Saturday, July 13, 2013

Penyerang MU, Wayne Rooney dihantar pulang dari Thailand kerana cedera




Penyerang MU, Wayne Rooney dihantar pulang dari Thailand kerana cedera | Penyerang Manchester United Wayne Rooney terpaksa dihantar pulang ke England dan tidak akan beraksi dalam Jelajah Asia selepas mendapat kecederaan. Sehari selepas tiba di sini (Thailand), pemain kontroversi itu mendapat kecederaan otot paha dalam sesi latihan pasukan. Menurut kelab tersebut yang dipetik dalam laman web rasminya, Rooney juga tidak akan dapat menyertai sesi pemilihan pemain bulan ini. - Agensi





.

Kenapa kelakuan mereka mengguris hati ramai pihak?


Kenapa kelakuan mereka mengguris hati ramai pihak? | Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang pernah mencemarkan maruah negara di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog, terus mencipta kontroversi. Kali ini, di laman Facebook rasmi milik kedua-dua bekas pelajar National University of Singapore berkenaan, mereka seakan-akan mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan'. Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu 'Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri! Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Penyiaran poster itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan mereka dan mengkritik tindakan pasangan yang popular dengan gelaran Alvin dan Vivian itu. Antara pembaca seorang wanita menggunakan nama Hazel Sia yang berkata, Can we just ignore this shameless couple? They do not represent the Malaysian Chinese, they are the worse garbage...no respect for others and their own families' (Boleh tak kita jangan mempedulikan pasangan yang memalukan ini? Mereka tidak mewakili Cina Malaysia, mereka sampah paling teruk...tidak hormat kepada orang lain dan keluarga sendiri).

Seorang lagi pembaca, Kelly Lee berkata, not all Malay call us babi and cina tsunami. Only certain malays...I am good with my Malay friends...sad to see Alvin was a law student. Disgrace to the Chinese and as a Malaysian. Sometimes I wonder, how did he get his scholarship' (bukan semua Melayu panggil kita babi dan Cina tsunami. Hanya sebahagian Melayu...saya baik dengan kawan-kawan Melayu...sedih melihat Alvin bekas seorang pelajar undang-undang. Satu penghinaan terhadap Cina dan sebagai rakyat Malaysia. Saya tertanya-tanya, bagaimana dia boleh dapat biasiswa). Seorang pembaca Melayu, Aizat Ahmad berkata, 'saya harap isu sensitif orang Islam jangan dipermainkan. Saya masih lagi hormat bangsa Cina kerana kawan-kawan saya ramai yang Cina, Jangan sampai hormat saya terhadap bangsa Cina hilang kerana isu ini...Mohon jangan ulangi kesilapan ini'.

Sementara itu, MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis petang ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit. Pengerusi MCA negeri tersebut, Datuk Dr. Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan tindakan tersebut telah mencetuskan masalah yang besar. Ini bukanlah kali pertama kedua-duanya menimbulkan isu sensitif di laman sosial berkenaan. Pada 3 Julai lalu, mereka memuat naik video daripada salah sebuah portal berita yang menunjukkan operasi oleh pihak berkuasa menahan sekumpulan remaja Islam terlibat dengan parti buih. Pada video berkenaan, ditulis keterangan 'susahnya jadi Melayu'. Dalam ruangan komen pula, mereka mempertikaikan tindakan yang diambil dengan mendakwa kebebasan beragama tidak wujud di Malaysia terutamanya untuk kaum Melayu.





.

Bayi ditikam hanya kerana menggigit payudara ibunya ketika menyusu


Bayi ditikam hanya kerana menggigit payudara ibunya ketika menyusu | Hanya disebabkan menggigit payudara ibunya ketika menyusu, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting. Dan ianya menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan. Bayi malang itu tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka mencari makan meneruskan kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk dijadikan kitar semula. Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital. Ibu berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.


Laporan polis juga menyebut wanita itu tiada penyakit mental. Jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak akan berulang. Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggar kan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental. Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional. -AP





.

Penyanyi Adira bakal berkahwin? Siapakah bakal suaminya?


Penyanyi Adira bakal berkahwin? Siapakah bakal suaminya? | Dalam diam-diam rupanya penyanyi Adira bakal mendirikan rumah tangga. Betul? Terkejut juga dengan berita ini. Sebab, selepas beliau putus cinta dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, tidak pula kedengaran nama Adira dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Namun berita pernikahan gadis kelahiran Sabah ini semakin hagat diperakatakan ekoran sekeping foto yang dimuat naik ke Instagram oleh pereka fesyen, Ezuwan Ismail, semalam. Dalam portal hiburan murai.com.my menyebut, pada foto tersebut kelihatannya seperti Adira sedang menempah baju bersama dengan seorang jejaka yang dikenali dengan nama @sharul_jr Bersama foto itu Ezuwan juga menulis " Just finish with @adirayayang91 and @shahrul_jr . Persediaan untuk...? Tq for choosing #eikl #ezwanismail.

Siapa yang tidak kenal dengan Ezuawan, seorang pereka fesyen kegemaran ramai artis tempatan dan kebanyakan artis dan pelanggannya akan memilihnya untuk membuat tempahan baju kahwin dengan beliau. Lantas, sudah tentulah foto berkenaan menimbulkan tanda tanya ramai pihak. Malah, banyak komen pada foto itu bertanya adakah Adira mahu bertunang atau berkahwin? Kita nantikan saja pengumuman rasmi dari tuan empunya badan. Kalau benar seperti yang didakwa, harapnya Adira boleh lah juga berkongsi berita gembira itu bersama umum.-MD






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!