Thursday, June 6, 2013

Lelaki itu terselamat walaupun terlibat dalam kemalangan yang mengerikan


Seorang lelaki di China terselamat daripada satu kemalangan jalan raya yang mengerikan tanpa sebarang kecederaan. Kejadian berlaku apabila kereta milik Chen Wu dilanggar oleh sebuah bas dari arah belakang ketika berhenti di kawasan lampu isyarat di satu daerah di Beijing, baru-baru ini. Insiden itu menyebabkan bas tersebut berada di atas kereta Chen Wu sehingga menyebabkan bumbung kereta mangsa remuk. Jika dilihat daripada keadaan kereta Chen Wu, mungkin ramai yang tidak akan percaya mangsa akan terselamat. Namun, apa yang mengejutkan, Chen Wu bukan sahaja terselamat tetapi juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Keadaan menjadi gelap dan bumbung kereta saya mula menghempap saya," kata mangsa kepada pihak polis yang dipetik daripada Daily Mail. Pasukan bomba yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa selama lima jam untuk memotong beberapa bahagian kereta mangsa sebelum menarik keluar Chen Wu. Menurut polis, pemandu bas mendakwa mengalami masalah brek tetapi saksi memberitahu, pemandu bas itu terlalu awal bergerak sebelum lampu isyarat bertukar hijau. - AGENSI






.

Destinasi bulan madu Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin


Sebelum ini pelakon kacak, Izzue Islam, 23, pernah memberitahu yang dia beruntung kerana memperisterikan seorang wanita iaitu Awin Nurin yang sangat memahami dan bukan seorang cemburu. Masih lagi dalam mood pengantin baru, baru-baru ini Izzue mengkhabarkan pada hujung tahun ini dia dan Awin akan ke bercuti ke Disneyland, HongKong dan Macau. Bagaimanapun, oleh kerana sikap isterinya yang terlalu sporting itu, Izzue akan membawa sekali peminat-peminatnya bercuti bersama. Biar betul? "Sebenarnya pihak Safir Go Travel datang dan mencadangkan pada saya mengenai percutian bersama peminat. Ini satu kesempatan yang baik dan lagipun ni pertama kali saya bercuti bersama peminat-peminat saya. Saya pun tak pernah cuti keluar negara sebelum ni. Ni kali pertama. Saya dengar dua tempat ini memang punya tarikan tersendiri.

"Rasa teruja lebih-lebih lagi bersama peminat-peminat. Sambil melancong, ini juga peluang saya dan mengenali lebih rapat lagi dengan mereka. Kita juga akan ada pelbagai aktiviti sampingan menarik yang akan diatur nanti. Masih ada ruang lagi kepada peminat yang nak menyertai percutian ni. Menurut Izzue, pemilihan dua destinasi itu adalah persetujuan bersama antara dia Safir Go Travel. Dengan pakej RM3855, percutian selama 6 hari 5 malam ini akan diadakan pada 15 hingga 20 Disember 2013. Makklumat lanjut boleh layari www.safirgotravel.com Ditanya adakah percutian ini juga sebagai percutian bulan madu dia dan isterinya dan adakah ini bermakna saat-saat manis yang akan dilaluinya bersama Awin nanti, dalam masa sama turut dikongsikan dengan peminat-peminatnya?

Jawab Izzue, "(gelak) Sebenarnya persetujuan antara saya dan pihak Safir Go Travel dah dibuat sebelum kami berdua berkahwin lagi. Pakej ini dinamakan 'Jom melancong bersama Izzue Islam ke Hong Kong Disneyland dan Macau'. Macam yang saya pernah kata, isteri saya seorang yang sangat memahami. Dia tiada masalah. "Boleh jadi juga percutian ni sebagai honeymoon kami. Tapi sebenarnya kalau kami berdua ada masa dalam tempoh hingga sebelum hujung tahun ni, memang saya bercadang nak bawa Awin pergi bulan madu tempat lain dulu sebelum ke Hong Kong", kata anggota kumpulan Forteen ini.


Dalam perkembangan lain, Izzue baru saja selesai menjalani penggambaran filem Suami Aku Ustaz. Dia sibuk di set penggambaran Sahabat. Drama bersiri terbitan Suhan Movie untuk saluran Astro Ria itu turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Liyana Jasmay, Sarah Ali dan pelakon baru Shariff (kumpulan Sleeq). Selain itu, bersama kumpulan Forteen, mereka bakal merakamkan album baru dan kini sedang rancak mempromosikan single Kita. Lagu tersebut turut yang dijadikan lagu tema drama bersiri lakonan Izzue, Sebenarnya Saya Isteri Dia.-MD






.

Tugu Double Six di Sabah


Tugu peringatan 'Double Six' yang dibina bagi memperingati mangsa nahas pesawat Nomad yang mengorbankan Ketua Menteri pertama, Sabah Tun Mohammed Fuad Stephens dan 10 lagi, kini menjadi tumpuan pelancong. Justeru itu, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Yong Oui Fah, pewujudan tugu berkenaan harus dimanfaatkan dan dijadikan antara destinasi rasmi pelancongan Sabah. "Ini adalah satu tempat tapak sejarah yang bukan hanya signifikan dari segi politik tetapi juga dari segi sejarah mengenai pemimpin yang telah banyak memberi sumbangan kepada Sabah," katanya kepada pemberita selepas Upacara Memperingati 'Double Six' di Tugu Peringatan Sembulan, dekat sini hari ini.

Nahas pesawat itu yang berlaku 37 tahun lalu mengorbankan enam pemimpin politik Sabah. Terdahulu, upacara memperingati 'Double Six' itu dimulakan dengan tafakur selama seminit, disusuli upacara meletakkan karangan bunga yang didahului Yong, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Abidin Madingkir dan wakil keluarga mangsa yang terkorban. - Bernama





.

Awas, ijazah doktor falsafah (PHD) palsu


Polis India menyiasat sebuah universiti di India kerana disyaki mengeluarkan lebih 400 ijazah doktor falsafah (PhD) palsu dalam tempoh setahun, kata pihak berkuasa, semalam. Polis menahan empat pegawai kanan dari Universiti CMJ di negeri timur laut Meghalaya kerana disyaki memalsukan dan menipu manakala polis kini memburu canselor yang disyaki melarikan diri. “Kami tidak tahu di mana beliau, kerana beliau sering kali menukar lokasi,” kata pegawai kanan polis negeri, Sunil Kumar Jain kepada AFP. Universiti persendirian yang ditubuhkan pada 2009 di Shillong itu mengeluarkan 434 ijazah PhD sepanjang tahun pengajian 2012 dan 2013 walaupun ia adalah fakulti kecil.

Keadaan menimbulkan kecurigaan di kalangan pihak berkuasa tempatan yang kemudiannya membuat aduan polis. Satu ijazah PhD di Universiti CMJ mengambil masa dua hingga lima tahun dan bernilai sehingga 127,000 rupee (RM6,908) kata laman webnya. “Dengan niat baik, universiti terbabit dibenarkan untuk beroperasi tetapi disebabkan hal ini ia benar-benar memalukan,” kata Ketua Menteri Meghalaya, Mukul Sangma.


Masalah serius di India 

Pemalsuan pengiktirafan adalah satu masalah serius di India, disebabkan permintaan tinggi bagi kelayakan, rasuah dan peraturan yang lemah selain perkembangan sektor pendidikan yang drastik. Pada 2011, satu siri pemalsuan lesen juruterbang didedahkan manakala pada 2010 polis menahan ketua badan kebangsaan bertanggungjawab mengeluarkan sijil perubatan kerana disyaki menerima rasuah. The Times of India melaporkan kelmarin bahawa ijazah PhD dari CMJ dijual antara $4,000 (RM217) hingga $10,000 (RM543) dengan jumlah bayaran menentukan betapa cepat kelayakan itu akan dikeluarkan. - AGENSI





.

Anak perempuan Michael Jackson cuba bunuh diri


Anak perempuan Michael Jackson, dimasukkan ke hospital di California, awal hari selepas dipercayai cuba membunuh diri, demikian lapor lama web celebriti, TMZ. Jurucakap Sheriff berkata, pegawai polis menerima panggilan dari sebuah rumah di Calabasas berdekatan Los Angeles, di mana keluarga Jackson tinggal mengenai 'keperluan rawatan' tetapi enggan menamakan identiti individu yang dibawa ke hospital. Paris yang berusia 15 tahun, semalam kerap kali dalam Twitternya meletakkan posting yang menunjukkan dia berdepan masalah.

TMZ memetik sumber tidak dikenali bahawa ia satu cubaan membunuh diri. Laporan itu menyebut Paris dibawa keluar dari kediaman keluarganya di Calabasas menggunakan pengusung selepas panggilan 911 yang memaklumkan dia kemungkinan mengambil dadah berlebihan. Satu lagi sumber yang rapat dengan pasukan kecemasan memberitahu TMZ bahawa, terdapat beberapa kesan toreh di pergelangan tangan Paris dan memberitahu dia kini dilaporkan selamat. - AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!