Monday, August 12, 2013

Ulama cipta aplikasi telefon pintar Islam


Satu telefon pintar bercirikan Islam, “Peace Mobile” yang dilancarkan pada minggu terakhir Ramadan lalu, adalah satu aplikasi media berguna yang menggabungkan al-Quran dengan sains moden. Telefon pintar itu dicipta Dr Zakir Naik, seorang penceramah umum Islam dan perbandingan agama terkenal di peringkat antarabangsa. Permintaan untuk telefon bimbit Islam meningkat di kalangan masyarakat Islam di Arab Saudi. Ribuan penduduk sudah membuat pesanan aplikasi itu secara online, sementara beratus-ratus yang lain bercakap mengenainya di pelbagai landasan media. Satu inisiatif teknologi penemuan itu oleh Naik, pengasas dan presiden IRF (Yayasan Penyelidikan Islam), telefon itu akan membantu pelaksanaan budaya Islam dalam kehidupan sehari-hari. Peace Mobile disesuaikan sepenuhnya dengan aplikasi Islam yang sahih dan perisian serta membantu masyarakat Islam yang mengamalkannya terus berhubung dengan dunia Islam.

Naik berada di sini baru-baru ini bercakap dalam satu forum Ramadan dianjurkan Pusat Budaya Islam India (IICC). Ulama berkenaan sentiasa menegaskan keperluan untuk kedua-dua pendidikan agama dan moden, menganggap kedua-duanya sebagai penting. IRF adalah sebuah organisasi tanpa keuntungan yang memiliki saluran Peace TV, sebuah rangkaian televisyen satelit Islam yang baru-baru ini melebihi tontonan rekod global sebanyak 200 juta. Okasha Mujahid, pengurus perniagaan antarabangsa di Darussalam, sebuah rumah penerbitan Islam berpusat di sini, mengalu-alukan telefon pintar itu dan berkata: “Darussalam bersungguh-sungguh bekerja untuk menyebarkan kata-kata Islam menerusi penerbitannya. Peace Mobile boleh membantu lanjutan untuk ini.” - Agensi






.

Apa pula yang dibuat oleh pemandu teksi ni?


Apa pula yang dibuat oleh pemandu teksi ni? | Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg hari ini mendedahkan beliau menyamar sebagai pemandu teksi pada satu petang untuk mengetahui isi hati pengundi. “Ia penting untuk saya untuk mendengar apa yang rakyat perlukan. Jika ada tempat di mana orang ramai berbual apa yang mereka fikirkan (tentang kerajaan), ia adalah di dalam teksi," katanya dalam klip video yang dimuat naik dalam laman Facebook, Twitter and YouTube. Video berkenaan dipaparkan ketika kemuncak kempen pilihan raya umum pada 9 September ini di mana parti gabungan diketuai Stoltenberg dilihat akan kalah, demikian menurut tinjauan pendapat yang terbaru. Stoltenberg memakai unifom teksi Oslo - termasuk dengan lencana - pada satu petang dalam bulan Jun.

Beliau mengambil penumpang di dalam teksi Mercedes hitam di ibu negara Norway. Satu kamera tersembunyi dipasang di dalam teksi yang merakamkan reaksi penumpang, termasuk seorang yang berkata: “Dari sudut ini, dia mirip Perdana Menteri." Seorang perempuan tua juga mengenali Stoltenberg dan memintanya berbuat sesuatu terhadap 'gaji ketua' yang mendakwa mereka tidak sepatutnya menikmati gaji berjuta dengan jawatan itu.

Meskipun tidak mendedahkan siapa dirinya, Stoltenberg pada satu masa mengaku kepada seorang penumpang yang mengetahui siapa dirinya bahawa dia tidak memandu sejak lapan tahun lalu. Ditanya oleh akhbar tabloid Verdens Gang jika beliau akan menjadi pemandu teksi sekiranya kalah dalam pilihan raya nanti, Stoltenberg berkata: “Saya dikir negara ini dan penumpang teksi Norway akan menikmati kehidupan lebih baik sekiranya saya terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan bukannya sebagai pemandu teksi." Menurut tabloid itu, semua penumpang yang menaiki teksi Stoltenberg pada hari itu tidak perlu membayar tambang untuk perjalanan mereka. - AFP




.

Bukti jerung memang sangat ganas


Bukti jerung memang sangat ganas | Seorang pengajar aktiviti sukan skuba dari sini terpaksa menerima sebanyak 285 jahitan selepas dia digigit seekor jerung seberat 136 kilogram, baru-baru ini. Dalam kejadian di Terumbu Elbow di luar pulau Key Largo, Florida, Dave Marcel sedang cuba mencium jerung itu, sebelum dia digigit jerung itu, walaupun telah melakukan perkara serupa sejak bertahun-tahun. Namun, kali ini nasib Marcel agak malang apabila haiwan yang mempunyai kira-kira 500 gigi tajam itu bertindak menggigitnya, walaupun jerung daripada keluarga Ginglymostomatidae itu dikenali sebagai ikan yang tidak agresif dan suka dibelai. Insiden itu dirakam kamera dan disiarkan melalui rancangan Discovery Channel sebagai sebahagian daripada satu program Shark Week pada tahun ini.


Marcel sedar kesilapan utama yang dilakukannya pada hari itu apabila memusingkan badannya ke atas dan ke bawah sebelum dia cuba mencium ikan tersebut, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Pada masa sama, Marcel tidak sedar mata jerung itu berada di atas kepalanya, sekali gus menyukarkan ikan itu melihatnya sebaliknya menyangka dirinya adalah ikan yang dijadikan makanan untuk jerung tersebut. Ketika jerung itu menyedari bahawa ia sedang makan daging manusia dan bukannya ikan, haiwan itu hilang selera dan melepaskan Marcel sebelum melarikan diri dari situ. ''Ikan itu segera memuntahkan saya. Saya rasa jerung itu sedar saya tidak begitu sedap untuk dimakan,'' katanya kepada Discovery Channel. Marcel bernasib baik kerana gigitan jerung itu tidak merosakkan wajahnya. Insiden itu, bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk terus turun ke dasar laut tiga hari selepas kejadian tersebut. - AGENSI





.

Gambar Usain Bolt juarai 100 meter kejohanan atlet dunia di Moscow



Gambar Usain Bolt juarai 100 meter kejohanan atlet dunia di Moscow | Raja pecut Jamaica, Usain Bolt mengekalkan mahkota 100 meternya selepas memenangi Kejohanan Atlet Dunia di Moscow, hari ini. Bolt mencatat masa terbaik musim ini iaitu 9.77 saat untuk memenangi emas dengan pelari Amerika Syarikat, Justin Gatlin di tempat kedua (9.85s) dan ketiha rakan senegara Bolt, Nesta Carter di tempat ketiga (9.95s).


Ia adalah pingat emas keenam Bolt selepas menang tiga emas pada 2009 di Berlin dan dua emas di Daegu pada 2011 selepas rakan senegaranya, Yohan Blake membolot emas pada acara 100 meter selepas Bolt gagal layak kerana melakukan kesilapan pada permulaan. - AFP




.

Suami tampar isteri hingga pengsan kerana enggan beraya


Seorang isteri terpaksa beraya di hospital selepas pengsan ditampar suami berikutan pertengkaran antara mereka apabila dia enggan mengikut lelaki itu pulang beraya ke Kemaman, Jumaat lalu. Kejadian itu berlaku jam 12.30 tengah malam di rumah mereka di Besut, apabila mangsa berusia 26 tahun bertanya kepada suami di mana mereka akan beraya, sehingga berlaku pertengkaran. Dalam kejadian itu suami mangsa dikatakan memukul dan menampar isterinya.


Dengar bunyi bising 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata tindakan suspek menampar mangsa menyebabkannya pengsan, dan terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan. Beliau berkata, pertengkaran antara suami isteri itu disedari adik perempuan mangsa berusia 24 tahun, yang kebetulan berada di rumah berkenaan dan mendengar bunyi bising dari bilik kakaknya. “Tidak lama kemudian adik mangsa melihat kakaknya keluar daripada bilik dalam keadaan menangis dan memberitahu dia ditampar suaminya.

“Sejurus selepas itu, mangsa tiba-tiba pengsan dan mulutnya berbuih sebelum dikejarkan ke Hospital Besut,” katanya. Kamaruddin berkata, doktor yang merawat mangsa kemudian mengesahkan wanita itu mengalami kecederaan di muka dan keadaannya dilaporkan stabil. Difahamkan, suri rumah itu turut mempunyai rekod penyakit sawan. Adik mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan. -BH





.

Kontroversi terbaru berkaitan agama islam



Kontroversi terbaru berkaitan agama islam | Umat Islam semalam dikejutkan dengan penyebaran video memaparkan surau dijadikan tempat penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan mereka di sebuah resort di sini. Kegiatan itu dirakam di surau resort berkenaan dekat Sedili Besar, Kota Tinggi di sini, tengah hari kelmarin. Letak lambang agama Buddha Video bertajuk 'Surau dijadikan tokong Buddha di Johor', selama 85 saat itu, memperlihatkan sekumpulan individu, termasuk seorang sami Buddha sedang menjalankan upacara keagamaan di dalam surau berkenaan. Lebih mengejutkan, kumpulan keagamaan dari Singapura itu turut meletakkan lambang agama mereka di atas sebuah meja di ruang imam surau. -BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!