Friday, August 2, 2013

Punca seluruh wilayah bergelap semalaman



Punca seluruh wilayah bergelap semalaman |  Seluruh wilayah Albay di tengah Filipina bergelap sejak semalam selepas pengendali bekalan elektrik kebangsaan terpaksa memutuskan bekalan ekoran masalah hutang sebanyak AS$93 juta (RM292 juta). Insiden itu turut mengejutkan kira-kira 1.2 juta penduduk di wilayah itu dengan kedai di ibu negeri Lagazpi ditutup awal, manakala hospital serta pejabat terpaksa menggunakan generator. Menurut Jabatan Tenaga Filipina, notis pemotongan bekalan elektrik telah diberikan kepada Albay Electric Cooperative kerana gagal melangsaikan hutang hampir AS$93 juta (RM292 juta) sepanjang tempoh 15 tahun. Gabenor Albay, Joey Salceda berkata, beliau akan berusaha menyelesaikan masalah pemotongan bekalan elektrik itu dalam tempoh dua hari. - AGENSI

Budak lelaki meninggal dunia kerana berpuasa?


Budak lelaki meninggal dunia kerana berpuasa? | Seorang budak lelaki menjadi warga pertama Oman meninggal dunia ketika berpuasa disebabkan kekurangan air, awal minggu ini. Budak itu dikejarkan ke hospital dua jam sebelum waktu berbuka puasa tetapi diisytiharkan mati sebaik tiba di wad kecemasan. Kanak-kanak itu tidur pada petangnya dan ibu bapanya lupa untuk menyedarkannya, kata sumber hospital kepada Times of Oman. Ia menyebabkan doktor di emiriyah itu mengingatkan ibu bapa supaya tidak memaksa anak mereka yang masih kecil supaya berpuasa. Ini bukan kali pertama kami merawat seorang kanak-kanak dalam keadaan kritikal di wad kecemasan kerana berpuasa.


Kali pertama 

'Apa yang saya tahu, ini kali pertama kematian dicatat. Memang benar, ramai yang tiba di sini disebabkan kekurangan air hingga berkeadaan tenat. Ibu bapa tidak boleh paksa anak mereka berpuasa. Dari segi perubatan, usia 12 tahun adalah permulaan minimum untuk seorang kanak-kanak berpuasa sepenuhnya', kata seorang doktor di Hospital Diraja kepada akhbar itu. Ahli agama di Oman juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak memaksa anak mereka yang masih kecil berpuasa mengikut tradisi di sini. Agama Islam menyatakan, kanak-kanak yang akil baligh mesti berpuasa iaitu antara usia 13 atau 14 tahun. Anda boleh mulakan dengan menyuruh mereka berpuasa beberapa jam dan meningkatkannya sebagai cara menyesuaikan diri berpuasa. Tujuh tahun adalah usia yang terlalu muda untuknya berpuasa sekalipun separuh hari khususnya ketika musim panas, kata imam masjid daerah Seeb, Sheikh Salim Al Shraiqi.  -AGENSI





.

Kenapa buat macam tu dengan orang buta?


Kenapa buat macam tu dengan orang buta? | Seorang juruterbang pesawat syarikat penerbangan Sriwijaya Air, hari ini melakukan diskriminasi apabila menghalang seorang penumpang buta menaiki pesawat yang dipandunya, semalam. Juruterbang itu menyatakan dia tidak akan memulakan penerbangan, selagi penumpang buta bernama Deny Yen Martin masih berada di dalam pesawat berkenaan. Alasan juruterbang berkenaan tidak membenarkan Deny menaiki pesawat tersebut kerana dia tidak ditemani pendamping. Sebelum itu, Deny sudah diberi kebenaran ketika pendaftaran masuk oleh pengurusan Sriwijaya Air bagi laluan Jakarta-Surabaya, malahan dia sudah duduk di kerusi, tetapi diminta turun oleh juruterbang berkenaan.

Walaupun berlaku pertengkaran antara pengurusan Sriwijaya Air dengan juruterbang itu, dia tetap memaksa penumpang buta tersebut turun, lapor portal berita detik.com, hari ini. Sehubungan itu, pengurusan Sriwijaya Air yang kesal dengan kejadian tersebut telah memohon maaf kepada Deny dan menguruskan perjalanannya ke Surabaya dengan menaiki pesawat lain. "Kita sudah meminta maaf dan masalah itu sudah selesai," kata Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Sriwijaya Air, Agus Sujono. - UTUSAN





.

Peraturan baru buat penulis blog dan pengguna laman sosial


Peraturan baru buat penulis blog dan pengguna laman sosial | Vietnam bakal melarang penulis blog dan pengguna media daripada berkongsi maklumat berita secara atas talian di bawah dekri undang-undang baharu yang dilihat sebagai satu tindakan tegas terhadap kebebasan media. Menurut dekri yang ditandangani oleh Perdana Menteri, Nguyen Tan Dung semalam, blog dan laman sosial seperti Facebook hanya boleh digunakan untuk menyediakan dan bertukar-tukar maklumat peribadi. - AFP




.

Remaja unik, lain dari yang lain..



Remaja unik, lain dari yang lain.. | Kebiasaannya golongan remaja lebih gemar menghabiskan masa lapang mereka bermain permainan komputer, namun berlainan pula dengan Shandor Larenty, apabila dia memilih untuk bermain dengan singa seberat 250 kilogram yang diberi nama Zavu, sebagai hobinya. Remaja berusia 18 tahun berasal dari Chipping Norton di Oxfordshire itu berkata, dia suka melakukan perkara tersebut. “Saya dibesarkan untuk melakukan perkara ini, ia adalah sesuatu yang saya suka, kawan-kawan saya fikir saya sedikit gila kerana dibesarkan bersama seekor singa,’’ katanya. Larenty dan Zavu dilihat begitu selesa bersama, malah remaja itu juga tidak gentar mengusap, memeluk dan menggosok kaki haiwan tersebut.


Larenty mula menunjukkan minat meneruskan tradisi keluarganya apabila dia berinteraksi dengan gajah ketika berusia 13 bulan, diikuti pertemuan pertamanya dengan harimau bintang ketika berusia 11 tahun dan semenjak itu dia tidak menoleh ke belakang lagi. “Kebanyakan singa yang saya temui dilahirkan ketika saya baharu mula belajar mendekati haiwan, jadi saya membesar bersama mereka. “Zavu adalah singa istimewa kerana ia benar-benar menyayangi saya dan kami adalah rakan karib.


Ia suka dipeluk dan suka menjadi perhatian. Ia juga suka kakinya diurut,’’ kata Larenty. Remaja itu mengikut jejak bapanya, Alex, 54, yang juga seorang pakar hidupan liar yang turut berinteraksi dengan singa jantan dikenali sebagai Jamu. Alex telah menurunkan kemahirannya menjinakkan singa kepada Larenty supaya dia boleh meneruskan perniagaan keluarga membekalkan haiwan berkenaan untuk rancangan televisyen dan filem. - AGENSI





.

Pelajar Malaysia maut di Jordan



Pelajar Malaysia maut di Jordan | Seorang pelajar persendirian dari Malaysia yang sedang mengikuti kursus jangka pendek bahasa Arab di Amman, Jordan maut selepas kenderaan dinaikinya terbabas di jalan menuju ke Laut Mati, Jordan hari ini. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, mangsa, Nik Mohd. Ariff Suparjo, 19, terlibat dalam kemalangan maut itu bersama abangnya, Nik Mohd. Alif, 20. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!