Sunday, December 8, 2013

Khabar terkini pasangan suami isteri Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan



Khabar terkini pasangan suami isteri Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan | Hampir setahun mendirikan rumah tangga, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan dikatakan belum punya keinginan untuk memiliki anak sendiri. Bahkan Kareena menegaskan bahawa anak bukan satu keutamaan baginya kerana suaminya itu sudah memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu. "Kami pasangan moden dan perkahwinan bukan sekadar untuk mendapatkan anak semata-mata. "Tetapi kami selesa berdua buat masa ini. Jika saya sudah beranak, pasti sukar untuk kami menghabiskan masa bersama," ujar pelakon berusia 32 tahun itu. Menurutnya, hubungannya dengan anak-anak Saif rapat dan jadual kerja sentiasa padat menjadi salah satu faktor Kareena tidak mahu melahirkan bayi dalam masa terdekat. -AP




.

Apa akan jadi dengan filem Fast and Furious 7 tanpa Paul Walker


  
Apa akan jadi dengan filem Fast and Furious 7 tanpa Paul Walker | PIHAK Universal Studios dilaporkan mungkin akan membatalkan penerbitan filem Fast and Furious 7 berikutan kematian bintang utamanya, Paul Walker dalam satu kemalangan ngeri di Selatan California minggu lalu. Menurut laporan Fox News, pihak penerbit dan pengarahnya, James Wan merasakan terlalu sukar untuk meneruskan baki penggambaran filem itu tanpa Walker kerana ada beberapa babak penting melibatkan pelakon itu masih belum dirakamkan.


 "Selepas berita kematian Paul, pihak produksi memutuskan untuk berehat seketika bagi menghormati mendiang namun kini pihak penerbit berpendapat keseluruhan produksi itu patut dihentikan," kata sumber. Fast and Furious 7 telah memulakan penggambaran pada September lalu dan produksi tersebut dihentikan seketika bersempena sambutan Hari Kesyukuran. Malah kata sumber tersebut, perancangan untuk memulakan semula penggambaran filem tersebut turut memberikan masalah besar kepada produksi. -AP




.

Jururawat hamil 7 bulan cedera ditendang pesakit



Jururawat hamil 7 bulan cedera ditendang pesakit | Seorang penganggur wanita dipenjara sebulan selepas didapati bersalah menendang seorang jururawat yang hamil tujuh bulan, Februari lalu. Neoh Sok Hoon, 34 , dalam laporan ST mengaku bersalah di mahkamah menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 25 tahun di Hospital Alexandra. Terdahulu, Neoh dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng selepas mengalami sawan sebelum dipindahkan ke hospital berkenaan keesokan harinya. Kejadian itu selepas, jururawat terbabit meminta Neoh memperlahankan suara ketika bercakap di telefon. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!