Sunday, August 18, 2013

KAMPUNG GIRL - UMI KALSOM




Ya, benar, novel ini telah pun didramakan dan ditayangkan di tv3. Tapi membaca novel itu sendiri, memang lebih indah daripada melihat dramanya..hehe

Memang sangat bersahaja novel yang satu ini. Ainnur seorang gadis kampung yang memang menyayangi sepupunya sendiri, Ashraf Khairi, atau panggilannya abang Ash. Perkahwinan mereka diatur keluarga, dan abang Ash memang sama sekali menolak bila bakal isterinya adalah Ainnur, gadis kampung yang baginya sama sekali tidak sepadan dengannya orang bandar. Walaupun Ainnur gadis kampung, namun latar belakang akademinya bukan sebarangan. Ainnur merupakan seorang guru sekolah lulusan luar negara. Dalam usaha Abang Ash untuk menjauhkan Ainnur, tak sangka, mereka semakin dekat pula.

Walaupun setelah bergelar suami isteri, abang Ash masih juga bercakap kasar dan ikut sedap mulut dengan Ainnur. Ainnur yang mula putus asa, mula merajuk dan selepas itu, giliran abang Ash pula yang mula mengambil hati. Kehadiran abang Faisal yang ada hati dengan Ainnur memang selalu buat abang Ash panas hati. Dalam tak sedar, dia memang menyintai gadis kampung ini. Jom dapatkan novel menarik ini, dan saksikan usaha-usaha abang Ash untuk mengambil hati gadis kampungnya...


Tajuk : Kampung Girl
Penulis : Umi Kalsom
Halaman : 547 muka surat
Harga : RM21/RM24




P/S - Fully recommended by Lulu Caldina





.

Pekerja kantin dipecat kerana hidang daging khinzir untuk murid islam..


Pekerja kantin dipecat kerana hidang daging khinzir untuk murid islam.. | Pekerja kantin dipecat kerana hidang daging khinzir untuk murid islam..Gara-gara menghidangkan daging khinzir secara tidak sengaja kepada murid beragama Islam, seorang pekerja kantin yang mempunyai pengalaman selama 11 tahun di Sekolah Rendah Queen Edith, Cambridge dipecat. Alison Waldock, 51, dilaporkan memohon maaf dan mengaku menghadapi kesukaran mengingati senarai makanan berbeza untuk dihidangkan kepada lebih 40 murid di sekolah itu.

Difahamkan, insiden tersebut disedari guru besar lalu bertindak menghalang murid perempuan berumur tujuh tahun itu daripada memakan daging khinzir terbabit. Dalam satu kenyataan kepada DailyMail, kumpulan komuniti Muslims4UK memaklumkan, majoriti keluarga Islam akan memahami 'kesilapan' yang tidak disengajakan itu. "Semua manusia membuat kesilapan dan tindakan memecat Alison adalah satu hukuman yang agak berat kepada wanita tersebut," jelas jurucakap kumpulan itu. -AGENSI




.

Awas, komplot penyeludupan dan penjualan bayi yang baru lahir


Awas, komplot penyeludupan dan penjualan bayi yang baru lahir | Polis China menyelamatkan seorang bayi lelaki yang dijual oleh doktor yang menyambut kelahirannya, lapor media tempatan. Bayi yang dilahirkan di daerah Shaanzi itu ditemui semalam di kawasan Henan. Ujian DNA mengesahkan identiti bayi tersebut. Media tempatan menyebut doktor terbabit memberitahu ibu bapa bayi tersebut bahawa bayi mereka menghidap penyakit yang serius dan memujuk agar bayi tersebut berada di bawah penjagaannya. Ibu bapa bayi itu membuat laporan polis apabila mendapati mereka telah ditipu. Tiga suspek, doktor, seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dan penjualan bayi juga telah ditangkap. Polis tempatan berkata, mereka sedang menyiasat lima kes sama yang turut melibatkan hospital yang sama. -AP





.

Apa cerita terkini Lina Joy, wanita melayu yang mengaku murtad pada 2007



Apa cerita terkini Lina Joy, wanita melayu yang mengaku murtad pada 2007 | Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam. Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda. Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.

"Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga," katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini. Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007. - Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!