Thursday, August 15, 2013

Kenali Big Zaw, yang dipercayai adalah lelaki tertinggi di Myanmar


Kenali Big Zaw, yang dipercayai adalah lelaki tertinggi di Myanmar | Dikenali sebagai "Big Zaw" membuat beliau berbeza sejak zaman remaja di perkampungan Myanmar. Pada ketinggian tujuh kaki dan lapan inci, beliau dipercayai merupakan lelaki tertinggi di Myanmar, dan popularitinya meningkat baru-baru ini apabila beliau pergi mendapatkan rawatan di luar negara kerana keadaan kesihatan ekoran ketinggiannya itu. "Rakan-rakan saya memanggil saya Big Zaw," kata Win Zaw Oo yang berketinggian 233 sentimeter (sm), 168sm lebih tinggi berbanding purata ketinggian lelaki Myanmar. "Saya tidak dapat masuk ke dalam kereta yang biasa. Apabila doktor membawa saya ke sini, dia mendapatkan sebuah trak," katanya yang berusia 36 tahun.

Beliau kini menjalani pembedahan di Singapura kerana terdapat tumor pada kalenjarnya yang disebabkan oleh badannya yang menghasilkan hormon pembesaran yang berlebihan. Win Zaw Oo yang meninggalkan Myanmar pada Khamis berkata, beliau begitu risau mengenai pemergiannya. "Saya hanya pernah melihat kapal terbang permainan sebelum ini, hadi saya berada sedikit risau untuk terbang. Tetapi jika ia untuk kesihatan saya, saya perlu lakukannya," katanya sambil menambah bahawa beliau khuatir terhadap kos rawatannya. - AFP






.

Yazid (Search) mengakui, tiada anggota Search melawatnya di hospital


Yazid (Search) mengakui, tiada anggota Search melawatnya di hospital | Pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad, 52, yang kini menderita sakit akibat kegagalan kedua buah pinggangnya mengakui berasa sedih dan terkilan dengan sikap rakan-rakan artis, khususnya anggota kumpulan Search lain. Menurutnya, anggota Search yang lain sudah tahu dia dimasukkan ke dalam wad semenjak hari raya ketiga yang lalu namun sehingga kini tiada seorangpun di antara mereka yang mengambil inisiatif untuk melawat saya. "Saya tidak tahu mengapa mereka tidak datang, mungkin kerana mereka sibuk beraya dengan keluarga masing-masing atau mungkin juga mereka tidak suka mengunjungi orang-orang sakit seperti saya.

"Biasalah resam manusia, sewaktu sihat semuanya baik-baik sahaja tetapi apabila saya sudah sakit seperti ini, tiada siapa yang mahu mengambil tahu," katanya meluahkan perasaan kepada pihak media sewaktu dikunjungi semalam. Yazid kini ditahan di Wad Urologi & Nefrologi Hospital Kuala Lumpur akibat kegagalan kedua-dua belah buah pinggangnya berfungsi dan berharap dapat menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang sekiranya menjumpai buah pinggang yang sesuai. Tambah Yazid lagi, dia tidak menolak untuk kembali beraksi dalam industri muzik sekiranya kembali sihat tetapi jika sakitnya berterusan, dia berkemungkinan akan bersara daripada arena hiburan tempatan. - Utusan





.

Inilah alasan si suami yang sanggup membelasah isteri dalam lif baru-baru ini


Inilah alasan si suami yang sanggup membelasah isteri dalam lif baru-baru ini | Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital. Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar. "Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," katanya. Pasangan itu kedua-dua mereka berumur 36 tahun, memiliki tiga anak berusia empat, lima dan sembilan tahun hasil perkongsian hidup selama 12 tahun. Anak kedua mereka adalah perempuan. Menceritakan kembali detik itu, beliau berkata suaminya ke hospital untuk menziarahi anak sulung mereka yang demam panas.

“Saya membiarkan mereka didalam wad dan turun ke tingkat bawah hospital untuk ke kedai serbaneka bersama anak kedua. “Tidak lama kemudian, suami turun dan meminta saya memujuk anak-anak agar mahu keluar dengannya, tetapi tidak berjaya,” katanya. Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran itu kemudianya naik semula ke atas untuk menguruskan keperluan anaknya sebelum mengambil keputusan untuk pulang. “Semasa dalam lif, dengan tidak semena-mena, dia memukul dan menendang saya tanpa henti dan berkata, ‘jumpa kau dimahkamah syariah’. “Selain denyutan akibat bengkak di kepala, pergelangan tangan saya turut sakit akibat dicengkam dengan kuat,” katanya semasa mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya. Wanita itu berkata,kakinya juga lebam dan sengal akibat ditendang keluar daripada lif terbabit.

Bagaimanapun, mangsa sudahpun membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Perda, 12 Ogos lalu sejurus selepas kejadian itu berlaku. Meskipun begitu, dia tidak menyangka video yang dimuat naik adiknya di laman Facebook mendapat reaksi dan keprihatinan banyak pihak. Difahamkan mangsa dan suami tinggal berasingan sejak Disember lalu ekoran suaminya yang sudahpun berkahwin lain pada tahun yang sama menetap di Jerantut, Pahang. Mangsa yang tinggal bersama ibunya di Mengkuang dekat sini berkata, tindakan saman akan diambil. Tambahnya lagi, permohonan cerai juga telah dibuat awal bulan lalu.-MD





.

ADUHAI MAT SKEMA! - LEVIS DELISYA




Perbezaan antara dua insan, Fariz yang sentiasa patuh pada peraturan dan Nur Hanna, gadis yang gemar menimbulkan huru-hara, menghiasi cerita novel yang satu ini. Kisah mereka yang ditakdirkan bertemu dalam keadaan yang paling tidak disangka, namun tetap mewujudkan perbezaan pendapat yang ketara diantara mereka.

Dalam suatu kejadian, ketika pulang kampung, Nur Hanna menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan berprofil tinggi. Sejak daripada itu, satu persatu kejadian yang tidak diingini berlaku kepadanya, dan bukan saja nyawanya terancam, juga 2 sahabat karibnya, Sofea dan Zikri. Menjadi saksi utama, membuatkan Nur Hanna perlu dilindungi, dan Fariz yang ketika itu seorang anggota polis dihantar bersama orang bawahannya, Moja untuk memberi perlindungan. Memang sangat mencabar buat Fariz menjaga saksi kes pembunuhan yang satu ini, disebabkan Nur Hanna memang seorang troublemaker. Namun tak sangka, dalam diam mereka saling memendam rasa, terutama ketika Nur Hanna terdesak mencari pasangan hidup bilamana usianya sudah mula meningkat menjadi andartu..huhu.. Tak sangka dalam usia begitu, tiba-tiba muncul juga Aizat Inderawan yang juga berusaha memikatnya.  Apa akan terjadi selepas itu? Siapa yang bakal menjadi pilihan Nur Hanna?



Tajuk : Aduhai, Mat Skema
Penulis : Levis Delisya
Halaman : 
Harga : RM19.90/RM22.90





P/S - Fully recommended by Lulu Caldina





.

Wanita Islam dilarang siar gambar dalam Facebook - Mufti


Wanita Islam dilarang siar gambar dalam Facebook - Mufti | Seorang mufti di India mengisytiharkan bahawa perbuatan memaparkan gambar di Facebook dan media-media sosial yang lain adalah 'melanggar hukum Islam'. Abul Irfan Naimul Halim Firagni Mahli berkata, umat Islam khususnya wanita Islam harus mengelakkan daripada menyiarkan gambar mereka di dalam talian. Beliau berkata demikian dalam sesi temubual dengan media Trust of India (PTI), pada Ahad lalu. Beliau juga menyediakan dua talian bagi membantu menasihati orang ramai berkaitan isu-isu Islam. Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam wajar menghindari lama-laman sembang sosial. ''Wanita tidak perlu menyiarkan gambar (mereka) di Facebook atau di mana-mana laman sembang sosial di Internet. Ini adalah bertentangan dengan Islam.

''Wanita tidak dibenarkan memaparkan wajah mereka kepada orang lain, selain daripada kaum kerabat lelaki mereka seperti bapa dan saudara-mara. Menyiarkan gambar-gambar di Facebook adalah 'haram','' tambah Saif Abbas Naqvi, yang turut mengendalikan perkhidmatan khidmat nasihat itu.

''Kami berfahaman liberal, kami tidak berfikiran seperti Taliban, apabila anak-anak muda bertanya kepada kami, sama ada mereka boleh mempunyai profil Facebook atau Twitter, kami membenarkannya, tetapi Syariah (undang-undang Islam) tidak membenarkan wanita Islam untuk menyiarkan gambar-gambar (mereka),'' ujar Saif Abbas. Bagaimanapun, Abul Irfan Naimul mengakui akaun media sosial yang dibuka atas alasan perniagaan adalah dibenarkan. ''Jika seseorang itu menggunakan Facebook untuk tujuan perniagaan atau untuk tujuan yang membina, maka akaun (tindakan) ini adalah munasabah,'' katanya. - AGENSI





.

Gambar Nora Danish pamer kemesraan dengan kekasih baru di Bali


Gambar Nora Danish pamer kemesraan dengan kekasih baru di Bali | Hubungan aktres Nora Danish dan Nedim bukan lagi rahsia selepas berlegar gossip mengatakan mereka bercinta gara-gara sekeping gambar yang dimuatkan Nora di akaun Instagramnya, beberapa bulan lalu. Pun begitu, dalam kenyataan sebelum ini, pelakon Ijab & Kabul itu ada menyebut yang dia dan jejaka yang juga merupakan anak seorang menteri itu hanya kenalan biasa dan mereka sudah berkenalan sejak tujuh tahun lalu. Terbaru, nampaknya mereka berdua kini agak terbuka dengan hubungan yang terjalin.


Selepas Nora Danish kongsikan gambar mereka bersama ketika di Danok, Thailand kini mereka berada di Bali, Indonesia untuk bercuti. Jika sebelum ini hanya gambar mereka bersama rakan-rakan lain, tetapi kali ini Nora Danish melalui akaun Instagramnya lebih berani menyiarkan gambar mereka berdua sahaja - penuh romantik. Pasangan ini bagaimana pun difahamkan tidak pergi berdua sahaja ke Bali. Percutian kali ini turut disertai oleh anak Nora Danish, Rayqal, ibu Nora dan beberapa orang ahli keluarga juga rakan rapat. -MD





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!