Monday, November 4, 2013

Misteri kematian Firaun terkenal, Raja Tutankhamun selama 3,336 tahun kini didedahkan


Misteri kematian Firaun terkenal, Raja Tutankhamun selama 3,336 tahun kini didedahkan | Misteri kematian Firaun terkenal, Raja Tutankhamun selama 3,336 tahun, yang sebelum ini dikaitkan dengan pembunuhan, penyakit kusta atau dipatuk ular, akhirnya terjawab apabila punca kematian sebenarnya didedahkan oleh satu kajian terbaharu. Mumia Raja Tutankhamun yang ditemui kira-kira 91 tahun lalu oleh pakar arkeologi Britain, Howard Carter di Lembah Raja, Mesir, menunjukkan Firaun itu mati akibat dilanggar oleh kenderaan berkuda yang dipandu laju.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kajian Masyarakat Mesir, Dr. Chris Naunton selepas beliau membaca nota Howard yang tidak pernah disiarkan kepada umum. Naunton menggunakan teknologi terbaharu untuk 'mewujudkan semula' kematian Raja Tutankhamun atau dikenali sebagai Raja Tut, dan kisah kematiannya dijadikan siri dokumentari yang bertajuk 'Tutankhamun: The Mystery Of The Burnt Mummy', yang akan disiarkan pada 10 November ini.

Beliau turut menjalankan kajian terhadap daging Raja Tut, yang didapati menjadi hangus, dipercayai dibakar sebelum dimasukkan ke dalam keranda. Pemeriksaan lanjut oleh Naunton bersama pakar forensik mendapati kecederaan Raja Tut menyerupai luka akibat dilanggar sesuatu yang berat dan beroda seperti digunakan oleh kenderaan berkuda. Pada 1968, seorang jurugambar dari Universiti Liverpool mengambil 50 gambar X-ray mumia tersebut yang menunjukkan bahagian tengkorak Raja Tut pecah, menyebabkan pakar membuat kesimpulan raja itu mati akibat dibunuh.


Namun, teori yang berlarutan hampir empat dekad itu akhirnya terungkai, apabila Nounton mendedahkan bahawa kecederaan yang dialami di dada Raja Tut adalah akibat dilanggar. Malah tulang rusuk sebelah kiri raja berkenaan juga didapati patah, selain kekurangan satu tulang dada dan jantung. "Raja Tut dilanggar kenderaan berkuda dengan kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk yang menjadi punca sebenar kematiannya," katanya. - AGENSI




.

Takziah - Bapa kepada pelakon dan penerbit Haliza Misbun meninggal dunia


Takziah - Bapa kepada pelakon dan penerbit Haliza Misbun meninggal dunia | Bapa kepada pelakon dan penerbit Haliza Misbun, iaitu Misbun Kaimi meninggal dunia ketika dalam tidur sewaktu berada di kediamannya di Pantai Hillpark, Bangsar awal pagi tadi. Ketika dihubungi, Haliza berkata, ibunya mengetahui akan pemergian ayahnya itu sewaktu cuba mengejutkan suaminya untuk bangun menunaikan solat Subuh. "Orang pertama yang tahu adalah ibu saya, sewaktu dia cuba mengejutkan ayah saya untuk menunaikan solat Subuh.

"Masa sebenar tidak dapat dipastikan kerana kali terakhir dia bangun adalah pada kira-kira pukul 3.30 pagi untuk membuat minuman, kerana itu memang rutin hariannya," jelasnya. Misbun yang berusia 67 tahun telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kerinchi di sini. Turut hadir pada majlis pengebumian adalah seluruh ahli keluarga termasuk penyanyi popular, Awie Wings yang merupakan menantu dan suami kepada Rozana Misbun, adik kepada Haliza.-Utusan





.

Fungsi lain ayam betina selain daripada bertelur



Fungsi lain ayam betina selain daripada bertelur | RAMAI yang menganggap anjing kawan baik manusia tetapi kebanyakan warga emas di North East, England, menjadikan ayam sebagai kawan paling rapat. Berpuluh-puluh pesara di bahagian utara negara itu dilaporkan menjadi lebih ceria sejak menyertai skim kebajikan dan menggunakan ayam betina untuk melawan kesepian. Bermula dari bilik tidur sehinggalah ke salon kecantikan, mereka menjadikan ayam betina sebagai rakan karib yang dibawa ke mana-mana. Projek dinamakan HenPower ini menyaksikan puluhan warga emas terlibat dengan penjagaan harian ayam seperti memberi makanan, membersih serta merawat haiwan itu daripada terkena jangkitan kutu. Sehingga kini, berpuluh-puluh ekor ayam betina dipelihara di lapan buah rumah kebajikan di sekitar bandar Tyne dan Wear.

Seorang peserta projek, George Stewart, 78, yang menetap di rumah perlindungan Wood Green telah menyertainya sejak tiga tahun lalu. "Apabila saya menetap di sini saya rasa terasing dan sunyi tetapi sejak membela ayam betina, saya jadi tenang," ujarnya. Seorang lagi peserta, Alan Richard, 76, sanggup pergi ke tempat jualan lelong, semata-mata mahu membida telur ayam subur. "Apabila pulang, kami membawa 36 biji telur ayam dan 10 ekor ayam betina. "Saya telah pergi ke tempat yang tidak pernah saya kunjungi sebelum ini. Ini membantu saya lebih sihat kerana keluar rumah berbanding hanya melepak, menonton televisyen dan merokok sebelum ini," ujarnya. Richard turut menyertai seminar berkaitan HenPower yang dihadiri oleh 200 orang peserta. Menurut seorang pegawai di rumah perlindungan Lynne Walker, dia kadang-kala tersenyum sendirian apabila mengingati telatah warga emas terbabit dengan ayam-ayam mereka.

Peserta HenPower kerap berkongsi pengalaman berkaitan ayam betina peliharaan mereka dengan mengadakan lawatan ke sekolah dan pusat penjagaan lain bersama ayam peliharaan masing-masing. Ossie Cresweel, 87, memberitahu dia sangat seronok setiap kali melawat rumah perlindungan dan ke sekolah untuk berkongsi pengalaman berkaitan ayam betina. Pengarah Equal Art, Douglas Hunter bangga kerana skim kebajikan itu dapat menyediakan aktiviti untuk warga emas memenuhi masa terluang dan kembali merasa sibuk serta melalui pengalaman yang berbeza. Sebanyak 46 peratus daripada penduduk England yang berusia 80 tahun ke atas dilaporkan mengalami kesunyian. Jabatan Kesihatan negara itu baru-baru ini turut menyifatkan data bahawa 800,000 orang rakyat England mengalami kesunyian yang kronik sebagai sesuatu yang memalukan. Mungkin ayam betina adalah jawapan bagi mengubat kesunyian mereka! - AGENSI





.

Gambar anak kedua Marion Caunter dan suami SM Nasarudin, Lana



Gambar anak kedua Marion Caunter dan suami SM Nasarudin, Lana | PENGACARA, Marion Caunter selamat menimang cahaya mata kedua, minggu lalu. Perkara itu disampaikan Marion melalui laman sosial, Instagramnya. “Alhamdulillah. Miss Leia Rose kini secara rasminya seorang kakak. Kamu alukan adiknya ke dunia ini, malam tadi (31 Oktober),” tulisnya. Sementara suaminya, SM Nasarudin turut melahirkan kesyukuran terhadap kelahiran anak keduanya itu di laman sosial Instagram.


“Alhamdulillah kami diberkati dengan seorang bayi perempuan malam tadi. Ini Leia bertemu Lana untuk pertama kali. Terima kasih untuk semuanya Marion Counter. Marion dan Nasarudin telah diijabkabulkan pada 16 Disember 2010 dan telah dikurniakan anak sulung, Leia Rose pada Disember 2011. -SH




.

Inilah lokasi panas golongan homoseksual melakukan kegiatan tidak bermoral



Inilah lokasi panas golongan homoseksual melakukan kegiatan tidak bermoral | Beberapa kawasan rekreasi seperti Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Kelana Jaya dikesan menjadi ‘port’ golongan homoseksual untuk melakukan kegiatan tidak bermoral dari tengah malam hingga subuh. Menurut seorang pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Azizi, 38, dua taman rekreasi itu seolah-olah menjadi lokasi wajib bagi golongan homoseksual berkumpul terutama pada hujung minggu. “Setiap Sabtu dan Ahad, pasti ramai yang berkumpul di sini. Kawasan gelap sama ada di tempat parkir mahupun tepi tasik seolah-olah menjadi bonus kepada mereka untuk melakukan pelbagai perkara yang tidak berfaedah. “Kegiatan sumbang mereka itu pernah beberapa kali mendapat laporan di media masa malah pihak polis juga sering melakukan rondaan sebelum mengarahkan kumpulan lelaki berkenaan pulang atau bersurai. “Namun, sehingga kini mereka terus berdegil dan masih juga berkumpul seperti biasa,” katanya.

Dakwaan Azizi ada benarnya apabila tinjauan selama dua hari berturut-turut mendapati terdapat puluhan kenderaan dan motosikal datang ke situ bermula seawal jam 12 tengah malam. Bilangan kenderaan dan orang semakin bertambah sekitar jam 3 pagi dipercayai selepas waktu operasi kelab malam di sekitar Bukit Bintang tamat. Namun apa yang menghairankan kelibat beberapa remaja termasuk yang bertubuh kecil dipercayai berumur bawah 18 tahun turut berkeliaran di sekitar tasik dan stadium bola sepak. Ada kalanya kumpulan remaja itu berdiri di satu sudut sebelum menahan beberapa kenderaan yang bergerak perlahan di kawasan berkenaan. Menurut Azizi, kumpulan remaja terbabit sebenarnya menawarkan khidmat seks (money boy) kepada golongan homoseksual yang membawa kenderaan berkenaan. “Biasanya mereka akan mendekati kenderaan yang berhenti berhampiran dengan mereka sebelum menawarkan khidmat seks dengan bayaran sekitar RM50.

“Bahkan, ada juga yang sanggup dibayar RM10 bagi aksi ‘ringan-ringan’ sekadar cukup lepas membeli rokok. Cukup menyedihkan apabila sejak kecil lagi, golongan ini sudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat dan maksiat. “Sekarang 1 pagi, tapi kumpulan remaja ini masih lagi berkeliaran. Kadangkala terdetik di hati saya, di mana ibu bapa remaja ini seolah-olah tidak peduli atau memantau perilaku anak yang sepatutnya berada di rumah,” katanya. Tinjauan wartawan bersama jurugambar di sekitar tasik mendapati keadaan gelap dan tersorok termasuk kawasan semak menjadi pilihan beberapa lelaki untuk melakukan aktiviti tidak sihat. Malah, ada juga yang tanpa segan silu berpelukan dan bercumbuan tanpa mempedulikan kehadiran orang lain yang memerhatikan tingkah mereka serta gigitan nyamuk di situ.

Menurut Azizi, senario itu satu perkara biasa berlaku di tasik berkenaan kerana itu adalah antara tujuan kehadiran golongan homoseksual. Sementara itu, situasi sama turut berlaku di Taman Tasik Kelana Jaya. Malah, mereka turut menjadikan kemudahan taman permainan kanak-kanak yang tersorok sebagai tempat melakukan asmara. Bagaimanapun, Azizi menasihati wartawan dan jurugambar agar berhati-hati ketika berada di kawasan gelap kerana tempat itu juga menjadi tumpuan penjenayah. “Sudah banyak insiden rompak dan pukul berlaku dalam kalangan lelaki homoseksual yang datang ke sini,” katanya.Malah ada yang diacukan pisau sebelum penjenayah merampas barangan berharga termasuk telefon bimbit dan dompet,” katanya. -HM





.

Tragedi di majlis perkahwinan



Tragedi di majlis perkahwinan | Sebuah majlis pernikahan di Arab Saudi berakhir dengan tragedi apabila bapa pengantin perempuan menembak mati abang bakal menantunya bagi menghalang mangsa memasuki ruang dikhaskan untuk wanita. Bapa pengantin perempuan sedang meraikan tetamu di dua dewan berasingan - masing-masing untuk tetamu lelaki dan wanita.

Saksi berkata, lelaki terbabit mendapati saudara kandung menantunya serta beberapa individu lain cuba menyelinap ke dewan wanita. “Dia kemudian mengeluarkan senapang dan menembak mereka,” katanya. Tindakan itu membunuh seorang lelaki, manakala anak lelaki suspek cedera selepas berlaku tembak-menembak di antara kedua-dua pihak. - Agensi





.

Pesta liar muda mudi diserbu polis



Pesta liar muda mudi diserbu polis | Sekumpulan individu dikesan menjadikan kawasan pantai di sini untuk melakukan kegiatan tidak bermoral dengan mengadakan parti pantai atau Beach Party, awal pagi semalam. Bagaimanapun, kegiatan mereka dapat dihidu pihak berkuasa apabila polis diketuai Inspektor Nursaiful Asrar Ahmad Najih membuat serbuan di Pantai Batu 6 itu, kira-kira 3.30 pagi semalam. Dalam serbuan itu, seramai 48 individu berusia 18 hingga 35 tahun yang sedang leka bersukaria diperiksa anggota polis narkotik sebelum mendapati 27 daripada mereka positif dadah. Turut ditahan kerana didapati positif dadah, tiga pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, serbuan dibuat berikutan aduan orang ramai, selain risikan pihaknya. “Siasatan mendapati parti itu dianjurkan atas persetujuan bersama antara mereka. Kesemua mereka datang dari Lembah Klang termasuk Selangor," katanya.

Menurutnya, sebahagian besar yang ditahan adalah pekerja bahagian penyelenggaraan di sebuah hotel di Genting Highlands, promoter dan jurujual di kompleks membeli-belah serta penganggur. “Hasil ujian saringan air kencing dijalankan mendapati 27 suspek termasuk tiga pelajar terbabit positif methamphetamine. Kesemua mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Abd Wahab berkata, polis turut merampas beberapa peralatan parti termasuk alat pembesar suara dan alat pemain muzik. “Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. Beliau berkata, polis akan terus melakukan penguatkuasaan di kawasan pantai bagi memastikan kegiatan tidak bermoral seperti itu tidak berulang. -SH




PS - Sumber gambar dari Kosmo





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!