Wednesday, May 22, 2013

Kebaikan dan khasiat Epal hijau


Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.






.

Gempar : H7N9 Ditemui Dalam Ayam


Virus H7N9 dikesan dalam sampel ayam di Provinsi Guangdong di selatan China, kata pihak berkuasa pertanian China pada Isnin. Sampel yang diuji positif H7N9 itu adalah daripada ayam di pasar di bandaraya Zengcheng di Provinsi Guangdong, menurut laporan agensi berita Xinhua. Hasil analisis gen, makmal rujukan avian flu atau selesema burung nasional merumuskan virus H7N9 ditemui dalam sampel itu mempunyai generik serupa pada kadar tinggi sepertimana yang ditemui dalam sampel burung merpati diuji pada 4 April, menurut agensi itu. Wabak virus jenis baharu selesema burung itu melanda China pada akhir Mac, dan setakat ini, jumlah kematian akibat H7N9 telah mencecah 36 orang. -AP





.

Remaja upah pembunuh upahan untuk membunuh ahli keluargaanya



Seorang remaja di Henan, China, mengupah pembunuh upahan untuk membunuh anggota keluarganya. Namun, pembunuh upahan itu gagal membunuh ibu remaja itu, kerana dia tidak berada di rumah, ketika insiden itu terjadi. Remaja itu membayar dengan upah yang tinggi diatas nyawa keluarga remaja itu. Ironinya, ketika kejadian, kakak remaja itu berusaha melindungi adiknya, dengan menguncinya di sebuah bilik. Dia sama sekali tidak mengetahui bahwa adiknyalah yang mengupah para pembunuh tersebut.

Remaja itu nekad melakukannya kerana marah dengan keluarganya yang dikatakan terlalu ketat dan penuh dengan disiplin. Mayat ayah dan kakanya ditemui polis dan remaja itu kini ditanggap oleh pihak berkuasa dan akan disiasat sebelum dikenakan tidakan undang-undang. -AP





.

Kecantikkan semulajadi yang dimilki perempuan ini benar-benar satu kutukan padanya


Kecantikan biasanya dilihat sebagai anugerah. Namun bagi sebahagian orang, hal itu boleh menjadikannya binasa. Laura Fernee, perempuan yang berasal dari London,berkata kecantikannya begitu mempengaruhinya, menghancurkan hidupnya, bahkan telah memaksanya untuk berhenti dari pekerjaan. Sarjana bidang sains berusia 33 tahun itu mengatakan, tubuhnya yang ramping dan wajahnya yang cantik menarik perhatian yang tidak diinginkan dari rakan-rakan lelakinya. Dia juga menyatakan, dia telah dipinggirkan perempuan lain di tempat kerja yang iri dengan kecantikannya. Fernee kini bergantung pada kekayaan orang tuanya setelah berhenti dari pekerjaan bergaji 30.000 poundsterling dua tahun lalu.

Dia mengakui, dengan kecantikkannya orang lain memandang hanya sekadar rupa paras dan tubuhnya. Dia tidak dinilai berdasarkan kerja yang dilakukannya. Dan ramai lelaki lebih gemar menawarkannya hubungan seks berbanding hanya menjadi rakan. Fernee mempelajari sains dan kajian perubatan doktor dan mula bekerja di sebuah laboratorium pada tahun 2008. Namun dia terpaksa berhenti tiga tahun kemudian kerana banyak insiden yang tidak dapat dielakkan disebabkan kecantikannya. -AP





.

Hujan lebat yang boleh mengorbankan nyawa



Beberapa kejadian hujan lebat yang berlaku di selatan China di Wilayah Guangdong sejak awal bulan ini telah mengorbankan 36 orang setakat ini. Dalam gelombang kedua hujan lebat Sabtu lepas, dua terbunuh manakala ketika gelombang pertama awal bulan ini 34 orang terkorban sementara 11 lagi dilapor hilang. Lebih 320,000 penduduk terjejas akibat banjir susulan kejadian hujan lebat itu yang turut memusnahkan 1,400 kediaman, lapor Xinhua, agensi berita yang dikendali kerajaan pada Selasa.

Agensi itu memetik pegawai di pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah, He Guoqing sebagai berkata setakat 7 malam semalam, lebih 16,000 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Meizhou dan Chaozhou. Jabatan meteorologi wilayah juga mengeluarkan amaran pada Selasa bahawa kejadian hujan lebat diramal melanda seluruh wilayah itu pada Khamis dan Jumaat ini yang dijangka mengakibatkan banjir serta tanah runtuh. -Bernama





.

Jumlah sebenar gaji menteri, timbalan menteri dan adun di Sarawak


Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik. Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lalu. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya. Soon koh berkata, rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lalu. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!