Sunday, July 7, 2013

3 HATI - LIZA NUR, NURUL SYAHIDA, ZARA AMANI



Sebuah novel unik yang ditulis oleh 3 penulis terkenal (telah memiliki beberapa novel dibawah nama sendiri). 3 novel dan 3 cerita. Bunyinya seperti membaca cerpen dalam sebuah novel. Namun bila kita membacanya, ketiga-tiga cerita ini ada kaitannya.

Cerita pertama berkisah mengenai Lea yang kecewa kerana bakal suaminya, Imran tidak muncul di hari perkahwinan mereka. Dengan berpakaian pengantin dan tangisan, dia bergegas ke rumah lelaki itu untuk bertanyakan sebabnya. Di situ dia menemui Noah yang juga tinggal dalam rumah itu. Dihadapan Noah, Lea meluahkan segala-galanya. Mengenai cintanya yang sudah terjalin selama 7 tahun, dan musnah begitu sahaja. Mungkin sudah ditakdirkan. Sejak dari itu Noah menyimpan rasa untuk gadis bernama Lea Maisara itu. Namun bukan semudah itu bagi Noah meraih cinta Lea. Apatah lagi Imran sebenarnya sudah menjadi suami adik Noah, Riana. Dan Riana lah punca Imran enggan menikahi Lea. Apakah kesudahan mereka?

Cerita kedua pula mengisahkan mengenai Wulan yang menjadi 'bahan eksperimen' Neal yang sangat bijak menarik perhatiannya. Neal seolah-olah menduga perasaan Wulan. Mengajar Wulan jatuh cinta, dan kemudian hati Wulan kecewa. Namun Wulan memilih untuk membalas perbuatan Neal dengan cara yang paling aneh, dan akhirnya Neal pula jatuh hati dengan Wulan. Owh cerita ini sungguh menarik, dan rasanya lebih menarik jika dijadikan sebuah novel. Kisahnya berakhir berbeza dengan cerita novel biasa. Kerana walaupun mereka saling jatuh cinta, mereka tidak ditakdirkan untuk bersama.

Cerita ketiga mengisahkan Nini, gadis cekal dan meminati sukan lasak. Dia berpisah dengan kekasihnya yang sering meluahkan rasa tidak puas hati dengan minatnya itu. Kerana 'prihatin' dengan kesunyian Nini yang takde kekasih sekian lama, rakannya Palop mencadangkan Nini rapat dengan Achik. Dan Nini menggagahkan diri menjadi yang terindah di mata Achik. Lelaki itu terlalu sempurna di matanya. Dan, dia memberanikan diri meluahkan rasa hati, namun tiada tindak balas daripada Achik. 


Tajuk : 3 Hati
Penulis : Liza Nur, Nurul Syahida, Zara Amani
Halaman : 740 muka surat
Harga : RM27.90/RM30.90





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Apa itu liposuction?


Apa itu liposuction? | LIPOSUCTION atau bahasa pasarnya sedut lemak adalah proses menghapuskan lemak daripada lapisan bawah kulit pada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan memperbetulkan bahagian bermasalah dan banyak lemak. Ramai dalam kalangan wanita salah faham dengan berfi kiran liposuction sebagai satu proses menurunkan berat badan sedangkan ia bukan! Sebelum mengambil keputusan melakukan sedut lemak, anda perlu bersedia dari segi fi zikal dan mental, mesti ada pengetahuan mengenai proses ini dan tahu apa tujuan utama ia dilakukan. Paling penting adalah mendapat pendedahan daripada doktor yang berpengalaman di klinik atau di hospital. Kulit terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan hypodermis. Epidermis dan dermis merupakan lapisan di mana kelenjar sebum, melanocyte, saraf, rambut tumbuh dan deria sentuh berada. Lapisan terlibat dalam liposuction adalah hypodermis iaitu tempat lapisan lemak berada.

Fungsi lemak di hypodermis adalah sebagai penebat, insulasi dan penyimpan tenaga. Dalam proses liposuction, lemak yang disedut keluar adalah lemak lapisan pertama dan lapisan kedua. Oleh itu, masalah selulit juga boleh dirawat dengan kaedah liposuction. Proses sedut lemak menggunakan laser boleh dibuat pada mana-mana bahagian tubuh, ia tidak terhad kepada perut dan juga punggung malah boleh dilakukan pada lengan, paha, bahagian pipi dan dagu berlapis dengan kos RM3,000 ke atas. Pakar pembedahan kosmetik akan memeriksa kesihatan pesakit terlebih dulu bagi memastikan mereka sihat untuk menjalani pembedahan sedut lemak.


Jenis rawatan 

Kini terdapat pelbagai kaedah liposuction yang selamat seperti laser liposuctiob, power assited liposuction, vaser liposuctiob, body jet liposuction dan sebagainya yang menggunakan mesin canggih dari negara Itali dan German. Setiap satu prosedur mempunyai kelebihan masing-masing. Kebanyakan wanita gemar melakukan kaedah sedut lemak laser lipossuctiob yang boleh dilakukan di klinik estetik sahaja. Ia kaedah lebih selamat, tidak begitu sakit, tidak memakan masa dan tidak mengalami pendarahan. Pilihan sama ada mahu menjalani rawatan sedut lemak bergantung kepada jenis rawatan — sama ada membabitkan bahagian kecil atau besar. Secara umumnya, rawatan sedut lemak adalah selamat selagi ia dijalankan pakar yang ada peralatan lengkap iaitu sistem pemantauan (bagi memantau tekanan darah dan nadi), elektrokardiogram (ECG), alat intravena (IV) dan cecair titis sehingga sekurang-kurangnya dua liter. Prosedur sedut lemak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu menyedut kurang satu liter, satu liter atau lebih dua liter lemak. Bagi prosedur kecil (satu atau kurang daripada satu liter lemak) boleh dilakukan di klinik yang ada semua kemudahan di atas. Bagi prosedur besar (melebihi dua liter lemak), disaran dijalankan di hospital kerana bagi setiap liter lemak yang disedut, individu berkenaan kehilangan kira-kira 200 mililiter darah. Untuk prosedur besar (dua liter lemak), seseorang kehilangan sehingga 500 militer darah dan kehilangan ini perlu diganti dengan cecair titis sepanjang tempoh rawatan.


Proses rawatan 

Sebelum pembedahan, anda diberi ubat bius (setempat atau menyeluruh). Sebaik ubat bius bertindak, pembedahan dimulakan menggunakan alat penyedut yang dilekatkan dengan kanula (alat besi kalis karat). Lebihan lemak disedut menggunakan pam penyedut atau jarum besar. Tempoh rawatan berbeza mengikut jumlah lemak disedut. Selain itu jika berlaku komplikasi akibat penyakit lain, pesakit boleh dihantar terus ke unit rawatan rapi dengan segera untuk dipantau sepanjang masa. Jadi isu lambat mendapat rawatan susulan tidak timbul jika dijalankan di hospital walaupun kosnya lebih sedikit berbanding di klinik. Jika hendak melakukan liposuction kali kedua perlu tunggu enam bulan bagi memberi peluang tubuh kembali stabil dari semua kesan ubat bius.

Anda tidak boleh jalani rawatan sedut lemak berulang kali dalam tempoh singkat. Dari sudut kesihatan, proses sedut lemak membolehkan seseorang menjadi lebih sihat dengan terhapusnya lemak yang menjadi beban kepada tubuh. Setelah proses ini, seseorang akan terdorong untuk kembali menjaga pemakanan dan mengawal berat badannya. Seseorang yang menjalani sedut lemak lazimnya akan menjaga kesihatan ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan berat dan bentuk badan idaman. Namun, sedut lemak bukan jalan termudah untuk menghilangkan berat badan atau sebagai jalan untuk membuang lemak dengan cepat. Jalan yang terbaik dan paling selamat adalah dengan menjaga diet dan senaman di samping memperbetulkan ketidakseimbangan hormon. Menjaga makanan dan senaman memperbetulkan fungsi badan dan menghilangkan berat badan. -AP







.

Shilla Amzah : Biar ibu yang pilih jodoh



Shilla Amzah : Biar ibu yang pilih jodoh | Penyanyi Shila Amzah akhirnya menyerahkan soal jodoh dengan mana-mana lelaki pilihan kepada keluarga tanpa perlu untuk dia mempunyai hubungan cinta terlebih dahulu. Menurut Shila, dia telah meminta ibunya, Fauziah Sarman untuk memilih mana-mana lelaki pilihan keluarga sekiranya ada yang sesuai untuk dijadikan suami. "Memang saya meminta ibu carikan jodoh jika ada yang sesuai kerana pilihan mereka pastinya adalah yang terbaik. "Bagaimanapun, andai kata saya bertemu dengan lelaki pilihan sendiri, saya akan pastikan dia seorang yang menghormati keluarga dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan," katanya.

Dalam laporan sama menyebut, Shila bagaimanapun buat masa ini mahu fokus kepada kerjayanya kerana masih lagi serik untuk menjalinkan hubungan cinta dalam masa terdekat. Katanya, selepas kejadian kontroversi cintanya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang dilalui beberapa bulan lalu, dia kini lantang bersuara dan mengambil sikap lebih terbuka dalam melemparkan pandangan.

Kalau dulu dia selalu berhati-hati dalam setiap kenyataan yang diberi mahupun kelakuan. Tapi kini dia sudah penat kerana walaupun sudah meminta maaf, dia tetap akan dikritik. Kerana itu dia mengambil keputusan, selepas ini lebih baik dia bersikap pentingkan diri dan lebih tegas kepada mana-mana pihak yang cuba melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepadanya. -SH





.

Kisah cinta pasangan Hindu-Islam diharamkan


Kisah cinta pasangan Hindu-Islam diharamkan | Kerajaan Pakistan mengharamkan penayangan sebuah filem India yang mengisahkan percintaan pasangan Muslim-Hindu yang dibimbangi akan menyinggung perasaan penonton di negara ini. Filem Raanjhanaa mula ditayangkan pada bulan lalu, namun Lembaga Penapisan Filem Pakistan enggan meluluskan tayangan filem berkenaan di pawagam negara ini. "Cerita dalam filem terbabit mungkin akan menyinggung majoriti penduduk Islam di Pakistan dan boleh mencetuskan kekecohan," kata pengarah lembaga berkenaan, Arshad Ali semalam. Menurut laporan media, filem itu mengisahkan percintaan antara seorang lelaki beragama Hindu dengan seorang wanita beragama Islam. - AFP






.

Permohonan umrah pada Ramadan dibeku


Permohonan umrah pada Ramadan dibeku | Syarikat Darul Mubarak Travel and Tours mengambil pendekatan menutup permohonan melakukan umrah sepanjang bulan Ramadan berikutan masalah pemberian visa kepada jemaah umrah. Pengarah Urusannya, Muhammad Ismi Mat Taib berkata, pihaknya telah memaklumkan lebih awal kepada bakal jemaah umrah, syarikatnya tidak akan membuka permohonan umrah sepanjang Ramadan dan akhir Ramadan bagi tahun ini. Menurutnya, masalah timbul apabila kedutaan Arab Saudi menetapkan syarat sah visa untuk umrah sepanjang Ramadan dan akhir Ramadan hanya 15 hari. “Tempoh sah visa yang diberikan terlalu singkat dan ini akan menyukarkan jemaah umrah sepanjang Ramadan kerana tidak boleh menghabiskan Ramadan di sana.

“Bagi mengelakkan masalah syarikat kami mengambil keputusan untuk menutup permohonan bagi mengerjakan umrah sepanjang Ramadan dan akhir Ramadan,” katanya. Menurutnya, masalah berkenaan hanya berlaku pada tahun ini kerana pada tahun-tahun sebelumnya tidak ada halangan untuk mengerjakan umrah sepanjang Ramadan. “Ramadan sebelum ini tidak timbul sebarang masalah untuk mengerjakan umrah tetapi tahun ini dari awal lagi kami telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

“Apabila perkara ini berlaku ia menimbulkan masalah kepada kami kerana terpaksa menutup permohonan umrah bagi elak sebarang masalah,” katanya. Beliau berkata, perkara itu diharap dapat diselesai dengan baik bagi memastikan hasrat jemaah umrah untuk melakukan umrah sepanjang Ramadan dapat dilaksanakan. “Jika masalah ini berlaku setiap tahun memang akan memberikan kesan kepada syarikat kami malahan mereka yang mahu melakukan umrah juga terpaksa membatalkan hasrat mereka. “Diharapkan ada penyelesaian terbaik berkenaan masalah visa ini supaya isu ini tidak berlarutan terlalu lama,” katanya. -SH




.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!