Sunday, December 1, 2013

Jika anda ada masalah suka cabut rambut, anda sebenarnya menghidap penyakit trichotillomania



Jika anda ada masalah suka cabut rambut, anda sebenarnya menghidap penyakit trichotillomania | Seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit trichotillomania iaitu tabiat suka mencabut rambut, bulu kening atau bulu mata setiap kali mengalami tekanan, menjadi wira kepada beratus-ratus ribu pengidap penyakit tersebut, selepas mereka melihat rakaman videonya di Internet. Rebecca Brown, 20, gemar mencabut rambutnya setiap kali dia mengalami tekanan sejak berusia 12 tahun lagi. Tabiat berkenaan berterusan sehingga kepala Brown hampir-hampir botak ketika dia berusia 16 tahun dan dia juga sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan di sekolah. Rasa tertekan dan kesunyian dengan keadaan itu, dia mula mengambil gambar dirinya setiap hari dan memuat naik satu video di YouTube serta blog.


Tanpa disangka, video berkenaan mendapat sokongan serta komen-komen positif daripada pengunjung Internet dan sudah ditonton lebih daripada 12 juta kali. Hasilnya kini, Brown sudah menemui semula keyakinan diri dan menjadi idola kepada beratus-ratus ribu pengidap penyakit sama dalam usaha menyembuhkan penyakit mereka.


"Saya menerima komen daripada mereka yang mengalami masalah trichotillomania, namun tidak memberitahu masalah itu kepada ibu bapa atau rakan-rakan mereka. Saya berasa gembira kerana mereka mempercayai saya. "Sesetengah orang berkata penyakit ini disebabkan oleh trauma yang dialami ketika masih kecil, tapi bagi saya mencabut rambut merupakan satu perkara yang menenangkan. Saya lakukannya ketika saya tertekan atau sedih,'' kata Brown. Selain itu, Brown juga percaya memuat naik video di Internet telah membantu kepada pemulihan dirinya, kerana sukar baginya untuk meluahkan perasaan kepada umum. - AGENSI





.

Inilah komen Lana Nordin mengenai hubungannya dengan pelakon Johan As'ari


Inilah komen Lana Nordin mengenai hubungannya dengan pelakon Johan As'ari | Tatkala kekasihnya Johan As'ari membuat pengakuan berani, melamar dirinya selepas tiga hari mereka berkenalan, ramai juga yang mendoakan kebahagian mereka berdua. Bagaimanapun timbul pula cerita Lana kononnya menggunakan ilmu hitam untuk memikat hati Johan. Membidas tuduhan tersebut, Lana sebaliknya memberitahu cinta mereka ibarat cinta pandang pertama. "Itu benda bodoh (guna ilmu hitam). Saya kenal dia sehari. Tiga hari lepas tu dia lamar saya. Saya ada tanya dia apa yang dia suka dengan saya? Dia cakap, bila pertama kali dia tengok saya, dia dah suka. "Saya harap semua boleh doakan yang terbaik. Saya memang nak cari lelaki beriman, lelaki yang menerima keburukan saya sebelum saya berubah.

Johan ada ilmu dalam agama dan saya percaya dia bukan main-main bila bercakap hal kahwin. Saya hormati Johan sebab dia berani suarakan hasrat dia pada saya. "Saya juga anggap ini sebagai wake up call untuk saya. Pada usia begini, saya mencari orang yang boleh membimbing saya. Mungkin inilah masanya saya berubah. Johan tak paksa saya. Kalau saya nak berubah kerana diri saya sendiri. Dia sokong saya. Dan saya buat perubahan perlahan-lahan", katanya ketika ditemui pada Sabtu lalu.Dalam masa sama Lana juga berkata, pada awalnya dia ada bertanyakan pada Johan mengenai hubungan aktor itu dengan Shila Amzah. "Masa Johan luahkan hasrat dia pada saya, saya ingat dia main-main. Saya ada bertanyakan tentang hubungannya dengan Shila. Johan beritahu dia dan Shila sekadar kawan. Dia sendiri telefon ibu bapa Shila dan beritahu hal kami dan sewaktu tu saya dengar perbualan mereka. Dan masa tu lah saya betul-betul yakin yang Johan serius dengan saya", ujarnya lagi.

Mengenai khabar dia bakal berhijab kerana Johan, Lana menyangkal hal tersebut dengan mengatakan kenyataan sebegitu tidak pernah keluar dari mulutnya. "Kenyataan macam tu tak pernah keluar dari mulut saya. Kalau saya nak bertudung, kerana Allah. Bukan kerana Johan. Saya hanya kata kalau saya dah berkahwin, kalau suami saya suruh saya bertudung, saya akan pakai sebab dosa saya suami saya yang tanggung. "Tapi Johan ada bagi syarat kat saya, dia tak nak tengok saya pakai skirt. Perlahan-lahan saya cuba berubah. Saya rasa tak ada masalah", ujarnya. - mD




.

5 Gambar dan kisah kemalangan maut pelakon filem Fast & Furios, Paul Walker



5 Gambar dan kisah kemalangan maut pelakon filem Fast & Furios, Paul Walker  | KHABAR duka daripada dunia perfileman Hollywood apabila bintang Fast And The Furious, Paul Walker disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California pada Sabtu.


Menerusi akaun Twitter milik aktor berusia 40 tahun itu, Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.


Walker yang popular dengan watak Brian O'Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.


Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar.






.

Dia digelar 'juara' mencuri


Dia digelar 'juara' mencuri  | Seorang lelaki Britain digelar 'juara' mencuri kerana ditahan buat kali ke-334 selepas didapati keluar daripada sebuah pasar raya tanpa membayar terlebih dulu. Robert Knowles, 66, secara puratanya dihadapkan ke mahkamah tiga kali setahun sejak 1959.  

Dia gembira berada di penjara kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar. Knowles lebih suka dipenjara dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dalam lokap” Alan Harris, Peguam bela 

Knowles melanggar undang-undang begitu kerap hingga pendakwa raya tidak ingat keseluruhan kesalahannya. Hakim diberitahu, Knowles melakukan kesalahan supaya dihantar semula ke penjara. Penangkapan terbarunya membawa kepada kesalahan kali ke-200 kerana mencuri. Knowles mula mencuri sejak usia 13 tahun dan ditahan Rabu lalu kerana mencuri dua kotak cokelat dari pasar raya Thorntons, Plymouth. Seorang pengawal keselamatan melepaskannya tetapi memberi amaran selepas mendapati Knowles makan cokelat itu yang berharga £13 (RM65). Selepas itu, Knowles memasuki satu lagi pasaraya dekat situ dan membawa keluarga makanan berharga £26 (RM130) menyebabkan pekerjanya menghubungi polis.

Pada 2011, Knowles mengaku mencuri dua botol wiski, beberapa jam tangan dan stokin berharga £279 (RM1,395) daripada sebuah lagi pasar raya. "Dia gembira berada di penjara tetapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar. "Knowles lebih suka dipenjara dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dalam lokap," kata peguam bela, Alan Harris. Pihak berkuasa perundangan juga tidak mempunyai semua rekod kesalahannya kerana agensi pendakwaan hanya ditubuhkan pada 1986. Knowles yang tidak berumah mula dihantar ke pusat pemulihan pada usia 13 tahun dan terus-terusan mencuri serta masuk mahkamah 186 kali atau sekali setiap tahun sejak 1959. Hakim Nadine Fletcher menghukum penjara Knowles selama dua bulan selepas dia mengaku salah. Orang lain yang ada rekod lebih teruk daripada Knowles ialah Harry Hankinson, 64, yang menyalahkan 501 jenayahnya berpunca daripada pukulan di kepalanya pada 1970 yang dikatakan mengubah personalitinya. - AGENSI





.

Kandungan gugur disebabkan kecuaian pakar perbidanan


Kandungan gugur disebabkan kecuaian pakar perbidanan | Seorang wanita menerima pampasan lumayan selepas mahkamah menganugerahi pampasan kerana kecuaian pakar perbidanan menyebabkan kandungannya gugur akibat ditimpa botol air mineral. Joanna Budzikowska, 28, mendapatkan rawatan pakar selepas mendapati bayinya tidak bergerak-gerak apabila dia secara tidak sengaja menjatuhkan sebotol air mineral di perutnya pada 31 Ogos 2011. Bidan pelatih yang memeriksa Joanna di Hospital St Michael’s, Bristol, merekodkan kandungannya selamat dan aktif. Bagaimanapun dua minggu kemudian Joanna mengalami sakit perut sebelum dimaklumkan bayi itu sudah meninggal dunia.

Mahkamah Tinggi London dimaklumkan bayi itu mungkin dapat diselamatkan jika tindakan awal diambil untuk merawatnya. Sehubungan itu, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan yang menyediakan khidmat perbidanan di hospital berkenaan mengakui bertanggungjawab atas kejadian itu bersetuju membayar sejumlah pampasan yang tidak didedahkan namun dianggar berjumlah £100,000 (RM528,000).

Peguam Joanna, Andrew Bowman berkata anak guamnya mengalami trauma akibat kejadian itu malah terpaksa melalui kesakitan selama 20 jam untuk melahirkan anaknya yang sudah mati. Malah, katanya, wanita itu masih menerima rawatan psikologi disebabkan kejadian itu. “Pampasan dipersetujui di Mahkamah Tinggi menggambarkan keperitan dilalui mangsa akibat kejadian itu, selain dapat digunakan untuk rawatan psikologi yang masih diberi kepadanya,” katanya. - Agensi





.

Lelaki ini miliki harapan untuk jadi seperti insan normal lain


Lelaki ini miliki harapan untuk jadi seperti insan normal lain | Seorang tukang gunting rambut di China yang dilahirkan dengan sindrom jantung di luar tulang rusuk, menyatakan harapan untuk menjalani pembedahan dan hidup seperti insan normal lain seusianya. Ho Zhiliang, 24, dari wilayah Hubei, mengalami sindrom jantung terdedah, kecacatan yang kebiasaannya membunuh lebih 90 peratus pesakit sebaik-baik dilahirkan. Ketika dia dilahirkan, ibu bapanya diberi amaran bahawa dia mungkin tidak akan hidup lama disebabkan kecacatan yang dialaminya itu. Pesakit yang menghidap sindrom berkenaan selalunya akan mengalami sesak nafas apabila berjalan atau muka berubah menjadi biru. Namun, ibu bapanya mengenepikan segala kemungkinan apabila berjaya membesarkan Zhiliang.

Baru-baru ini, harapan Zhiliang untuk pulih kembali bersinar apabila dia terbaca tentang seorang pesakit yang menghidap sindrom sama sepertinya, Huang Rongming. Rongming dari wilayah Henan dapat hidup seperti biasa selepas menjalani pembedahan untuk memindahkan jantung ke tempat asal. Zhiliang yang mendapat semangat baharu daripada kisah lelaki itu kemudiannya berhenti bekerja dan berpindah ke wilayah Wuhan dengan harapan dapat menjalani pembedahan yang sama. “Saya tidak sangka rupa-rupanya saya berpeluang menjalani kehidupan normal seperti orang lain," katanya.


Dalam pada itu, Rongming berkata, dia juga telah hidup dengan keadaan jantung di bahagian abdomen selama 24 tahun, sama seperti Zhiliang, dan doktor memberi amaran tentang keadaannya yang semakin teruk serta memerlukan pembedahan segera. Katanya, dia tidak mampu membiaya kos pembedahan berkenaan, namun kisahnya dalam media telah membantu dia menjalani pembedahan terbabit. “Saya menjalani pembedahan selama 10 jam dan kini jantung saya berada di tempat yang sepatutnya. “Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu saya untuk menjadi manusia normal," katanya. - AGENSI




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!