Monday, January 13, 2014

Negara paling kuat di dunia



Negara paling kuat di dunia | NEGARA-NEGARA kuasa besar terus berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan mereka dengan memperkuatkan pasukan tentera mereka sama ada daripada segi persenjataan dan kelengkapan tentera, mahupun daripada segi bilangan anggota yang terlatih dalam semua bidang. Sebenarnya agak sukar untuk menentukan negara mana yang mendahului senarai dalam perlumbaan senjata di dunia pada masa ini. Menurut senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP), penyedia data terkini kuasa ketenteraan dunia, tanpa mengambil kira kekuatan nuklear yang dimiliki sesebuah negara, Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat daripada segi ketenteraan pada masa ini. Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber kewangan negara itu sendiri.

Amerika dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion (RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itulebih tinggi berbanding negara kuasa-kuasa besar yang lain. Faktor itu memungkinkan AS untuk memiliki sekurang-kurangnya 8,235 kereta kebal dan 15,293 buah pesawat dan 6,665 helikopter. Aset itu bagaimanapun tidak termasuk kira-kira 10 buah kapal pengangkut pesawat yang memudahkan AS menggerakkan askarnya ke mana-mana negara di seluruh dunia dengan diiringi 71 kapal selam. Namun, jika diambil kira daripada segi sumber tenaga, AS hanya mempunyai kira-kira 1.4 juta askar aktif, lebih kecil dibandingkan dengan China yang mempunyai sebanyak 2.2 juta askar aktif.

Malah, China dilihat mampu muncul sebagai kuasa tentera baharu dunia selepas data yang dikeluarkan GFP menunjukkan negara itu memperuntukkan sejumlah AS$129 bilion (RM422 bilion) untuk bajet pertahanannya, lebih kecil berbanding Rusia, United Kingdom dan Perancis. Bagaimanapun secara realitinya, kekuatan sesebuah negara pada zaman moden ini turut diukur dengan jumlah senjata nuklear yang dimiliki mereka. Dalam aspek ini, Rusia dilaporkan mendahului negara kuasa besar lain diikuti AS, China, United Kingdom dan Perancis yang merupakan negara yang menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Menurut statistik yang diperolehi BBC, Rusia mempunyai sebanyak 10,000 peledak nuklear, diikuti AS (8,500 unit), China (240), UK (225) dan Perancis (300). Negara-negara kuasa besar dunia itu turut dilapor memiliki peluru berpandu balistik jarak jauh yang mampu sampai pada jarak yang mampu merentas antara benua. Rusia dengan peluru berpandu SS-18 Satan dilaporkan mampu mencapai jarak sejauh 16,000 kilometer (km) diikuti China dengan (DF-5A) yang mampu sampai pada jarak 13,000 km, diikuti Amerika dengan Trident D5 yang mampu sampai pada jarak 11,300km. - Utusan




.

Kisah sebenar mengenai sayur kangkung



Kisah sebenar mengenai sayur #kangkung | SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut. Pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini. "Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya. Semalam Najib dipetik sebagai berkata: "...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun. "Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya. -SH




.

Kenapa bapa ayam saman Nike RM320 juta



Kenapa bapa ayam saman Nike RM320 juta | Seorang bapa ayam memfailkan saman AS$100 juta (RM320 juta) ke atas syarikat pengeluar kasut Nike kerana gagal memberi amaran bahawa produk mereka - Air Jordan - tidak sesuai untuk untuk membelasah seorang lelaki. Sirgiorgiro Clardy, 26, mendakwa Nike turut bertanggungjawab terhadap hukuman penjara 100 tahun yang dihadapinya kerana membelasah seorang lelaki.

Akhbar semalam melaporkan bapa ayam dari Portland itu memakai kasut Air Jordan ketika memijak muka lelaki yang cuba meninggalkan hotel tanpa membayar upah atas khidmat melanggan pelacur seliaannya. Clardy didapati bersalah melakukan serangan tahap kedua oleh juri pada awal tahun lalu. Mangsa menerima beberapa jahitan dan terpaksa menjalani pembedahan plastik. Clardy juga didapati bersalah kerana merompak lelaki terbabit, selain turut membelasah wanita yang dipaksa menjadi pelacur hingga telinga wanita itu berdarah. -AP




.

ISTERIKU 19 TAHUN - CIKGADIS




ISTERIKU 19 TAHUN - CIKGADIS | Sebelum atuk mereka menghembuskan nafas terakhir, permintaan untuk menyatukan Zuyyin dan Akif memang kedengaran sangat mustahil disebabkan abang Akif, Aiman sudah lama menyintai gadis itu. Namun bagi atuk, hanya seorang yang mampu membahagiakan Zuyyin, hanya seorang yang boleh membuatkan Zuyyin berhenti menangis.. Dia adalah Akif. Bagi Akif walaupun pada mulanya permintaan itu mengejutkannya, namun akhirnya, dia sanggup menjadi suami Zuyyin walaupun tiada sedikit pun rasa cinta pada sepupunya itu.

Zuyyin hanyalah berusia 19 tahun ketika sah menjadi isteri Akif. Masalah umur yang muda itu bukanlah satu-satunya masalah dalam hubungan mereka. Zuyyin juga tidak pandai masak, dan sangat dibenci oleh mama Akif sendiri, disebabkan dendam sejak sekian lama. Walaupun miliki isteri yang sangat muda dan bersikap keanak-anakkan, Akif akhirnya tidak mampu menidakkan hati yang mulai menyintai isteri sendiri. Namun sebaik Zuyyin diterima menyambung pelajaran jauh darinya, sikap Akif yang dengan mudah merelakan perpisahan mereka membuatkan Zuyyin bertindak menunjukkan rajuk yang panjang.




"Aku jaga kau, jaga sampai kau
mampu jaga diri sendiri"




Tajuk : Isteriku 19 tahun
Penulis : CikGadis
Halaman : 587 muka surat
Harga : RM23/RM26




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Apek bakal bergelar bapa akhir bulan ini



Apek bakal bergelar bapa akhir bulan ini | Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek teruja untuk bergelar bapa untuk kali pertama apabila dijangka menimang cahaya mata bersama pasangannya Leuniey Natasha Nazri, 22, pada akhir Januari ini. Apek berkata, dia sudah melakukan pelbagai persiapan bersama Leuniey untuk menyambut kehadiran orang baru itu tidak lama lagi.

“Insya-Allah, kalau tidak ada apa-apa dan aral melintang, Leuniey akan bersalin pada akhir bulan ini di Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu. “Kami gembira dan teruja menanti kehadiran anak sulung dengan segala persiapan termasuk persalinan dan pakaian bayi yang bakal digunakan pun sudah dibeli,” katanya. Dia ditemui ketika sesi rehat minda bersama rakan sepasukan The Red Warriors (TRW) di Tok Aman Bali Resort, di sini, semalam. -HM




.

Cara pelik untuk mendekatkan diri kepada Tuhan


Cara pelik untuk mendekatkan diri kepada Tuhan | Seorang paderi mempunyai cara tersendiri untuk mengajak pengikutnya ‘mendekati Tuhan’ - iaitu dengan meragut rumput seperti haiwan ternakan. Lesego Daniel dari Afrika Selatan yang menjadi paderi di Pusat Rabboni di Garankuwa, utara Pretoria turut didakwa memijak dan menendang pengikutnya ketika mereka melakukan upacara keagamaan baru-baru ini. Media semalam melaporkan, paderi kontroversi itu sudah melakukan pelbagai kekasaran atas nama agama, tetapi pengikutnya tetap mempertahankan perbuatannya itu. Bagaimanapun, pengguna media sosial menggelar Daniel “gila” apabila lelaki terbabit memuat naik gambar menunjukkan dia memijak pengikutnya di laman Facebook.

Berdasarkan gambar itu, ada antara pengikutnya dilihat menahan sakit ketika dipijak. Sebelum ini, Daniel pernah mengarahkan pengikutnya melelapkan mata ketika dia cuba memulihkan seorang wanita yang menghadapi kehamilan ‘syaitan.’ Sambil mempertahankan tindakan paderi itu, pengikutnya menjelaskan kepada media mengapa mereka mentaati arahannya.


Pelajar undang-undang, Rosemary Phetha, 21, berkata mereka rela memakan rumput kerana ia menunjukkan - dengan kuasa Tuhan - apa saja boleh dilakukan. “Memakan rumput menyembuhkan sakit tekak yang saya hidapi sejak lebih setahun,” katanya. Pengakuannya itu turut disokong Doreen Kgatle, 27, dari Garankuwa. “Saya tidak boleh berjalan tetapi selepas memakan rumput seperti diarahkan, saya mula mendapat kekuatan dan sejam kemudian, saya boleh berjalan semula,” katanya. Sementara itu, pengguna Facebook Melvin Jeddy Bowtie berkata, dia melihat banyak perkara tidak masuk akal dilakukan paderi itu dan ia tidak lucu. “Daniel sudah menukar pengikutnya menjadi kambing,” katanya dalam satu kenyataan.- AFP





.

Lelaki maut dipercayai terjun dari bangunan hospital HRPB


Lelaki maut dipercayai terjun dari bangunan hospital HRPB | Seorang lelaki berusia 52 tahun maut ditemui berlumuran darah, dipercayai terjun dari tingkat tujuh Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, Richard Nilliah dari Taman Silibin, ditemui orang ramai di koridor hospital berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu. "Siasatan awal mendapati Nilliah merupakan seorang penagih arak dan sedang menerima rawatan di HRPB tetapi sering cuba melarikan diri," kata Chang Keong. -Awani




.

Lelaki mengamuk ATM telan kad


Lelaki mengamuk ATM telan kad | Gara-gara berang apabila kad juruwang automatik (ATM) miliknya ditelan mesin ATM, seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memecahkan tujuh mesin ATM menggunakan sebilah pisau di sebuah bank di pekan baru Menglembu, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun berasal dari Taman Pinji Mewah Lahat dekat sini, akhirnya diberkas polis di bank berkenaan. Sumber polis berkata, lelaki berkenaan yang dalam keadaan mabuk pergi ke bank itu untuk mengeluarkan wang sebelum usahanya tidak berhasil menyebabkan dia marah lalu ‘mengamuk’ dengan memecahkan hampir semua skrin mesin ATM di premis itu.


“Lelaki berkenaan dipercayai memasukkan nombor PIN sebanyak tiga kali untuk mengeluarkan wang di mesin berkenaan, tetapi usahanya itu gagal menyebabkan kadnya ditelan. “Seorang pelanggan wanita yang turut melakukan urusan di sebuah mesin berkenaan melarikan diri ketika lelaki itu terus memecahkan mesin berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya. -HM




.

Sazali Mohamed Ramli, bekas pemain bola sepak Sarawak meninggal dunia



Sazali Mohamed Ramli, bekas pemain bola sepak Sarawak meninggal dunia  | Bekas pemain pasukan bola sepak Sarawak Sazali Mohamed Ramli, 45, meninggal dunia pagi semalam, dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham adalah seorang polis bantuan Petronas di Bintulu. Pengurus Besar Petronas Wilayah Sarawak Datin Mary Sadiah Zainuddin berkata beliau dimaklum ketika kejadian, Sazali berjoging di sebuah taman di Bintulu. "Ketika ditemui, Allahyarham sudah tidak bernyawa lagi," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata kematian Sazali amat mengejutkan kerana sebelum ini rekod kesihatan Allahyarham adalah bersih selain tiada tanda menghidap sebarang penyakit. Allahyarham juga seorang pekerja berdedikasi dan pemain bola sepak yang hebat, katanya.

"Kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada Petronas dan juga bola sepak Sarawak," kata Mary, yang juga isteri Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak Datuk Sudarsono Osman. Sazali mewakili Sarawak dalam Liga Malaysia ketika pasukan itu dikendali jurulatih dari Australia Alan Vest. Pemain yang seangkatan dengan Allahyarham ialah John Hunter, Jeff Curan, David Evans, Dahlan Matusin, Roslan Ismail, Abdul Jalil Ramli dan Ibrahim Mentali. Semasa zaman kegemilangannya, Sazali berpasangan dengan Hunter di barisan serangan dan merupakan penjaring utama pasukan Sarawak. - Bernama
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!