Monday, October 7, 2013

Inilah sebabnya, anda kena lebih berhati-hati ketika di Zoo


Inilah sebabnya, anda kena lebih berhati-hati ketika di Zoo | Seekor harimau menggigit seorang pekerja wanita di sebuah zoo, di sini, selepas melihat mangsa meletak tangan di dalam kandangnya, kelmarin. Wanita itu terpaksa dibawa dengan helikopter ke hospital untuk dibedah, kata pegawai. Bagaimanapun, dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata pemilik Taman Zoo Garold Wayne, Joe Schreibvogel di laman web Facebook pusat jagaan haiwan berkenaan. REUTERS




.

Terkini : Kereta Jimmy Shanley ditemui dalam keadaan rentung



Terkini : Kereta Jimmy Shanley ditemui dalam keadaan rentung | Kereta model Chevrolet hitam yang dipercayai milik selebriti tanah air, Jimmy Shanley Norhajan Saleh, 33, ditemui dalam keadaan rentung oleh orang awam berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar menerima maklumat lebih kurang jam 7.30 pagi selepas mendapat panggilan daripada orang awam. Menurutnya, sepasukan anggota peronda yang dikejarkan ke tempat kejadian menemui kereta berkenaan yang dilaporkan hilang di Simpang Pulai kira-kira tujuh jam yang lalu.

“Pihak kami bertindak mengenal pasti nombor casis pada kenderaan tersebut dan melakukan semakan susulan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemiliknya,” katanya. Kong Soon berkata, kereta itu sebelum ini dilaporkan hilang malam semalam di Simpang Pulai, sebelum laporan dibuat Jimmy di Balai Polis Simpang Pulai. Katanya, setakat ini polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kenderaan tersebut dan tiada barang milik mangsa yang terselamat dalam kejadian itu. “Kes tersebut kini diambil alih oleh IPD Ipoh dan Jimmy akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat,” katanya. -SH




.

Misteri kanak-kanak terbang ke Las Vegas tanpa tiket, menjadi tanda tanya

 
Misteri kanak-kanak terbang ke Las Vegas tanpa tiket, menjadi tanda tanya | Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan dan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-St. Paul tanpa tiket menuju ke Las Vegas, kata jurucakap lapangan terbang, semalam. Menurut jurucakap Suruhanjaya Lapangan Terbang Metropolitan, Patrick Hogan, unit keselamatan melakukan saringan terhadap kanak-kanak itu di lapangan terbang sejurus ketibaannya sekitar 10.30 pagi, Khamis lalu. Budak itu kemudiannya menaiki penerbangan Delta meninggalkan Las Vegas pada jam 11.15 pagi. Menurut Hogan, penerbangan itu tidak penuh dan krew penerbangan mencurigai ekoran kanak-kanak itu tiada dalam senarai kanak-kanak untuk dijaga.

Mereka kemudiannya menghubungi polis Las Vegas dan kanak-kanak itu dipindahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak selepas mendarat. “Sukar untuk mencari tahu kenapa dia boleh menaiki penerbangan itu ke Las Vegas,” kata Hogan. Polis Minneapolis, Sarjan Bill Palmer berkata pihaknya telah bercakap dengan keluarga kanak-kanak itu dan menurut keluarganya, kanak-kanak itu melarikan diri dan terakhir dilihat awal Khamis lalu. Kanak-kanak itu sudah berada di lapangan terbang itu sejak Rabu lalu, kata Hogan. Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu mengambil beg dan memesan makanan tengah hari di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan. Kanak-kanak itu makan dan memberitahu mahu menggunakan tandas dan meninggalkan beg tersebut dan tidak pernah kembali untuk membayar Delta dan Transportation Security Administration berakta dalam kenyataan yang berasingan bahawa mereka sedang menyiasat perkara itu. -AP




.

Lihat bagaimana usaha Brazil untuk cari peserta pemanah wakil negara dalam sukan olimpik 2016


Lihat bagaimana usaha Brazil untuk cari peserta pemanah wakil negara dalam sukan olimpik 2016 | Brazil merancang untuk menjadikan kanak-kanak orang asli dari hutan tropika Amazon sebagai peserta memanah bagi mewakili negara ini, sekali gus memenangi pingat pada Sukan Olimpik 2016 di sini. Untuk itu, pencari bakat Brazil telah memasuki hutan Amazon yang menjadi ‘rumah’ kepada kira-kira 400 etnik orang asli, bagi mencari kanak-kanak yang dipercayai memiliki kemahiran tradisi berkenaan yang telah sebati dalam darah daging mereka. Mereka percaya, kanak-kanak ini mempunyai potensi untuk menjadi seorang juara dalam pertandingan memanah pada Sukan Olimpik akan datang.

 Seorang pencari bakat Olimpik dari Yayasan Pemeliharaan Amazon (FAS), Marcia Lot berkata, kanak-kanak itu berkemampuan memburu dan membunuh burung yang berada pada ketinggian 100 meter dan memanah ikan di dalam air. “Saya menemui pemanah dengan bakat semula jadi. Tradisi ini telahpun diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi dan diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka. “

Kini, belia orang asli ini berminat untuk menggunakan kemahiran itu bagi mengubah kehidupan mereka,’’ katanya. Lot berkata, pencarian bakat itu telah membawanya bertemu dengan lapan komuniti orang asli daripada pelbagai etnik termasuk daripada puak Xingu, Kambeba dan Aldeia Kuana. Lebih 80 calon pada mulanya telah terpilih dengan kesemuanya dipercayai mempunyai kemahiran memanah secara ‘semulajadi’. Namun, selepas beberapa siri saringan oleh Persekutuan Memanah Amazon pada Jun lalu, hanya tinggal 10 orang calon sahaja yang layak dengan pemilihan akhir akan diadakan pada bulan ini bagi memilih tiga peserta terbaik. - AGENSI





.

Ini reaksi terkini pelakon Aeril Zafrel mengenai berita perkahwinannya dengan Wawa Zainal


Ini reaksi terkini pelakon Aeril Zafrel mengenai berita perkahwinannya dengan Wawa Zainal | Pelakon Aeril Zafrel, 25, enggan membuat sebarang komen terhadap berita tentang hubungan perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal. Pembantu peribadinya Aman, berkata, buat masa ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun ada memberitahu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu. "Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tentang status pernikahan Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut juga dikatakan telah memperolehi seorang cahaya mata pada 24 Ogos 2013 yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata. Sementara itu, melalui laman sosial Twitter milik pelakon ini menulis, dia akan mendedahkan perkara tersebut jika tiba masanya. "Alhamdulillah...'mereka' telah keluarkan 'senjata terakhir' seperti yg dijangkakan...terlalu naif 'mereka' yang melontar batu sembunyi tangan ini "Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu," tulisnya pada Ahad. -Mstar




.

Terkini : Kemalangan parah membabitkan bas ekspres yang membawa 17 penumpang


Terkini : Kemalangan parah membabitkan bas ekspres yang membawa 17 penumpang | Seorang pemandu bas ekspres maut selepas kenderaan membawa 17 penumpang itu terbabas lalu merempuh sebuah papan tanda di Kilometer 21, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat sini awal pagi ini. Dalam nahas pukul 2 pagi itu, mangsa, Ibrahim Ahmad, 58, sedang memandu dari Singapura ke Pulau Pinang sebelum hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian dan merempuh penghadang jalan. Bas itu kemudian terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar dua tiang konkrit papan tanda di situ mengakibatkan kenderaan tersebut remuk di bahagian hadapan, manakala mangsa pula tersepit di tempat duduk.

Berikutan itu juga, dua penumpang iaitu Loh Ah Yuen, 51, mengalami kecederaan di kepala dan seorang warga Amerika Syarikat (AS) Ronald Morris, patah kaki kiri serta kecederaan di perut manakala yang lain cedera ringan. Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya, Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Sementara itu, Ronald Morris ketika ditemui di Hospital Serdang berkata, dia bernasib baik kerana telah menukar tempat duduk asalnya iaitu dari hadapan ke belakang ketika perjalanan baru dimulakan di Singapura untuk berehat. "Saya minta kebenaran dengan pemandu bas terlebih dahulu dan ternyata keputusan ini adalah tepat. Jika tidak kecederaan saya mungkin lagi teruk apabila melihatkan keadaan bas itu," katanya yang pertama kali melancong seorang diri ke negara ini.

Ronald Morris memberitahu, kejadian tersebut juga adalah kali pertama menimpanya walaupun telah melancong di banyak negara Asia termasuk Korea dan Jepun. Dalam pada itu, adik Ibrahim, Yunus, 46, tidak menyangka abangnya terlibat kemalangan kerana sudah berpengalaman memandu bas lebih 10 tahun. "Dia kalau memandu sangat berhati-hati sampai saya dan adik-beradik lain bising kerana terlalu perlahan. Dia juga tidak mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Serdang di sini. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Nordin Manan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. "Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga akan menyiasat kes ini, manakala Kedutaan Amerika Syarikat telah dimaklumkan tentang salah seorang warga asing yang terlibat dalam kemalangan ini," katanya. -Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!