Sunday, October 13, 2013

DIA.. RANDOM GUY - FARAH HUSAIN




Disebabkan terlanjur cakap, tanpa disedari tiba-tiba saja hidup Alina Suffiya terkait dengan Zariel Amzar. Zariel Amzar bukan orang lain, melainkan bos baru tempat Alina Suffiya atau lebih dikenali sebagai Alin, bekerja. 'Tunang' palsunya itu tiba-tiba saja merasakan kehadiran Alin penting dalam hidupnya. Walaupun hanya sekadar kerani, Alin dibawa ke Port Dickson atas urusan kerja. Disana, Zariel Amzar sedar akan hadirnya satu perasaan yang sukar diperjelaskan, apatah lagi apabila melihat Alin keluar bersama pemandu mereka Keyrol yang sudah beristeri. Amarahnya tidak mampu dibendung, dan dia mengeluarkan kata-kata kesat yang membuatkan hati Alin terluka.

Bagi Alin pula, dia memang sudah jatuh hati pada Zariel Amzar. Dalam hati gelaran Sexy Goatee diberikan pada lelaki itu. Suaranya, senyumannya, alahai segala-galanya mengenai lelaki itu sudah membuatkan Alin jatuh hati. Namun dia sedar si 'salad dressing' itu tidak layak buatnya. Terlalu jauh perbezaannya. Kehadiran Hairi mengundang krisis dalam hati Zariel Amzar. Akhirnya dia sedar, samaada dia akan memiliki Alin ataupun melepaskannya..

Penulis menulis novel ini, dengan begitu menarik bagi lulu. Dan rasa enjoy sangat masa baca. Jom dapatkan novel ni, dan baca kisah Alin dan Amz yang saling menyayangi dengan cara yang berbeza. Novel yang mudah difahami..


Tajuk : Dia.. Random Guy
Penulis Farah Husain
Halaman : 502 muka surat
Harga : RM23/RM26



P/S - Fully Recommended by Lulu Caldina





.

Apa sudah jadi dengan penyanyi Mariah Carey dan suami, Nick Cannon?


Apa sudah jadi dengan penyanyi Mariah Carey dan suami, Nick Cannon? | BIARPUN pernah dinobatkan sebagai pasangan bahagia Hollywood, nampaknya perkahwinan Mariah Carey dan Nick Cannon bakal menemui titik noktah. Menerusi laporan Showbizspy, pasangan ini dikatakan tidak lagi ada persefahaman dan Mariah dilihat mula menghabiskan masa bersama kawan lelaki yang masih muda. "Nick ada menegur sikap Mariah yang gemar menghabiskan masa di luar dan Mariah dikatakan melenting dengan teguran itu.

"Mariah juga dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan selepas itu. Dek kerana hubungan mereka yang semakin dingin, mereka mengambil keputusan untuk bercerai," ujar sumber terdekat pasangan ini. #Rindukan bekas suami Ujar sumber terbabit, sikap Nick yang suka mengongkong membuatkan Mariah merindui bekas suaminya, Tommy Mottola yang dikatakan lebih memahami dirinya. "Biarpun Mariah dan Mottola sama-sama sudah menemui pengganti, namun hakikatnya Mariah tidak pernah melupai bekas suaminya itu. "Malah perkara ini juga diketahui Nick sehingga menimbulkan rasa cemburu terhadap Mottola," katanya. -AP




.

Owh, Wawa Zainal dihimpit kontroversi terbaru


Owh, Wawa Zainal dihimpit kontroversi terbaru | KETIKA berita pernikahan rahsia mereka masih hangat diperkatakan, kini muncul pula satu lagi kontroversi panas, kononnya Wawa Zainal masih tunangan orang ketika berkahwin dengan Aeril Zafrel. BPop hari ini melaporkan, Wawa didakwa berkahwin dengan Aeril tanpa memutuskan terlebih dahulu ikatan pertunangannya dengan Abdul Rashid @ Johari Hambali yang kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah. Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dikatakan bertunang dengan lelaki dari Lahad Datu, Sabah itu pada 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MIG Talents. Menurut Abdul Rashid yang dipetik dari BPop, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa.

Majlis pertunangan berlangsung di Lahad Datu, yang dibuat antara keluarga sahaja tanpa kehadiran mereka berdua. Dikatakan kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet, dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak didedahkan di akhbar minggu lalu. Menurut Abdul Rashid lagi, Wawa juga ada menghubunginya selepas berita mengenai dirinya mendapat liputan meluas media.

"Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi, inilah risiko bertunang dengan seorang artis. “Tapi Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang. "Bagaimanapun, saya tidak mempu menutup mulut orang terutama di kalangan keluarga yang mengetahui kami masih ada ikatan pertunangan," antara kata-kata Abdul Rashid yang dipetik dari BPop. -SH




.

Tangkuban Perahu dalam bahaya?


Tangkuban Perahu dalam bahaya? | Aktiviti gunung berapi yang berlaku di kawasan Gunung Tangkuban Perahu terutamanya di lubang baharu di Kawah Ratu telah mengakibatkan pelepasan gas beracun iaitu sulfur dioksida (So2) ke ruang udara. "Hasil kajian pasukan geokimia mendapati, sebaran gas So2 yang dihasilkan berjumlah 10.1 bahagian per juta (PPM),'' kata Ketua Pasukan Pemantau Bencana Gunung Tangkuban Perahu dari Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hetty Triastuti kepada KOMPAS.com. Hetty berkata, sebaran gas So2 yang keluar dari kawah tersebut berada pada tahap yang membahayakan kerana ia melepasi tahap normal iaitu 2 PPM.

Bagaimanapun jelasnya, penyebaran gas tersebut tidak melibatkan kawasan yang luas dan hanya berlegar di sekitar bibir kawah yang sering dijadikan sebagai kawasan letak kereta bagi pengunjung yang datang ke sini. "Gas itu hanya tersebar di kawasan bibir kawah dan kini bergerak ke arah barat daya bersama abu halus,'' ujar Hetty. Bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini, PVMBG menyeru orang ramai supaya tidak mendekati kawasan Kawah Ratu dari jarak 1.5 kilometer.

Selain itu, Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu turut ditutup daripada sebarang aktiviti lawatan sehingga satu tempoh yang belum ditetapkan. Sebelum ini, Gunung Tangkuban Perahu yang terletak di antara daerah Subang dan Bandung Barat meletus sebanyak tiga kali pada 7 Oktober lalu. Petugas PVMBG, Ilham Mardikayanta berkata, dua letusan awal mengeluarkan abu, asap dan gas yang menyelubungi ruang udara sejauh 350 meter dari dasar Kawah Ratu. - AGENSI




.

Gambar anak keempat Jurulatih badminton negara, Rashid Sidek


Gambar anak keempat Jurulatih badminton negara, Rashid Sidek | Merupakan hari yang amat menggembirakan buat jurulatih badminton perseorangan kebangsaan, Rashid Sidek apabila dikurniakan cahaya mata keempatnya. Selepas diselubungi kontroversi ekoran peletakan jawatan daripada skuad kebangsaan bulan lalu, sebelum beliau membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rashid berharap, kehadiran insan baharu dapat menambah rezeki serta mempermudahkan kehidupannya. Kata Rashid, isterinya, Noor Azehan Abdul Halim, 34, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.23 kilogram itu di Hospital Pakar Ampang Puteri pada jam 9.49 pagi.

Anak keempatnya itu belum diberi nama, namun Rashid berkata, asalkan bayi dan ibunya selamat, itu sudah cukup menggembirakannya. Rashid sebelum ini sudah dikurniakan tiga cahayamata hasil perkongsian hidupnya dengan Noor Azehan. Anak sulung mereka lelaki berusia 9 tahun, manakala anak perempuan kedua 8 tahun dan anak lelaki ketiganya, 4 tahun.

"Isteri saya melahirkan bayi lelaki kami secara pembedahan. Sebenarnya, tiga anak kami sebelum ini turut dilahirkan secara pembedahan, jadi saya agak risau juga pada awalnya apabila isteri saya melahirkan anak keempat kami. "Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Saya belum beri nama anak lagi. "Saya harap, rezeki anak keempat ini akan menerangi keluarga kami dan juga karier saya sebagai jurulatih. Saya juga berharap, rezeki ini dapat dikongsi bersama oleh sukan badminton negara. "Moga perjalanan badminton kita akan bertambah maju dan berjalan lancar," ujar Rashid. -Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!