Tuesday, February 11, 2014

Gara-gara nak kelihatan kaya


Gara-gara nak kelihatan kaya | Gara-gara hendak dilihat kaya, seorang lelaki meminjam wang 110,000 yuan (RM60,600) sebelum cuba membunuh diri selepas menyedari dia tidak mampu membayarnya semula. Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Yang, meminjam wang berkenaan dengan mengguna kad kreditnya supaya dia dilihat kaya oleh anggota keluarganya pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Yang membelanjakan wang itu dengan berjudi bersama rakan serta membeli hadiah untuk anggota keluarga.

 Menurutnya dia tidak menyedari jumlah yang dibelanjakannya sehingga menerima mesej daripada bank. Kerana tidak layak untuk meminjam lebih banyak dan menyedari dia tidak mampu melangsaikan hutangnya, Yang memilih untuk membunuh diri. Semalam, lelaki itu terjun di sebuah sungai di Fuzhou tetapi diselamatkan oleh seorang lelaki tua yang berenang di situ ketika kejadian. - AFP




.

Lelaki hadapi tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis dalam sebuah wad hospital pakar di Kuantan



Lelaki hadapi tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis dalam sebuah wad hospital pakar di Kuantan | Kuantan : Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret sebentar tadi atas tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis dalam sebuah wad hospital pakar di sini, kira-kira tiga tahun lalu. Tertuduh, Mohamad Faiz Fitri Suhari, 23, dari Kampung Mak Chili Paya, Kemaman, Terengganu bagaimanapun menafikan perbuatan itu dan mohon dibicarakan. Dia dituduh melakukan kekerasan jenayah mencabul kehormatan seorang wanita berusia 29 tahun ketika kejadian. Tertuduh yang ketika itu berusia 21 tahun dituduh mencium pipi, mulut dan meraba kemaluan mangsa dalam sebuah wad di tingkat dua hospital terbabit, kira-kira jam 4.30 petang September 2011.-HM




.

Fizo Omar dedah cara dia dan isterinya Mawar bercinta selepas berkahwin


Fizo Omar dedah cara dia dan isterinya Mawar bercinta selepas berkahwin | Sejak berkahwin boleh dikata kerap juga dilihat pelakon Fizo Omar yang membawa isterinya ke acara-acara hiburan. Pendek kata, di mana ada Fizo, terlihat juga Mawar di sisinya. Dalam erti kata lain, pasangan suami isteri sama cantik sama padan ini dilihat asyik berkepit saja di hadapan umum. Namun timbul desas-desus sesetengah pihak mengatakan pasangan ini seperti mengada-ngada, tak boleh nak berenggang langsung. Cukuplah mereka bersikap romantis di rumah tak perlulah selalu sangat nak ditunjukkan depan umum. Ada yang kata, Fizo galak sangat tayang isteri. Heh. "Mestilah... (senyum) Mawar kena sentiasa ada bersama saya. Tapi kalau ikutkan untuk acara anugerah sebegini, ini baru kali kedua saya bawa dia. Sedikit sebanyak dia semakin faham dengan kerja saya. "Lagipun kami ni kan bercinta selepas kahwin. Jadi inilah cara kami habiskan masa bersama. Tapi tidaklah selalu sangat dia ikut saya, cuma ada masa-masa tertentu saja. Mawar pun ada kerja dia sendiri, sebagai contoh dia yang bertangggungjawab untuk mencipta setiap rekaan tudung Fareeda.

"Tapi sebenarnya kalau dari segi bekerja, boleh dikatakan memang kami sentiasa bersama walaupun kami kendalikan bidang perniagaan yang berlainan. Tapi kami berkolaborasi untuk cari peluang perniagaan bersama. Dengan cara tu juga agak memudahkan kami, misalnya kalau nak jumpa klien kami boleh pergi bersama-sama", katanya ketika ditemui sewaktu di acara karpet merah Anugerah Meletop Era di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol berkahwin dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda itu pada 10 November tahun lalu.

Dalam pada itu, berkongsi sedikit mengenai kehidupan mereka kini, Fizo berkata sejak bergelar suami hidupnya semakin teratur. Malah usahawan muda ini bersyukur kerana perniagaannya kini bertambah maju. "Syukur Alhamdulillah, semakin bahagia dan hidup pun lebih teratur. Mungkin inilah yang dikata rezeki kawin, sebab perniagaan Hot Burger saya pun dah berkembang. Begitu jua dengan perniagaan tudung Fareeda yang akan buka lagi tiga cawangan", katanya sambil mengukir senyuman.


Mawar Jadi Pengacara 

Dalam pada itu Fizo memberitahu dia dan Mawar bakal mengacarakan sebuah program berkonsepkan kesihatan dan kecantikan, 'Cergas Jelita'. Program itu akan disiarkan di saluran RTM tidak lama lagi. Menurut Fizo, biarpun tahu isterinya tidak mempunyai pengalaman dalam mengacarakan program, namun dia sangat mengalakkan isterinya itu menceburi bidang tersebut kerana yakin Mawar boleh melakukannya. "Saya tak kisah kalu dia nak cuba dalam bidang pengacaraan. Sebenarnya kami dapat tawaran ni selepas berkawin. Dalam program itu saya hanya membantu dan sebagai penyokong dia Mawar kerana dia yang mengendalikan sepenuhnya rancangan tu. "Ini juga satu pendedahan dan peluang baik untuk bisnes kami. Sebab dalam program ni ada juga membincangkan topik tentang tudung", katanya.

Sementara Mawar pula berkata, dia mahu mencuba walaupun sikap pemalu dalam dirinya menebal. Bahkan sebagai persediaan, Mawar memberitahu dia ada mengikuti kelas pengacaraan "Sebagai persiapan saya, saya ada ikuti kelas pengacaraan. Sebelum berkahwin dulu pun saya pernah muncul dalam sebuah program untuk berkongsi tips tentang tudung. Dari situ saya sudah mempunyai peminat saya yang tersendiri. Rata-rata mengenali sebagai model tudung Fareeda. "Selepas berkahwin ni, peminat saya bertambah. Dan saya rasa ini peluang baik untuk saya, di sambil berkongsi tips tentang tudung, secara tak langsung dapat mempromosikan bisnes kami", katanya. - mD





.

Wanita tinggal bersama mayat ibu yang telah reput selama beberapa tahun



Wanita tinggal bersama mayat ibu yang telah reput selama beberapa tahun | Seorang wanita warga emas ditemui hidup bersama mayat ibunya yang telah reput di barat laut Brittany, Perancis. Timbalan Pendakwa Patrick Lewden berkata, pihak berkuasa menemui mayat wanita itu yang disyaki telah meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu di rumahnya di sebuah kampung Mael-Carhaix. "Wanita ini tidak pernah dilihat sejak tahun 2010,"katanya, dipetik dari laporan AFP. Si mati dilahirkan pada 1921 dan dipercayai tinggal bersama anak perempuannya berusia 66 tahun yang mengalami masalah kesihatan mental. -AFP




.

Datuk Lee Chong Wei buat julung kali akan berpasangan dengan musuh tradisinya Lin Dan, untuk perlawanan pertunjukan


Datuk Lee Chong Wei buat julung kali akan berpasangan dengan musuh tradisinya Lin Dan, untuk perlawanan pertunjukan | Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei buat julung kali akan berpasangan dengan musuh tradisinya Lin Dan dari China untuk membuat perlawanan pertunjukan sempena pembukaan pusat latihan badminton baru di Lingshui, China Ahad ini. Chong Wei berkata, beliau menyambut baik jemputan Persatuan Badminton China dan bersedia membantu negara lain untuk menyemarakkan sukan badminton. "Saya menerima jemputan daripada ketua jurulatih China, Li Yongbo untuk menyertai perlawanan pertunjukan itu. Saya akan bergandingan dengan Lin Dan dan kami akan menentang jaguh beregu China, Cai Yun dan Fu Haifen.

 "Perlawanan ini juga diadakan untuk peminat badminton di China," katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara. Dalam pada itu pemain nombor satu dunia itu berkata Malaysia perlu menyediakan pusat latihan badminton yang lengkap di setiap negeri untuk memastikan lebih ramai pemain berbakat dapat ditonjolkan. "Pada pendapat saya, negara China mempunyai banyak pusat latihan yang lengkap di setiap wilayah, pemain tempatan (wilayah) mereka bagus dan setanding dengan pemain kebangsaan. "Saya rasa kita juga perlu fikir begitu (menyediakan infrastruktur di setiap negeri) untuk masa depan sukan badminton negara," katanya. Chong Wei juga berkata beliau akan menghadiri majlis Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Mac ini.

"Saya ada menerima jemputan tersebut. Memang bangga sebab akan berjumpa dengan ramai atlet bertaraf dunia dalam pelbagai sukan seperti Formula 1 dan tenis. Saya juga teruja mahu berjumpa dengan atlet terkemuka dunia yang lain pada majlis itu nanti," katanya. Antara tokoh sukan yang pernah memenangi Anugerah Laureus sejak diadakan 15 tahun lalu ialah Usain Bolt, Sebastian Coe, Novak Djokovic, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Kelly Holmes, Rafael Nadal, Pelé, Steve Redgrave, Ronaldo, Michael Schumacher, Kelly Slater, Shaun White, Serena Williams dan Zinedine Zidane. -MD




.

Berita terkini dan pertuduhan terhadap pasangan Malaysia di Sweden


Berita terkini dan pertuduhan terhadap pasangan Malaysia di Sweden | Pasangan warga Malaysia, Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya, Shalwati Norshal hari ini didakwa di mahkamah daerah Solna, Stockholm, Sweden atas pertuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga 2013. Tuntutan pertuduhan yang disifatkan sebagai luar jangkaan itu diterima mahkamah dalam bentuk bertulis yang dikemukakan pendakwaraya, Anna Arnell. Pertuduhan itu menyebut pasangan berkenaan didakwa memukul anak-anak mereka dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang dalam beberapa kejadian.

Pasangan berkenaan dijangka akan dibicarakan selama 10 hari bermula 18 Februari ini atas kesalahan yang berulang-ulang antara 2010 sehingga tahun lalu. Mahkamah menggunakan istilah melanggar integriti seseorang bagi menggambarkan pertuduhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.

 Peguam Shalwati, Kristofer Stahre akan membuat rayuan di Mahkamah Supreme Sweden supaya membebaskannya daripada reman sementara menunggu perbicaraan memandangkan keempat-empat anak mereka telah pulang ke Malaysia. Pendakwaan terhadap pasangan berkenaan disahkan oleh Stahre kepada Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!