Tuesday, October 22, 2013

Dia tolak walaupun ianya adalah anugerah tertinggi


Dia tolak walaupun ianya adalah anugerah tertinggi | Ahli keluarga seorang doktor warga Mesir bertindak menolak penghormatan tertinggi yang mahu diberikan Israel pada bulan lalu atas jasanya ketika insiden pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi di Berlin pada 1933-1945. Mervat Hassan, anak saudara kepada isteri Dr Mohamed Helmy memaklumkan mereka berbesar hati untuk menerima anugerah seumpama itu jika diberikan oleh negara lain. "Keluarga kami enggan menerima anugerah daripada rejim Zionis. Keputusan ini juga ada kaitan dengan permusuhan berpanjangan antara Mesir dan Israel walaupun kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian damai pada 1979," katanya.

Menurut Mervat, pakciknya hanya menjalankan tugas tanpa mengira bangsa atau agama pesakit ketika insiden didalangi tentera Nazi tersebut. Dipetik AP, kelmarin, jurucakap Muzium Yad Vashem turut mengkritik keputusan keluarga doktor tersebut yang didakwa kononnya dipengaruhi sentimen politik. Difahamkan, Helmy yang meninggal dunia pada 1982 ketika berusia 81 tahun pernah melanjutkan pelajaran ke Berlin untuk mendalami ilmu perubatan pada 1922 dan turut berkhidmat sebagai pakar urologi di negara itu hingga 1938. -AP




.

Kontroversi terbaru pelakon Adi Putra?


Kontroversi terbaru pelakon Adi Putra? | BARU sahaja reda mengenai kisah skandal melibatkan aktor Adi Putra dengan seorang wanita berstatus isteri orang; yang kini dalam siasatan polis. Kini, timbul pula cerita baru mengatakan Adi menggunakan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan. Oleh kerana tiada bukti lanjut mengenai perkara tersebut, Zass mendapatkan isteri Adi, Aida Yusof setelah gagal menghubungi aktor terbabit. "Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli akhbar Ahad lalu.

"Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan. "Namun, ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan," jelasnya.

Aida berkata, dia tidak mengetahui perkembangan kes berkenaan dan info terakhir yang diketahuinya pihak forensik telah selesai melakukan siasatan. "Saya tahu perkara itu dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan," katanya. Ditebak mengenai niat sesetengah pihak yang barangkali cuba memanaskan kes itu, Aida berkata, dia tidak mahu bersangka buruk dan amat menghormati tugas wartawan dan juga polis. -SH




.

Apa jadi pada kediaman bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi?


Apa jadi pada kediaman bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi? | Kediaman bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di sini akan dijadikan taman awam, menurut Menteri Pelancongan, kelmarin. Ikram Bash Imam berkata, pembinaan peringkat awal telah dilakukan di kompleks Bab al-Azizya tersebut. "Kami sedang berusaha untuk menjadikan kompleks itu sebagai sebuah kawasan hijau, selain tempat beriadah penduduk setempat," jelasnya pada laporan Al- Jazeera.

Difahamkan, kawasan berkeluasan enam kilometer persegi itu dibangunkan oleh Raja Idris (1951-1969) dan ia diperluaskan dengan bantuan kontraktor asing ketika pemerintahan Gaddafi pada 1980-an. Bagaimanapun, kompleks yang menjadi simbol pemerintahan Gaddafi selama 40 tahun itu musnah akibat serangan udara dilancarkan tentera Perjanjian Atlantik Utara (Nato) pada 2011. -AP





.

Awas, kenali wang palsu


Awas, kenali wang palsu | Seorang peniaga lemang kecewa apabila ada pelanggan tergamak menipunya dengan membayar harga makanan itu menggunakan sekeping wang RM100 palsu. Pengusaha lemang Mat Keroncong, Fauzi Abdul Rahman, 46 berkata, dia menyedari wang itu palsu ketika membayar harga makanan di sebuah restoran di sini kelmarin. Menurutnya, pekerja restoran terbabit curiga dengan wang tersebut lalu meminta dia membayar dengan wang lain. “Mujurlah saya ada wang lain ketika itu dan membayar segala harga makanan yang dipesan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Dia berkata, kerana menggunakan wang palsu tanpa disedari itu dia nyaris dituduh menipu dan melanggar undang-undang. “Mujurlah peniaga itu faham kerana sebagai peniaga ramai yang ’terkena’ dengan wang palsu ini,” katanya.

Fauzi berkata, dia percaya wang itu diterima ketika berniaga lemang di gerainya di Simpang Tanjung Pasir, Jalan Sungai Lembing sempena sambutan Hari Raya Aidiladha lepas. "Masa itu ramai pelanggan yang singgah membeli jadi saya dan isteri tidak sempat meneliti setiap wang yang dibayar. “Mungkin dalam ramai-ramai itu ada yang mengambil kesempatan menggunakan wang palsu untuk membeli lemang bagi ‘menghalalkan’ wang baki yang diterima. “Kemungkinan juga pelanggan itu pun tidak menyedari wang itu palsu jadi saya anggap semua ini bukan rezeki,” katanya. Dia berkata, sejak menjalankan perniagaan lemang di gerainya, itulah kali pertama dia menerima wang palsu.

“Memang susah untuk mengenal pasti sama ada wang itu tulen atau palsu jika tidak diteliti namun bagi yang tahu ada beberapa ciri yang mudah untuk dicamkan,” katanya. Fauzi berkata, sepanjang berniaga lemang, jarang pelanggan membayar dengan not RM100 selalunya not RM10 hingga RM50. “Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini supaya semua peniaga lebih berhati-hati bagi mengelak perkara seperti ini terus berulang. “RM100 cukup besar bagi peniaga kecil jadi amat malang jika hasil titik peluh untuk menyara keluarga dibayar sesetengah individu tidak bertanggung jawab dengan wang palsu,” katanya. -SH




.

Terkini mengenai kes video ' kau perasan cantik'


Terkini mengenai kes video ' kau perasan cantik' | “Kau ni lah yang perasan cantik... kau pukul adik angkat aku kan? Kau bangunlah bodoh, bangun..kau ni bodoh, bodoh.” Itu antara dialog dua remaja perempuan sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang remaja perempuan lain dipercayai rakan mereka yang rakaman videonya tersebar menerusi Facebook dan YouTube sejak beberapa hari lalu. Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di sebuah negeri pantai timur di kawasan tepi pantai dan kedua-dua suspek itu bukan saja menyepak rakan mereka malah turut mengaibkan mangsa dengan menarik kemeja-T yang dipakainya ke atas. Video berdurasi 2 minit 24 saat itu tersebar secara meluas di laman sembang sosial dan dipercayai ia dirakam seorang lagi rakan mereka sebelum memuat naik video itu ke Facebook dan YouTube.

Difahamkan, mangsa yang juga kenalan kepada adik angkat kedua-dua remaja perempuan itu dikatakan pernah memukul adik angkat mereka dan suspek dipercayai bertindak membalas dendam terhadap mangsa. Pada permulaan rakaman, dipaparkan mangsa yang berkemeja- T merah jambu sedang duduk di atas motosikal manakala kedua-dua suspek yang memakai kemeja-T putih berbelang hitam yang sama itu berdiri di sisi mangsa. Mangsa kemudiannya ditarik turun daripada motosikal dan di heret ke jalan sebelum rambutnya ditarik dan ditolak ke bawah hingga terduduk. Kemudiannya, mangsa dipijak dan ditendang di bahagian muka sambil dituduh berlagak cantik selain didakwa memukul adik angkat mereka.

Tidak cukup dengan itu, mangsa di tarik rambutnya dan diheret hingga ke jalan dalam keadaan terduduk sebelum ditendang dan dipaksa bangun. Ketika itu, kelihatan sebuah motosikal lain yang ditunggang orang awam melalui kawasan berkenaan yang menyaksikan kejadiaan itu namun beredar tanpa menegur perbuatan kedua-dua remaja perempuan itu. Mangsa turut diaibkan apabila kemeja-T yang dipakainya ditarik keatas hingga menampakkan bahagian perut dan apabila mangsa melawan mereka, dia ditampar dan ditendang lagi.

Mangsa ditampar beberapa kali lagi dan apabila dia melarikan diri ke kawasan tepi jalan, rambutnya ditarik dan diheret semula ke tengah jalan dan ditendang bertubi-tubi. Mangsa yang lemah selepas itu berjalan terhuyung hayang sebelum jatuh pengsan di atas rumput dan kedua-dua remaja itu hanya menyaksikan mangsa pengsan sebelum rakaman itu ditamatkan. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata kes berkenaan akan disiasat Jabatan Siasatan Jenayah untuk mengesan lokasi kejadian berkenaan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat. -MD





.

Gambar rompakan kedai emas di Lahad Datu

 
Gambar rompakan kedai emas di Lahad Datu | Sekumpulan perompak bersenjata pistol melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM40,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di pekan Lahad Datu semalam. Kejadian tersebut difahamkan pertama kali berlaku di daerah itu dalam tempoh 20 tahun. Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Supritendan Bong Khuet Khuin berkata, dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu kumpulan perompak menyerbu ke dalam kedai berkenaan semasa ketiadaan pelanggan. "Seorang daripadanya kemudian mengacukan pistol ke arah kepala pemilik kedai emas itu manakala dua lagi rakannya membuka almari kaca dan mengambil barangan kemas dianggarkan bernilai RM40,000. "Selepas itu suspek telah melepaskan satu das tembakan di dalam kedai dan satu das tembakan lagi ke udara semasa berada di luar sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta berwarna putih," katanya.


Kata beliau, hasil siasatan awal dan berdasarkan dua kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian, polis percaya perompak berkenaan menggunakan pistol jenis Colt.45. "Berdasarkan loghat percakapan ketiga-tiga lelaki berbadan tegap itu, mereka dipercayai orang tempatan dan dipercayai pernah datang ke kedai emas tersebut sebelum melakukan rompakan," katanya. Beliau berkata, pihak polis telah melancarkan Ops Tutup di laluan keluar utama dari Lahad Datu bagi mengesan penjenayah berkenaan. Menurut Khuet Khuin, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan terlibat supaya menghubungi balai polis berhampiran. -Utusan



P/S - Gambar sumber dari FB




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!