Thursday, January 2, 2014

Inilah sebabnya kenapa wanita perlu lebih tidur


Inilah sebabnya kenapa wanita perlu lebih tidur | Siapa memerlukan lebih banyak tidur, wanita atau lelaki? Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki jawapannya: Otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas pada siang hari. Saintis Universiti Duke di North Carolina, mendapati wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah. Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur, menurut Science World Report.


Risiko penyakit jantung 

Kajian sebelumnya turut mengaitkan faktor kurang tidur kepada risiko penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh. Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur mendapat radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur. Dr Breus berkata wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang. Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk.

“Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough. “Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan. “Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya. Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. - AGENSI




.

Keadaan Michael Schumacher selepas 36 jam di hospital dan gambar ketika kemalangan


Keadaan Michael Schumacher selepas 36 jam di hospital | Legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher kekal `stabil' hari ini selepas menghabiskan malam ketiga di hospital akibat kecederaan parah di bahagian otak ketika bermain ski di Banjaran Alp, di sini. Pemandu handalan Jerman itu memasuki tahun baharu dalam keadaan koma dan kritikal sambil ditemani keluarganya di sisi manakala doktor pula tidak dapat memastikan masa depannya.


Legenda berusia 44 tahun berkenaan terjatuh semasa bermain ski di luar laluan meluncur di Meribel di Banjaran Alp, Ahad lalu dan kepalanya terhantuk pada batu. - AFP



.

PABILA ROMEO VS JULIET - E-MAN SUFI




PABILA ROMEO VS JULIET - E-MAN SUFI | Inilah penamat bagi trilogi novel oleh penulis E-Man Sufi, yang mana salah satunya sudah pun didramakan, abang Jebat (Bukan kerana aku tak cinta). Dan dengan adanya buku Pabila Romeo VS Juliet ini, maka lengkaplah sudah koleksi lulu. Syabas penulis, dengan cerita dan watak yang saling berkaitan, pembaca dan terutamanya lulu, memang sangat terhibur..

Kali ini, novel keempat ini menyusuri kisah Ayyad dan Awatif yang sudah ditunangkan sejak dari kecil. Walaupun tanpa pengetahuan Awatif, Ayyad yang sudah sedia maklum melakukan pelbagai tingkah dan sering buatkan Awatif geram. Awatif yang diasuh dengan sempurna oleh umi dan walidnya, memang sudah lama bersedia andai suatu hari nanti jodohnya akan ditentukan oleh umi dan walid. Ayyad yang romeo memang memiliki rupa yang tampan dan kata-katanya yang sentiasa manis, menjadikan ramai gadis yang tergila-gilakannya, kecuali Awatif yang menganggap Ayyad seorang pembuli.

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu semula, dan ketika itulah Awatif diberitahu status sebenarnya. Watak dan sikap yang banyak perbezaan menjadikan hubungan mereka punya banyak dugaan. Namun, sikap Awatif yang akur dan bijak berhadapan masalah, menjadikan dia memang juliet yang paling sesuai disamping si Romeo, Ayyad..

Jom miliki novel ini, yang turut menceritakan watak-watak lain didalam novel sebelumnya, terutama Makcik Sari :)



Tajuk : Pabila Romeo Vs Juliet
Penulis : E-Man Sufi
Halaman : 513 muka surat
Harga : RM21/RM24





Novel pertama : Suami Yang Ku Benci
Ketiga (Adptasi ke drama) :  Bukan Kerana Aku Tak Cinta





P/S - Recommended by Lulu Caldina





.
 

Khabar terkini kanak-kanak yang jatuh dari roda berpusing di Pesta Sungai Nibong



Khabar terkini kanak-kanak yang jatuh dari roda berpusing di Pesta Sungai Nibong | Kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari permainan roda berpusing di Pesta Sungai Nibong di sini Ahad lepas terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayatnya. Ibu kanak-kanak itu, Saadiah Shamsudin, 40, berkata, ekoran insiden itu anaknya turut terpaksa menjalani pembedahan di bahagian perut, membuang limpa dan sebelah buah pinggang. "Keadaan anak saya kini stabil selepas menjalani pembedahan tapi menurut doktor dia perlu bergantung kepada ubat sampai bila-bila," katanya kepada pemberita ketika menerima sumbangan dari Pemuda Umno negeri di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata hatinya berasa sayu apabila mengenangkan Mohamad Khairul Naimme, 7, yang sepatutnya mendaftar di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam esok tidak dapat menyertai rakan sebayanya. Katanya segala kelengkapan sekolah telah dibeli dan anak keempat dari lima beradik itu teruja dan mencuba kasut dan baju sekolahnya beberapa kali sebelum kejadian. "Dia anak yang aktif, periang dan lasak tapi sekarang ini dia hanya terbaring dan hanya mampu minum menerusi saluran wayar," katanya dengan nada sebak.

Pada kejadian Ahad lepas, bapa kepada Mohamad Khairul menemuinya dalam keadaan tidak sedar diri selepas muntah darah dipercayai akibat terjatuh dari mainan roda berpusing itu pada pukul 12.50 malam. Bapanya yang juga seorang peniaga di tapak pesta itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong pada pukul 4.15 pagi. Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga Saadiah dan bersedia menghulur bantuan lain dari semasa ke semasa. - Bernama





.

Anak diguna sebagai 'benteng' untuk buat maksiat


Anak diguna sebagai 'benteng' untuk buat maksiat | Dua pasangan termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan seorang wanita yang membawa anak sebagai 'benteng' untuk mengaburi pihak berkuasa ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena tahun baru sekitar hotel bajet sekitar Sepang, awal pagi tadi. Operasi yang dijalankan Pejabat Agama Islam (PAID) dan Pejabat Daerah/ Tanah Sepang itu turut menahan seorang remaja lelaki ketika sedang berdua-duaan dengan pasangannya yang juga warga asing dan bukan Islam. Ketua Unit Operasi yang juga Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang Abd Halim Mat Esa berkata, serbuan diadakan di beberapa hotel bajet di sekitar daerah Sepang membabitkan 75 anggota. Katanya, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan remaja yang kini dilihat semakin membimbangkan terutama masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

"Pasangan pelajar IPTA yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu hanya kerana desakan nafsu sehingga membawa mereka ke bilik hotel tanpa memikirkan masa depan dan perasaan orang tua. "Kita kesal kerana mereka terjebak dengan kegiatan maksiat dalam usia semuda ini, malah pelajar wanita mungkin akan disingkirkan dari universiti," katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan. Ketiga-tiga pasangan yang ditahan itu dibawa ke balai polis Dengkil untuk siasatan lanjut dan didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!