Thursday, July 25, 2013

Risiko tidak sarapan pagi terhadap lelaki


Risiko tidak sarapan pagi terhadap lelaki | Lelaki yang tidak mengambil sarapan pagi akan berhadapan dengan risiko lebih tinggi mengalami penyakit serangan jantung, menurut kajian Amerika Syarikat (AS). Satu kajian yang membabitkan hampir 27,000 lelaki mendapati mereka yang gagal untuk makan pada waktu pagi mempunyai risiko untuk mengalami serangan jantung lebih tinggi dengan 27 peratus berbanding mereka yang menikmati sarapan pagi. Lelaki berkenaan, yang berumur dalam lingkungan dari 45 sehingga 82 tahun, mengambil bahagian dalam kaji selidik mengenai amalan pemakanan yang memberi kesan kepada rahap kesihatan, dari tahun 1992 sehingga 2008.

Mereka yang tidak bersarapan pagi kebanyakannya dalam lingkungan usia yang lebih mudah, dan merupakan antara perokok, bekerja sepenuh masa, tidak berkahwin, tidak aktif secara fizikal dan minum lebih banyak alkohol. "Tidak mengambil sarapan pagi mungkin mendorong kepada satu atau lebih faktor yang berisiko, termasuk obesiti, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan diabetis, yang mungkin akan mengakibatkan penyakit serangan jantung," kata Leah Cahill, penulis dan pengkajian utama dalam kajian itu di Fakulti Kesihatan Awam di Havard. "Jangan tidak mengambil sarapan pagi. Makan pagi dikaitkan dengan usaha mengurangkan risiko penyakit serangan jantung," kata Cahill. - AFP






.

Perkembangan terkini kota Makkah


Perkembangan terkini kota Makkah | Projek menaik taraf besar-besaran yang dilaksana di kota Makkah oleh kerajaan Arab Saudi sejak akhir musim haji lepas akan menjadikan tanah suci umat Islam itu sebuah bandar raya pintar. Projek yang merangkumi perumahan, pengangkutan serta kemudahan lain termasuklawatan ke tempat bersejarah itu akan menjamin keselamatan dan keselesaan umatIslam ketika mereka mengerjakan ibadah haji atau umrah. Datuk Bandar Kota Makkah, Dr Osama Al-Bar berkata, dalam usaha menjadikan Makkah sebagai kota raya moden, dua projek mega dilaksana selain projek khas membabitkan pembesaran Masjidil Haram. Projek pertama membabitkan penyediaan infrastruktur jalan yang bermula sejak 2010 dan dijangka siap pada 2017, manakala satu lagi projek membabitkan pengangkutan awam iaitu tren metro dan bas.

"Rangkaian metro ini mengandungi empat laluan. Diharapkan fasa pertama akan bermula pada Jun 2014. Jarak keseluruhan ialah 182 kilometer dengan 88 stesen dan laluan mencapai seluruh Makkah," katanya kepada pemberita Malaysia, di pejabatnya di sini. Menurutnya, dua pertiga daripada laluan metro itu adalah di atas tanah manakala baki yang meliputi kawasan tengah dan berhampiran Masjidil Haram akan dibina bawah tanah. Pembesaran kawasan Masjidil Haram sejak tahun lepas pula membolehkan masjid itu memuatkan 400,000 jemaah solat pada satu-satu masa ketika Ramadan ini. "Kerja pembesaran yang dijadual mengambil masa tiga tahun ini bermula pertengahan November lepas, sejurus selesai musim haji.

Apabila projek ini siap, masjid dapat menampung 1.5 juta jemaah solat. Akan tetapi kapasiti itu boleh dimaksimumkan mencecah dua juta orang," katanya. Beliau percaya kapasiti baru itu boleh menampung keperluan bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun. "Terdapat peningkatan kehadiran umat Islam sekarang kerana kedudukan ekonomi orang Islam di kebanyakan negara adalah baik," katanya. Menurutnya, projek itu adalah yang paling komprehensif dalam sejarah pembesaran Masjidil Haram. "Apabila Raja Abdullah ditabal sebagai Raja Arab Saudi pada Ogos 2005, projek pertama yang baginda laksana ialah pembesaran kawasan Mas'aa (kawasan untuk ibadah Saie). Projek itu siap dua tahun lepas dan meningkatkan kapasiti jemaah daripada 28,000 sejam kepada 130,000 orang," katanya.

Menurutnya, kini wujud keperluan baru untuk meningkatkan kapasiti Mataf iaitu kawasan tawaf. "Projek ini baru sahaja bermula. Apabila siap kelak akan dapat menampung sekitar 48,000 hingga 130,000 jemaah setiap jam," katanya. Selain itu katanya, projek kereta api laju antara Madinah dan Makkah yang dijadual siap dalam masa dua tahun, akan memendekkan tempoh perjalanan antara kedua-dua bandar suci itu kepada dua jam, berbanding lima jam jika menggunakan pengangkutan jalan. "Kami juga ada rangkaian Internet yang berkeupayaan tinggi," katanya menambah projek menaik taraf kota suci itu adalah pelaburan masa depan untuk semua umat Islam bukan hanya untuk rakyat Arab Saudi. "Rakyat Saudi hanya sebahagian kecil," katanya. - BERNAMA






.

Kesan penunjuk perasaan kepada ahli parlimen dan menteri di Bulgaria


Kesan penunjuk perasaan kepada ahli parlimen dan menteri di Bulgaria | Polis antirusuhan Bulgaria terpaksa bertindak meleraikan kepungan oleh penunjuk perasaan ke atas bangunan Parlimen awal hari ini bagi membawa keluar lebih 100 menteri, Ahli Parlimen dan wartawan yang terperangkap di bangunan itu lebih lapan jam. Polis menggunakan perisai untuk meleraikan tunjuk perasaan antikerajaan itu dan membentuk kepungan yang dikawal ketat ke bangunan Parlimen yang terletak di pusat bandar Sofia, pada kira-kira pukul 3 pagi tadi (8 pagi waktu Malaysia), menurut jurugambar AFP. Koresponden media yang terperangkap di dalam bangunan itu mengesahkan tiga menteri iaitu Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan dan Menteri Buruh dan beberapa Ahli Parlimen dari parti kerajaan, Parti Sosialis serta pergerakan MRF minoriti Turki, adalah kumpulan pertama yang dibawa keluar.

Semua yang terperangkap berjaya dikeluarkan menjelang pukul 5 pagi (10 pagi waktu Malaysia) apabila jentera berat mula mengalihkan penghadang jalan yang didirikan oleh penunjuk perasaan. Usaha awal untuk membebaskan kumpulan itu lewat semalam mencetuskan pertempuran kecil antara 2,000 penunjuk perasaan dengan polis, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera, termasuk dua polis, menurut sumber hospital. Speaker Parlimen, Mihail Mikov turut membatalkan sesi Parlimen hari ini dan mengecam keganasan tersebut.

"Undang-undang perlu dihormati. Ahli Parlimen tidak sepatutnya menjadi sasaran yang boleh membahayakan nyawa serta kesihatan mereka," katanya. Tunjuk perasaan telah diadakan di Sofia setiap petang sejak 14 Jun lalu oleh beribu-ribu orang yang bosan dengan kemiskinan dan gejala rasuah yang berleluasa di negara ini. Kumpulan penunjuk perasaan itu menuntut supaya kerajaan meletak jawatan, tetapi insiden awal hari ini adalah tunjuk perasaan pertama yang bertukar menjadi ganas. - AFP





.

Gambar terkini kingston Lee, anak Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mei Choo


Gambar terkini kingston Lee, anak Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mei Choo | Chong Wei bersama-sama 28 pemain Malaysia lain berlepas ke Hong Kong untuk menjalani latihan fasa akhir selama 10 hari sebelum ke Guangzhou. Turut hadir di KLIA ialah Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengurus Besar BAM Kenny Goh. Menariknya, turut bersama bintang badminton itu ialah anaknya, Kingston Lee, yang kini berusia 3 bulan.

Menurut Datuk Lee Chong Wei, dia tidak gentar dengan serangan psikologi yang bakal dicetuskan pencabarnya dari China, Lin Dan, dalam misinya merangkul kejuaraan sulung pada Kejohanan Dunia diGuangzhou, China, 5 hingga 11 Ogos ini. Bagi pemain berpengalaman negara itu, taktik psikologi yang dilancarkan musuh ketatnya itu dan beberapa pemain terkemuka lain bukanlah perkara baharu, sebaliknya beliau yakin dengan persiapan rapi serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kejohanan yang mampu melakar kejayaan untuk beliau.



P/S - Semoga berjaya..






.

Dia menang tuntutan yang sangat besar, namun diatas sebab yang menyedihkan


Seorang lelaki yang berumur 43 tahun, Antonio Lopez Chaj, mendapat penghargaan tertinggi di California. Dia juga menang tuntutan sebesar US$ 58 juta. Namun, ianya terjadi setelah mengalami pukulan yang membuatkannya kehilangan sebelah otak dan tengkoraknya hingga dia tidak dapat bercakap selamanya. Antonio Lopez Chaj adalah seorang pegawai keselamatan di sebuah galeri lukisan di California. Daily Mail melaporkan, kejadian ini bermula ketika Chaj dan teman-temannya mengunjungi sebuah bar pada 20 April 2010. Saat itu, Chaj diserang di sebuah bar pertengahan Wilshire, setelah dia cuba menghentikan pergaduhan antara dua rakannya dengan bartender dan pegawai keselamatan. Chaj pun terkena pukulan penjaga bar. Pukulan itu menghancurkan setengah tengkorak Chaj yang membuatnya tak sedarkan diri.

Penjaga tersebut juga memukul Chaj dengan tongkat, menendang kepalanya sebanyak lapan kali dan menghentam kepalanya ke kaki lima sebanyak empat kali. Ketika ini keadaan Chaj telah cukup pulih, walaupun dia harus kehilangan sebelah otak dan tengkoraknya. Namun tetap saja, kumpulan doktor yang merawatnya berkata bahawa Chaj tidak akan dapat bercakap. Ianya disebabkan Chaj memiliki kerosakkan otak yang sangat parah. Ketika di bicarakan 2 Jun 2013, Chaj dan rakannya menuntut ganti rugi yang terjadi pada dirinya. Tak hanya menang sebesar US$ 58 juta, Chaj juga mendapatkan penghargaan dari syarikat keselamatan di Mahkamah Tinggi Torrance.

Penghargaan ini adalah salah satu penghargaan terbesar yang pernah diberikan kepada seseorang di California, kata peguamnya. Ketika Chaj melepaskan topi di dalam mahkamah, ramai yang terkejut dengan keadaannya. “Tengkoraknya seperti bola basket yang kempis di satu sisi,” ungkap peguam Federico Sayre. Pegawai keselamatan yang memukul Chaj, Emerson Quintanilla, dan bartender yang memulakan serangan ini telah menghilang tanpa jejak. "Saya fikir mereka itu gila, sangat gila," ungkapnya.-DM





.

George Alexander Louis : nama putera sulung Putera William dan Kate Middleton


George Alexander Louis : nama putera sulung Putera William dan Kate Middleton | Teka-teki nama yang akan diberikan pasangan diraja Britain iaitu Putera Willian dan isterinya, Kate Middleton terjawab apabila putera sulung mereka dinamakan George Alexander Louis. Susulan pengumuman itu, ia menyaksikan William-Kate mengekal tradisi nama keluarga diraja apabila menggunakan nama George yang pernah digunakan enam raja England sebelum ini. Malah, George adalah nama yang menjadi pilihan utama ketika spekulasi mengenainya diperkatakan ramai pihak kerana ia adalah nama bapa kepada Ratu Elizabeth II, Raja George VI (keenam) yang memerintah antara 1936 hingga 1952 sebelum mangkat. - AFP





.

Gambar pernikahan penyanyi Hattan dan bekas isteri, Arianie Abidin


Gambar pernikahan penyanyi Hattan dan bekas isteri, Arianie Abidin | Penyanyi lagu Bisa Bonar iaitu Datuk Hattan sah bergelar suami kepada bekas isterinya, Arianie Abidin dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Rabu. Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa tepat pada pukul 6 petang. Ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.


Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan senaskah Al-Quran sebagai hantaran. Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun. Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.


Hattan menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah dalam persalinan sedondon dari rona kuning rekaan Ezuwan Ismail. "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain kami berharap perkahwinan kedua ini akan berkekalan sehingga akhir hayat", katanya. Antara selebriti yang kelihatan menghadiri majlis tersebut adalah Datuk A. Rahman Hassan, Ramli Sarip, Raja Azura, Ziana Zain dan Misha Omar. -Mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!