Wednesday, October 9, 2013

BABAK TERAKHIR - HANNAH EZATY




BABAK TERAKHIR - HANNAH EZATY | Kepulangan Emrizal Bin Mokhtar, atau lebih dikenali sebagai Rizal atau Jai ke Malaysia, membuatkan Sofea kembali terimbas kenangan lama, Jai yang sering membulinya ketika zaman kanak-kanak mereka. Pelbagai kelakuan Jai keatas Sofea yang membuatkan Sofea tidak mungkin akan melupakannya sampai bila-bila. Niatnya untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu memang takkan menjadi kenyataan, kerana lelaki itu bukan orang lain, melainkan keluarganya sendiri.

Entah apa kena dengan Jai kini, asyik saja nak mendekatkan diri dengan Sofea. Sofea memang sengaja tunjuk perasaan dan sikap kasar pada Jai, sebab dia memang nak balas dendam dengan si pembuli tu. Tapi Jai ni saja buat tak tau, malah sengaja usik Sofea dengan harapan agar dapat menarik perhatian gadis yang semakin mendapat tempat dihatinya itu. Namun, kerana satu peristiwa salah faham, mereka terpaksa dinikahkan dan Sofea, tanpa rela, akhirnya sah menjadi isteri Jai. Namun lebih banyak dugaan selepas yang terpaksa mereka hadapi setelah itu. Jai yang menyintai Sofea, terpaksa berhadapan dengan sikap Sofea yang kekal tidak berubah. Mampukah Sofea terus keraskan hati, sedangkan Jai ni sudahlah si pembuli poyo, suka berlagak cool, selamba, nakal dan paling bestnya, dia pandai sangat masak.. Akan wujudkah babak-babak terindah dalam hubungan mereka??



Tajuk : Babak Terakhir
Penulis : Hannah Ezaty
Halaman : 956 muka surat
Harga : RM33/RM36




P/S - Recommended by Lulu Caldina





.

Setelah Lesapkan Duit Keluarga Akibat Berjudi, Lelaki Buat Laporan Palsu Kononnya Dirompak


Setelah Lesapkan Duit Keluarga Akibat Berjudi, Lelaki Buat Laporan Palsu Kononnya Dirompak | Akibat keterlanjuran berjudi yang mengakibatkan wang RM4,000 milik keluarga lesap, seorang pemuda tempatan sanggup membuat laporan palsu kononnya dia telah dirompak bagi mengelak daripada dikesan. Ketua Polis Labuan Penguasa Adzhar Othman berkata lelaki itu yang bekerja di sebuah hotel kini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat laporan palsu dan masih ditahan reman. Dia membuat laporan kononnya dirompak pada 4 Oktober dengan tangannya diikat ke belakang oleh sekumpulan empat lelaki.

Telefon mudah alih Samsung Galaxy miliknya turut dilarikan perompak berkenaan. "Bagaimanapun penipuan yang membawa padah kepada lelaki ini dikesan apabila siasatan rapi polis membawa kepada kejadian sebenar," kata Adzhar. Beliau berkata laporan palsu kononnya rompakan berlaku di tengah bandar di pulau ini boleh membawa kesan kepada persepsi masyarakat bahawa aktiviti rompakan berleluasa di Labuan dan ini membazirkan masa anggota polis untuk menyiasat. "Polis tidak ada pilihan melainkan mengenakan tindakan sewajarnya kepada lelaki ini sebagai pengajaran kepadanya dan orang lain," katanya. - BERNAMA





.

Cerita dan gambar terkini pelakon Fasha Sandha


Cerita dan gambar terkini pelakon Fasha Sandha | Sejak bergelar isteri dan ibu, Fasha Sandha mengakui publisiti bukan lagi menjadi keutamaan buat dirinya biarpun masih aktif dalam dunia lakonan. Sebaliknya, aktres jelita ini sekarang lebih memberi tumpuan pada keluarganya. Meskipun kini dia jarang muncul di dada akhbar juga kaca TV berbanding sewaktu zaman anak daranya, namun Fasha bersyukur kerana hampir 10 tahun dalam industri lakonan, dia masih diberi peluang dan kepercayaan untuk menjayakan pelbagai watak baik dalam drama mahupun filem.

"Alhamdulillah saya suka dengan perkembangan saya sekarang. Walaupun ramai pelakon baru tapi saya masih ada tawaran berlakon. Saya dah melalui fasa lain. Kerjaya dan publisiti sekarang dah jatuh nombor 2. Kini saya dah jadi isteri dan ibu jadi tumpuan saya lebih pada keluarga. "Tapi saya ni jenis suka bekerja. Memang dari remaja lagi saya dah diasuh untuk bekerja. Kalau saya duduk rumah, saya tak tahu nak buat apa. Masa saya mengandung pun, saya tetap bekerja dan banyak habiskan masa di salon saya. Suami saya pun tak beri apa-apa syarat kalau saya nak teruskan kerjaya saya.

"Sedih dan berat hati jugalah bila nak keluar bekerja dan terpaksa tinggalkan Rayfal. Tapi saya memikirkan tanggungjawab saya kepada masyarakat, saya kuatkan semangat. Tambah-tambah sekarang kalau saya nak keluar rumah tu, Rayfal dah pandai nak ikut saya. Biasanya saya akan hantar ke rumah ibu atau rumah ibu mertua saya", Fasha mengenai perkembangan terbarunya ketika ditemui di lokasi penggambaran telemovie Cinta Mat Semprit, di Tasik Ampang Hilir, semalam.


Lego Boleh, iPad Tidak! 

Dalam pada itu tambah Fasha, dia teruja melihat perkembangan anak sulungnya Putra Rayfal yang kini berusia lima bulan yang sudah pandai merangkak. Kata isteri kepada Rizal Ashram aka Jejai ini, dia menggunakan pendekatan mendidik putera kesayangannya itu dengan didikan tradisional dan moden. "Saya gunakan dua-dua pendekatan, moden dan tradisional dalam mendidik Rayfal. Dan saya tak bagi dia main iPad, biarlah dia main lego. Bagi saya, bayi kena jadi bayi, kanak-kanak kena jadi kanak-kanak.

Tak mahu dia cepat sangat terdedah dengan gadjet yang ada sekarang", ujarnya. Perkembangan lain, Fasha bakal muncul dalam telemovie sempena Aidiladha berjudul Cinta Mat Semprit. Fasha melakonkan watak sebagai Lola, pakar membuat kuih semperit. Lola merupakan kakak kepada Ariel (lakonan Aeril Zafrel). Dia sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan adiknya. Telemovie arahan Raja Ahmad Alauddin turut dijayakan Aeril Zafrel, Izara Aishah dan Roy Azman. Ia bakal bersiaran pada 15 Oktober, 10 malam di TV3. - mD




.

Mari tolong gadis ini cari bapa kandung untuk jadi wali di hari perkahwinannya bulan hadapan


Mari tolong gadis ini cari bapa kandung untuk jadi wali di hari perkahwinannya bulan hadapan | Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya November depan merayu supaya bapa kandungnya dapat pulang untuk menjadi wali semasa majlis akad nikahnya nanti. Suzila Masrul, 20, dari Taman Hijrah, di sini, berkata, dia dan adik beradiknya yang lain tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya, Masrul Mat Ros, 48, sejak 10 tahun lalu selepas berpisah dengan ibunya, Norma Saleemin, 46. Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari bapa kandungnya itu termasuk ke kampung asal bapanya di Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, Perlis. “Namun segalanya semakin buntu apabila kami gagal mengesan di mana ayah berada, apa yang mampu saya lakukan kini hanyalah solat hajat supaya ALLAH membuka pintu hati ayah untuk pulang menjadi wali.

“Kakak saya yang berkahwin pada 2011 sebelum ini terpaksa menggunakan wali hakim yang dilantik mahkamah syariah kerana gagal menjejaki ayah, kalau boleh kali ini biarlah ayah saya yang menjadi wali supaya dia dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa kandung,” katanya kepada Sinar Harian, semalam, Suzila berkata, dia dan adik beradiknya yakin bapa mereka masih hidup malah tidak pernah membencinya walaupun meninggalkan mereka sejak sekian lama.

“Ibu saya ada berkahwin lain dan mendapat seorang anak lelaki tetapi dia tidak layak untuk jadi wali kerana berlainan bapa kandung. “Malah saya juga tidak mempunyai saudara lelaki sama ada bapa saudara atau sepupu lelaki dari sebelah bapa yang layak menjadi wali, jadi saya tidak ada pilihan lain selain cuba mencari bapa kandung untuk dijadikan wali atau menggunakan khidmat wali hakim atas kuasa mahkamah syariah. Katanya, bapa kandungnya perlu hadir ke Mahkamah Syariah Perlis di Kangar sebelum 23 Oktober 2013 sebelum mahkamah membuat keputusan untuk membenarkan wali hakim atau sebaliknya. -SH




.

Guru di negara ini dikatakan menerima gaji tertinggi di dunia


Guru  di negara ini dikatakan menerima gaji tertinggi di dunia | Indeks Status Guru Dunia 2013 yang disusun profesor dari universiti di England menempatkan Swiss sebagai negara dengan gaji guru tertinggi di dunia. Sementara, Mesir dicatatkan memberi gaji guru paling rendah di dunia. Indeks tersebut diperolehi daripada kajian mendalam dari 21 negara yang bertujuan mengeksplorasi penghargaan awam terhadap guru. Berdasarkan indeks, guru memiliki status tertinggi di China dan status terendah di Israel. Berdasarkan laporan emirates247, guru mendapat penghormatan lebih di China, Korea Selatan, Turki, Mesir, dan Yunani dibandingkan dengan negara Eropah lain. AS dan England berada di tengah-tengah untuk indeks status guru.

Sementara, gaji guru tertinggi diberikan di Swiss dengan gaji kasar 47,783 dolar AS per tahun. Manakala gaji terendah diberikan oleh Mesir dengan gaji 4199 US dolar per tahun. Akan tetapi, dengan melihat semua perspektif, gaji guru di Singapura merupakan gaji terbaik dengan gaji kasar per tahun mencapai 35,000 US dolar. Lima negara yang memberikan gaji tertinggi lainnya adalah AS, Korea Selatan, Jepun, dan Jerman. -EMirates247





.

Gambar ibu yang menyusukan bayinya sambil menunggang basikal



Gambar ibu yang menyusukan bayinya sambil menunggang basikal | Seorang ibu memang perlu menjadi serba boleh. Mampu melakukan banyak perkara sekaligus dalam satu waktu. Tapi sebaiknya tidak meniru apa yang dilakukan ibu di China ini yang menyusui bayinya sambil berbasikal. Seorang ibu ini tertangkap kamera sedang menunggang basikal sambil menyusui bayinya di jalanan yang sesak. Dua tangan ibu itu memegang pedal basikal sementara bayinya terikat dalam gendongan dan membiarkannya menyusui langsung didadanya.

Posisi bayi itu kelihatan begitu bahaya. Dia mungkin akan terjatuh dan kemungkinan akan mendapat cedera parah. Foto tersebut segera mengundang banyak reaksi setelah dimuat turun ke laman sosial.
Ini disebabkan aksi ibu itu membahayakan dirinya sendiri juga bayinya. Mujurlah polis segera menahan basikal itu dan menegur kelakuan ibu itu. ”Dia mengambil risiko tinggi yang tak hanya mengancam keselamatannya tapi juga bayinya,” kata jurucakap polis. -AP





.

Apa kes? Isteri yang dikahwini rupanya isteri orang



Apa kes? Isteri yang dikahwini rupanya isteri orang | Hajat seorang pemandu van sebuah kilang untuk hidup bahagia bersama wanita jelita warga Vietnam yang dikahwini dengan bantuan agensi mencari jodoh bertukar menjadi mimpi semata-mata apabila si isteri itu rupa-rupanya isteri orang. Tan Chin Seng, 33, berkata, sebelum mengharungi pengalaman pahit itu, dia mulanya diperkenalkan kepada agensi mencari jodoh oleh kawan kepada seorang saudaranya di Sungai Chua, Kajang pada pertengahan 2009.

Selepas meneliti gambar-gambar warga asing yang ditunjukkan oleh agensi itu, Chin Seng dari Bandar Sri Damansara dekat sini tertarik dengan seorang wanita Vietnam, Nguyen Thi Vinh, 25. Bagi mencapai hajatnya itu, pemandu van sebuah kilang aluminium tersebut sanggup membayar wang berjumlah RM17,000 kepada agensi mencari jodoh itu kononnya sebagai kos membayar khidmat mendaftar perkahwinan dan upah kepada agensi tersebut pada November 2009. -Kosmo




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!