Tuesday, May 21, 2013

KOPI LADYKU - AINUL HAZRAH




Pertama kali lihat buku ni, hati lulu memang terpaut. Biasanya lulu tengok senarai buku yang laris di jualan. Namun buku yang satu ini tidak ada dalam senarai tu. Kunjungan lulu ke kedai buku berhampiran, benar-benar macam langkah kanan, dan terus saja lulu beli untuk di jadikan koleksi peribadi. Dan alhamdulillah, memiliki buku ini, memang sangat berbaloi. Jalan ceritanya memang benar-benar cukup rasa. Dari gembira, sampailah menangis masa baca...

Izhar dan kakaknya Baidura menemui Arisa, yang merupakan seorang anak nelayan dari keluarga yang sangat daif ketika membuat urusan kerja  disebuah kampung. Arisa yang ketika itu baru saja menamatkan peperiksaan SPM. Arisa yang lebih dikenali sebagai Icha, merupakan seorang gadis yang sangat sederhana namun bila bercakap bagaikan bertih jagung, susah nak berhenti. Untuk membantu Icha, Baidura dan Izhar menawarkan pekerjaan sebagai kopi 'lady' di pejabat mereka, disamping tinggal bersama dirumah besar Baidura dan Izhar. Disitu, barulah Icha tahu bahawa orang yang membantunya ini sangat kaya dan berdarjat pula tu.

Kerana suatu kejadian, Izhar nekad mengambil Icha sebagai isterinya. Dia membawa Icha kembali ke kampung, dan dalam usahanya untuk mengambil hati ayah dan ibu mertua, Izhar sanggup mengikut ayah Icha ke laut. Kesungguhan hati Izhar menawan hati ayah Icha dan dia akhirnya merestui perkahwinan mereka. Mengahwini seorang gadis yang muda, nampaknya memberi masalah dalam hubungan mereka. Dan suatu hari Icha pulang ke kampung tanpa pengetahuan suaminya. Icha hilang dilaut ketika turut serta turun ke laut bersama ayahnya.

Kehilangan Icha membuatkan jiwa Izhar mati, dan bagaikan tidak terurus, dia sentiasa duduk menghadap laut, menanti kepulangan Icha. Namun suatu hari dia dapat tahu Icha sudah kembali, namun Icha ketika itu sangat berbeza dari Icha sebelumnya. Icha lumpuh dan hilang semangat. Dalam usaha Izhar memulihkan Icha, dia sering di herdik dan dikasari Icha. Ketika itu, kehidupan Izhar hanyalah Icha. 24 jam hanya Icha. Dengan sabar dia melayan dan memujuk Icha. Melengkapi keperluan Icha yang lumpuh. Dan ketika membaca bahagian inilah airmata lulu menitis. Entah tiba-tiba lulu terasa membaca kisah hidup abil dan gee.. Kerana cinta dan kasih sayang Izhar tabah berhadapan dengan dugaan besar itu. Walaupun berbulan Icha berubat namun masih tiada perubahan. Icha yang semakin berputus asa mula meminta Izhar kahwin lain..

Apa yang terjadi kepada Icha seterusnya? Mampukah dia kembali sihat seperti sedia kala, dan menyempurnakan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran? Mampukan Izhar terus bersabar menghadapi Icha yang sentiasa memberontak?


Tajuk : Kopi Ladyku
Penulis : Ainul Hazrah
Halaman : 609 muka surat
Harga : RM25/RM28




P/S - Fully recommended by Lulu Caldina





.


Mari kreatif dengan aiskrim


Mulakan hari anda dengan sarapan pagi aiskrim. Mengapa tidak? Apa kata sekali-sekala anda mencuba sesuatu yang baru dan kreatif apabila bersarapan pagi. Jadi apa salahnya jika sarapan pagi anda adalah aiskrim buahan-buahan yang dibuat sendiri. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana hendak membuat aiskrim yang sihat tetapi sangat enak. Caranya, masukkan yogurt dan buah-buahan ke dalam pengisar dan kisarkannya sehingga ia sebati. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan aiskrim. Jika anda tidak mempunyai acuan aiskrim, anda juga boleh menggunakan cawan plastik. Untuk menyihatkan lagi aiskrim anda, potong buah-buahan seperti kiwi, pisang, strawberi mangga atau anggur ke dalam acuan aiskrim. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia membeku. Anda juga boleh menikmati aiskrim ini dengan meyalutkannya dengan madu dan taburkan kacang badam kisar atau bijirin oat sebagai 'toppings'. Selamat mencuba! -yM





.

4 Krew pesawat jatuh sakit, Pesawat buat pendaratan kecemasan


Sebuah pesawat penumpang dalam penerbangan dari Zurich ke Philadelphia melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang Charles de Gaulle di sini selepas empat krew pesawat tersebut jatuh sakit. Pegawai lapangan terbang melaporkan, keempat-empat krew tersebut dibawa ke pusat perubatan dan didapati mengalami keracunan makanan. Bagaimanapun tiada penumpang yang cedera semasa insiden itu berlaku. - AFP

Pentingnya Google Maps kepada kita


Seorang lelaki di China yang menggunakan perkhidmatan Google Maps berjaya menemui semula keluarganya selepas lebih 20 tahun terpisah. Luo Gang yang dilahirkan di sebuah pekan kecil di wilayah Sichuan terpisah dengan keluarganya selepas dia diculik ketika berusia lima tahun semasa dalam perjalanan ke tadika. Gang, 23, yang kini tinggal bersama keluarga angkatnya di wilayah Fujian selepas diculik, kira-kira 1,500 kilometer dari kampung asalnya, berjaya kembali ke tempat kelahirannya selepas menggunakan peta satelit untuk mengenal pasti kampungnya.

Gang berkata, meskipun keluarga angkatnya menyayanginya, dia dihantui dengan memori zaman kanak-kanaknya ketika berada di kampung halamannya. "Setiap hari sebelum tidur, saya akan paksa diri mengingati semula kehidupan di rumah lama saya supaya saya tidak melupakannya," katanya. Selepas memutuskan untuk mencari kampung halamannya, dia mengepos lakaran peta kampungnya berdasarkan apa yang diingatinya di laman web untuk mencari kanak-kanak hilang.

Dia kemudiannya dihubungi oleh seorang pengguna yang memaklumkan sepasang suami isteri dari pekan kecil di bandar Guangan, wilayah Sichuan, telah kehilangan anak lelaki pada masa sama Gang hilang. Melalui gambar di dalam talian yang dilihatnya, kawasan itu tidak asing baginya dan rasa syaknya disahkan ketika dia mencari lokasi itu di Google Maps. Selepas dia memfokus kawasan yang dikenali sebagai Yaojiaba itu dalam imej satelit, dia melihat dua jambatan yang masih jelas dalam ingatannya. Akhirnya pertemuan diaturkan dan dia menemui keluarganya semula. - AGENSI





.

Penyanyi Korea ini tetap menari walaupun br@ tertanggal


Malang dan memalukan. Itu Insiden yang dialami ketua kumpulan 4Minute, Jihyun apabila baju dalamnya tiba-tiba tertanggal disaat mereka sekumpulan sedang rancak membuat persembahan di program Music Bank, minggu lalu. Ketika kejadian, dia bersama empat anggota lain sedang ligat menari di atas pentas mempersembahkan lagu What's Your Name. Entah bagaimana, tiba-tiba branya (baju dalam) yang berwarna hitam, tertanggal.


Namun, Jihyun tetap profesional. Dia tetap meneruskan tarian dengan penuh bertenaga seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Melihat aksinya itu, para peminat terus memberikan kata-kata semangat kepadanya dan turut berpesan, "Kamu harus lebih hati-hati pada penampilan di masa akan datang. Jihyun, hwaiting!"





.

Diselar : Walaupun di tangga keempat liga, Arsenal tetap meraikan 'pencapaian' mereka


Tempat keempat liga ... dan raikan. Walaupun pemain-pemain Arsenal gembira dengan 'pencapaian' mereka dan lagi musim tanpa piala, namun mereka diselar oleh peminat kerana meraikan apa yang yang dianggap, lagi musim yang mengecewakan. Setelah bermusim kemarau pingat, pemain Arsenal tetap positif dan gembira kerana mereka tetap layak ke juara liga-liga eropah di musim depan. Berbeza dengan peminat mereka, disebabkan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson telah bersara, mereka juga meminta pengurus Arsenal, Arsene Wenger turut melakukan yang sama, iaitu mengundurkan diri. Peminat terus menagih pencapaian yang lebih baik dan berharap kemarau pingat akan berakhir dengan segera. -AP





.

Adeh.. Giliran si isteri pula curang


TAHUN lalu menyaksikan aktor Rupert Sanders dikatakan curang dengan isterinya, Liberty Ross apabila dia menjalin hubungan sulit dengan Kristen Stewart. Kini Liberty Ross seolah-olah ingin menunjukkan bahawa dia juga boleh hidup tanpa Rupert. Lihat sahaja kemesraan yang ditunjukkan aktres ini apabila dia dilihat berpelukan dengan seorang jejaka yang belum diketahui identitinya.


Menurut suatu sumber, baru-baru ini, pasangan itu dilihat meninggalkan Chateau Marmont Hollywood yang mana di sepanjang perjalanan pulang, mereka yang berada dalam sebuah kereta itu tak henti-henti bergurau senda. Lelaki itu kelihatan tidak segan menunjukkan kasih sayangnya pada Liberty.


Mereka berbicara dengan posisi yang saling berdekatan, sementara orang lain dalam kenderaan itu seperti buat tidak tahu sahaja," kata sumber. Liberty dan Rupert sendiri sebenarnya telah mengumumkan perceraian tetapi belum diproses secara sah yang mana sehingga kini status mereka masih sebagai suami isteri. -AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!