Saturday, June 29, 2013

Gambar dasar Lautan Pasifik menjadi satu tempat pembuangan sampah besar-besaran


Satu kajian yang dijalankan mendapati, dasar Lautan Pasifik menjadi satu tempat pembuangan sampah besar-besaran oleh individu tidak bertanggungjawab. Perkara itu didedahkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterey (MBARI), yang melakukan rakaman lebih 18,000 jam di laut dalam menggunakan kenderaan dikawal alat kawalan jauh. Para penyelidik meninjau dasar lautan itu pada kedalaman 3962.4 meter dan menemukan sampah di setiap tempat yang mereka terokai. Kenderaan laut dalam meninjau kawasan-kawasan selam skuba di sepanjang West Coast dari Teluk California ke Pulau Vancouver dan menemukan longgokan plastik, logam, serpihan memancing dan sampah lain di Monterey Canyon, di luar pantai California.

Selepas melakukan 200 selaman, penyelidik mendapati, Monterey Canyon merupakan lokasi paling tercemar kerana lebih banyak sampah dijumpai di kawasan tersebut berbanding tempat lain. Di gaung laut dalam di luar pantai California sahaja, penyelidik mendapati lebih 1,150 serpihan sampah berada di dasar lautan.

Mereka tidak menemukan serpihan sampah secara rawak di seluruh lantai Pasifik, sebaliknya penyelidik menemukan serpihan yang terkumpul di lereng laut dalam dan kawasan berbatu. Terdapat lebih banyak sampah ditemukan di kawasan yang lebih dalam berbanding tempat-tempat yang lebih cetek. "Saya terkejut apabila menemukan lebih banyak sampah di laut dalam. Kita biasanya tidak memikirkan bahawa aktiviti harian kita mampu menjejaskan hidupan yang berada pada kedalaman dua batu di lautan,'' kata penulis utama kajian, Kyra Schlining. - AGENSI





.

Gambar anak Kim Kardashian dan Kanye West tersebar?


Gambar anak Kim Kardashian dan Kanye West tersebar? | PENANTIAN Kim Kardashian dan Kanye West berakhir dengan kehadiran cahaya mata yang diberi nama North West. Memanggil bayi itu dengan gelaran Nori, menurut sumber, pasangan ini sangat bahagia dengan fasa baru kehidupan mereka dan tidak sabar melihat puteri mereka itu membesar di depan mata. "Sehingga kini, Kim dan Kanye masih belum sedia mendedahkan anak mereka kepada umum.


"Bila tiba masanya, mereka akan memperkenalkan puteri mereka itu," kata sumber tersebut. Bagaimanapun, sekeping foto yang didakwa anak kepada pasangan itu sudah tersebar di internet. Sejauh manakah kebenarannya, baik Kardashian mahupun West, enggan mengesahkan perkara tersebut. -AP






.

Wanita berusia 100 tahun berjaya menamatkan persekolahannya di sekolah rendah


Wanita berusia 100 tahun berjaya menamatkan persekolahannya di sekolah rendah | Seorang wanita dari Mexico akhirnya berjaya menamatkan persekolahannya di sebuah sekolah rendah pada usia 100 tahun. Manuela Hernandez dilahirkan di selatan Oaxaca pada 1913 hanya sempat mengikuti persekolahan selama setahun sebelum Perang Dunia Pertama tercetus. “Ketika itu saya terpaksa berhenti sekolah bagi membantu keluarga dengan melakukan kerja-kerja rumah,” katanya yang dipetik dari laporan Reuters. Menurutnya, hasrat meneruskan persekolahan itu disuarakan cucunya ketika beliau berusia 99 tahun. “Saya suka pergi ke sekolah dan pada tahun hadapan saya akan meneruskan persekolahan peringat menengah,” katanya. -SH





.

Akhirnya pembunuhan Dirang dapat pembelaan.. Pelakunya di hukum gantung sampai mati


Akhirnya pembunuhan Dirang dapat pembelaan.. Pelakunya di hukum gantung sampai mati | Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang. Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Dirang dilaporkan hilang 1 Mac tahun lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam. Kehilangannya menjadi sebuah misteri sehingga DNA rangka manusia yang ditemui seminggu selepas itu merungkai segala-galanya. Rangka Dirang ditemui pada 8 Mac dan punca kematian adalah bunuh dan dibakar. -MD





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!