Friday, January 24, 2014

Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan adik, Syafiq Yusof bakal adakan majlis resepsi persandingan serentak


Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan adik, Syafiq Yusof bakal adakan majlis resepsi persandingan serentak | Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan adik, Syafiq Yusof bakal mengadakan majlis resepsi persandingan secara serentak pada Jun depan. Perkara itu diberitahu oleh bapa mereka yang juga Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam yang turut berkata, majlis berkenaan dirancang untuk diadakan dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada berlakunya pembaziran. "Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan sebuah majlis sahaja melibatkan perkahwinan Syamsul dan adiknya Syafiq itu pun cukuplah sekadar secara sederhana agar tidak membazir. "Bagaimanapun hasrat ini belum dibincangkan lagi dengan Syamsul," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Yusof, 60, berkata kedua-dua menantunya berasal daripada keluarga yang baik-baik dan berpendidikan tinggi.

"Alhamdulillah kedua-dua pilihan mereka daripada keluarga yang bagus. Puteri Sarah pun seorang yang baik dan sentiasa ingin berubah kea rah menjadi lebih baik. "Pilihan Syafiq pula daripada keluarga yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi bagus juga untuk dia saya hanya doa yang terbaik." Pada masa sama, penerbit filem "KL Gangster" itu berkata, walaupun bimbang melepaskan anak-anaknya untuk membina keluarga, namun dia yakin mereka mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga dengan baik. "Saya harap lepas ini kehidupan mereka lebih terurus, kalau nak kata bimbang itu ada juga tapi kalau fikir balik dalam hubungan suami isteri tidak semua indah sahaja. "Apa yang penting adalah mereka akan menjadi orang yang lebih baik."




.

Pelakon Shah Jaszle, dedah bakal mengahwini tunang tahun ini



Pelakon Shah Jaszle, dedah bakal mengahwini tunang tahun ini | Walaupun kes khalwat yang melibatkan dirinya bersama seorang bekas kakitangan bank masih lagi dalam perbicaraan, aktor Shah Jaszle telah merancang untuk mengahwini tunangnya, Redzwani Puteri pada tahun ini. "InsyaAllah jika tiada sebarang halangan, doakan kami untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini," ujar Shah seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian. Pemilik nama sebenar Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin ini turut memberitahu hubungannya dengan Redzwani yang merupakan seorang doktor berjalan dengan lancar selepas menyambung kembali ikatan pertunangan mereka pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Dalam perkembangan lain, Shah, 25, memberitahu kejadian yang menimpanya pada Mei tahun lalu tidak menjejaskan karier seninya kerana dia masih sibuk dengan jadual penggambaran yang padat.
"Alhamdulillah, walaupun sedang menghadapi kes ini, rezeki saya tetap ada dalam bidang lakonan," katanya lagi. Pada 16 Mei lalu, Shah telah ditahan bersama Farah Nurizzati Salleh, 21, di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor atas kesalahan berkhalwat di Apartmen Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam sebutan kes pada 13 November lepas, Shah yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 manakala Farah telah mengaku bersalah dan diperintah oleh mahkamah untuk membayar denda maksimum RM3,000 atau penjara selamat tiga bulan jika gagal membayar. Walaubagaimanapun dalam perkembangan terbaru kes ini, rayuan yang dikemukakan oleh Shah menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember untuk menggugurkan kes tersebut telah ditolak oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan diteruskan pada 8 April akan datang.




.

Real Madrid, Barcelona catat pendapatan tertinggi dan Manchester United cipta sejarah lagi


Real Madrid, Barcelona catat pendapatan tertinggi dan Manchester United cipta sejarah lagi | Real Madrid dan Barcelona mencatat pendapatan tertinggi untuk kali kelima berturut-turut, sementara Manchester United buat kali pertama terkeluar daripada kelompok tiga teratas kelab bola sepak terkaya. United, yang sedang merudum sejak diletakkan di bawah pengurus baharu, David Moyes jatuh ke tangga keempat di belakang juara Eropah, Bayern Munich dalam Liga Kewangan Bola Sepak, menurut kajian firma perakaunan Deloitte. Madrid kekal di kedudukan teratas buat kali kesembilan berturut-turut apabila pendapatan kelab itu meningkat sedikit kepada 518.9 juta euro (RM2.35 bilion), sementara pesaing mereka Barcelona mencatat perolehan sebanyak 482.6 juta euro (RM2.19 bilion). - AP




.

Nekad kerana perkahwinan ditentang keluarga


Nekad kerana perkahwinan ditentang keluarga | Gara-gara perkahwinan ditentang keluarga, seorang buruh binaan di China sanggup mengheret teman wanitanya ke atas bumbung dan mengacukan pisau pemotong daging ke leher mangsa.


Media melaporkan, suspek dikenali sebagai Lin, 32, turut mengugut membunuh mangsa kerana mendakwa mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. "Drama tebusan berlangsung selama lima jam. Selain itu, suspek juga bertindak menanggalkan pakaian dan mengarahkan mangsa melakukan perkara sama dengan tujuan ingin memalukan mangsa di hadapan jiran yang sedang melihat mereka," menurut laporan media.


Menurut Daily Mail, selepas lima jam, suspek meminta sebuah kereta untuk melarikan diri bersama teman wanitanya, namun cubaannya gagal apabila dia ditahan anggota polis dan orang awam. -DM




.

Sebab utama 2,800 penerbangan terjejas di Amerika Syarikat


Sebab utama 2,800 penerbangan terjejas di Amerika Syarikat | Ribut salji melanda bahagian timur Amerika Syarikat menyebabkan lebih 2,800 jadual penerbangan di negara itu terpaksa dibatalkan. Selain itu, puluhan jalan raya di negara berkenaan turut diliputi salji tebal dan cuaca menjunam hingga -28 Celsius. Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca berkata, ribut berkenaan membadai daerah Philadelphia dan selatan New England dengan salji kira-kira 35.6 sentimeter tebal. “Berikutan itu, sekolah di Pennsylvania, New Jersey, Connecticut, Virginia dan Kentucky diarah tutup,” katanya. Menurut AFP, antara kawasan terjejas, lapangan terbang dari Washington ke Boston kerana ribut salji dilaporkan bergerak ke Atlantik Tengah dan bahagian timur. “Daerah paling teruk terjejas termasuk Kentucky dan utara Massachusetts ,” katanya. -AFP




.

Gambar Justin Bieber ditahan polis di Miami..


Gambar Justin Bieber ditahan polis di Miami.. | Bintang pop, Justin Bieber ditahan polis ketika menyertai perlumbaan kereta 'drag' di jalan raya pantai Miami dengan Lamborghini kuningnya serta gagal dalam ujian dadah, awal hari ini. Polis Miami Beach mengesahkan penahanan penyanyi berusia 19 tahun itu dalam akaun Twitter rasmi jabatan itu.

Pegawai polis melihat dua kereta sedang berlumba pada jam 4.09 pagi sehingga dua kereta peronda polis cuba menghalang perlumbaan itu, demikian menurut jurucakap polis Miami, Bobby Hernandez memberitahu stesen WSVN di Selatan Florida.

Beliau berkata, kereta kedua adalah jenis Ferrari berwarna merah dengan pemandunya turut ditahan. Bieber gagal dalam ujian pengaruh dadah sebelum dibawa ke balai polis. Hernandez berkata, Bieber akan dipindahkan ke penjara Miami-Dade County. - AP



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!