Monday, October 28, 2013

Kisah Antonia Kozakova yang berbeza daripada orang lain



Kisah Antonia Kozakova yang berbeza daripada orang lain | TIADA apa yang menarik atau istimewa tentang cerita seorang wanita yang suka mengumpul napkin berbanding mereka yang gemar menyimpan barangan antik mahupun koleksi baju lama. Namun, kisah Antonia Kozakova mungkin berbeza daripada cerita-cerita hobi yang sering dibaca atau didengar oleh orang ramai. Hal ini kerana, Kozakova berjaya membuktikan dirinya berbeza apabila dia mempunyai koleksi napkin pelbagai rekaan sebanyak 62,757 helai. Wanita kelahiran Slovakia berusia 39 tahun itu mula mengumpul napkin sejak 16 tahun lalu dan kesemua koleksinya ditempatkan di dalam pejabatnya. Apa yang lebih menarik, koleksi napkin Kosakova yang diperoleh dari pelbagai negara melayakkannya memegang rekod pengumpul napkin terbanyak di dunia buat tiga kali berturut-turut.

Kozakova memecah rekod pertama pada 2007 apabila berjaya mengumpul napkin sebanyak 21,000. Sejak itu, Kozakova meneruskan pengumpulan napkin sehingga membolehkan dia memecah rekod buat kali kedua pada 2008 dengan 30,300 napkin dan buat kali ketiga dalam tahun yang sama dengan 50,000 napkin. Kini, koleksi napkinnya semakin menginjak ke angka 63,000 dan bakal menyaksikan Kozakova memecah rekod buat kali keempat. Kesemua napkin milik Kozakova dianggarkan bernilai 300,000 pound (RM1.5 juta) termasuk sehelai napkin kecil yang berukuran lima sentimeter panjang, manakala napkin terpanjang berukuran hampir 122 sentimeter. Kozakova turut memiliki sehelai napkin era 1940-an, selain napkin dengan rekaan duit kertas 50 pound dan napkin yang memaparkan imej dua anggota kumpulan The Beatles iaitu Ringo Starr dan John Lennon.

Ketika koleksi napkinnya semakin mencipta populariti, Kozakova juga menyatakan bahawa hobinya itu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan orang ramai. Kebanyakan penduduk di kawasan kediamannya di Ruska termasuk peminatnya dari seluruh dunia akan menghantar pelbagai napkin unik dan manarik kepadanya untuk menambah koleksi. Kozakova memberitahu dia tidak mungkin berhenti mengumpul napkin dan akan meneruskan hobinya itu sehingga koleksinya mencecah 100,000 helai. Wanita itu melahirkan hasrat untuk memiliki napkin yang memaparkan wajah dan namanya. Impiannya itu berasaskan salah satu napkin dalam simpanannya yang didakwa pernah ditandangani oleh aktor kegemarannya iaitu Arnold Schwarzenegger. Namun Kozakova tidak dapat menunjukkan bukti yang dia memiliki napkin dengan tandatangan idolanya itu kerana sehingga kini dia masih belum dapat menemui napkin tersebut yang disimpan bersama ribuan napkin lain. - AGENSI





.

Khabar terkini pelakon Datuk Rahim Razali yang menghidap pendarahan otak


Khabar terkini pelakon Datuk Rahim Razali yang menghidap pendarahan otak | Pelakon Datuk Rahim Razali yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Sunway di sini akibat pendarahan dalam otak (subdural hemorrhage) sudah dipindahkan ke wad biasa pada Isnin apabila keadaannya semakin stabil. Pelakon Khir Rahman berkata, Rahim dijadualkan menjalani pembedahan akibat penyakit berkenaan pada Rabu atau Khamis ini. “Saya ada hubungi anak beliau tadi iaitu Nadia dan saya dimaklumkan keadaan Datuk (Rahim) sudah stabil dan dia sudah pun dipindahkan ke wad biasa,” katanya.

Akhbar pada Isnin melaporkan, Rahim mengadu sakit kepala kepada anaknya sejak seminggu lalu tetapi tidak berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan doktor kerana kesibukannya di lokasi penggambaran. Bagaimanapun pada petang Ahad (semalam), Rahim yang sedang menjalani penggambaran di Kuantan, Pahang sekali lagi mengadu tidak sihat dan keadaan itu membuatkan dia terus dibawa ke Pusat Perubatan Sunway di sini. Doktor mengesahkan Rahim menghidap penyakit subdural hemorrhage dan perlu menjalani rawatan pembedahan dengan segera. -Mstar




.

Gambar Fizo Omar melakukan gimik dengan melamar Mawar, di panggung wayang Cathay e-curve, Damansara



Gambar Fizo Omar melakukan gimik dengan melamar Mawar, di panggung wayang Cathay e-curve, Damansara | Teka-teki mengenai tarikh pernikahan pelakon Fizo Omar dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim terjawab apabila pasangan itu mengesahkan untuk melangsungkannya pada 10 November depan.


Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh berkenaan di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang dekat sini.


“Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 9 November,” ujarnya yang juga pengacara rancangan itu.


Terdahulu Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar, 24, di panggung wayang Cathay e-curve, Damansara di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin sambil disaksikan oleh pihak media. -Mstar




.

Adakah ini Akaun Facebook Sepadan Suspek Bunuh Pegawai Ambank?



Adakah ini Akaun Facebook Sepadan Suspek Bunuh Pegawai Ambank? | Pengguna internet telah terjumpa akaun Facebook kononnya milik seorang suspek dikehendaki kerana membunuh Pegawai Operasi Ambank Norazita Abu Talib dan merompak bank, minggu lepas. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, polis percaya bahawa Facebook itu milik suspek dan mereka sedang memantaunya. Menurut maklumat yang dipaparkan pada halaman, lelaki itu tinggal di Petaling Jaya dan berasal dari Klang, Selangor, tetapi menunjukkan bahawa dia bekerja di sebuah syarikat kurier antarabangsa. Sejak penemuan itu, pengguna internet telah berkongsi pautan Facebook tersebut yang menunjukkan nama dan wajah adalah serupa dengan suspek, kerana jenayah yang dilakukannya.

Sehingga pukul 2 petang, lebih 100 'shares' (perkongsian) telah dibuat untuk menghubungkan pengguna lain ke halaman peribadinya. "Ini adalah wajah pembunuh dan perompak itu... mari kita buru dia sampai dapat," kata pengguna. Berdasarkan album foto, ia memperlihatkan lelaki itu gemar berkunjung ke gym dan merupakan peminat bola sepak Indonesia. Beliau juga memuat naik gambar buku bank Ambank selepas membuka akaun di salah sebuah cawangan bank itu di Taipan , Subang Jaya.

'Timeline' di halaman tersebut menunjukkan lelaki ini sering mengemaskini status Facebooknya sehingga 21 Oktober, dua hari sebelum kejadian tembakan dan rompakan. Lelaki itu juga dilihat lebih cenderung menulis dalam bahasa Indonesia pada kebanyakan kemas kini status Facebook dan komen. Dia juga disyaki memegang kad pengenalan palsu Malaysia yang menyatakan bahawa dia adalah Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Pada hari Rabu, Norazita , 37, telah membuka pintu bilik kebal dengan rakan sekerjanya di bank di Jalan USJ Sentral 2 kira-kira pukul 6.18 petang. Dia ditembak oleh pengawal keselamatan bank itu yang melarikan diri dengan wang tunai. -Mstar




Akaun 1
Akaun 2





.

David Beckham dan anak kemalangan jalan raya


David Beckham dan anak kemalangan jalan raya | Bekas pemain bola sepak England, David Beckham, 38, dilaporkan terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu keluar dari rumahnya berlanggar dengan sebuah kereta di sini pada Jumaat lalu," lapor akhbar Daily Mail. Beckham memandu sebuah Range Rover Sport berwarna hitam manakala anak lelakinya, Brooklyn, 14, duduk di bahagian penumpang ketika kejadian. Seorang saksi berkata, Beckham memandu keluar dari rumahnya apabila berlanggar dengan sebuah kereta dari arah hadapan.

Dia kemudian dilapor mengundurkan kenderaan pacuan empat roda tersebut ke kediamannya sementara menunggu polis tiba untuk mengambil keterangan mengenai kejadian tersebut. Kereta jenis Acura 4x4 yang dipandu seorang wanita rosak dalam kemalangan tersebut manakala bumper kereta mewah Beckham pula bengkok.


Bekas bintang bola sepak itu membeli kenderaan tersebut pada harga antara AS$60,595 (RM190,510) hingga AS$76,195 (RM239,557) pada tahun 2010. Ini bukan kali pertama Beckham dan Brooklyn terlibat dalam kemalangan kerana pada tahun 2011 mereka terselamat selepas kereta yang dipandu Beckham merempuh belakang sebuah kereta lain di sebuah lebuh raya di Los Angeles. Namun, mereka tidak cedera dalam kemalangan tersebut kerana kedua-duanya memakai tali pinggang keledar. - Agensi





.

Rumah tangga Adam dan Fiza Elite dikatakan goyah?



Rumahtangga Adam dan Fiza Elite dikatakan goyah? | MENGUCAP panjang apabila membaca kisah rumah tangga pasangan pengantin baharu, Adam AF2 dan isterinya Fiza (bekas anggota kumpulan Elite) yang kini dikatakan sedang goyah tersenarai dalam sebuah akhbar tempatan keluaran Ahad lalu. Penulis akhbar tersebut mendakwa memperoleh berita tersebut (rumah tangga Adam, Fiza goyah) daripada seorang sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baharu. Antara yang terkandung dalam artikel akhbar tersebut menyebut Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 30, cemburu apabila melihat isterinya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, berbual dengan bekas kekasih ketika mereka secara kebetulan bertemu di sebuah stesen minyak.

Pergaduhan yang disifatkan penulis itu seperti ‘perang dunia ketiga’ bermula apabila pasangan tersebut pulang ke rumah. Sumber kepada penulis itu juga memaklumkan, semasa pertelingkahan antara Adam dan Fiza terjadi, penyanyi yang kini mempunyai sebuah pusat perubatan Islam sendiri iaitu Nur Khalifah Al-Hasani di Kota Damansara, Selangor itu sempat mempertikaikan kisah silam isterinya itu dengan dakwaan negatif. Akibatnya, mereka bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya. Sumber tersebut juga menyebut, Fiza telah memaki Adam kerana tidak puas hati dengan sikap suaminya yang kuat cemburu itu.

Akibatnya, rumah tangga pasangan suami isteri yang berlangsung kira-kira sebulan lalu itu goyah. Adam dan Fiza, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), pada 26 September lalu. Enggan peminat membuat pelbagai andaian buruk, Kosmo! cuba menghubungi Adam untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut. Adam yang sedang menjamu selera bersama isteri dan dua anak tirinya, Ferra Arynna, 5, dan Feeeya Adyrra, 4, ketika dihubungi, tersentak tatkala diberitahu akan hal itu.


Kosmo!: Adam, sila komen mengenai dakwaan yang mengatakan rumah tangga anda kini sedang goyah?
ADAM: Apa yang terjadi antara kami (Adam dan Fiza) tidaklah sehingga rumah tangga menjadi goyah.

Jadi, adakah benar pertelingkahan terjadi selepas Fiza bertemu dan berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak?
Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan, sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihatinya (Fiza).

Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan Fiza maki anda kerana sikap kuat cemburu anda? Itu semua fitnah! Seorang isteri tidak akan buat macam itu (maki) kepada suaminya.

Apakah perasaan anda apabila cerita-cerita tidak benar mengenai anda dan isteri ditulis?
Saya tidak reda dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan. Jangan kerana mahu menjual akhbar sanggup memporak-perandakan rumah tangga orang. Bayangkan akhbar tersebut dibeli beratus-ratus ribu orang dan kisah rumah tangga saya dibaca. Apakah tanggapan mereka? Baru kahwin tetapi sudah dilanda masalah. Berita seperti ini yang saya tidak mahu.

Apakah tindakan anda selepas membaca dakwaan tersebut?
Saya mahu sumber iaitu kru penerbitan sebuah produksi baharu yang dimaksudkan penulis itu tampil ke depan. Saya mahu sumber dan penulis akhbar tersebut sama-sama tampil ke depan membuktikan kesahihan cerita yang dikeluarkan.

Adakah anda pelik bagaimana seorang kru penerbitan sebuah produksi boleh bercerita tentang rumah tangga anda? Dari mana dia peroleh cerita hal dalam rumah tangga anda?
Disebabkan itu, saya mahu mereka tampil ke depan bukti kesahihan cerita tersebut.

Apakah perkembangan seni anda dan isteri sekarang?
Saya masih fokus dengan pusat perubatan Islam milik saya. Pada masa yang sama, single terbaharu saya berjudul Pengodam Jiwa sedang dimainkan di corong- corong radio. Itu adalah lagu rancak terakhir saya. Selepas ini, saya tidak lagi menari ketika membuat persembahan. Sekadar menyanyi sahaja. Lagu-lagu saya selepas ini juga akan lebih santai seperti konsep lagu-lagu Anuar Zain. Fiza pula, masih lagi berlakon. Cuma watak-watak yang diterima mestilah menjaga batas-batas seorang isteri. Tiada sebarang sentuhan walaupun berlapik atau tercuit. Buat masa ini, Fiza sedang menjalani penggambaran drama berjudul Istiraj untuk TV Alhijrah. -Kosmo





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!