Saturday, March 15, 2014

Parah : Inilah akibatnya kalau cari pasal dengan kumpulan samseng



Parah : Inilah akibatnya kalau cari pasal dengan kumpulan samseng | Seorang lelaki yang kemaluannya dipotong dan dibuang di dalam semak di tepi lebuh raya di sini oleh sekumpulan samseng gipsi kini koma di hospital. Polis dilapor menanti di sisi katilnya, untuk menemubualnya mengenai kejadian itu. Mangsa diserang selepas kumpulan samseng itu mengetahui dia meniduri kekasih seorang daripada mereka. Polis terpaksa menutup lebuh raya yang sibuk di bandar itu untuk mencari kemaluan lelaki berkenaan.Polis Cleveland mengesahkan lelaki berusia 40 tahun itu ditemui mencari sesuatu di dalam semak di tepi lebuh raya terbabit walaupun dalam kesakitan. Seorang pekerja pasar raya yang terletak berhampiran tempat kejadian berkata dia mendengar cerita tentang nasib yang menimpa lelaki itu.

Dua anggota polis yang ditemui di tempat kejadian enggan mengulas apabila ditanya sama ada benar kemaluan seorang lelaki dipotong. Mereka hanya berkata lelaki itu cedera parah di pangkal paha. Bagaimanapun, berita yang tersebar di kalangan penduduk setempat ialah kemaluan lelaki berkenaan dipotong dan hilang, menyebabkan polis menutup sebahagian laluan di lebuh raya itu untuk mencarinya. Kira-kira lapan anggota polis dilihat mengepung kawasan berkenaan, dipercayai untuk mencari kemaluan mangsa yang dicampak oleh samseng gipsi itu. Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.- AFP




.

MH370 : Komunikasi akhir MH370 adalah jam 8.11 pagi Sabtu



MH370 : Komunikasi akhir MH370 adalah jam 8.11 pagi Sabtu | Misi mencari dan menyelamat MH370 yang memasuki hari ke lapan hari ini membuat kesimpulan, pesawat yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi. Perdana Menteri dalam sidang media tergempar hari ini mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan. "Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Pelbagai teori sebelum ini bertebaran tentang kehilangan pesawat MH370 yang akhirnya terungkai dengan penemuan terbaru ini. Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. -SH



.

MH370 : Kenyataan lengkap oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang akhbar hari ke 8 -12/03/2014


MH370 : Kenyataan lengkap oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang akhbar hari ke 8 -12/03/2014 | Berdasarkan data satelit baru, lokasi komunikasi terakhir mungkin di sempadan Kazakhstan, Turkmenistan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Naib Tun Razak sebentar tadi dalam sidang akhbar di Hotel Sama-Sama. Beliau yang mengendalikan sidang media untuk kali kedua sepanjang kehilangan Mh370 juga menyatakan bahawa ,laporan media berkaitan dengan rampasan pesawat masih lagi dalam siasatan untuk menjelaskan kesahihannya. “Sistem hubungan dan transponder pesawat MH370 telah dimatikan dengan sengaja. Siasatan kini tertumpu kepada latarbelakang penumpang dan kru tetapi belum ada pengesahan pesawat dirampas,” kata Najib kepada pemberita sebentar tadi. Terdahulu, misi mencari yang menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dengan kod MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang pada awal 8 Mac.

Berikut beberapa kenyataan yang telah dinyatakan oleh beliau kepada pihak pemberita. 

 2.19pm Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa MH370 telah hilang seminggu yang lepas. Najib mengucapkan ribuan terima kasih kepada negara yang terlibat dalam membantu negara mencari MH370. Kami telah bekerja tanpa henti dalam proses mencari dan menyelamat. Najib juga berkata, proses mencari dan menyelamat telah diperluaskan dari hari ke hari meliputi Selat Melaka, Laut China Selatan, Lautan Andaman dan juga Lautan Hindi.

2.22pm Sehingga hari ini 14 negara sertai Malaysia misi cari pesawat MH370 dengan 43 kapal dan 48 pesawat, kata Najib. Menurutnya juga, prosiding radar utama tentera mendapati MH370 di Selat Melaka.

2.25pm Sistem hubungan dan transponder pesawat MH370 telah dimatikan dengan sengaja, kata Perdana Menteri. Siasatan kini tertumpu kepada latarbelakang penumpang dan kru tetapi belum ada pengesahan pesawat dirampas.

2.29pm Najib juga berkata,laporan media berkaitan dengan rampasan pesawat masih lagi dalam siasatan untuk menjelaskan kesahihannya. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Laut China Selatan diberhentikan.  - mD





.

MH370 : Keluhan keluarga penumpang. 'Hanya Allah saja yang tahu..'



MH370 : Keluhan keluarga penumpang. 'Hanya Allah saja yang tahu..'  | “Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sekeluarga. Ditambah pula sekarang bermacam-macam kenyataan dimuat naik pelbagai pihak termasuk terpaksa melayan kunjungan media. Saya harap semua pihak memahami keadaan kami,” katanya. Begitu kata Ibrahim Abdul Razak, 75, bapa kepada Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, penumpang pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, pagi Sabtu lalu.


Ibrahim berkata, dia sedar sekarang banyak spekulasi yang timbul kerana banyak pihak yang mahu meluahkan pendapat masing-masing. “Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana bukan keluarga saya saja yang menjadi mangsa. Ini semua qada dan qadar,” katanya.Menurutnya, dia sekeluarga terharu dengan apa yang sudah dilakukan pihak kerajaan termasuk Penerbangan Malaysia (MAS) dan segala apa jua keputusan yang bakal diketahui nanti akan terima dengan reda. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!