Thursday, September 19, 2013

Gambar anak kacukan harimau-singa terbesar didunia


Gambar anak kacukan harimau-singa terbesar didunia | Dengan memiliki berat badan 418 kilogram dan panjang tiga meter, membolehkan liger, sejenis haiwan kacukan antara baka singa dan harimau, secara rasmi dinobat sebagai spesies kucing terbesar di dunia. Haiwan yang diberi nama Hercules, itu kini dijaga rapi di pusat pemeliharaan hidupan liar Myrtle Beach Safari di selatan Carolina. Dengan ketinggian 1.2 meter, haiwan yang dilahirkan daripada penyatuan baka singa dan harimau itu telah disahkan sebagai spesies kucing terbesar oleh Guinness Book of World Records. Liger sememangnya merupakan haiwan yang besar dan dalam sesetengah keadaan ia boleh membesar dua kali ganda daripada saiz ibu-bapanya.


Pengguna internet turut terpesona melihat haiwan gergasi ini. Penonton YouTube, Jason Zane Smith berkata: ''Menakjubkan menakutkan, tetapi sangat menarik!, kucing itu boleh membunuh dengan hanya duduk di atas anda''. Sementara itu, Marilee pula meluahkan perasaan terujanya dengan keajaiban haiwan tersebut dalam Twitternya. ''Liger mungkin merupakan haiwan kegemaran saya, dia mempertahankan dirinya dengan kemahiran yang semakin meningkat dalam seni sihir,'' katanya secara berjenaka. - AGENSI





.

Inilah 'Wanita Berpakaian Terbaik' - Majalah People




Inilah 'Wanita Berpakaian Terbaik' - Majalah People | Aktres Kerry Washington dinobatkan sebagai 'Wanita Berpakaian Terbaik' oleh majalah People, semalam. Washington, 36, mendahului senarai tersebut menewasakan selebriti lain termasuk aktres Jennifer Lawrence, penulis lirik serta penyanyi Solange Knowles dan aktres Jenna Dewan-Tatum. "Saya hanya memakai pakaian yang buat saya selesa di mana sahaja saya berada," katanya selepas pengumuman tersebut. - REUTERS




.

Gambar Penerbangan Pertama 787-9 Dreamliner Boeing



Gambar Penerbangan Pertama 787-9 Dreamliner Boeing  | Enjin Rolls-Royce Trent 1000 telah menjadi pengupaya kejayaan penerbangan percubaan pertama Boeing 787-9, versi kedua kumpulan pesawat 787 Dreamliner Boeing. Dalam satu kenyataan pada Rabu, Rolls-Royce berkata pesawat itu berlepas dari Seattle, AS pada pukul 11.02 pagi dan kembali pada pukul 4.18 petang, waktu tempatan, Selasa. Menurut Rolls-Royce, ini merupakan satu lagi pencapaian 'pertama' bagi Trent 1000, yang mengupayakan penerbangan percubaan pertama 787-8 pada Disember 2009 dan penerbangan permulaan pesawat itu dalam perkhidmatan pada Oktober 2011.


Ia berkata enjin itu akan juga menggerakkan penerbangan permulaan 787-9 dalam perkhidmatan pada 2014, dengan Air New Zealand. Pengarah Program Trent 1000 Rolls-Royce, John Griffiths, berkata syarikat itu merakamkan ucapan tahniah kepada Boeing kerana peristiwa penting terbarunya dalam sejarah 787 Dreamliner dan menunggu-nunggu untuk membantu dalam program ujian penerbangan menjelang kemasukan 787-9 dalam perkhidmatan. - Bernama




.

Aneh : Lelaki ini mengahwini kambing peliharaannya


Aneh : Lelaki ini mengahwini kambing peliharaannya | Ada lelaki menganggap wanita adalah makhluk yang terlalu banyak cakap dan menyusahkan. Ini yang seringkali membuatkan lelaki enggan untuk menjalin hubungan serius dengan wanita. Hal inilah yang dialami seorang warga Brazil yang nekad mengahwini kambing betina yang dinamakan Carmelita. “Dia tidak banyak cakap dan tidak menginginkan wang,” ujar Aparecido Castaldo, lelaki berusia 74 tahun. Pasangan bahagia ini akan melangsungkan perkahwinan pada 13 Oktober. Lengkap dengan upacara mengikut keagamaan dan disusuli majlis resepsi.

Aparecido jatuh cinta dengan Carmelita sejak dua tahun yang lalu. Lelaki yang sudah memiliki lapan orang anak dari empat perkahwinan ini mengatakan, kambing itu memiliki kelebihan berbanding seorang wanita. Carmelita tidak cerewet dan tidak mata duitan. Meskipun demikian, perkahwinan ini tidak akan seperti perkahwinan biasa, kerana Aparecido menegaskan, tidak akan ada hubungan intim antara keduanya.-Metro





.

Akhirnya, selepas 60 hari, mayat Sherul Aizam akhirnya selamat dikebumikan



Akhirnya, selepas 60 hari, mayat Sherul Aizam akhirnya selamat dikebumikan | Jenazah pemuda yang ditemui mati tersepit pada palang besi tingkap dapur ketika cuba menceroboh masuk rumah jirannya 20 Julai lalu akhirnya dikebumikan oleh keluarganya selepas 60 hari berada di Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semalam. Jenazah Sherul Aizam, 27, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Selain bapa, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuad, 50, dan ibunya, Salamiah Hasan, 45, dan kaum keluarga terdekat, hampir 30 orang terdiri daripada jiran dan masyarakat setempat turut sama menghadiri pengkebumian itu. Suasana sedih dan sepi menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila ibu dan adik beradik mangsa dilihat saling berpelukan dan menangis. Sebelum itu, pada kira-kira pukul 11 pagi, mayat Sherul Aizam dituntut Mohd. Damanhuri sebelum disembahyangkan di rumah keluarganya di Manjoi di sini. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!