Thursday, June 20, 2013

Gempar : Pelatih PLKN Melahirkan Bayi Lelaki Di Tandas Kem



Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut pada Rabu. Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini. Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.

 Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki. "Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - Bernama






.

Kontroversi terkini pelakon Shah Jaszle



Kontroversi terkini pelakon Shah Jaszle | Kisah kontroversi Shah Jaszle bersambung lagi hari ini. Pekembangan terkini, mungkin kerana sakit hati dan bengang dengan keputusan Redzwani Puteri yang mahu memutuskan pertunangan, Shah Jaszle dikatakan telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khalwatnya, Farah yang menjadi ‘punca’. Dalam sebuah blog hiburan menyebut, aktor itu memang benar benar melepaskan amarahnya petang semalam dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun tidak diketahui butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tetapi khabarnya pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini. -MD





.

Oh malangnya.. Pelari pecut Jamaica ini dilarang sertai kejohanan kerana positif dad@h


Pelari pecut Jamaica ini dilarang sertai kejohanan kerana positif dadah | Pemenang dua kali pingat emas acara 200 meter Sukan Olimpik dari Jamaica Veronica Campbell-Brown diharamkan menyertai mana-mana kejohanan olahraga ekoran positif ujian dadah dalam satu pertandingan bulan lalu. ``Persatuan Olahraga Jamaica mengesahkan kes melibatkan Veronica Campbell-Brown masih berjalan.


Buat masa ini dia dilarang menyertai mana-mana pertandingan sehingga jawatankuasa disiplin menentukan tarikh perbicaraan,’’ kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan olahraga itu. - Agensi

Gambar keadaan jerebu di Singapura


Gambar keadaan jerebu di Singapura | Keadaan berjerebu meruncing di Singapura dengan Indeks Standard Pencemaran mencecah paras tidak sihat pada 170 pada 2 petang. Dalam pos di Facebooknya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata: "Kami sedang memantau keadaan dari dekat dan akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Indonesia. "Kita semua terjejas oleh jerebu. Petani dan pemilik ladang di Sumatra sedang membakar tanaman mereka untuk membersihkan tanah semasa musim kering, dan malangnya angin meniup asap menghala ke Singapura.


"Menteri Vivian (Menteri bagi Alam Sekitar dan Sumber Air Dr Vivian Balakrishnan) dan Menteri Shanmugam (Menteri Luar dan Undang-undang K. Shanmugam) telah menghubungi rakan sejawatan mereka di Indonesia bagi menyatakan perhatian berat kita dan menawarkan bantuan untuk memadamkan kebakaran," kata Lee.


Sementara itu, perdana menteri menasihatkan rakyat Singapura supaya duduk di rumah, terutama kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mudah mendapat gangguan pernafasan. Jerebu asap dari kebakaran di Sumatra dibawa oleh angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, dan telah menjejas Singapura sejak 13 Jun lalu. Keadaan berjerebu ini dijangka berterusan selama beberapa hari lagi. - Bernama





.

11 gambar kebakaran besar di Kampung Datu, Sibu Sarawak


11 gambar kebakaran besar di Kampung Datu, Sibu Sarawak | Kira-kira 500 penduduk di Kampung Datu di sini tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan 100 buah rumah kayu milik mereka petang semalam.


Kebakaran kira-kira pukul 4 petang itu dikatakan bermula daripada hanya sebuah rumah sebelum merebak ke rumah lain.


Bagaimanapun kebakaran yang turut mengakibatkan ruang udara di kawasan berdekatan dipenuhi kepulan asap hitam tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.


Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi dan Penyelamat Bomba negeri, Penguasa Bomba Hussin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 4.02 petang dan hanya melibatkan sebuah rumah kosong.


Katanya, bomba yang tiba lima minit kemudian di tempat kejadian mendapati api marak dengan cepat sehingga membakar 15 buah rumah lain.


"Bomba menerima panggilan daripada penduduk yang memberitahu terdapat sebuah rumah kosong jenis kayu terbakar sebelum api mula merebak ke rumah lain di situ.


"Seramai 48 anggota bomba melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Kanowit dan Sungai Merah yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Ja'afar sedang mengawal keadaan daripada merebak," katanya.








Hussin berkata, sehingga pukul 7 petang semalam anggota bomba masih berusaha mengawal keadaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.


Difahamkan, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abang Dali untuk sementara waktu. -Utusan













P/S - Kredit gambar dari FB




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!