Tuesday, March 11, 2014

Kejam : Pembantu rumah didakwa bunuh anak majikan dan dijadikan makanan anjing


Kejam : Pembantu rumah didakwa bunuh anak majikan dan dijadikan makanan anjing | Dua pembantu rumah di kawasan perumahan mewah di Nairobi didakwa memotong zakar, menyiat kulit kemaluan dan mengelar badan, peha, kaki dan punggung anak lelaki majikan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyiat kulit kepala budak terbabit sebelum dicampak ke luar untuk dijadikan makanan anjing. Dalam kejadian jenayah dianggap paling kejam di Kenya itu, pembantu rumah, Concepta Achitsa Mwanje, 27, dan tukang kebun, Vincent Odhiambo Owino, dituduh melakukan rompakan dan penculikan serta mendatangkan kecederaan parah pada budak berkenaan. Dokumen mahkamah menyatakan, mereka menyangka budak terbabit sudah mati ketika mangsa diberikan kepada anjing.

Mereka melakukan perbuatan itu dengan harapan jenayah mereka dapat disembunyikan. Dr Joseph Kathuri yang memeriksa budak berusia tiga setengah tahun itu berkata, 75 peratus kulit kepala mangsa hilang dalam kejadian pada 31 Disember 2008 itu. Bulan lalu Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 30 tahun ke atas Mwanje dan Owino selepas menolak rayuan mereka. Menyingkap kembali kes itu, bapa mangsa mendapat panggilan daripada pembantu rumahnya mendakwa kononnya budak terbabit dibaham anjing. Ketika bapanya pulang ke rumah, Owino sudah melarikan diri. Bagaimanapun, keesokannya dia menghubungi majikannya itu untuk memberitahu apa yang terjadi. Sementara itu ketika dikejarkan ke hospital, mangsa berada dalam keadaan tidak sedar dan hampir mati.

Selepas menjalani beberapa pembedahan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan. Ibu mangsa berkata, walaupun suaminya seorang panas baran, tetapi dia tidak pernah dilihat memukul pembantu rumah terbabit. Seperti kebanyakan ibu bapa lain, bapa mangsa mendapatkan khidmat Mwanje daripada agensi pembekal pekerja tempatan yang kini popular di kebanyakan pusat bandar. Ia dikatakan mengambil pekerja tanpa mengenali mereka dan hanya mempunyai salinan kad pengenalan mereka. Keajaiban berlaku apabila kanak-kanak itu sembuh dan dapat mengenal pasti pembantu rumah dan tukang kebun yang mencederakannya. - Agensi





.

MH370 : Lapan penduduk dengar bunyi dentuman pada hari kejadian buat laporan polis di Marang


MH370 : Lapan penduduk dengar bunyi dentuman pada hari kejadian buat laporan polis di Marang | Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang. Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang. "Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. "Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu. Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami. "Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau. Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai. Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu. - Bernama




.

Skandal terbaru melibatkan Putera di Istana Buckingham


Skandal terbaru melibatkan Putera di Istana Buckingham | Adik Putera Charles, Duke of York, Putera Andrew, semalam dilaporkan terpaksa membuat penafian beliau telah mengikat tali pertunangan dengan seorang model pakaian renang dari Croatia yang 20 tahun lebih muda darinya. Andrew membuat penafian itu selepas Monika Jakisic, 34, bertindak memuat naik gambar sebentuk cincin berlian didakwa cincin pertunangan mereka di atas bil restoran bernilai 600 pound (RM 3,267) pada laman Twitter wanita tersebut, kelmarin. Foto kedua-dua pasangan itu yang sedang hangat berkucupan di sebuah kelab eksklusif di sini berjaya dirakam selepas mereka menikmati makan malam dalam janji temu ketiga dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini. Gambar itu membuatkan pihak Istana Buckingham mahukan penjelasan segera sehingga memaksa wakil Andrew mengeluarkan kenyataan yang disifatkan memalukan dan tidak pernah berlaku itu, lapor Daily Mail.

Jurucakap putera berusia 54 tahun itu, bagaimanapun menolak untuk mengulas spekulasi tentang tahap hubungan Andrew dan Jakisic, sambil berkata: "Saya boleh mengesahkan Duke of York tidak bertunang dengan Monika Jakisic’’. Khabar angin tentang hubungan mesra antara model dan keluarga diraja Britain itu muncul selepas kedua-duanya dilihat meraikan sambutan ulang tahun putera itu pada bulan lalu di restoran Cecconi di Mayfair, lokasi yang dilaporkan insiden bericum itu berlaku. Jakisic seorang model yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon George Clooney kini menetap di sebuah rumah di utara London bernilai 1.2 juta pound (RM6.5 juta). -AP




.

Gambar : Wanita terkejut ular patuk payudara ketika bangun tidur


Gambar : Wanita terkejut ular patuk payudara ketika bangun tidur  | Seorang wanita terkejut besar apabila mendapati seekor ular mematuk payudaranya ketika baru bangun tidur. Caroline Griffin, 49 berkata dia dipatuk ketika cuba menghalau reptilia berkenaan dari katilnya “Saya bimbang ular itu berbisa dan saya mungkin mati,” katanya. Ibu empat anak itu mendapati ular sepanjang 1.2 meter dari jenis California kingsnake berada di dadanya sebaik menurunkan selimut. “Pada mulanya saya menyangka anak saya mahu mengenakan saya, tetapi saya mula ketakutan apabila melihat reptilia itu bergerak. “Saya menjerit sekuat hati dan ular itu terus mematuk payudara saya,” katanya. - AFP




.

Gambar ikan paus sepanjang 10 meter yang tersangkut pada pukat nelayan



Gambar ikan paus sepanjang 10 meter yang tersangkut pada pukat nelayan | Seekor ikan paus sepanjang 10 meter dijumpai mati kelmarin selepas tersangkut pada pukat milik seorang nelayan di Tunisia di persisiran pantai Sidi Bou Said yang terletak di utara bandar ini. kelmarin. Nelayan itu, Bilel Jerbi, 24, berkata, pada mulanya dia menyangka pukat miliknya tersangkut pada sebuah bampar kereta. "Selepas saya menarik jaring berkenaan, saya melihat ekor ikan paus berkenaan,'' katanya. Ujarnya. spesies ikan paus itu masih belum dikenal pasti dan haiwan itu hampir mati ketika ia tersangkut pada pukat tersebut. Jerbi kemudiannya membawa ikan paus itu ke sebuah pelabuhan di Sidi Bou Said. Beberapa nelayan dan anggota pengawal pantai berusaha untuk membawa naik ikan paus tersebut ke darat.


 Pelabuhan itu juga dipenuhi orang ramai yang mahu melihat haiwan gergasi berkenaan dengan lebih dekat. Tambah Jerbi, dia mengalami kerugian yang besar selepas pukat yang digunakan untuk menangkap ikan rosak selepas ikan paus itu tersangkut pada pukat tersebut. "Saya berharap dapat menjual daging ikan paus ini dan wang berkenaan digunakan untuk membeli pukat yang baharu,'' katanya. Seorang pengawal pantai berkata, ikan paus sepanjang 10 meter itu dianggarkan seberat tujuh hingga lapan tan. "Kami sebelum ini pernah melihat ikan paus sepanjang empat meter tetapi haiwan ini yang terbesar pernah dijumpai di sini,'' katanya. Menurutnya, punca kematian ikan paus berkenaan masih belum dapat dipastikan. - AFP




.

Lelaki 31 tahun mati, selepas terjatuh dari tingkat 12 di Wisma MABA, Jalan Hang Jebat



Lelaki 31 tahun mati, selepas terjatuh dari tingkat 12 di Wisma MABA, Jalan Hang Jebat | Seorang lelaki berumur 31 tahun meninggal terbunuh selepas terjatuh dari tingkat 12 di Wisma MABA Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, lewat petang semalam. Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, Lee Hon Hiung mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki. Katanya, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan ada individu yang terjatuh dari bangunan itu. "Sehingga ini, tiada saksi yang melihat kejadian itu dan siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kejadian disedari oleh orang awam yang terdengar bunyi objek jatuh. Zainuddin berkata polis sudah menghubungi waris mangsa dan mereka memaklumkan bahawa mendiang mengalami penyakit kurang daya ingatan. "Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan bedah siasat akan dijalankan," katanya. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. -BH



Gambar hiasan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!