Friday, July 19, 2013

Hanya dengan tidur boleh cantikkan kulit?


Hanya dengan tidur boleh cantikkan kulit? | Golongan wanita sememangnya menitikberatkan tentang kecantikkan kulit terutamanya kulit wajah. Namun tahukah anda bahawa tidur malam yang secukupnya mampu membuatkan anda kelihatan cantik? Ini kerana ketika anda tidur, segala organ di dalam badan mula bekerja contohnya seperti menyah toksik yang tidak di perlukan di dalam badan seperti di dalam hati, hempedu, paru-paru dan sebagainya. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa langkah untuk mendapatkan tidur yang selesa;

- Sebelum anda tidur, minum segelas susu segar yang telah dicampurkan dengan beberapa titis madu. - Pastikan sebelum tidur perut anda tidak terlalu lapar atau tidak terlalu kenyang.
- Gunakan cadar dan sarung bantal yang bersih agar anda berasa lebih selesa.
- Jangan tidur dalam keadaan terang kerana ia sedikit sebanyak menganggu tidur anda. Jadi biasakan diri anda tidur dalam keadaan malap atau gelap.
- Mandi sebelum tidur kerana ia boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.


Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda mendapat tidur yang cukup sekaligus dapat mencantikkan kulit anda. Selamat mencuba!






.

Kegiatan aneh yang hanya ada dalam bulan ramadan



Kegiatan aneh yang hanya ada dalam bulan ramadan | Ketibaan bulan Ramadan bertambah meriah apabila sekumpulan pemuzik sahur di sini semakin rancak membuat persediaan untuk membantu melicinkan ibadah puasa bagi umat Islam di kawasan ini. Dinamakan sebagai Sahur Patroli, kumpulan pemuzik yang terdiri daripada golongan remaja belasan tahun akan bermain pelbagai alat muzik mengelilingi kampung untuk mengejutkan penduduk kampung agar bersahur. Antara alatan muzik yang digunakan adalah gendang, paip besi, drum, buluh, botol dan piring bagi menghasilkan bunyian sebagai tanda masuknya waktu bersahur.

Meskipun menggunakan alatan yang sederhana, kumpulan Sahur Patroli masih mampu menghasilkan alunan muzik yang menghiburkan penduduk, sekali gus mengejutkan masyarakat Islam untuk bangun bersahur. Selain itu, golongan remaja terbabit turut menjalani latihan bagi menyertai festival muzik sahur yang diadakan setiap kali Ramadan menjelma. Malah pada tahun ini, Sahur Patroli berharap mereka mampu meraih gelaran juara. - AGENSI






.

Inilah sebabnya penyanyi Justin Bieber minta maaf dengan bekas presiden Amerika


Justin Bieber telah meminta maaf kepada Bill Clinton kerana mencaci bekas Presiden Amerika Syarikat itu dan menyembur gambarnya dengan cecair pembersih di dapur sebuah restoran di bandar raya New York, awal tahun ini. Pejabat Clinton pada Khamis memberitahu, penyanyi terkenal itu menelefon dan "beliau meminta maaf dan telah menawarkan untuk membantu Yayasan Clinton." Pejabat Clinton bagaimanapun enggan menyatakan keterangan terperinci permohonan maaf Bieber itu. Satu video yang disiarkan oleh TMZ.com menunjukkan Bieber, 19, membuang air kecil di dalam baldi pengelap dan melalui dapur restoran itu. Sebelum keluar, Bieber menyembur gambar Clinton dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap bekas presiden itu. Bieber dalam Tweeternya, yang mempunyai 41 juta pengikut, pada Rabu malam telah mengucapkan terima kasih kepada Clinton "kerana meluangkan masa untuk bercakap." - AP

Nekad berwajah seperti anime, gadis ini bersiap 3 jam setiap kali akan keluar rumah



Nekad berwajah seperti anime, gadis ini bersiap 3 jam setiap kali akan keluar rumah | Berambut perang, mata besar dan bulu mata lentik. Wajah putih seperti porselain dan gaun yang unik, membuat Katie Lawrence menjadi tumpuan. Mahasiswi kesenian ini mengaku, ramai orang terpesona ketika melihat penampilan dirinya. "Ketika saya menyusuri jalan dengan pakaian ini, ramai orang meminta bergambar dengan saya," ujar gadis yang berasal dari London ini. Katie menghabiskan waktu tiga jam setiap hari untuk menyempurnakan penampilannya. Sekilas penampilannya, serupa dengan puteri dalam tokoh Anime. Ada juga yang menggelarnya sebagai boneka hidup di dunia nyata.

Namun sebenarnya, demi menyempurnakan penampilan, gadis berusia 18 tahun itu, menghabiskan waktunya berjam-jam untuk belajar budaya Jepun dan video game. Dari sinilah dia mendapat inspirasi untuk mengubah penampilannya. Untuk penampilan sempurnanya, Katie menghabiskan belanja hampir £80 untuk setiap pakaian. Dia biasa membeli pakaian boneka ini pasar Camden. "Saya menghabiskan banyak duit setiap bulan untuk menampung makeup di wajah saya," akunya. Kecanduan bermakeup ini telah dirasakan Katie saat usia-nya 11 tahun. Kala itu ibunya memberikan hadiah lipgloss. -Mirror






.

Lumpuh tidak pernah membataskan lelaki ini melakukan kerja murni


Lumpuh tidak pernah membataskan lelaki ini melakukan kerja murni | Seorang lelaki lumpuh di Britain, sanggup menyerahkan wang yang dikumpulnya berjumlah 20,000 pound (RM96,136) untuk rawatan kakinya kepada seorang budak yang juga tidak boleh berjalan, untuk memberi peluang kepada budak itu menjalani rawatan. Dan Black berasal dari Chepstow, Wales Selatan, lumpuh sejak empat tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan pada 2009 apabila basikal yang ditunggangnya ke tempat kerja dilanggar oleh sebuah kenderaan. Dia berjaya mengumpul wang tersebut untuk menjalani rawatan sel stem perintis yang mungkin akan membantunya berjalan semula.

Black, bagaimanapun melupakan hasratnya itu selepas mendengar kisah hidup seorang budak yang berumur lima tahun, Brecon Vaughan yang tinggal berdekatan kawasan kediamannya. Vaughan dilahirkan dengan sindrom Spastik Diplegia yang menyebabkan kekejangan di kaki, kurang keseimbangan dan koordinasi. Dia terpaksa menggunakan alat bantuan berjalan untuk bergerak dan keluarganya kini terdesak untuk mengumpul 60,000 pound (RM288,408) bagi menghantarnya menjalani pembedahan di Amerika Syarikat (AS) supaya dia boleh berjalan buat pertama kalinya. - AGENSI





.

Kisah pengajaran : Perbuatan luar biasa seorang kanak-kanak mendapat anugerah tertinggi


Kisah pengajaran : Perbuatan luar biasa seorang kanak-kanak mendapat anugerah tertinggi  | Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”. Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya. Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin. Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit.

Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang. Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak. Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya.

Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya. Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya. Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da ”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!” Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata, ”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah. Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu. Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.-FB





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!