Friday, August 16, 2013

Apa kaitan Justin Bieber dengan rumah Michael Jackson?


Apa kaitan Justin Bieber dengan rumah Michael Jackson? | APA sahaja yang dilakukan oleh artis ini selalu menjadi perhatian. Bermula dengan perangainya yang suka mencari masalah hingga ke kisah percintaan yang tidak kesampaian. Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang sering dikatakan comel oleh peminatnya iaitu Justin Bieber. Terbaru, Bieber sekali lagi menarik perhatian media dengan kenyataan yang dikeluarkan. Dikhabarkan, Bieber kini ingin lari daripada kehidupan sibuk di Los Angeles, Amerika Syarikat dan ingin mencari kediaman yang lebih tenang dan mendamaikan. Menurut portal hiburan Sunday People, Bieber dikatakan telah menghantar beberapa orang untuk melihat rumah mendiang Raja Pop dunia, Micheal Jackson di Neverland.

Menurut sumber daripada pihak pengurusan Bieber, penyanyi itu ada bertanyakan tentang perkara ini kepada mereka dan ia dipersetujui oleh pihak pengurusan. “Kami setuju dengan idea Bieber untuk menyepi seketika apatah lagi sejak kebelakangan ini penyanyi itu banyak dikaitkan dengan gosip yang tidak menyenangkan bukan sahaja dirinya, tetapi juga kerjayanya sebagai seorang penyanyi. “

Malah, ada gosip yang sebenarnya telah membuatkan Bieber sendiri tertekan seperti gosip menendang seorang model dan meludah kepada salah seorang peminatnya. “Ada baiknya jika Bieber mengambil langkah untuk berehat seketika," jelas pihak pengurusan Bieber. Selain rumah mendiang Jackson, Bieber juga dikatakan telah melakukan tinjauan di tiga buah rumah agam yang lain. Namun, kemungkinan besar Bieber akan membeli Neverland kerana Jackson telah menjadi idolanya sejak daripada dahulu lagi. -AP




.

Cicak kering dalam peket agar-agar



Cicak kering dalam peket agar-agar | Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima, terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam sepeket agar-agar yang baru dibeli. Kakitangan Pejabat Kesihatan Negeri, Mohd Azli Deraman, 36, berkata, ketika membeli agar-agar tersebut, dia tidak perasan cicak di dalam peket berkenaan, sehingga tiba hari mereka sekeluarga mahu menyediakan koktel tersebut. “Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan objek berwarna hitam itu agar-agar yang terlalu kering sehingga menjadi hitam, tetapi apabila mengamatinya dengan teliti, saya mendapati ia seekor cicak.

“Terkejut dengan penemuan tersebut, saya terus buang tiga lagi peket agar-agar yang dibeli dengan jenama sama walaupun tidak mengandungi cicak kering dan menggantikannya dengan jenama lain untuk membuat koktel,” katanya kepada Sinar Harian. Azli berkata, dia sekeluarga jarang membuat koktel kecuali jika ada majlis besar atau meraikan tetamu. "Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati ketika membeli terutama bahan makanan," katanya. -SH




.

Gambar aksi ghairah Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su dalam filem Laga



Gambar aksi ghairah Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su dalam filem Laga | Tak dinafi penampilan perempuan seksi dan babak di ranjang antara daya tarikan untuk memaksa penonton ke panggung. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang, sambutan penonton terhadap filem-filem tempatan dilihat masih belum memberansangkan. Terbaru melalui sebuah trailer awal filem berjudul Laga, menampilkan satu babak lakonan Marsha Milan Londoh dan pelakon senior, Wan Hanafi Su yang dijangka akan menjadi isu hangat apabila filem ini ditayangkan kelak. Ini kerana, selain babak atas katil, diselitkan sekali babak yang memperlihatkan Marsha yang sedang berkemban didekati oleh Wan Hanafi Su dalam keadaan menghairahkan.

Nah! Ini mungkin strategi penerbit filem ini iaitu Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Rosyam Nor, Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Syazwan Zulkifli. Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem kedua hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob?


Hal ini pasti satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatahlagi tiada nama-nama komersial di dalam filem arahanya kali ini. “Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai", ujar Ismail Yaa’cob. - MD





.

Khabar terkini mengenai Datuk Lee Chong Wei


Khabar terkini mengenai Datuk Lee Chong Wei | Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima bayaran sebanyak US$135,000 (RM442,381) untuk beraksi dengan pasukan Mumbai Masters pada Kejohanan Badminton Liga India (IBL). Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu, tidak beraksi pada pusingan pertama di sini dan akan bermain pada pusingan kedua di Lucknow, Uttar Pradesh. Mumbai Masters membuka kempen liga dengan menentang Banga Beats di Kompleks Sukan Siri Fort di sini hari ini. Chong Wei, 30, dijangka tiba pada Rabu depan untuk perlawanan kedua pasukan itu menentang Pune Pistons, 24 Ogos ini. Pasukan Mumbai Masters dibimbing oleh jurulatih peribadi Chong Wei, Tey Seu Bock. Selain Chong Wei, beregu negara Goh V Shem/Lim Khim Wah turut beraksi untuk pasukan Hyderabad Hotshots dan pemain peseorangan negara Chong Wei Fei untuk pasukan Awadhe Warriors.

Liga IBL selama lebih dua minggu itu menampilkan enam pasukan. Sementara itu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata sistem penghawa dingin di Gimnasium Tianhe, Guangzhou, China, tidak ditutup pada perlawanan akhir Chong Wei menentang Lin Dan pada Kejohanan Dunia 2013, Sabtu lepas. Menyangkal dakwaan Seu Bock bahawa sistem penghawa dingin ditutup pada perlawanan akhir itu, BWF dalam kenyataan hari ini berkata sistem penghawa dingin tidak ditutup sebaliknya suhunya direndahkan sepanjang kejohanan itu. "Semasa final, suhu dalam venue meningkat pada sebelah petang berikutan peningkatan jumlah penonton untuk perlawanan akhir perseorangan lelaki," katanya.

BWF berkata pihaknya tidak meminta sebarang perubahan dilakukan untuk mengawal suhu sistem penghawa dingin manakala Jawatankuasa Penganjur Tempatan dan Persatuan Badminton China tidak mengumumkan kepada media mengenai keadaan itu. Sebelum ini, Sue Bock mendakwa sistem penghawa dingin ditutup pada perlawanan Chong Wei-Lin Dan sehingga menyebabkan Chong Wei mengalami kekejangan otot dan terpaksa menarik diri pada set penentuan. Pada final itu, Chong Wei menghadiahkan musuh tradisinya dari China gelaran juara dunia kelima dengan keputusan 21-16, 13-21, 17-20. - Bernama




.

Dia dipecat hanya kerana kuku



Dia dipecat hanya kerana kuku | Seorang pemandu dipecat selepas rakaman video menunjukkan dia memotong kuku ketika memandu di kawasan lebuh raya. Video sepanjang 29 saat itu dipaparkan di laman sosial Facebook “SG Share” pada 26 Julai lalu yang menunjukkan pemandu itu memegang stereng dengan tangan kiri sambil memotong kuku dengan pengetip menggunakan tangan kanan. Dia kemudiannya melepaskan tangan kiri daripada stereng untuk meneliti jari kuku yang dipotong. - AFP





.

Terkini mengenai pasangan selebriti, Kamal Adli dan Intan Ladyana



Terkini mengenai pasangan selebriti, Kamal Adli dan Intan Ladyana | Kisah percintaan pasangan selebriti Kamal Adli dan Intan Ladyana memang satu kisah yang hangat dan sering menjadi bualan ramai. Mungkin ramai juga yang sudah bosan dengan kisah mereka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kamal mengakui dia sudah tidak larat menjawab isu kahwin kerana pasangan ini lebih suka mengumumkannya jika benar perkara itu akan terjadi. "Hubungan saya bersama Intan masih bagus dan kami masih sayang menyayangi. Okay saja dan tiada apa-apa masalah pun. Saya tak curang, dia pun tak curang. Buat masa sekarang, saya tidak fikir tentang untuk masuk meminang dia. Niat memang hendak berkahwin, tapi saya sedang membina nama saya.

"Saya dengan Intan pun sudah tiga tahun. Bunyi macam dah lama tapi kalau ikutkan masa kami berjumpa macam baru setahun saja. Apa yang boleh saya katakan, saya berterima kasih pada dia sebab faham dan saya hormati dia kerana sanggup menunggu saya. Seperkara lagi saya tidak akan memilih jalan dengan kahwin lari bersama Intan", katanya Kamal yang turut menyatakan akan berkongsi tarikh hari bahagia mereka itu dengan umum, bila sudah tiba masanya nanti.-MD





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!