Saturday, August 3, 2013

Gempar : Simon Cowell hamilkan isteri teman baik


Gempar : Simon Cowell hamilkan isteri teman baik | Ikon muzik terkenal, Simon Cowell mengejutkan dunia hiburan apabila dia bakal bergelar bapa hasil hubungan dengan isteri teman baiknya, Andrew Silverman iaitu sosialit Lauren Silverman. Menurut satu sumber seperti dipetik daripada laporan Us Weekly, kandungan hamil Lauren sudah berusia sepuluh minggu. Lauren yang masih bergelar isteri kepada Andrew, seorang jutawan hartanah bercadang untuk meninggalkan suaminya itu untuk bersama Cowell. "Lauren dan Andrew tidak gembira dengan perkahwinan mereka sudah sekian lama dan perceraian mereka hanya menunggu masa sahaja. Ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, dia dan Simon menjadi rapat," ujar sumber itu.

Berikutan berita mengejutkan ini, Andrew telah memfailkan perceraian pada dua minggu lalu, memberi sebab 'kecurangan' dan meletakkan nama Cowell sebagai responden bersama. Andrew dan Lauren yang telah berkahwin selama sepuluh tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun. Menurut satu sumber lain, Simon nyata terkejut dengan kehamilan yang tidak dirancang tersebut, namun dia dapat menerima kenyataan bahawa bayi yang bakal lahir itu adalah anaknya.

Ketika sidang media musim terbaru siri televisyen realiti "X-Factor" baru-baru ini, Cowell mengambil pendekatan untuk berdiam diri selepas seorang wartawan mengucapkan tahniah. "Malangnya perkara ini adalah peribadi. Salah satu daripadanya. Namun terima kasih atas ucapan tahniah anda," ujarnya. Terdahulu Cowell pernah beberapa kali memberitahu dia enggan mempunyai anak kerana ia memerlukan tumpuan sepenuhnya. Gambar mesra Simon, 53, bersama Lauren, 36, ketika bercuti di Caribbean pada Januari tahun lalu yang turut disertai Andrew turut disiarkan. -AP




.

Belon raksasa di Australia?


Belon raksasa di Australia? | Siapa yang tidak kagum melihat belon udara raksasa monster buatan negara Australia, dalam memperingati ulang tahun negara yang ke-100? Ibu Kota Australia merancang sebuah belon monster raksasa yang akan diterbangkan didalam negara itu. Belon raksasa tersebut adalah idea Patricia Paccinini yang dibuat oleh syarikat terbesar di Australia dalam penghasilan belon raksasa yang dinamakan Cameron Ballons. Belon Monster Raksasa ini berbentuk seperti kura-kura dengan panjang 34 meter. Seperti biasanya kita ketahui, ballon udara yang biasanya di lihat tidak begitu lebar, disebabkan bentuk belon yang melunjur keatas, tapi aneh dengan belon ini, kerana buat pertama kalinya Belon Raksasa Monster kura-kura ini ukuran lebarnya sangat panjang.-AP





.

Duda berusia 55 tahun mangsa terkini mercun bola



Duda berusia 55 tahun mangsa terkini mercun bola | Seorang duda berusia 55 tahun cedera di bahagian dada serta pergelangan tangan kiri gara-gara cuba menyalakan sumbu mercun jenis bola yang dijumpai di sekitar kawasan rumahnya di Kampung Topeng, Repek, Pasir Mas, di sini petang semalam. Ketika kejadian kira-kira 6 petang itu, Ab Rasid Abdullah, 55, dikatakan bersiar-siar di sekitar kawasan rumahnya sementara menunggu waktu berbuka puasa dan ketika itulah dia menemui mercun itu. Bagaimanapun, nasib malang menimpa bekas pengawal keselamatan itu selepas mercun yang dinyalakannya meletup sebaik sumbu mercun itu dibakar. "Saya tak sangka cubaan menyalakan mercun yang dijumpai itu membawa padah apabila ia meletup sebelum saya sempat membaling mercun itu ke tanah. "Akibat letupan itu saya cedera di pergelangan tangan kiri dan luka di badan terkena serpihan mercun itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.

Ab Rasid berkata dalam kesakitan, beliau bergegas ke rumah jiran berdekatan untuk meminta bantuan dan dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII petang semalam. "Ini merupakan kejadian pertama yang menyebabkan saya mengalami kecederaan teruk akibat mercun. Sebelum ini saya tidak pernah cuba main mercun. "Kejadian semalam hanya untuk suka-suka menghilangkan rasa sunyi selepas isteri meninggal dunia sejak 18 tahun lalu, di samping anak-anak tiada di rumah.

"Kesemua anak-anak saya tidak tinggal bersama kerana mempunyai komitmen dengan kerjaya dan anak bongsu saya, Hafizudin, 19, tinggal di asrama sekolah berdekatan," katanya. Ab Rasid berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada masyarakat dan remaja agar tidak membuang wang dan waktu untuk bermain mercun kerana ia langsung tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri serta menyusahkan keluarga. Ab Rashid merupakan mangsa kelima kejadian mercun di Kelantan yang menerima rawatan di HRPZII setakat ini. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!