Tuesday, July 2, 2013

SUAMI TAK KUHADAP - REHAN MAKHTAR



Kehidupan sewaktu kecil Nur Syaima, memang sangat perit berbeza dengan orang lain. Ayahnya berkahwin lain dan ibunya meninggal tanpa ayahnya. Dan lebih menyakitkan lagi bila dia melihat ayahnya melebihkan segala-galanya buat ibu dan abang tirinya. Baginya satu-satunya perasaan buat ketiga-tiga mereka adalah dendam. Dia akan pastikan kehidupan mereka sengsara, melebihi sengsara yang dirasainya sejak dari kecil. Namun, berbeza buat Syed Ahmad Budriz, abang tirinya yang menyintai Syaima sejak dari pertama kali mereka bertemu. Dan rasa cinta itu semakin kuat ketika mereka menjadi dewasa.

Nekad menjadikan Syaima miliknya, Budriz merancang suatu kejadian yang tak disangka. Dan ayah Syaima yang salah faham, mengahwinkan mereka, sungguh pun Syaima merayu mengatakan dia difitnah. Walaupun dengan cara yang salah, Budriz terpaksa melakukannya kerana dia terlalu menyintai wanita itu. Dia sedar, dia bukanlah 'suami yang dihadap' oleh Syaima, dan bukan sedikit usaha dan ketabahannya dalam mengejar cinta dari wanita pendendam seperti Syaima.

Berjayakah hubungan mereka? Terlalu banyak halangannya, terutama dari bekas kekasih Syaima, yang nekad melamar Syaima walaupun dia masih bergelar isteri dan juga, nenda Budriz yang terlalu menjaga darah keturunan dan ada rancangan mengahwinkan Budriz dengan Syarifah Nurina yang memiliki darah keturunan yang sama. Bagaimana pula Syaima berhadapan dengan ibu tirinya, yang kini sudah bergelar bonda mertua?? Apakah kisah sebenar mengenai hubungan ayah dan ibunya yang menjadikan dia seorang pendendam?



Tajuk : Suami tak kuhadap
Penulis : Rehan Makhtar
Halaman : 753 muka surat
Harga : RM28/RM31





P/S - Fully recommended by Lulu Caldina





.



Selepas ditukar kerana dikatakan kurang sesuai, inilah nama sebenar anak Natasha Hudson dan maknanya



Selepas ditukar kerana dikatakan kurang sesuai, inilah nama sebenar anak Natasha Hudson dan maknanya | UMUM mengetahui bahawa pelakon dan model Natasha Hudson selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 April lalu. Bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan bersama Carleed Khaza dan mereka telah sepakat menamakan bayi comel itu, Naeema Taqiyyah yang membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa. Namun, setelah merujuk nama berkenaan kepada ulama dan mufti, Taqiyyah turut membawa maksud lain yang kurang bersesuaian.

Bukan itu sahaja, malah peminat yang mengikuti perkembangan Natasha dan anaknya di laman Instagram turut bertanyakan makna nama anak kedua Natasha itu. Melalui laman berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 31, menjelaskan perkara itu telah dirujuk kepada pihak ulama dan dia telah menukar nama anaknya itu kepada Naeema Kalila. "Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah.

"Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik. "Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," katanya. Naeema Kalila adalah cahaya mata pertama Natasha bersama Carleed setelah mereka berkahwin pada April 2012 lalu. Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha. Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon filem Langgar ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena, 5. -SH





.

Lelaki itu maut tertembak kepala sendiri


Lelaki itu maut tertembak kepala sendiri | Seorang bekas peniaga ikan arowana maut apabila tertembak dirinya sendiri di sebuah tokong di bawah sebuah flat di Jalan Perak petang semalam. Mangsa, Goh Kim Leong, 50, dikatakan mengamuk sebelum tertembak belakang kepalanya sebelah kanan dan maut serta merta di tempat kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.10 petang. Mangsa yang berasal dari Balik Pulau dan tinggal di Batu Lanchang itu meminta anaknya yang berusia 22 tahun menghantarnya ke tokong berkenaan. “Dari keterangan awal saksi, mangsa yang baru sampai di tokong berkenaan didapati dalam keadaan marah-marah dan mengamuk. Mangsa kemudian meminta empat lelaki yang berada di dalam tokong ketika itu supaya beredar. "Menyedari mangsa mempunyai senjata, tiga daripada lelaki berkenaan lari menyelamatkan diri manakala seorang lagi tidak sempat berbuat demikian,” katanya kepada media di tempat kejadian semalam.

Menurutnya, selang beberapa minit kemudian, mereka terdengar bunyi tembakan dan mangsa rebah di dalam tokong berkenaan. “Hasil siasatan, kita menjumpai sepucuk pistol semi automatik, sebutir peluru dalam kelopak peluru berukuran 9 milimeter (mm), sebutir peluru lagi dalam pistol dan satu kelongsong peluru jenis sama di tempat kejadian. "Siasatan awal, kita klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Kita juga dibantu Jabatan Forensik dan Patalogi Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian. Setakat ini, punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Mazlan berkata, keempat-empat saksi mengenali mangsa kerana pernah tinggal di situ dan mereka dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan. “Kes ini disiasat bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api kerana memiliki pistol dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana membunuh diri,” katanya. Difahamkan, mangsa mempunyai dua isteri yang mana isteri pertamanya tinggal di flat yang terletak di tokong berkenaan. Mangsa mempunyai empat anak bersama isteri pertamanya manakala seorang dengan isteri kedua. -SH




.

Resort terbaru milik Genting Malaysia



Resort terbaru milik Genting Malaysia | GENTING Malaysia Bhd (Genting Malaysia) mengumumkan pelancaran Resort World Bimini di Bahamas, sebuah tambahan terbaru untuk jenama Resort World menerusi kerjasama bersama pemaju resort, RAV Bahamas Limited. Pelancaran butik dan kasino terbaru di Bahamas itu merupakan langkah ke hadapan untuk Genting Malaysia sebagai salah satu perkembangan antarabangsa untuk ke Amerika. Terletak kurang dari 50 batu nautika atau dua jam dari bandar Miami, resort mewah tepi pantai yang dibangunkan di atas tanah seluas 750 ekar terdiri daripada vila, penginapan, restoran, perkampungan nelayan dengan pelbagai pilihan tempat makan dan membeli belah serta marina terbesar di Bahamas.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia, Tan Sri Lim Kok Thay berkata, pulau Bimini mempunyai bandar bersejarah yang unik dan antara destinasi terbaik di dunia untuk aktiviti menyelam. Syarikat juga baru-baru ini melancarkan jenama baru Bimini Super Fast, sebuah kapal pelayaran 32,000 tan yang akan berlayar pergi dan balik di antara Miami dan Bimini dua hari sekali. “Dengan kelajuan sehingga 30 knots, kapal binaan Jerman ini adalah salah satu kapal pelayaran terpantas di Amerika. Idea kami adalah untuk beri pelanggan pelayaran dan perkhidmatan terbaik serta kemudahan di atas kapal terbaru ini,” katanya. -SH





.

Inilah permintaan Diana Danielle sebelum bersalin


Inilah permintaan Diana Danielle sebelum bersalin | Dalam pada ramai yang masih keliru kekecohan berita Diana Danielle dikatakan sudah lama selamat melahirkan seorang cahaya mata, akhirnya pelakon kesayangan ramai ini tampil dengan khabar berita yang menyakinkan - bahawa dia belum bersalin dan kini sedang menunggu hari. Dan seperti mana menurut suaminya Farid Kamil, Diana Danielle dijangka bersalin pada 15 Julai ini.


Perkhabaran terkini, menerusi laman Instagram miliknya, Diana yang kini berada di Australia memohon agar semua rakan dan ahli keluarga mendoakan yang terbaik buat dirinya. Semoga DD dan baiknya berada dalam keadaan selamat dan sama-sama kita nantikan berita gembira darinya nanti. -MD

Kekasih baru Shila Amzah juga seorang artis?


Kekasih baru Shila Amzah juga seorang artis? | Penyanyi Awi Rafael, 27, nafi pernah menjalin hubungan cinta dengan Shila Amzah, 23, sebelum ini. Sebaliknya penyanyi yang popular dengan lagu "Pulanglah" dan "Asalkan Aku Ok" itu berkata, hubungannya dengan Shila tidak melebihi batasan sebagai rakan artis seperti mana hubungannya dengan artis lain. Gosip Awi pernah menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih Sharnaaz Ahmad itu timbul selepas dia putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya, baru-baru ini.

Menurut Awi, hubungannya dengan Shila yang dikenali sewaktu sama-sama belum berada di tahap sekarang, adalah sama seperti mana dia berkawan dengan artis wanita lain. "Saya ikhlas berkawan dengan Shila dan tidak pernah terfikir bercinta pun waktu itu. Hubungan kami seperti rakan-rakan artis lain. Sebagai rakan artis saya gembira dengan pencapaiannya dalam bidang seni. "Buat masa sekarang fokus utama saya adalah karier, tentang masa depan itu biar Allah yang tentukan.

Lagipun saya baru sahaja putus cinta, jadi mana mungkin saya mencari cinta baru buat masa ini," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini. Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, yang juga komposer itu berkata, dia ingin memberi tumpuan kepada bidang nyanyian dan lakonan. - Utusan





.

Berita baik buat guru


Berita baik buat guru | Kementerian Pendidikan bersedia mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, memberitahu Dewan Rakyat semalam, adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas. Beri sokongan “Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang sudah berkahwin. “Ini atas dasar kemanusiaan... tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan,” katanya. -BH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!