Monday, June 10, 2013

KISAH NAZ DAN KHAALISH - HANINA ABDULLAH




Seronoknya membaca hasil tulisan penulis ini. Novel pertamanya 'Projek Memikat Suami' memang sangat best, dan keseronokkan itu turut dirasakan dalam novel terbarunya ini.

Kisah mengenai Naz dan Khaalish yang pernah ditunangkan 4 tahun yang lalu, disebabkan mummy Khalish ingin menjauhkannya dari seorang wanita, Ilsa yang nekad menjadikan Khaalish suaminya. Terasa dipergunakan setelah selama menjadi tunang, Khaalish tidak ambil tahu mengenainya, Naz kecewa dan merantau membawa diri keserata dunia. Namun pada suatu hari, dia dipertemukan dengan Khaalish, di Bali. Asyik Naz memandang, membuatkan perhatian Khaalish tertumpu pada gadis yang bertudung itu.. Dalam hati dia tertanya-tanya, pernah ke dia mengenali gadis bertudung itu? Pertemuan dan perbualan diantara mereka membuahkan pelbagai persoalan didalam hati Khaalish. Dan dia nekad menyiasat siapa sebenarnya gadis itu.

Bila dia mengetahui bahawa gadis itu adalah 'tunang'nya, dia terkejut mendapat tahu betapa menderitanya gadis itu selepas menjadi 'tunang teknikalnya'. Dek kerana telah jatuh hati pada Naz, dia sanggup 'terbang' ke mana saja Naz berada. Dia nekad memperisterikan Naz, namun Naz yang enggan, berusaha untuk mengelak. Akhirnya, berkat kesungguhan Khaalish, dia berjaya memperisterikan Naz. Namun, kebahagiaan itu nampaknya tergugat dengan kehadiran semula Ilsa, yang nampaknya nekad kembali merampas Khaalish menjadi suaminya.. Berjayakah Ilsa? Adakah Khaalish akan tinggalkan Naz? Dan adakah Naz akan kecewa buat kali kedua??

Jom baca hasil tulisan penulis yang berbakat ini. Dapatkan novel terbaik ini dan pasti akan berbaloi dijadikan koleksi peribadi :)


Tajuk : Kisah Naz dan Khaalish
Penulis : Hanina Abdullah
Halaman : 533 muka surat
Harga : RM22/RM25



P/S - Fully recommended by Lulu Caldina






.

Pesawat tergelincir, 8 orang cedera


Sebuah pesawat MA-60 yang dikendalikan oleh Merpati Airlines tergelincir di landasan Lapangan Terbang El Tari di sini, Isnin. Kesemua 46 penumpang bagaimanapun selamat dalam kejadian itu. Seorang pegawai lapangan terbang berkata, terdapat sebahagian penumpang yang cedera namun tiada kematian yang dilaporkan. Ketua pihak berkuasa lapangan terbang, Imam Pramono berkata, pesawat enjin berkembar turbo MA-60 buatan China itu mengalami kesukaran sewaktu mendarat di Lapangan El Tari di Kupang.


Beberapa saksi berkata, sekurang-kurangnya lapan orang cedera dan kesemua mereka dikejarkan ke hospital tentera udara. Punca kejadian masih dalam siasatan. Pada Mei lalu, sebuah lagi pesawat MA-60 yang diterbangkan oleh Merpati Airlines terhempas di laut timur Indonesia, mengorbankan kesemua penumpang. - AP





.

Selamat dikebumikan.. Al-fatihah...



Jenazah seniwati Latifah Omar yang meninggal dunia akibat penyakit usus semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat di sini hari ini. Terdahulu, jenazah allahyarham disempurnakan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah, AU3 di sini sebelum disemadikan pada kira-kira 11.20 pagi. Latifah, 74, menghembuskan nafas terakhir pada 6.19 petang Ahad di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Antara yang hadir pada mahlis pengebumian itu ialah Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Raja Rozaime Raja Dalnish Shah dan timbalannya Fatimah Ahmad. Raja Rozaime turut menyampaikan sumbangan khairat kematian RM5,000 daripada Finas kepada anak sulung allahyarham, Affendi Rahmat.

Turut hadir ialah Datuk Rosnani Jamil, Datuk Maria Menado, Datuk Aziz Satar, Datuk D.J Dave, Datuk Mustafa Maarof, Datuk Sarimah Ahmad, Aspalela Abdullah dan Lydiawati. Latifah, seniwati filem Melayu yang sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad selain Tan Sri P. Ramlee, Normadiah, Yusof Latif dan Ibrahim Pendek, meninggalkan empat anak dan lapan cucu. Allahyarham pernah membintangi filem Panggilan Pulau, Bawang Putih Bawang Merah, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Hang Jebat dan Hati Batu. Sementara itu, Maria berkata, beliau amat merasai kehilangan Allahyarham kerana hubungan mereka sangat rapat sehingga Latifah memanggil dirinya sebagai 'sis' (kakak).

"Arwah manja dengan saya dan kami pernah berkongsi bilik semasa menghadiri festival filem di Kuala Lumpur pada 1961 dan berpeluang minum petang bersama perdana menteri pada masa itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj," katanya semasa ditemui Bernama. Maria yang bersyukur kerana sempat menziarahi Allahyarham di PPUKM pada Jumaat lepas, juga menyifatkan arwah sebagai seorang yang tidak pernah mengeluh dan tidak suka membebankan rakan meskipun berada dalam keadaan susah. Aziz pula berkata, kehilangan Latifah amat dirasai apatah lagi pemergian Allahyarham tidak sampai seminggu selepas rakan seangkatannya Allahyarham S. Shamsuddin meninggal dunia di Singapura.

"Arwah pendiam orangnya tapi saya gemar mengusik dan bergurau. Semasa tinggal di Jalan Ampas (Singapura), arwah menyewa bilik bersama seniwati Saadiah dan saya sering ke situ pada waktu petang untuk mengusiknya kerana dia tidak mudah ambil hati," katanya. Aziz menambah, hubungan mereka bertambah rapat selepas Latifah membantu beliau untuk berkahwin dengan isteri pertamanya Siti Rumia Ahmad yang secara kebetulan adalah rakan sekelas arwah di Kampung Baru di sini. Rosnani pula memberitahu, beliau terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat Allahyarham mahu bercuti dan menikmati masakannya di Janda Baik, Pahang. - BERNAMA





.

Wanita ini diarah bayar USD 90,000 kerana meletakkan kenderaannya selama 9 tahun disitu


Seorang wanita Jerman terpaksa bayar parkir sebesar 90,000 dollar AS. Ini disebabkan, dia telah memarkir kenderaannya selama sembilan tahun. Nasib baik dia tidak harus membayar denda parkir yang sangat mahal itu. Dia hanya diwajibkan membayar denda sebesar 9,086 dollar AS. Jumlah parkir yang sangat mahal itu dikira berdasarkan nilai standard sebesar 2,596 dollar AS sehari selama sembilan tahun. ”Wanita itu memiliki wang, dia ada pekerjaan dan mempunyai wang,” ujar Claus Schnell, direktor syarikat pengelola kawasan parkir Bavaria Parkgaragen. Schnell mengakui kejadian ini aneh, tetapi pernah terjadi. Kenapa agaknya sembilan tahun ya?





.

Suami cemburu pukul isteri hingga mati


Seorang lelaki Sri Lanka berusia 51 tahun dihukum 17 tahun penjara, kerana memukul isterinya dengan tukul hingga mati, di Australia. Dalam perbicaraan, perkahwinan pasangan suami isteri yang berasal dari Sri Lanka selalu dalam masalah, sejak mereka pindah ke Australia pada 2005. Kekerasan dalam rumah tangga pasangan itu memuncak, setelah si isteri ditangkap curang dengan rakan kerjanya pada 2010. Tahu isterinya curang, Silva, lelaki itu, lantas mengupah detektif swasta untuk menyiasat si isteri.

Meskipun si isteri mengakhiri kecurangannya, Silva tetap memaksa isterinya berhenti kerja. Akibat dari cemburu yang tak hilang, Silva telah membeli tukul sehari sebelum pembunuhan, yang dia akui untuk alatan rumah. Silva menangis ketika Hakim Agung Australia Barat, Lindy Jenkins menjatuhkan hukuman 17 tahun penjara. Silva bernasib baik, kerana dia masih memiliki kasih sayang dan sokongan dari kedua anaknya, yang menulis surat ke mahkamah untuk menyokong ayah mereka. -AP






.

Ayah sanggup pukul anak kerana dirasuki roh jahat


Seorang lelaki Virgina, Amerika Syarikat, dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun, kerana membunuh anaknya berusia 2 tahun dalam upacara pengusiran roh halus. Eder Guzman-Rodriguez (30), dihukum di mahkamah Floyd County. Sebelum ini dia menolak tuduhan telah melakukan pembunuhan terhadap anak perempuannya, Jocelyn, pada November 2011. Dalam pemeriksaan polis, Eder mengatakan anaknya telah dirasuki setan, dan dia berusaha mengusirnya keluar. Pendakwa Commonwealth Stephanie Shortt mengatakan, anggota polis yang petama kali tiba di lokasi pembunuhan melihat, beberapa orang warga hispanik memegang kitab berdiri di garaj rumah milik Eder.

Tubuh kanak-kanak itu ditemukan di atas tempat tidur bilik utama, terbungkus di dalam selimut dan sudah dalam keadaan tidak bernafas. Sementara beberapa kitab dan bahan keagamaan lainnya, ditemukan bertebaran di dalam bilik itu. Eder juga mengaku dirinya turut dirasuki roh jahat, sehingga dia boleh melihat anaknya memberikan isyarat kepadanya, seolah-olah dia ingin melawan. Hal itu membuat Eder memukulnya berulang-ulang dengan tangan. Hal itu membuat tulang rusuk Jocelyn patah, juga luka, dan kecederaan serius pada paru-parunya, sebelum kemudian mengalami pendarahan, dan meninggal dunia kerana sesak nafas. -Agensi






.

Adakah dunia sudah terbalik?


Seekor anjing menyelamatkan seorang bayi daripada mati yang dibuang di tapak pembuangan sampah. Anjing itu dinobatkan sebagai wira kerana menyelamatkan bayi perempuan yang diletakkan dalam beg plastik. Anjing itu telah membawa bungkusan beg plastik pulang ke rumahnya dan diserahkan kepada pemiliknya, Gumnerd Thongmak dan menyalak kuat untuk menarik perhatian. Anak saudara Gumnerd, Sudarat, 12, kemudian membuka beg plastik itu dan mendapati di dalamnya ialah seorang bayi perempuan.


Pemilik anjing tersebut kemudiannya terus menghantar bayi tersebut ke hospital. Menurut Gumnerd, anjingnya tidak pernah membawa sebarang bungkusan pulang ke rumah sebelum ini tetapi hanya akan menyalak dengan garang jika bertemu dengan orang luar. Menurut doktor, bayi malang itu dilahirkan pra matang kerana beratnya hanya empat paun tetapi berada dalam keadaan sihat. Pihak berkuasa masih lagi berusaha menjejaki ibu bapa bayi berkenaan. -AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!