Sunday, November 24, 2013

Terima kasih buat Datuk K. Rajagobal



Terima kasih buat Datuk K. Rajagobal | Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan kontrak ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tamat 31 Disember ini tidak disambung. Datuk Ong Kim Swee akan menggantikannya sebagai pengendali sementara. Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan, keputusan itu selepas Exco FAM sebulat suara bersetuju untuk tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang mula membimbing skuad Harimau Malaya pada 2009. 

"FAM ingin merakamkan penghargaan kepada Rajagobal di atas sumbangannya terhadap negara selama ini. "Beliau sudah menyumbang kejayaan kepada negara namun kita memikirkan untuk mencari pengganti yang boleh membawa kita ke tahap lebih baik," katanya.




P/S - Terima kasih buat Datuk K. Rajagobal. Besar jasa Datuk buat sukan bolasepak negara.




.

Inilah akibat muat naik foto di Instagram



Inilah akibat muat naik foto di Instagram | Seorang wanita terkejut apabila mendapati foto anak perempuannya yang berusia enam bulan dimuat naik di Instagram digunakan untuk permainan pornografi, menurut rakaman video daripada stesen televisyen WPTV. Angelica Calad berkata, foto Taylen digemari pengikut fesyen bayi, tetapi turut dikongsi di halaman lain Instagram yang bertujuan membantu pengguna memainkan watak fantasi berunsur seksual.

“Saya sangat marah apabila melihat foto anak saya dikaitkan dengan kisah yang dipaparkan,” kata bapa bayi itu, Josh Biggs. Angelica berkata, dia sudah membuat aduan kepada Instagram, tetapi apabila foto itu dialihkan, satu lagi muncul. Dia juga mengingatkan ibu bapa lain agar berhati-hati dan membuat salinan foto juga boleh berlaku di laman lain bukan saja di Instagram. - AFP




.

Budak 5 tahun parah jatuh main esklator di pusat beli-belah di Samarahan


Budak 5 tahun parah jatuh main esklator di pusat beli-belah di Samarahan | Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Javier Koh Bo Han dikatakan sedang leka bermain esklator sebelum terjatuh. Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali, berkata ketika kejadian mereka sekeluarga berehat di kerusi yang disediakan berhampiran esklator. Katanya, mangsa bersama abangnya berusia lapan tahun bermain dan bergurau di sekitar kawasan berkenaan.

"Saya sudah tegur mangsa supaya duduk diam tetapi mereka masih bermain, sehingga dengar jeritan mangsa. "Mangsa dipercayai terpegang pemegang esklator berkenaan menyebabkan dia ditarik dan gagal mengawal badan sebelum tergolek jatuh," katanya. Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tiba di tempat kejadian memberikan bantuan kecemasan sebelum menghantar kanak-kanak malang itu ke Hospital Umum Sarawak, Kuching untuk rawatan lanjut. -BH



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!