memasuki hari ke-13. Seluruh penduduk dunia dan ahli keluarga kepada 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan itu berdoa bagi mendapatkan maklumat baharu yang dapat memberi penjelasan berhubung misteri kehilangannya. Kerajaan dan agensi perisikan berusaha untuk merungkai misteri kehilangan pesawat itu dan pasukan tentera meneruskan usaha mencari dan menyelamat mereka.


Satu lagi kumpulan yang menjadi sangat sibuk sejak kehilangan pesawat adalah wartawan, sesetengah daripada mereka bekerja sepanjang masa untuk membawa berita terkini kepada orang ramai. Ramai daripada mereka yang berkhemah di hotel, yang bertukar menjadi pusat media, di Cyberview Lodge dan Hotel Everly Putrajaya, di mana menempatkan kebanyakan keluarga penumpang.


Satu lagi hotel iaitu Hotel Sama-Sama yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadi tempat sidang media setiap hari oleh wakil kerajaan. Lebih 300 kakitangan pemberita dari 99 agensi berita asing dan 43 agensi tempatan yang membuat liputan berita dari hotel ini. Walaupun auditorium di aras bawah (LG) menjadi bilik sidang media, ruang legar turut berfungsi sebagai pusat media sementara dan dewan digunakan oleh syarikat penerbangan itu bagi menghidangkan makanan kepada wartawan dan mengadakan mesyuaratnya. Kenderaan media diletakkan di tepi jalan, piring satelit beroperasi di ruang terbuka di seberang hotel dan wartawan penyiaran boleh dilihat membuat ulasan mengenai perkembangan berita secara langsung.Wartawan penyiaran termasuk muka-muka yang dikenali seperti Jim Clancy dari CCN dan James Chau dari CCTV. Beberapa pemberita mengambil peluang untuk tidur di sudut yang lebih senyap kerana kelihatan berada di sini sepanjang hari.


Wartawan Australia, Justin Hale merupakan salah seorang yang paling awal di kalangan pengamal media asing tiba di Malaysia. "Saya tidak tidur selama tiga hari pertama, terlalu banyak perkara yang berlaku," kata wartawan Channel 7 itu yang mempunyai pengalaman kira-kira 12 tahun.Beliau tinggal di hotel berkenaan dan rutin hariannya termasuk bangun awal untuk menonton berita di televisyen, menikmati sarapan dengan segera sebelum berjalan ke lapangan terbang untuk mendapatkan semua akhbar yang berbeza.


Selepas membacanya, beliau akan bercakap dengan rakan-rakan wartawan di bilik menunggu media. "Kadang-kadang wartawan begitu teruja untuk mendapatkan bahan berita sedangkan mereka lupa ia sebenarnya mengenai orang lain. "Saya tidak boleh bayangkan sekiranya perkara ini berlaku kepada bapa saya, abang saya atau sesiapa sahaja yang rapat dengan saya."Saya akui apabila saya melihat Wall of Hope di KLIA dengan mesej untuk penumpang penerbangan itu, saya berasa amat sedih," kata Hale, yang melaporkan mengenai pengeboman Bali di Indonesia pada 2002. "Apabila anda menulis berita, anda lupa tentang menjadi selesa. Anda tidak mampu untuk kehilangan apa-apa maklumat penting," katanya.


Walaupun terdapat kritikan dari pelbagai pihak dalam cara pihak berkuasa tempatan mengendalikan keadaan itu, Hale mempunyai pandangan yang berbeza. "Saya rasa kerajaan telah melakukannya dengan baik. Orang ramai sering mempunyai persepsi bahawa Kerajaan merupakan seorang yang dapat melihat segala-galanya. Bukan cara itu," katanya. Hale berkata, beliau memahami kerajaan terpaksa berhati-hati, kerana pengumuman yang salah boleh membawa masalah besar.Wartawan The Star Nadirah H. Rodzi yang berada di situ bagi membuat liputan berita sejak hari pertama, yang baharu sahaja menjadi ibu dan masih menyusukan anaknya yang baru lahir. Beliau berada di sini pada pukul 7 pagi dan pulang selepas pukul 11 malam setiap hari.


Seorang wartawan dengan perkhidmatan berita tempatan, yang hanya mahu dikenali sebagai Farah berkata, Cyberview Lodge menyediakan Wifi percuma, bilik persidangan dan air minuman untuk wartawan. Wartawan penyiaran dari RTM, Shadila Abdul Malek berkata, pasukannya bekerja mengukit syif untuk membuat liputan berita mengenai MH370. "Saya tinggal di Subang, jadi saya perlu keluar rumah pukul 4 pagi dan sampai ke sini pada pukul 6 pagi untuk memulakan persiapan untuk ' makanan cross' hidup kita setiap pagi , 7 pagi ," kata Shadila , yang kadang-kadang hanya mendapat rumah pada kira-kira 11 malam. Beliau membuat liputan berita MH370 sejak Selasa lalu, dan berkata ia memerlukan komitmen 100% terhadap kerja.


Wartawan Cina Yan Hao , yang bekerja untuk akhbar harian yang berpangkalan di Shanghai, Oriental Morning Post, tinggal di Cyberview Lodge sejak beberapa hari lalu dan bergerak ke Hotel Sama-Sama untuk menghadiri sidang media setiap hari. "Ia menjadi minggu yang sibuk," katanya sambil menambah bahawa beberapa media Cina yang lain akan menghabiskan masa berjalan di sekitar lapangan terbang sementara menunggu. Mengenai kesukaran yang dihadapinya dalam melaporkan berita, Yan berkata, terdapat halangan dari segi bahasa. "Adalah sukar untuk akhbar asing semasa sidang media kerana kadang-kadang soalan itu ditanyakan dalam Bahasa Melayu," katanya , sambil menambah bahawa ia akan menjadi lebih baik sekiranya penterjemah Cina disediakan.


Kira-kira 140 bilik disediakan untuk keluarga penumpang dan pasukan yang memberi perhatian terhadap mereka. Pada beberapa hari pertama ketibaan keluarga penumpang pesawat MH370, kenderaan penyiaran dengan piring satelit merupakan pemandangan biasa. Walau bagaimanapun, liputan lintas langsung semakin berkurangan apabila tidak banyak perkembangan baharu.


Semakin lama, semakin ramai ahli keluarga dilihat bersedia untuk bercakap dengan media, berkongsi cerita dan harapan mereka untuk orang yang tersayang yang menaiki pesawat itu. Polis bantuan dan anggota pertahanan awam mula beramah mesra dengan wartawan. Makan tengah hari dan minuman turut disediakan untuk media sejak beberapa hari lalu oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. -Mstar




P/S - #PrayForMH370 Harapan tetap ada.. Jangan putus berdoa..





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!