Friday, March 14, 2014

MH370 : Inilah yang dimaksudkan dengan kod tango


MH370 : Inilah yang dimaksudkan dengan kod tango | Seseorang juruterbang hanya akan mengaktifkan kod rahsia 'tango' atau 'charlie' apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara. Ia disahkan juruterbang berpengalaman mengenai isyarat tango yang didakwa diaktifkan oleh juruterbang Kapten Zaharie Shah setelah pesawat MH370 hilang dari radar menara kawalan selepas 40 minit di udara. "Setiap juruterbang akan diingatkan mengenai isyarat-isyarat ini. Ia hanya boleh diaktifkan jika rampasan dan tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini. Ini etika kami sebagai juruterbang," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, pengaktifan kod tersebut untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) bahawa pesawat yang dikendalikan dalam masalah dan unit kawalan akan mengambil tindakan selanjutnya.

 "Kita mempunyai kod rahsia masing-masing, tetapi tango atau charlie adalah sebagai pengenalan jika berlakunya rampasan," katanya. Ditanya sama ada isyarat itu dikeluarkan menerusi komunikasi juruterbang dengan menara kawalan atau menerusi butang khas, beliau enggan mendedahkan mekanisme itu kerana maklumat itu sulit. Katanya, NATCC akan memantau dan beritahu pihak keselamatan selain menghubungi juruterbang untuk arahan seterusnya. "Hanya dua perkataan itu digunakan sebagai isyarat. Ini perkara serius. Jika benar juruterbang telah mengaktifkan isyarat itu, pasti bukan main-main. "Dua perkataan itu dikhaskan untuk kes-kes rampasan. Isyarat sama juga digunakan pusat kawalan yang akan menghubungi juruterbang jika berlaku kes seumpama itu," katanya.

Berkaitan kes kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kelima semalam, pelbagai spekulasi ditimbulkan termasuk Kapten Zaharie, juruterbang pesawat itu dikatakan menghidupkan isyarat tango bagi memaklumkan menara kawalan bahawa penerbangannya dalam situasi cemas. Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai empat aspek tumpuan pihak berkuasa mengenai kehilangan pesawat itu, iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan peribadi. Polis juga tidak menolak kemungkinan berlakunya rampasan ke atas pesawat itu membabitkan perancangan rapi dan berkumpulan. -SH




.

[Gambar] Aidil Zafuan sah bergelar suami kepada Zaremah Zainal


[Gambar] Aidil Zafuan sah bergelar suami kepada Zaremah Zainal | Kapten Harimau Malaya Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 27, sah bergelar suami kepada Zaremah Zainal, 28, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di kediaman pengantin perempuan, di sini, hari ini. Pasangan berkenaan dinikahkan pada jam 10.50 pagi oleh abang pengantin perempuan, Datuk Zulhisham, dengan disaksikan Jurunikah dari Masjid Al-Falah, Kampung Idaman, Pandamaran, Ustaz Musa Hussain.


Zaremah menerima wang hantaran berbentuk cek bernilai RM17,000 dan mas kahwin sebanyak RM7,000. Aidil turut menyerahkan sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalasnya dengan 11 dulang. Ketika ditemui selepas majlis pernikahannya, pemain bola sepak kebangsaan itu berkata Zaremah begitu memahami kerjayanya dan pandai berdikari sekali gus membuat hatinya terpikat untuk dijadikan sebagai isteri. Sebelum itu, pasangan itu sempat mengikat tali pertunangan pada jam 10.15 pagi.


Majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, esok dan majlis pihak lelaki pula akan berlangsung pada 30 Mac ini. Aidil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Rita Rudaini Mokhtar pada 28 Februari 2008 di Thailand dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Qaqa Arjuna, 2.-BH





.

Sebab sebuah helikopter terhempas di timur England yang mengakibatkan 4 orang terbunuh



Sebab sebuah helikopter terhempas di timur England yang mengakibatkan 4 orang terbunuh | Empat dilaporkan terbunuh apabila helikopter terhempas akibat kabus tebal di Norfolk, di timur England, hari ini. Polis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai nahas berdekatan Bandar Beccles itu jam 7.30 malam waktu tempatan selepas orang awam mendengar bunyi kuat, Pegawai polis dikerah ke tempat kejadian dan dengan bantuan hilikopter polis, kawasan nahas ditemui. “Lokasi nahas di kawasan padang dengan sekitarnya terdapat hutan. Semua empat orang dalam pesawat yang ditemui meninggal dunia," kata polis dalam satu kenyataan. - AFP




.

Ngeri : Misteri mayat wanita terbelah dua di tempat letak kenderaan sebuah hotel


Ngeri : Misteri mayat wanita terbelah dua di tempat letak kenderaan sebuah hotel | Mayat seorang wanita yang terbelah dua ditemui di dua tingkat tempat letak kereta sebuah hotel di Australia semalam. Polis dipanggil ke Bayview On The Park Hotel di Melbourne selepas pekerja pembersihan menemui bahagian bawah badan mayat wanita berkenaan di tingkat bawah tempat letak kenderaan pada jam 5 pagi semalam. Bahagian atas badan mayat wanita berkenaan kemudiannya ditemui di tingkat satu tempat letak kereta itu.

“Saya terkedu ketika menemui mayat itu. Saya dan kebanyakan kakitangan menggigil. Kami tidak pernah melihat kejadian seperti itu,” kata pengurus hotel itu, Mathew D'Rozario Mathew berkata mayat wanita itu kelihatan seperti berumur antara 25 hingga 30 tahun dan mempunyai “penampilan Asia”. Polis yang tiba kira-kira jam 6.30 pagi menutup kawasan itu bagi menjalankan siasatan. Jurucakap polis Victoria berkata, tiada keadaan yang mencurigakan mengenai kematian wanita itu. - Agensi




.

[GAMBAR] Jerebu di Pelabuhan Klang, Banting kini dalam bahaya



[GAMBAR] Jerebu di Pelabuhan Klang, Banting kini dalam bahaya | Pelabuhan Klang dan Banting mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya setakat jam 8 pagi ini dengan masing-masing mencecah 358 dan 311. Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan Kelang meningkat dari bacaan 233 (sangat tidak sihat) pada jam 6 petang semalam kepada paras berbahaya pagi ini manakala Banting dari bacaan 189 kepada 311. 13 kawasan mencatat IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya dengan bacaan 185, Putrajaya (175), Batu Muda (176), Shah Alam (164), Cheras (147), Kuala Selangor (149), Nilai (168), Port Dickson (169), Seremban (154), Bukit Rambai (135), Bandaraya Melaka (118), Muar (107) dan Tanjung Malim (105).

Sementara 18 kawasan lain mencatat IPU sederhana dan 18 lagi mencatat bacaan IPU baik. Semalam Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah Klang ditutup serta-merta hari ini berikutan bacaan IPU di kawasan itu mencecah bacaan sangat tidak sihat, sejak petang semalam. Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300). Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my. -HM





.

MH370 : Keluarga penumpang ancam saman kerajaan Malaysia



MH370 : Keluarga penumpang ancam saman kerajaan Malaysia | Sebilangan saudara-mara penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Laut China Selatan mendesak kerajaan Malaysia dan China memberikan jawapan berhubung kehilangan misteri pesawat malang berkenaan, lapor agensi berita Reuters semalam. Mereka juga mengancam untuk menyaman kerajaan Malaysia selain mahu berjumpa dengan Presiden China, Xi Jinping kerana pesawat tersebut masih belum ditemui. Anggota-anggota keluarga itu juga memarahi para petugas media, MAS dan juga kerajaan mereka sendiri kerana tidak mengendahkan permintaan mereka. "Saya betul-betul mahu berjumpa dengan Jinping dan saya juga tidak tahu apa yang lebih penting daripada nyawa 239 orang di dalam pesawat itu," kata seorang wanita muda yang mahu dikenali sebagai Wen. "Saya juga mahu bertanya kepada Jinping jika orang tersayang atau ahli keluarga anda berada dalam pesawat itu, apakah perasaan anda," katanya sambil menangis.

 "Suami saya berada dalam pesawat itu dan setiap hari anak-anak saya bertanya mengenai bapa mereka, apa yang patut saya beritahu mereka. "Kami kini tidak tahu apa yang patut dilakukan dan memerlukan kerajaan untuk menyokong kami," tambahnya. Seorang lagi keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu bahawa, dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia. "Sudah tentu kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana apa yang terjadi sesuatu yang teruk. "Kami tidak menyaman MAS tetapi kerajaan Malaysia," katanya kepada wartawan. Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 kru. Seramai 153 penumpang pesawat itu ialah warga China. Pesawat tersebut juga membawa 38 rakyat Malaysia itu hilang pada Sabtu lalu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. - Agensi




.

MH370 : Penemuan terbaru mengenai panggilan misteri keluarga penumpang pesawat yang hilang


MH370 : Penemuan terbaru mengenai panggilan misteri keluarga penumpang pesawat yang hilang | Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bahawa nombor telefon bimbit yang didakwa milik seorang anggota keluarga penumpang pesawat MH370 adalah dari Amerika Syarikat, dan bukan China. Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, anak syarikat MAS, Ignatious Ong Ming Choy berkata syarikat telekomunikasi yang dilantik MAS mengenal pasti nombor telefon bimbit itu adalah dari Amerika. Terdahulu, seorang anggota keluarga penumpang MH370 mendakwa beliau menerima panggilan yang dialih dari satu nombor selepas ia hilang dan menggesa MAS menyiasat sumbernya bagi mengesan kedudukan pesawat malang itu.

Beliau menyerahkan nombor itu kepada Ming Choy untuk siasatan lanjut ketika sesi taklimat sebelum itu. Khabar angin berkaitan MH370 tersebar luas di Internet termasuk panggilan telefon berkenaan dan ini sedikit sebanyak menghidupkan kembali harapan anggota keluarga penumpang serta anak kapal pesawat itu, yang sebelum ini kian pudar. - Bernama




.

MH370 : Inilah sumbangan NASA terhadap usaha mencari dan menyelamat



MH370 : Inilah sumbangan NASA terhadap usaha mencari dan menyelamat | Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) dilaporkan turut menghulurkan bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang didapati hilang berhampiran Teluk Siam, enam hari lalu, semalam. Menurut laman web Space.com, NASA telah menggunakan satelitnya untuk mengumpul data dan imej dari sistem kamera kawalan jauhnya (ISERV) ke Stesen Angkasa Antarabangsa. “Sistem kamera ISERV NASA yang telah dilancar pada Julai 2012 ini, bagi memantau kawasan khusus bumi untuk tujuan analisis bencana dan kajian alam sekitar," kata agensi angkasa itu. -Utusan




.

Tragis : Suami pemabuk cekik isteri hingga mati


Tragis : Suami pemabuk cekik isteri hingga mati | Akibat sering berleter kerana tidak tahan dengan tabiat suaminya yang kaki mabuk selain sering bertengkar, seorang wanita ditemui mati selepas dia dipercayai dicekik suaminya dalam satu kejadian di Seksyen 7, di sini, awal pagi semalam. Kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.30 pagi apabila mangsa yang juga wanita warga Indonesia berusia 43 tahun pada mulanya dikatakan ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas rumah oleh lelaki berkenaan. Sumber berkata, bimbang melihat isterinya tidak bernyawa, suami mangsa berusia 46 tahun itu menghubungi ambulans untuk membawa isterinya ke hospital.

“Hasil siasatan lanjut dan berdasarkan keterangan yang diberikan suspek, polis mendapati ia hanya satu rekaan kerana anak pasangan itu mendengar ibu bapanya mereka bertengkar beberapa jam sebelum kejadian. “Bedah siasat yang dijalankan pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang mendapati mangsa mati akibat kegagalan bernafas dipercayai dicekik suspek memandangkan keadaan wajah wanita itu yang kebiruan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian dan penahanan suspek. -HM



Gambar sekadar hiasan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!