Thursday, July 4, 2013

Remaja Palestin terkorban dirempuh jip Israel


Seorang remaja Palestin maut akibat dirempuh jip tentera Israel di kampung Dura, menurut jurucakap polis, semalam. Insiden itu dilaporkan berlaku semasa pertempuran antara penunjuk perasaan dan tentera rejim Zionis yang menghalang demonstrasi membantah projek pembinaan 69 unit penempatan haram baru di Baitulmaqdis. Menurut laporan PressTV, Datuk Bandar al-Khalil, Kamel Hamid berkata, mangsa, Moataz Sharawna, 19, tidak bertindak luar kawalan dan hanya mengibarkan bendera kebangsaan sebelum dirempuh secara tiba-tiba. Bagaimanapun, ada laporan awal mendakwa remaja itu sebenarnya maut akibat ditembak tentera Israel. Menurut laporan kumpulan hak asasi manusia, sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel pada separuh tahun pertama 2013 manakala 1790 termasuk wanita dan kanak-kanak pula diculik. -AP





.

Dia dikritik kerana mempertahankan kepercayaan dan agamanya


Dia dikritik kerana mempertahankan kepercayaan dan agamanya | Anggota Parlimen Chifley yang beragama Islam, Ed Husic mempertahankan tindakannya mengangkat sumpah jawatan Kabinet Australia dengan menjunjung al-Quran. Ed daripada Parti Buruh merupakan wakil rakyat pertama beragama Islam dikritik hebat oleh rakyat Australia dalam media-media sosial kerana tindakannya itu. Beliau yang merupakan anak kepada migran Bosnia yang menetap di Australia berkata, beliau faham kebimbangan yang dilahirkan oleh beberapa pihak, namun keputusannya jelas dan mudah iaitu berdasarkan agama yang dianutinya.

''Saya tidak mahu mengangkat sumpah jawatan tanpa berasaskan agama dan dengan menjunjung al-Quran mengukuhkan komitmen saya kepada negara dan rakyat. ''Tidak mungkin saya akan mengangkat sumpah jawatan menggunakan kitab Injil dan saya tidak mahu mengucapkan ikrar,'' katanya. Ed mengangkat sumpah jawatan sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Parlimen Kementerian Jalur Lebar di hadapan Ketua Gabenor, Quentin Bryce pada Isnin lalu.


Selepas majlis tersebut, akaun Ed di laman web Facebook dipenuhi pos-pos yang marah dengan tindakannya menjunjung al-Quran ketika majlis angkat sumpah jawatan tersebut. Pemimpin parti pembangkang, Tony Abbott berkata, rakyat perlu menghormati pilihan Ed. ''Saya menghormati keputusannya. Rakyat Australia juga perlu berbuat demikian,'' katanya. - AGENSI





.

Aneh. Bayi kembar ini lahir di dua negara yang berbeza


Bayi kembar tersebut bernama Dylan Joseph Fox dan Hannah Rose. Biasanya bayi kembar lahir di hospital yang sama dan di satu negara yang sama. Namun berbeza dengan bayi kembar ini, yang lahir di negara berbeza bahkan memiliki jenis kelamin berbeza juga. Donna Keenan (28 tahun) melahirkan bayi pertamanya ketika sedang menonton pertandingan final Euro 2012 di rumah, dia melahirkan dirumah dengan memanggil kumpulan perubatan, kerana tidak sempat ke hospital. Ketika itu bayi pertama, Dylan lahir pramatang dengan selamat.


Dia lahir di rumah datuk dan neneknya yang terletak di England. Dan kembar yang satu lagi lebih sukar keluar. Kumpulan perubatan terpaksa membawa Donna ke gospital untuk melahirkan bayi kembar kedua. Hospital yang dituju adalah hospital yang ada di Scotland. Setelah berjarak 1 jam 40 minit, akhirnya Hanna lahir, si kembar memiliki negara kelahiran yang berbeza dan kewarganegaraan mereka juga berbeza. -AP





.

Lelaki ini sudah berjaya buat kali ke 63


Lelaki ini sudah berjaya buat kali ke 63 | Pengalaman berdepan situasi isterinya mengalami pertumpahan darah sewaktu melahirkan anak sulung menjadi titik tolak kepada seorang pemandu teksi, di sini untuk menjadi penderma darah tegar. A Moses, 58, kini sudah 63 kali menderma darah dan menjadikan ia sebagai rutin sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk menderma. Menurutnya, isterinya tumpah darah pada 11 Disember 1990. "Ketika itu hospital tempat isteri dirawat kehabisan bekalan darah jenis A dan doktor menasihatkan saya melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendapati darah saya sesuai dengan isteri. "Sejak dari itu timbul kesedaran untuk terus menderma darah dan gembira kerana isteri serta anak selamat dilahirkan," katanya.

Moses yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori selama 30 tahun berkata, badannya akan berasa kurang selesa dalam tempoh tiga bulan atau kurang jika tidak menderma darah. "Disebabkan itu, setiap tiga bulan sekali saya akan meluangkan masa ke hospital bagi menderma darah atau menyertai mana-mana program anjuran pelbagai pihak.

"Malah ada ketikanya pihak hospital menghubungi saya untuk hadir menderma darah bagi menambah bekalan darah yang semakin berkurangan," katanya. Katanya, walaupun sudah 63 kali menderma darah, dia belum pernah jatuh sakit. “Saya merasakan satu kepuasan apabila dapat menderma darah walaupun saya tidak tahu siapa yang menerimanya. “Pada 2006 lalu, saya juga secara sukarela mendaftar sebagai penderma organ,” katanya. -SH




P/S - Harap2 lulu dapat buat sebanyak uncle ni.. amin






.

Sindiket curi susu berjenama dalam seluar wanita, kantoi



Sindiket curi susu berjenama dalam seluar wanita, kantoi | Sindiket mencuri susu kanak-kanak berjenama secara berkumpulan kembali aktif di sekitar Muar apabila menjadikan sebuah pasar raya dekat sini, sebagai sasaran. Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam minggu lalu, tujuh lelaki dan lima wanita dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mencuri di pasar raya terbabit. Difahamkan, kumpulan itu dipercayai menggunakan tiga kenderaan mewah dan menyembunyikan susu seberat 1.8 kilogram setiap tin di dalam seluar tiga wanita yang memakai jubah. Pengurus pasar raya itu, Aw Wee Siang berkata, dia menerima maklumat daripada sebuah pasar raya lain yang terlebih dahulu turut berlaku kecurian susu.

 Menurutnya, dia kemudian segera mengarahkan pekerja memeriksa rakaman CCTV dan mendapati beberapa lelaki dan wanita memasuki premis dalam keadaan mencurigakan. “Mereka berpura-pura seperti beli barang dan menggunakan bungkusan biskut untuk melindungi susu dalam troli sebelum ia dibawa ke sudut yang agak tersembunyi untuk dimasukkan ke dalam seluar tiga wanita secara bergilir-gilir sambil dibantu dua lelaki,” katanya. Wee Siang mendakwa, tiga ahli lain pula berada dalam kereta dan selebihnya bertindak sebagai pemerhati di dalam serta luar pasar raya berkenaan. Katanya, tiga wanita berusia dalam lingkungan 40an itu dilihat keluar masuk dalam pasar raya melalui pintu belakang melebihi 10 kali dengan lenggok jalan yang kelihatan agak pelik.

“Apabila sedar sedang diperhatikan, mereka meninggalkan pasar raya ini dengan menaiki kenderaan yang sudah bersedia di luar pasar raya. “Kejadian berlaku sangat pantas dalam tempoh 40 minit ketika pasar raya sesak dengan orang ramai,” katanya. Beliau berkata, pihaknya percaya kumpuan terbabit mempunyai peralatan lengkap untuk membuka besi magnet yang berfungsi sebagai keselamatan yang terdapat pada tin susu itu bagi mengelakkan susu yang diseludup keluar dikesan pihak pasar raya.

“Kali terakhir kejadian seumpama ini berlaku ialah dua tahun lalu dan tidak menyangka ia berulang lagi serta percaya ia dilakukan kumpulan yang sama,” katanya. Katanya, jumlah kerugian dialami sebanyak RM5,000 apabila 40 tin susu telah dicuri. Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan menerima laporan kejadian dan memberitahu usaha menjejaki suspek sedang giat dilakukan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 380 kanun keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya. -SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!