Tuesday, February 4, 2014

Masjid dilarang laungkan azan sebanyak 49 kali pada bulan ini atas alasan laungan azan mengganggu penduduk



Masjid dilarang laungkan azan sebanyak 49 kali pada bulan ini atas alasan laungan azan mengganggu penduduk | Pihak berkuasa Israel dilaporkan menghalang Masjid al-Ibrahimi di Hebron melaungkan azan sebanyak 49 kali pada bulan ini atas alasan laungan azan mengganggu penduduk Israel dan menyebabkan kawasan itu menjadi bising. Pengarah Jabatan Wakaf di Hebron, Tayseer Abu Snaineh berkata, pihak berkuasa Israel menghalang masjid berkenaan melaungkan azan ketika masuk waktu solat, tindakan yang dilihat memihak kepada penduduk Yahudi yang melawat bandar lama Hebron. Tayseer berkata, tentera Israel yang berkawal di pintu masuk masjid berkenaan turut mengadakan pemeriksaan keselamatan ke atas penduduk Palestin sebelum mereka dibenarkan memasuki masjid itu, namun, penduduk Yahudi dibenarkan memasuki masjid tersebut sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.

"Penduduk Yahudi juga mencemari kawasan masjid itu dan sering memalukan dan mengejek orang Islam yang sedang solat," katanya. Beliau berkata, tindakan tentera Israel itu merupakan ancaman besar terhadap agama Islam dan mereka dilihat cuba menyekat kebebasan beragama di negara ini yang bertentangan dengan undang-undang Israel. Masjid al-Ibrahimi yang berusia 1,000 tahun itu merupakan kawasan suci bagi penduduk Islam Palestin selepas Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menempatkan makam Nabi Ibrahim serta ahli keluarga baginda. Jawatankuasa khas kerajaan Israel telah membahagikan masjid itu kepada dua bahagian, satu bahagian untuk orang Islam dan satu bahagian lagi untuk penganut Yahudi, selepas tragedi 1994 apabila seorang penganut Yahudi menembak mati 29 orang Islam serta mencederakan 125 yang lain ketika penduduk Islam sedang menunaikan solat Subuh.

Isu berhubung laungan azan di masjid telah berlarutan sejak 2011 apabila seorang ahli politik Israel, Anastasia Michaeli mengusulkan satu rang undang-undang bagi mengharamkan azan di masjid-masjid dalam kawasan Israel menggunakan pembesar suara kerana didakwa mengganggu waktu tidur penduduk Israel. Namun, usul itu ditentang hebat oleh aktivis Islam yang mencadangkan penduduk Israel supaya keluar dari kawasan berkenaan sekiranya tidak tahan mendengar laungan azan. - AGENSI




.

Pasar raya lama berusia 55 tahun hangus terbakar di Jalan Bunga Raya, Bukit Mertajam


Sebuah pasar raya lama berusia lebih 55 tahun terbakar dalam kejadian di Jalan Bunga Raya, Bukit Mertajam di sini, kira-kira jam 5 pagi tadi. Kebakaran itu menyebabkan 100 peratus bangunan itu serta barang milik peniaga hangus dan nilai kerugian dianggarkan lebih RM1.5 juta. Selain terbakar struktur bangunan dua tingkat itu dikhuatiri tidak selamat kerana turut mengalami keretakan. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.08 pagi dan tiba di lokasi beberapa minit kemudian. Operasi memadam kebakaran membabitkan turut membabitkan bantuan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda.-HM



P/S - Gambar sekadar hiasan




.

Jumlah Harta Peninggalan Mendiang Nelson Mandela dan pewarisnya



Jumlah Harta Peninggalan Mendiang Nelson Mandela dan pewarisnya | Bekas Presiden Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela meninggalkan sebahagian besar daripada hartanya yang dianggarkan bernilai AS$4.1 juta kepada isterinya Graca Machel, ahli-ahli keluarga yang lain termasuklah bekas kakitangan, sekolah dan tidak ketinggalan kepada parti yang dipimpinnya ANC. Demikian menurut wasiatnya yang telah dibaca dan dikeluarkan pada Isnin - cukup dua bulan selepas kematiannya. Menurut para peguamnya, Mandela yang meninggal dunia pada usia 95 tahun telah mewasiatkan separuh daripada harta peninggalannya kepada Graca termasuklah empat hartanah di negara jiran Mozambique. Royalti hasil daripada penulisan bukunya dan lain-lain projek yang berkaitan termasuklah rumahnya di Johannesburg, Qunu dan Mthatha akan diserahkan kepada yayasan keluarga. Manakala rumahnya di Houghton, Johannesburg kediaman di mana dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5 Disember lalu akan diberikan kepada ahli keluarga anak lelakinya, Makgatho.

"Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat kediaman ini terus digunakan sebagai tempat berhimpun kesemua ahli keluarga saya," demikian menurut wasiat yang ditinggalkan Mandela. Setiap seorang anak Mandela telah menerima AS$300,000 dalam bentuk pinjaman ketika dia masih hidup tetapi kini pinjaman tersebut akan dianggap langsai jika ada mana-mana di antara mereka tidak mampu untuk membayar semula pinjaman tersebut. Mandela juga turut memberi sejumlah AS$4,500 seorang kepada setiap anggota kakitangannya termasuk pembantu peribadi paling lama iaitu Zelda la Grange. Sejumlah AS$90,000 turut diberikan kepada Universiti Wits dan Universiti Fort Hare dan jumlah yang sama kepada tiga buah sekolah lagi. Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang mana Mandela memimpin dan mencapai kemenangan pertama selepas pasca apartied pada tahun 1994, turut menerima sebahagian besar daripada harta peninggalannya. -AP




.

Wanita seiras yakin mereka kembar kerana ada banyak persamaan.. Mungkinkah?



 Wanita seiras yakin mereka kembar kerana ada banyak persamaan.. Mungkinkah? | Dua wanita seiras yang dibesarkan oleh dua keluarga angkat berbeza dari dua benua menjalani ujian asid deoxyribonucleic (DNA), baru-baru ini bagi mengesahkan mereka merupakan pasangan kembar. Perkara itu dibuat selepas seorang daripada wanita tersebut mengesan mereka mempunyai banyak persamaan selepas menonton sebuah klip video dari laman perkongsian YouTube pada tahun lalu. Anaïs Bordier, 27, yang dibesarkan oleh keluarga angkat dari Perancis dan Samantha Futerman yang dipelihara keluarga angkat dari Amerika Syarikat (AS), bukan sahaja mendapati mereka dilahirkan di Korea Selatan, malah turut mempunyai tarikh lahir yang sama. ''Saya terkejut malah pada masa sama berasa teruja. Sam (Futerman) membalas mesej saya (tweet) dan mengemukakan sekeping gambar tentang rekod kelahirannya.

''Pada masa itu tidak terlintas dalam diri saya untuk menyatakan bahawa dia (Futerman) adalah kembar saya. Namun, apabila dia menghantar gambar-gambar lain, saya berasa seperti diserang sakit jantung, malah ia juga adalah saat yang paling indah,'' kata Bordier, seorang pelajar pereka fesyen di London. Futerman kemudian mewujudkan sebuah laman di laman web kewangan Kickstarter bagi membiayai projek ujian DNA yang menelan kos sebanyak AS$30,000 (RM100,485) dan berjaya mengumpul sebanyak AS$44,000 (RM147,378) hasil derma daripada lebih seribu orang. Bagaimanapun, Futerman dan Bordier hanya akan mendedahkan keputusan ujian DNA itu menerusi dokumentari tentang kisah mereka yang dijangka menelan kos sebanyak AS$80,000 (RM267,960) untuk diterbitkan.

Mereka kini sedang mengumpul dana dengan melancarkan satu lagi kempen di laman web tersebut dan masih belum dapat dipastikan tentang tarikh pelancaran dokumentari berkenaan. Selepas dilahirkan, Bordier diletakkan di bawah pusat jagaan kanak-kanak AS, sebelum diambil oleh keluarga angkat dari Perancis tiga bulan kemudian, manakala Futerman dipelihara oleh keluarga angkat dari AS. Dokumen kelahiran kedua-dua wanita itu, bagaimanapun tidak menyatakan tentang ibu bapa mereka termasuk maklumat, sama ada mereka mempunyai adik beradik lain. - AGENSI



.

Pencuri bernafsu dengan patung peraga pakaian



Pencuri bernafsu dengan patung peraga pakaian | Seorang pencuri dirakamkan cuba mengadakan hubungan seks dengan patung peraga pakaian selepas memecah masuk sebuah pusat beli-belah di Jaragua, lapor media semalam. Aksi lelaki terbabit terdedah selepas pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ. Melalui rakaman CCTV itu pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian. Pada satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium ‘payudara’ dan melakukan aksi lucah. Lelaki itu yang menutup mukanya menggunakan kemeja-T dipakai kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar.

Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam. Suspek akhirnya ditahan selepas pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ. Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah. Sementara itu, pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu “terlalu pelik.” “Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang,” katanya dalam satu kenyataan. Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana “tiada kerja lain.” Bagaimanapun, dia enggan mengulas perbuatan lucahnya itu. -Agensi
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!