Sunday, June 9, 2013

Hina islam melalui facebook, pengguna ini di kecam


Seorang lagi pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina Islam selain membuat penghinaan melampau terhadap junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Perbuatan biadab oleh pengguna Facebook berkenaan yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani didedahkan sebuah blog di dalam satu entrinya bertarikh 5 Jun lalu. Blog Just Read ketika mendedahkan Facebook berkenaan hanya menulis Another one! See for yourself! (Seorang lagi! Lihat sendiri!) Sementara itu, pengikut-pengikut blog berkenaan mengecam serta mengutuk keras tindakan individu terbabit ekoran penghinaan melampau dilakukan terhadap Islam dan Rasulullah SAW. Antaranya, seorang pengikut yang menamakan dirinya sebagai Dayak Laut berkata: "Apa yang perlu ditunggu lagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Tangkap lelaki ini dan fail kes terhadap beliau. Saya mahu melihat dia pergi ke mahkamah dan dihantar ke penjara!"

Alam Maya pula berkata: "Kenapakah makin meningkat penghinaan terhadap Islam oleh golongan pemuda keturunan Cina di Malaysia ini? Tidakkah mereka sedar bahawa negara ini dihuni oleh pelbagai kaum dan agama? "Tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan mereka mudah dikesan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang? Dalam pada itu, pengikut blog Just Read yang dikenali sebagai Panas Baran menyebut: "Ini paling biadab! Patut dikenakan hukuman penjara. Dia lebih selamat di dalam daripada di luar ini."

Pendapat sama dinyatakan oleh Penangan: "Inilah pelampau namanya. Tindakan tegas perlu diambil ke atas orang ini. "Dalam kita menganjurkan perpaduan sesama pelbagai kaum dan agama, masih ramai yang begini. Biarlah dikenakan tindakan tegas sebagai panduan kepada yang lain." Seorang lagi pengikut dengan tegas mahu Kementerian Dalam Negeri bertindak menangkap individu yang melakukan penghinaan tersebut. - Utusan




.

Inilah wanita yang dikatakan punca pemimpin yang satu ini bercerai


Perceraian Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan bekas isterinya Lyudmila, dipercayai berpunca daripada hubungan sulit pemimpin tersebut dengan bekas ahli gimnastik kebangsaan, Alina Kabayeva yang terjalin sejak beberapa tahun lalu. Kabayeva yang dipercayai pernah melahirkan anak hasil hubungan dengan Putin, kini merupakan seorang ahli politik selepas bersara dari sukan gimnastik. Khabar angin tentang skandal mereka berdua timbul kira-kira lima tahun lepas apabila sebuah akhbar Rusia milik Alexander Lebedev melaporkan, Putin mahu mengahwini Kabayeva.

Bagaimanapun, laporan terbabit dinafikan Putin dan syarikat akhbar itu ditutup tidak lama kemudian, dipercayai disebabkan kemarahan Presiden Rusia tersebut. Sejak itu, beberapa laporan lain timbul dengan dakwaan Kabayeva mempunyai seorang bayi hasil hubungan sulit dengan Putin, namun kedua-dua mereka menafikan laporan tersebut.

Putin dan Lyudmila semalam mengumumkan penceraian mereka selepas 30 tahun berkahwin dalam satu program wawancara televisyen yang diadakan pada sebelah malam selepas mereka menonton persembahan balet. Sebelum persembahan tarian itu, pemimpin berusia 60 tahun tersebut dilihat masih memakai cincin perkahwinannya, namun tidak memakai lagi cincin tersebut selepas persembahan dan ketika diwawancara. - AGENSI





.

Gambar bayi Farid Kamil dan Diana Danielle


Agak terkejut juga membaca laporan akhbar Kosmo! hari ini, yang pelakon Diana Danielle sudah selamat bersalin di Australia hasil perkongsian hidup dengan pengarah dan pelakon Farid Kamil. Untuk rekod, Farid Kamil dan Diana Danielle telah melangsungkan pernikahan pada 3 November 2012, .dan dua minggu selepas itu Diana mengumumkan dia telah mengandung dan pengumuman itu menimbulkan spekulasi.

Ini ialah kerana sepanjang pemerhatian kami, tiada sebarang kemas kini mengenai kelahiran anak mereka di media sosial yang dimiliki dan dikendalikan oleh kedua-dua pelakon tersebut sehingga ke hari ini. Namun sebentar tadi, Farid Kamil telah memuat naik gambar dirinya sedang mungucup pipi seorang bayi comel di Instagram. Jadi memang benar berita Diana Danielle telah selamat melahirkan anak tersebut. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua di atas kelahiran bayi lelaki mereka. -BeautifulNara





.

Pelakon utama Supernatural, menimang cahaya mata pertama



PELAKON utama siri TV popular, Supernatural, Jensen Ackles dan isterinya, Danneel Harris menimang cahaya mata pertama, minggu lalu. Pelakon berusia 34 tahun itu, memaklumkan berita gembira tersebut di laman mikro Twitter miliknya. “Kami dengan gembira mahu mengumumkan kelahiran permata hati kami, Justice Jay ‘JJ’ Ackles,” tulisnya. Bayi perempuan itu dilahirkan pada 30 Mei lalu itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2010 di kampung halaman Jensen yang terletak di Dallas, Texas. -AP





.

Nelson Mandela kini kritikal akibat jangkitan pada paru-paru


Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela kini berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan pada paru-paru. Mandela, 94 mula jatuh sakit dalam bebrapa hari lalu dan keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di Pretoria. Menurut jurucakap Presiden, Mac Maharaj, Mandela mengalami isu kesihatan dan terpaksa berulang-alik ke hospital dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

April lalu, beliau keluar dari hospital selepas ditahan di wad selama 10 hari akibat mengalami pneumonia. Penyakitnya kini berulang kembali sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan. “Mandela kini sedang menerima rawatan pakar dan segalanya dalam keadaan baik,” katanya kepada BBC. -AP





.

Bayi malang ini dibuang?



Penduduk Taman Nesa, di sini dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah kuil pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, bayi lelaki yang baru berusia seminggu itu ditinggalkan di kuil berkenaan dalam keadaan lengkap berpakaian. Kehadiran bayi itu disedari seorang sami yang kebetulan datang ke kuil itu untuk menjalankan upacara keagamaan. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner, Jaafar Baba berkata, pemeriksaan secara fizikal ke atas bayi berkenaan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dikesan.

Bagaimanapun katanya, bayi berkenaan telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan lanjut. “Kita akan maklumkan kes ini kepadan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan pengawasan. “Polis akan meneruskan siasatan bagi mengesan individu terlibat termasuk ibu bapa bayi berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Shafarin Abd Samad, 22, berkata, bayi berkenaan dimasukkan dalam sebuah bakul rotan lama yang dialas menggunakan kain lampin dan diletakkan di atas meja yang terdapat di kuil itu. “Sebaik sami itu maklumkan kepada penduduk ada bayi, kami datang untuk melihat bayi itu. "Bayi itu nampak macam sihat sahaja, mungkin masih baru sebab tali pusat belum tanggal,” katanya. -SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!