Monday, December 2, 2013

BUKAN ISTERI SEMPURNA - TULIP UNGU




BUKAN ISTERI SEMPURNA - TULIP UNGU | Nina mengalami peristiwa hitam, diperkosa oleh anak majikan ibunya sendiri, Danish yang merupakan saudara kembar kepada Daniel. Akibatnya, Nina hamil dan ibu Nina minta Danish untuk bertanggungjawab. Namun kehilangan Danish membuatkan Daniel yang terpaksa menggalas tanggungjawab itu dan akur mengahwini Nina. Setelah menjadi isterinya, kehidupan mereka tidak seperti suami isteri yang lain. Sedar diri, Nina akur dengan layanan dingin suaminya. Suatu hari apabila mummy dan daddy Daniel keluar negara, Nina keguguran.

Sebaik habis berpantang, Nina redha membawa diri walaupun dia tetap digantung tak bertali kerana tidak diceraikan. 5 tahun kemudian, tanpa disangka mereka bertemu semula. Daniel bagaikan terpukau melihat penampilan Nina yang sudah jauh berubah. Tapi yang menghairankan Daniel, Nina seolah-olah tidak mengenalinya. Daniel yang mula menyayangi Nina, agak tercabar menyaksikan bila mana ada lelaki lain yang mulai menyimpan hati dengan isterinya dan terang-terangan menggoda Nina dihadapannya. Walaupun dalam hati ada rasa cinta dan sayang buat suaminya, Nina sedar dia bukanlah isteri yang sempurna buat lelaki sebaik Daniel.

Satu hari Danish muncul semula dan berniat merampas kembali Nina yang sepatutnya menjadi haknya. Nina memang langsung tidak ingin menerima Danish walaupun Danish melakukan beberapa usaha untuk memisahkan pasangan suami isteri itu. Wujudnya kebahagiaan antara Nina dan Daniel, tercemar disebabkan satu insiden salah faham. Daniel berubah sekelip mata dan kebahagiaan yang sepatutnya diraih semakin jauh meninggalkan mereka. Mampukah Nina akhirnya merasa bahagia?



Tajuk : Bukan Isteri Sempurna
Penulis : Tulip Ungu
Halaman : 584 muka surat
Harga : RM24/RM21




P/S - Recommended By Lulu Caldina





Tips wajah cerah dalam masa seminggu



Tips wajah cerah dalam masa seminggu | Perempuan dengan kecantikan tidak boleh dipisahkan ibarat 'aur dan tebing', kerana kecantikan itu adalah teman sejati setiap wanita. Tetapi bagaimana untuk mengekal kecantikan wajah anda untuk sentiasa cerah dan adakah cara untuk mendapatkan kulit wajah cerah dalam masa seminggu. Ya ada caranya untuk mendapat wajah yang cerah, bersih dan halus mulus dengan syarat anda si gadis perlukan disiplin, komited dankonsisten untuk mengamalnya kerana untuk cantik perlukan sedikit pengorbanan bukan. Walaupun kita sering merungut cuaca panas terik dan sinar mahatari boleh membuatkan kulit kusam dan kering tetapi jangan bimbang ada cara mudah untuk mengekalkan kehalusan wajah anda itu.

Disini ada beberapa tips yang boleh diamalkan:


Rajin bersihkan muka 

Tip pertama dan yang paling penting rajin-rajinlah bersihkan muka dan haruslah tahu untuk menggunakan pencuci muka yang bersesuaian untuk kulit anda. Kalau boleh lakukan setiap pagi dan selepas melakukan aktiviti sukan kerana pastinya masa itu anda akan berpeluh dan perlukan penjagaan muka yang rapi.


Lakukan urutan di sekeliling wajah 

Lakukanlah sedikit urutan di bahagian muka ketika hendak mencuci muka dengan memicit dan mengosok lembut di bahagian muka kerana ianya boleh melancarkan aliran darah juga. Teknik ini turut boleh diamalkan untuk menghilang tekanan disamping dapat melegakan dan membuat anda lebih selesa selepas itu.


Scrubing 

Kebiasaannya mengikut kajian punca kulit nampak kusam, lesu dan tidak bermaya ini disebabkan kulit sel telah mati di kawasan liang pori muka. Oleh itu, untuk menghilangkannya ialah dengan menggunakan teknik 'scrubing'. Ia tebukti berkesan untuk menanggal segala bintik hitam dan kulit mati. Akhirnya juga ia dapat memberikan kesegaran pada wajah anda.


Amalkan penggunaan 'sunblock' 

Sekiranya anda peminat aktiviti lasak dan 'outdoor' anda haruslah menjaga kelembapan kulit anda dengan mengamalkan penggunaan krim atau 'sunblock'. Ianya untuk melindungi kecerahan kulit selain tidak elok dibiarkan kulit terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari takut-takut bukan sahaja boleh mengelapkan kulit.


Guna 'masker' 

Sebelum tidur amalkan tip ini iaitu menggunakan 'masker' untuk menyingkir sel mati yang ada pada wajah anda.Teknik ini lebih berkesan daripada scrub kerana kandungannya boleh menyerap ke dalam kulit wajah. Malahan ia juga boleh memberi nutrisi dan mampu untuk memutihkan kulit.




.

Tun Dr Mahathir Mohamad lepas jawatan sebagai penasihat Petronas



Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai penasihat Petronas berkuatkuasa semalam, lapor akhbar Utusan Malaysia. Menurut akhbar berbahasa Melayu itu, keputusan itu diambil berikutan Dr Mahathir ingin mengurangkan waktu kerjanya di pejabat dan surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat . Sumber yang dipetik dalam laporan tersebut berkata, Dr Mahathir memberi sumbangan kepada pelbagai agensi sejak bersara daripada jawatan perdana menteri, 10 tahun lalu. Dr Mahathir merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat, iaitu selama 22 tahun sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003.

 Menurut akhbar berkenaan, masih belum dapat dipastikan sama ada Dr Mahathir akan turut melepaskan jawatan sebagai canselor Universiti Teknologi Petronas dan penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman. Dr Mahathir, 88, juga adalah penasihat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh DRB-Hicom. Dr Mahathir menerima rawatan di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 18 November lalu.



.

Inilah kisah disebalik insiden penculikan di Pulau Pom Pom


Inilah kisah disebalik insiden penculikan di Pulau Pom Pom | Mereka memerlukan duit untuk membeli barangan dan meneruskan kehidupan. Pada suatu malam yang sunyi sepi kumpulan bersenjata itu merasakan ia adalah masa yang sesuai untuk mereka melakukan penculikan. Itulah antara punca yang menyebabkan kumpulan bersenjata berkenaan menyerbu Pulau Pom Pom yang terletak di timur perairan Semporna, Sabah pada 15 November lalu. Itulah antara butiran yang dimaklumkan oleh bekas pegawai risikan mengenai punca mengapa pasangan pelancong warga Taiwan, Hsu Li Min, 57, dan Chang An Wei Chang, 58, menjadi mangsa kumpulan bersenjata daripada Selatan Filipina. Penculikan yang mahu mendapatkan wang tebusan itu berlaku sejak Ogos lalu, di mana dua mangsa bersaudara, Tung Wei Jei dan Tung Wee Wei, di Lahad Datu sebelum ini tidak membuahkan hasil. Wee Wei, 34, mati ketika dalam tahanan sementara sepupunya,

Wei Jie, 26, berjaya melarikan diri daripada kumpulan bersenjata ketika tentera Filipina menyerang tempat persembunyian mereka di Pulau Jolo. Kumpulan bersenjata itu dikatakan sangat kecewa kerana mereka gagal mendapatkan wang tebusan daripada dua saudara berkenaan berbanding dengan kes penculikan di Pulau Sebangkat pada 2010, kata pegawai perisik berkenaan. Wang tebusan yang tinggi diminta oleh kumpulan berkenaan bagi membebaskan dua pekerja ladang rumpai laut yang diculik selama hampir 10 bulan di Pulau Sebangkat yang terletak berhampiran dengan Semporna. Pegawai tersebut berkata, kumpulan yang melakukan penculikan untuk menuntut wang tebusan itu turut menculik beberapa mangsa termasuk pelancong asing dan mereka di bawah ke selatan Filipina.

Wang tebusan yang dikutip daripada pelancong asing selalunya lebih tinggi berbanding mangsa yang diculik daripada negara mereka sendiri. Sumber risikan turut mendedahkan kumpulan berkenaan telah melakukan perancangan rapi di kawasan sasaran selama beberapa minggu dengan bantuan orang tempatan atau pekerja resort yang berpaling tadah sebelum insiden penculikan di resort Pulau Pom Pom. Mereka berkata daripada sumber yang diperoleh daripada dua-dua pihak di sempadan telah menyatakan mereka ada mendengar berita mengenai kemungkinan berlaku penculikan di Sabah lebih daripada sebulan lalu namun tiada apa yang berlaku ketika itu. Namun pada 15 November, awal pagi Jumaat, ketika suasana gelap, kumpulan bersenjata ini merasakan itulah masa yang sesuai untuk mereka menyerang Resort di Pulau Pom Pom.

Insiden penculikan sebelum ini juga berlaku pada waktu malam yang sunyi dan gelap. Hanya dengan kesilapan kecil daripada bahagian keselamatan dan maklumat risikan pada malam yang sunyi tersebut telah memberi peluang kepada kumpulan penceroboh dari laut Sulu dan Sulawesi, kata pegawai berkenaan. Kawalan yang lebih ketat diperlukan pada malam-malam sedemikian, kata pegawai tersebut sambil menambah: "Tidak seperti hutan, kawasan lautan lebih neutral." Beliau bersetuju resort di Pulau Pom Pom akan terus terdedah kepada insiden penculikan sekiranya pengusaha resort berkenaan enggan membenarkan pegawal keselamatan dilihat oleh pengunjung resort dan tidak membenarkan mereka membuat rondaan di kawasan pantai. Apa yang masih menjadi tanda tanya ialah, lapan ahli kumpulan bersenjata warga Filipina itu menaiki dua bot laju boleh menceroboh resort di Pulau Pom Pom tersebut.

Mereka mendarat di salah satu daripada chalet atas air lokasi di mana pasangan warga Taiwan itu sedang tido dan beberapa das tembakan kedengaran pada pukul 1 pagi Jumaat, kejadian tersebut menyebabkan pekerja resort segera menghubungi Pusat Operasi Keselamatan yang ditempatkan di pulau berkenaan. Satu lagi versi mendakwa, Hsu yang berbadan tegap dengan berani cuba berlawan dengan kumpulan bersenjata itu sebelum salah seorang daripada ahli kumpulan berkenaan melepaskan dua das tembakan untuk menakutkan mangsa. Bagaimanapun tembakan tersebut menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Bagi kumpulan bersenjata itu, Hsu dan Chang merupakan komoditi yang sangat berharga ketika mereka masih lagi bernyawa berbanding jika mereka mati kerana ia membolehkan mereka mendapatkan wang tebusan yang lebih tinggi bagi membebaskan kedua-dua tebusan berkenaan.

Ada juga pihak yang mendakwa sekiranya tembakan tidak dilepaskan oleh kumpulan bersenjaa itu, mereka mungkin sudah menculik pasangan warga Taiwan itu daripada resort berkenaan. Sebaik sahaja, mereka berjaya menculik Chang, kumpulan berkenaan bergerak ke Pulau Sitangkai yang terletak di selatan perairan Filipina sebelum mereka dikatakan memindahkan dia ke dalam satu lagi bot sebelum menghala ke kawasan hutan di Lagunyan, Pulau Tawi-Tawi. Sekiranya tiada apa yang berlaku kepada mangsa dan kumpulan bersenjata itu, Chang mugkin disembunyikan di kawasan hutan pergunungan di Pulau Jolo yang merupakan markas kumpulan militan Abu Sayyaf. Chang dipercayai disembunyikan sebagai tebusan di kawasan yang dikuasai oleh mana-mana komander Abu Sayaff atau kumpulan pembebasan bangsa Moro sementara proses rundingan untuk mendapatkan wang tebusan dijalankan.

Sementara pihak berkuasa Taiwan mengetuai proses rundingan bagi membayar wang tebusan secara terus dengan pihak Filipina, polis Malaysia pula memfokuskan kepada usaha mengumpulkan maklumat risikan daripada saluran tempatan mengenai bagaimana kumpulan bersenjata Filipina itu menceroboh masuk ke resort di Pulau Pom Pom itu. Proses rundingan juga dijangka mengambil masa yang lama sekiranya ada kumpulan lain yang cuba melakukan penipuan dalam usaha membebaskan mangsa penculikan. Orang tengah dilantik oleh kumpulan bersenjata berkenaan dan mereka ini yang melakukan rundingan mengenai wang tebusan untuk membebaskan Chang. Sekiranya kumpulan penculik itu tahu Chang berasal daripada keluarga orang kaya, mereka akan meningkatkan jumlah wang tebusan dan ia akan bermula daripada beberapa juta dolar Amerika, menurut 'orang tengah' yang pernah terlibat dalam proses rundingan untuk membebaskan mangsa penculikan di sempadan sebelum ini.

Sebaik sahaja panggilan telefon dibuat oleh kumpulan perantara yang dipercayai, akan berlaku saingan untuk memastikan kumpulan perunding mana yang berjaya memastikan mangsa culik dapat dibebaskan dengan selamat. Pertama, perunding ini akan mendapatkan bukti daripada kumpulan bersenjata bahawa mereka mangsa berada dalam keadaan selamat dengan memberikan gambar terkini mangsa. "Selepas itu, mereka akan mengaturkan satu panggilan telefon yang selamat untuk membolehkan mangsa bercakap dengan ahli keluarganya bagi membuktikan dia masih lagi hidup," kata perunding berkenaan. Selepas semua itu selesai, tugas yang lebih mencabar bermula dalam soal menetapkan jumlah wang tebusan yang perlu dibayar.

Proses ini mungkin mengambil masa berhari-hari, minggu demi minggu atau berbulan-bulan lamanya, semuanya bergantung kepada proses rundingan sebelum wang tebusan diserahkan kepada kumpulan bersenjata yang menculik mangsa. Sekiranya proses rundingan berlarutan terlalu lama, kumpulan bersenjata itu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Chang selamat kerana mereka tidak mahu menyimpan komoditi yang telah mati. Mereka akan memindahkan mangsa daripada satu kawasan hutan ke tempat persembunyian yang lain dan daripada satu pulau ke pulau lain sekiranya pasukan tentera terlibat dalam operasi berkenaan. Jika dilihat kepada usia dan masalah kesihatan yang dialami oleh Chang, disamping kekangan memahami bahasa tempatan, apa yang dibimbangkan adalah sama dia mampu terus bertahan atau tidak sebelum dibebaskan. -Mstar




.

Kisah menyayat hati mengenai kanak-kanak berumur 6 tahun



Kisah menyayat hati mengenai kanak-kanak berumur 6 tahun | Mayat seorang kanak-kanak berumur enam tahun dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di dalam tong dalam keadaan menyayat hati. Menurut polis Trinidad, mangsa, Keyana Cumberbatch dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke rumah neneknya yang terletak hanya beberapa meter dari kediaman keluarganya di Maloney, Isnin lalu.

Menurut DailyMail, hasil aduan penduduk yang terhidu bau busuk di kawasan kejiranan tersebut, pihak berkuasa akhirnya menemui mayat mangsa yang disumbat di dalam beg plastik berhampiran rumah keluarganya. Pakar patologi, Dr Alexandrov berkata, hasil bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada kecederaan di kepalanya. -DM




.

Penemuan menakjubkan di Afrika



Penemuan menakjubkan di Afrika | Lembing batu tertua di dunia yang berusia 280,000 tahun ditemukan di Afrika, menunjukkan ia wujud sebelum kemunculan manusia iaitu kira-kira 80,000 tahun kemudian. Penemuan lembing tersebut membawa maksud senjata itu mungkin dicipta oleh nenek moyang kepada manusia purba berbanding spesies sama dengan manusia moden. Ia juga menunjukkan nenek moyang manusia dengan nama saintifiknya, Homo heidelbergensis mempunyai teknologi lebih maju daripada yang disangkakan.

Penyelidik dari Universiti California di Pusat Penyelidikan Evolusi Manusia Berkeley, kini mengkaji mata lembing diperbuat batu tersebut yang baru-baru ini ditemui di kawasan Zaman Batu Ethiopia atau dikenali sebagai Gademotta di sini. Dalam jurnal PLos ONE, mereka mendakwa senjata itu diperbuat daripada obsidian, sejenis gelas yang terhasil secara semula jadi melalui aktiviti gunung berapi.


"Penemuan ini sangat penting kerana ia memberi bukti langsung kepada kelebihan teknologi kompleks yang wujud sebelum kewujudan Homo sapiens,'' kata saintis berkenaan. Penyelidik mempercayai, nenek moyang kepada Homo sapiens di Afrika, Neanderthal di Eropah dan Asia berasal daripada spesies Homo heidelbergensis. Bukti sebelum ini menunjukkan Homo heidelbergensis mempunyai kemahiran bertukang dan membunuh haiwan besar.- AGENSI




.

Keadaan terkini Aceh selepas tragedi tsunami 2004


Keadaan terkini Aceh selepas tragedi tsunami 2004 | TRAGEDI tsunami 2004 yang mengorbankan kira-kira 286,000 orang di 14 buah negara, telah mengubah penerimaan dan tangapan penduduk dunia tentang bencana alam. Kini, hampir sembilan tahun bencana itu berlaku pada tanggal 26 Disember, namun tragedi itu masih meninggalkan 'parut kekal' dalam kalangan mangsanya, terutama di Aceh, lokasi yang paling teruk terjejas. Pasti ramai tidak dapat melupakan peristiwa tersebut yang berlaku sehari selepas sambutan Hari Krismas. Tsunami sebenarnya berasal daripada perkataan Jepun 'Tsu' bermaksud pelabuhan, manakala 'Nami' membawa maksud gelombang. Jika digabung, kedua-dua perkataan itu ia membawa maksud 'Gelombang Pelabuhan'. Sejak kurun ke-18, beberapa kejadian tsunami pernah menggegarkan dunia antaranya pada 1703 apabila kira-kira 10,000 orang terbunuh selepas ombak besar itu menghentam wilayah Kanto, Jepun.

 Pada 1755 pula, berlaku satu gempa bumi kuat berukuran 8.5 hingga 9 pada skala Richter, mencetuskan tsunami besar di Lisbon, selatan Portugal. Ombak raksasa itu kemudian melanda Perancis, Belanda, Belgium, Britain dan Ireland, sebelum mengganas menyeberangi Lautan Atlantik hingga ke Madeira, Azores, Antigua, Martinique dan Barbados. Di Aceh, tsunami melanda berikutan gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter yang berlaku pada kira-kira pukul 8.59 pagi waktu tempatan (9.59 pagi waktu Malaysia) dan memusnahkan beberapa negara lain, termasuk pantai barat semenanjung Malaysia, Thailand, pantai timur India, Sri Lanka, bahkan sampai ke pantai timur Afrika. Keadaan Aceh yang mempunyai seramai 4.6 juta penduduk pada ketika itu boleh ibaratkan seperti 'padang jarak padang tekukur' apabila semua struktur musnah ekoran dilanda ombak kuat setinggi sembilan meter yang 'menghentam' wilayah yang dihuni oleh majoriti penduduk Islam.

Selepas sembilan tahun kejadian tsunami itu berlalu, kini Aceh berubah dan kembali membangun menyaksikan penduduknya bangkit selepas menjadi pelarian di negara sendiri. Di Pantai Nias iaitu lokasi pertama ombak besar tsunami mengganas, misalnya, keadaan di situ kini kembali 'hidup' dan membangun. Menurut Agensi Pembangunan Aceh-Nias (BRR) Indonesia, pihak berkuasa memperuntukkan sebanyak AS$6.7 bilion (RM21.4 bilion) bagi tujuan pembangunan dan pemulihan. akibat tsunami di wilayah itu. Peruntukan tambahan sebanyak AS$7.2 bilion (RM23 bilion) pula diperolehi daripada tabung bantuan pinjaman untuk membina semula 125,000 buah rumah dan kemudahan asas lain, termasuk sekolah, jalan dan jambatan di wilayah Aceh. Melalui BRR, pelbagai pembangunan dan kemudahan asas dirancang hasil sumbangan badan bantuan tempatan dan antarabangsa untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Tsunami juga telah mewujudkan hubungan baik antara Pergerakan Pembebasan Aceh (GAM) dan kerajaan Indonesia, sekali gus menamatkan peperangan selama tiga dekad yang menjejaskan kehidupan 15,000 orang penduduk di wilayah itu. Malaysia sendiri turut menghulukan bantuan dalam pembangunan di Aceh, seperti yang dilakukan Export-Import Bank of Malaysia Bhd. (Exim Bank) pada Julai lalu yang membiayai 80 peratus kos pembinaan projek janakuasa hidro di Aceh. Dalam projek itu, EXIM Bank membiayai sebahagian pembangunan jana kuasa di Sungai Bungin, daerah Enrekang di Sulawesi Selatan. Ternyata tsunami yang memberi cerita duka kepada penduduk yang terjejas, mampu mengubah wajah Aceh bukan sahaja daripada segi pembangunan fizikalnya malah kehidupan rakyatnya yang semakin membangun, dan tsunami memberi satu tanggapan baru kepada mereka yang terlibat. -AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!