Tuesday, September 24, 2013

Terkini : Haliza Misbun mengaku bercinta dengan jejaka jutawan


Pelakon, Haliza Misbun, 40, hari ini mengakui sedang bercinta dengan seseorang yang boleh dikategorikan sebagai jutawan. Namun, bagi Haliza, cintanya kepada lelaki yang masih dirahsiakan itu bukanlah kerana harta, sebaliknya kerana sifat rendah diri yang dimiliki lelaki itu. "Saya mengakui memang sedang bercinta dengan seseorang, tetapi rasa cinta itu bukan kerana harta, sebaliknya kerana sifat rendah diri yang dimilikinya.


"Mengenai langkah seterusnya, saya masih lagi mempertimbangkan. Saya sebenarnya takut terikat bila bercakap mengenai perkahwinan. "Maksud terikat itu bila saya membuat keputusan, saya risau kebebasan membuat keputusan sendiri akan tersekat," katanya yang ditemui di Publika, Damansara, di sini hari ini. Terdahulu, Haliza merasmikan novel terbaharunya bertajuk Cinta Rimau yang diterbitkan oleh Merpati Jingga. Haliza turut mengakui bahawa dia ada menerima hadiah sebuah kondominium bernilai RM2 juta sempena hari jadinya. - UTUSAN




.

Penerbangan terpaksa ditunda sebab ada ular eksotik


Penerbangan terpaksa ditunda sebab ada ular eksotik  | Penerbangan pesawat 747 Boeing Qantas membawa 370 penumpang di Sydney terpaksa ditunda beberapa jam selepas seekor ular eksotik kecil ditemui dalam kapal terbang itu. Staff menemui ular spesies ‘Mandarin Rat’ sepanjang 20 sentimeter itu dalam kabin penumpang berhampiran pintu kapal terbang itu lewat malam Ahad. Selepas dikeluarkan barulah penumpang dibenarkan menaiki pesawat yang dijadualkan berlepas ke Tokyo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, menurut kenyataan Qantas.


Naik pesawat gantian 

Syarikat penerbangan utama Australia itu berkata, penumpang diberikan bilik hotel untuk tidur sebelum menaiki pesawat gantian pada pagi Isnin. Qantas berkata, jet asal akan disembur ubat sebagai langkah berhati-hati dengan kemungkinan ada ular lagi sebelum pesawat dibenarkan terbang semula. Ular itu diambil oleh anggota pasukan unit kuarantin untuk dianalisis. Jabatan Pertanian berkata, ular spesies berkenaan boleh mencapai 1.2 meter panjang. Ia juga dimandulkan kerana reptilia eksotik seperti ini membawa penyakit atau virus perosak baru ke Australia. Jabatan berkenaan berkata, ular itu sudah ada dalam pesawat yang tiba dari Singapura sehari sebelumnya. “Jabatan Pertanian sedang mengkaji bagaimana ular itu datang untuk berada di kapal terbang, tetapi tidak dapat memberi teori pada masa ini,” katanya. Ular Asia itu sedikit berbisa dengan kira-kira selebar pensil dan tidak menimbulkan ancaman kepada manusia.


Boleh jejas ekologi 

Tetapi, ia mempunyai potensi untuk menyebabkan bencana ekologi Australia jika terlepas masuk ke alam sekitar tempatan dengan pasangan, kata pakar reptilia Zoo Canberra, Peter Child. Walaupun ular jarang menimbulkan bahaya kepada penerbangan, seekor ular sawa sepanjang tiga meter berpaut kepada sayap pesawat Qantas dari pantai timur laut bandar Cairns ke Papua New Guinea. Januari lalu. Ular itu mati dalam penerbangan tetapi masih melekat kepada sayap apabila penerbangan dua jam berakhir di Port Moresby. -AP



.

Objek pelik ditemui terapung pada permukaan bawah bekas sos.. Apakah?



Objek pelik ditemui terapung pada permukaan bawah bekas sos.. Apakah? | Seorang ibu kepada tiga anak terkejut selepas menemui 'otak' di dalam sos tomato ketika sedang menyediakan hidangan untuk keluarganya, minggu lalu. Jullen Marter, 47, dari Worcester, Britain mendakwa ketulan objek pelik yang berukuran garis pusat 10 sentimeter itu ditemui terapung pada permukaan bawah bekas sos terbabit.

"Ia kelihatan seperti otak dan turut menyebabkan sos yang sepatutnya berwarna merah bertukar kehitaman," katanya lagi. Susulan daripada penemuan mengerikan itu, Marter bertindak membuat aduan di bahagian talian khidmat pelanggan produk tersebut, namun ditertawakan oleh pekerja terbabit, laporan dipetik dari DailyMail. -DM





.

Apa kata pengurus Manchester United, David Moyes diatas kekalahan 1-4 dengan City


Apa kata pengurus Manchester United, David Moyes diatas kekalahan 1-4 dengan City | Pengurus Manchester United, David Moyes menyifatkan dia seolah-olah ‘dihina oleh pemain sendiri’ selepas kekalahan memalukan 4-1 kepada Manchester City, kelmarin dan meminta mereka segera bangkit meningkatkan prestasi. Tanpa kelibat Robin van Persie yang mengalami kecederaan pangkal paha, ia jelas memberi aksi suram buat United sejak sepak mula dengan City yang mengawal perlawanan membuka jaringan menerusi Sergio Aguero dan Yaya Toure. Aguero dan Samir Nasri melengkapkan empat gol City dalam tempoh 50 minit perlawanan dan Wayne Rooney meledak gol tunggal menerusi sepakan percuma pada penghujung aksi, namun kemenangan itu belum cukup untuk menyamai kemenangan 6-1 City ke atas United pada 2011 di Old Trafford.


Tak pernah derita 

Moyes pernah menikmati rekod baik di Stadium Etihad ketika bersama Everton, menang empat daripada enam kunjungan terakhir dan skuadnya menampilkan aksi lebih baik walaupun pemain tidak begitu berkualiti berbanding lawan. “Saya pernah berada di sini bersama Everton banyak kali dan rasanya saya tidak pernah menderita seperti ini,” Ditanya reaksi yang dijangka akan berlaku di bilik persalinan, di padang latihan atau perlawanan akan datang, Moyes berkata: “Semuanya, saya meminta pemain supaya lebih berhati-hati. “Tetapi, jika ditanya kumpulan pemain mana yang paling saya harapkan, tentunya pemain Manchester United. Bagaimana mereka meningkat (bersama Alex Ferguson). Mereka bangkit, dan itulah yang kami lakukan di sini. Setiap pengurus mempunyai hari yang teruk, saya tidak terkecuali,”


Tabik Rooney 


Mengenai ketiadaan van Persie, Moyes berkata, kecederaan pemain Belanda itu tidak begitu teruk dan mungkin akan diturunkan menentang Liverpool dalam Piala Liga, esok. “Sangat ketara, kami perlukan van Persie, ia satu kehilangan besar. Tetapi Rooney adalah pemain terbaik di padang. Dia tidak sepatutnya berada dalam pasukan yang kalah,” kata pengurus kelahiran Scotland itu. Sementara itu, Pengurus City, Manuel Pellegrini yang tidak menjangkakan kemenangan besar itu berkata, “Kami tidak berharap menang 4-1 menentang Manchester United. Tetapi paling penting adalah cara kami bermain dan begitu gembira dengan pasukan ini. Ini akan beri keyakinan kepada kami.” - AFP





.

Adam AF bakal nikahi Fiza ELite di JAIS



Adam AF bakal nikahi Fiza ELite di JAIS  | Pasangan selebriti, Adam dan Fiza Elite, memilih tarikh 26 September untuk menamatkan zaman bujang mereka di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi. Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004.

Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit. Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.


Artis wanita itu baru-baru ini mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga semula pada Jun lalu, bersama individu yang tidak mahu didedahkan identitinya, namun rancangan berkenaan tidak kesampaian. -BH





.

Tragis : Seorang anggota polis terkorban diserang dengan objek keras


Tragis : Seorang anggota polis terkorban diserang dengan objek keras | Dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara, anggota polis sering berhadapan dengan cabaran termasuk kehilangan nyawa. Itulah yang menimpa seorang anggota polis apabila dia menemui ajal akibat diserang dengan objek keras dipercayai batu oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan diri dalam serbuan Ops Lejang di sebuah kilang besi buruk di Taman Teknologi Cheng, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Koperal Zal-Azri Abdul Somad, 31, maut di tempat kejadian setelah muka dan kepalanya dipercayai dihentak dengan batu oleh penjenayah berkenaan. Mangsa sebelum itu bersama sepasukan anggota dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menyerbu kilang tersebut ekoran maklumat mengenai kegiatan curi oleh tiga penjenayah di premis berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam serbuan itu, polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek berusia antara 17 dan 23 tahun. Namun, kata beliau, salah seorang daripada suspek yang berusia 17 tahun cuba melarikan diri tetapi dikejar oleh Zal-Azri sehingga keluar dari kawasan premis berkenaan. "Selepas hampir 15 minit, mangsa bagaimanapun tidak kembali ke kilang itu menyebabkan anggota polis lain berusaha mencari dan menemui mangsa yang sudah meninggal dunia dengan kesan cedera di muka dan kepala tidak jauh dari kilang itu," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka hari ini. Menurut Ghee Lye, mangsa mengalami kecederaan teruk di muka dan kepala kerana dipukul dengan objek keras namun tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan keputusannya akan diperolehi selepas selesai bedah siasat," tambahnya. Menurut beliau lagi, susulan kejadian itu polis berjaya menahan suspek yang sedang bersembunyi di rumah datuknya di Taman Seri Krubong kira-kira pukul 10.50 pagi. "Suspek tidak bekerja dan disyaki mengambil dadah jenis syabu semasa ditangkap. Dia kini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala dua lagi rakannya disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," ujarnya. Allahyarham Zal-Azri yang sudah 10 tahun menjadi anggota polis sebelum ini berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dan baru dua bulan ditukarkan ke Bahagian D4 IPK sebagai detektif.

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan bilik mayat Hospital Melaka ketika ahli keluarga mangsa datang untuk menuntut jenazah anggota polis itu. Adik tiri Allahyarham, Hartini Rashid, 27, berkata, arwah merupakan anak kedua daripada lima beradik amat pendiam namun bersifat pemurah dan sering membantu mereka yang meminta pertolongan. "Saya dan suami sering menumpang di rumahnya jika berkunjung ke Melaka sebelum ini malah rapat dengan isteri serta anak-anak arwah," katanya sambil memberitahu Allahyarham meninggalkan isteri, Atiqah Mohd. Rosdi, 29, serta dua anak lelaki berusia empat bulan dan empat tahun. Atiqah bagaimanapun enggan ditemu bual pemberita kerana terlalu bersedih dengan kejadian yang menimpa suaminya. -Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!