Wednesday, May 29, 2013

Cerita terkini mengenai pasangan penyanyi, Tasha Manshahar dan Syed Shamim


PASANGAN duo Youtube pertama di Malaysia, Tasha Manshahar, 21 dan Syed Shamim, 20 melancarkan dua single mereka berjudul Be Mine dan Cuba Teka, hari ini. Bermula dengan hobi dan sekadar untuk tontonan rakan-rakan, kedua-dua penyanyi muda ini terus mendapat perhatian di laman sosial, Youtube. Ekoran kekangan masa kerana masih bergelar pelajar di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas Cheras, pasangan duet ini melancarkan single pertama, Be Mine bersama single kedua mereka, Cuba Teka.

"Kami tidak dapat meluangkan masa untuk melancarkan Be Mine sebelum ini, jadi, hari ini, kami ambil peluang untuk melancarkan kedua-duanya sekaligus," kata Tasha ketika membuat persembahan di majlis pelancaran single mereka, di Hard Rock Cafe. Kedua-dua lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Tasha. Pada majlis sama, Tasha dilantik sebagai duta bagi produk, Shopie Secret and Beauty, keluaran Syarikat Health and Beauty Boutique. -SH





.

Ish.. Bila penduduk buat bantahan bina masjid


Anggota kumpulan Barisan Kebangsaan yang merupakan pergerakan ultra berhaluan kanan, mengetuai perhimpunan bantahan bagi menentang rancangan pembinaan masjid pertama di negara ini, yang dibiayai kerajaan di sini, semalam. Kerajaan memperuntukkan kira-kira 1 juta euro (RM3.9 juta) untuk membina masjid itu di Athens yang dijadual dimulakan pada tahun depan selepas mengurangkan peruntukannya ekoran krisis ekonomi. Penunjuk perasaan, termasuk wanita yang memakai pakaian biarawati, memegang bendera Greece sambil memekik slogan 'Kami tidak mahukan Syariah, kami mahukan Greece dan Ortodoks' dan 'Tidak kepada masjid, berikan wang kepada sekolah'.

Setiausaha Barisan Kebangsaan, Emmanouil Konstas berkata, rancangan pembinaan masjid itu tidak dapat diterima dan kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan komuniti imigran ketika negara berdepan krisis ekonomi. "Keperluan keagamaan beratus-ratus ribu pendatang asing tidak perlu menjadi kebimbangan kerajaan, mereka sepatutnya diusir sejak datang secara haram ke negara ini.

"Bagi mereka yang tinggal di negara ini secara sah, terdapat banyak tempat untuk mereka beribadat," katanya. Athens adalah satu-satunya ibu negara Kesatuan Eropah (EU) yang tidak mempunyai masjid dan tanah perkuburan rasmi untuk penganut Islam. Penduduk tempatan yang menyertai perhimpunan bantahan itu berkata, mereka takut penduduk Islam datang ke kawasan kediaman mereka. - AGENSI





.

12 Gambar bayi yang dibuang dalam mangkuk tandas namun berjaya diselamatkan




Pasukan bomba di timur China menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan selepas dibuang ke dalam mangkuk tandas sehingga menyebabkannya tersangkut dalam paip saluran kumbahan, lapor televisyen milik kerajaan, semalam.



Insiden yang turut mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial itu berlaku di sebuah bangunan kediaman di Jinhua, wilayah Zhejiang Sabtu lalu selepas penduduk melaporkan terdengar bunyi bayi menangis.



Anggota bomba terpaksa memotong paip kumbahan yang terletak di bawah mangkuk tandas itu dan membawanya ke hospital berhampiran sebelum pasukan doktor secara perlahan-lahan mengeluarkan bayi itu yang tersepit.




Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan polis kini sedang mencari ibu bapa kepada bayi malang itu. - REUTERS











.

Tarikh sebenar harga kereta diturunkan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat. "Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-Allah, saya akan pastikan setiap janji ditepati," katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini. Dalam Aku Janji pilihan raya umum ke-13 lepas, Barisan Nasional berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara. - Bernama





.

Spesifikasi kereta The Beetle 1.4 TSI yang baharu keluaran Volkswagen


Volkswagen (VW) hari ini melancarkan varian terbaharu The Beetle dengan menggunakan enjin berkuasa 1.4 TSI menjadikan keseluruhan tiga varian untuk pasaran Malaysia. Volkswagen Group Malaysia (VGM) dalam kenyataannya hari ini menyatakan, sebelum ini VW telah membawa masuk varian 1.2 TSI dengan 2.0 TSI di pasaran Malaysia tahun lalu. The Beetle 1.4 TSI dilengkapi dengan enjin berteknologi tinggi 1.4 liter dengan kuasa maksimum 160PS dan kilasan maksimum 240Nm dengan transmisi kotak gear pertukaran terus (DSG) automatik tujuh kelajuan.

Kereta baharu ini hanya menggunakan 6.2 liter untuk setiap 100 kilometer perjalanan dan di atas kertas mampu mencapai kelajuan maksimum 207 kilometer sejam (km/j) manakala pecutan dari tahap pegun ke 100 km/j hanya dalam tempoh 10 saat. The Beetle 1.4 TSI ditawarkan dalam enam warna pilihan iaitu merah, kuning, hitam, biru dan putih dengan harga RM179,888.






 .
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!