Tuesday, December 3, 2013

Kenali Gabriel Muniz yang punya semangat tinggi walaupun tidak sempurna



Kenali Gabriel Muniz yang punya semangat tinggi walaupun tidak sempurna | Jika dilihat, Gabriel Muniz sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang gemar bermain dan menerokai pelbagai perkara baharu. Namun, keadaan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu sedikit berbeza berbanding rakan-rakannya kerana dia cacat di bahagian kaki. Muniz menghidap sejenis penyakit saraf yang dikenali sebagai apodia ketika dilahirkan, menyebabkan dia tidak mempunyai tapak dan jari kaki. Bagaimanapun, kanak-kanak istimewa itu masih boleh berjalan dan menjalani aktiviti hariannya seperti biasa termasuk bermain bola sepak.


Ibunya, Sandra Muniz berkata, anak lelakinya itu mula berjalan ketika usia 10 bulan. "Pada mulanya saya beranggapan Muniz tidak mampu berjalan seperti kanak-kanak lain, namun saya silap. "Kini, Muniz mampu bermain bola sepak, malah mungkin lebih bagus berbanding rakan-rakanya yang lain," ujar ibunya. Bakat Muniz berjaya mendapat perhatian kelab bola terkenal iaitu FC Barcelona dan kini dia gigih menjalani latihan untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional. - AGENSI




.

Gambar anak kedua Nana Mahzan, Aaqib Raqeem Brian



Gambar anak kedua Nana Mahzan, Aaqib Raqeem Brian | Tahniah buat Nana Mahzan yang selamat melahirkan anak kedua petang tadi. Bayi lelaki itu dinamakan Aaqib Raqeem Brian. Menerusi akaun facebooknya, Nana meluahkan berita gembira itu..

Alhamdulillah.. Terima kasih atas doa korang semua, saya dah selamat bersalin tadi jam 2.24 petang. Please welcome Aaqib Raqeem Brian. Kecik je.. Senang keluar.. Hehehe.. 2.83kg.. Saya happy, MRB happy, Althea mcm happy, Aaqib, dia happy lah tu kan..





.

Gambar Paul Walker sejurus sebelum terlibat nahas yang membuatkan dia terbunuh



Gambar Paul Walker sejurus sebelum terlibat nahas yang membuatkan dia terbunuh | Pelakon filem Fast & Furious, Paul Walker, dilihat ceria ketika hadir ke majlis amal Winter Drive anjuran pertubuhannya, Reach Out Worldwide, kata seorang ahli perniagaan yang turut menghadiri acara sama, semalam. Bill Townsend dalam laman Facebooknya berkata, dia sempat berjumpa Walker dan mengambil gambar bersama aktor itu kira-kira tiga jam sebelum nahas yang mengorbankkanya.


"Dia kelihatan seronok berbual bersama rakannya. Saya berharap bukan dia yang terlibat dalam kemalangan itu, tapi sekiranya benar, dia telah hidup dengan melakukan perkara yang dia sukai, iaitu memandu kereta.


"Dia amat berdedikasi dalam membantu kanak-kanak serta orang yang tidak berkemampuan. Baru-baru ini juga dia turut serta dalam kerja amal bagi membantu mangsa puting beliung di Midwest serta mangsa Taufan Haiyan di Filipina,'' katanya. Townsend menambah, Walker turut berjaya mengumpul hasil dan menjual produk permainan kanak-kanak dalam majlis amalnya yang mendapat sokongan daripada orang ramai serta rakan-rakannya.


"Itu merupakan hari yang baik untuknya. Dia pasti berasa gembira dengan sokongan yang diberikan,'' katanya. Walker,40, dan rakannya, Roger Rodas, 38, terlibat dalam satu kemalangan maut apabila kereta yang dinaiki mereka melanggar tiang lampu dan pokok sebelum terbakar Sabtu lalu di Hercules Street berhampiran Valencia, California. - AGENSI





.

Gambar terkini Deja Moss yang ayu berhijab



Gambar terkini Deja Moss yang ayu berhijab | Kehadiran selebriti Deja Moss atau nama penuhnya Sharifah Hadijah Wan Moss di perhimpunan Agung Umno ke 67, jelas menarik perhatian ramai. Deja Moss yang ayu berhijab hadir disitu kerana menjalankan perniagaan kek lapis. Kek Lapis Deejamoss, dijual pada harga RM300 sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-67 yang akan berlangsung dari 3 hingga 7 Disember ini. Kek Lapis biasa pula dijual pada harga RM18. -MStar





.

Gambar itu menarik perhatian ramai. Benarkah dia adalah Sultan Brunei?



Gambar itu menarik perhatian ramai. Benarkah dia adalah Sultan Brunei? | Gambar seorang individu dipercayai Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sedang mengawal lalu lintas selepas dua polis pengiringnya terlibat dalam kemalangan di sini, semalam, tersebar dalam laman sosial. Menurut Brunei Times, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 5.40 petang semalam di Lebuh Raya Muara-Tutong dekat Taman Jerudong. Insiden berlaku ketika dua polis pengiring menghentikan kereta lain bagi memberi laluan kepada kereta dinaiki baginda.

Namun, sebuah kereta meluru laju lalu merempuh seorang polis pengiring serta sebuah kereta lain, sebelum kereta kedua itu merempuh seorang lagi polis pengiring. Seorang daripada mangsa dimasukkan ke hospital akibat retak bahu dan tangan kiri, sementara seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan. Baginda dipercayai turut membantu mengawal lalu lintas, namun kesahihan gambar itu tidak dapat dipastikan. - AGENSI




.

Pemain dram kumpulan Search, Yazid koma selepas sakit dada


Pemain dram kumpulan Search, Yazid koma selepas sakit dada | Pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmat, 52, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas mengadu sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri malam kelmarin. Salah seorang anaknya, Shamir ketika dihubungi Kosmo! berkata, ayahnya masih berada dalam keadaan koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA. "Beberapa hari lalu, ayah bersama ibu pulang ke Johor Bahru untuk melawat saudara kami di sana. Bagaimanapun, malam tadi ayah tiba-tiba mengadu sesak nafas menyebabkan kami terus membawa ayah ke hospital," kata Shamir ketika dihubungi di sini semalam. -MD




.

Tahniah! Salima AF4 sah jadi isteri kedua pendakwah terkenal


Tahniah! Salima AF4 sah jadi isteri kedua pendakwah terkenal | BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre. Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu. Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir. Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa’ Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata. -SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!