Friday, May 17, 2013

Cara pelik untuk memilih wakil rakyat


Pemenang pemilihan pemimpin sebuah bandar kecil di Filipina terpaksa ditentukan dengan melambung syiling selepas calon yang bersaing terikat dengan kiraan undi sama, kata pegawai pilihan raya semalam. Penyelesaian dramatik kepada pertandingan di San Teodoro, bandar pertanian dengan penduduk 16,000 orang di tengah Filipina, diadakan dalam pejabat pilihan raya tempatan, dengan ahli politik melambung duit untuk menentukan nasib mereka. Mereka bersetuju melambung syiling, dengan calon yang mendapat bahagian kepala paling banyak dikira pemenang, kata ketua pilihan raya, San Teodoro, Reny Pagilagan.

Muncul pemenang Beliau berkata, ketegangan berlaku apabila pertandingan pertama melambung syiling selama lima kali juga berakhir dengan seri, dengan kedua-dua ahli politik mendapat kepala, menurut Pagilagan. Anggota Parti Liberal yang memerintah, Marvic Feraren, muncul pemenang dalam pusingan kedua, mendapat dua kepala berbanding satu yang diperoleh pencabarnya. Kedua-dua mereka menerima keputusan.

Mereka bersalaman dan berpelukan, kata Pagilagan. Guna duit syiling Pagilagan berkata, undang-undang pilihan raya Filipina menyatakan pertandingan pilihan raya yang terikat perlu diselesaikan menerusi undian dan duit syiling adalah kaedah yang boleh diterima. Pagilagan berkata, acara minggu ini pernah berlaku dan beliau mempengerusikan satu lagi lambungan syiling pada 2004 untuk menentukan pemenang kerusi lembaga majlis bandar berhampiran. Lebih 44,000 calon bertanding untuk merebut 18,000 kerusi pada pilihan raya pertengahan penggal Isnin lalu, daripada jawatan di majlis tempatan hingga kerusi Parlimen. AFP





.

Selamat tinggal DAVID BECKHAM


Bintang bola sepak David Beckham mengumumkan persaraan beliau pada Khamis selepas kariernya dilimpahi dengan trofi dan glamor sehingga mempunyai kesan di seluruh dunia dan di luar jangkauan bola sepak. Bekas kapten England berusia 38 tahun itu, yang pada bulan ini membantu Paris St Germain (PSG) mencapai gelaran liga Perancis dan menambah gelaran kemenangan di England, Sepanyol dan Amerika Syarikat, akan meletakkan kasut butnya pada akhir musim ini.

"Saya berterima kasih kepada PSG kerana memberi peluang kepada saya untuk terus menyambung tetapi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk menamatkan kerjaya saya, bermain di peringkat tertinggi," kata pemain tengah itu dalam satu kenyataan. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan pasukan saya, pengurus yang terbaik yang saya berpeluang untuk belajar daripada beliau.


Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong saya dan memberikan saya kekuatan untuk berjaya." Beckham yang merupakan anak kelahiran London ini memulakan kariernya di Manchester United, kelab yang disokongnya sejak kecil, membuat penampilan pertama dalam pasukan itu ketika berusia 17 pada tahun 1992. - REUTERS





.

Eh, pelancong asing tu tengah buat apa?


Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini gempar apabila seorang pelancong asing lelaki berbogel sambil melakukan aksi lucah di tingkat tiga terminal lapangan terbang itu malam tadi. Dalam kejadian pukul 9 malam itu, warga asing berusia lewat 60-an yang belum dikenal pasti identitinya itu menanggalkan semua pakaian sementara penerbangan ke ibu negara. Menurut sumber, lelaki yang beraksi sumbang di khalayak ramai itu kemudian diperiksa oleh anggota pasukan keselamatan lapangan terbang sebelum ditahan pihak polis.

"Siasatan awal mendapati lelaki warga asing itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dia ditangkap oleh pihak berkuasa selepas enggan mendengar arahan supaya memakai semula pakaian. "Dia akan didakwa kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dan menunjukkan kelakuan lucah di khalayak umum," katanya ketika dihubungi. - Utusan





.

Gambar anak Ning Baizura dan suami, Omar Shariff - Ryan Sky Dalton


Buat pertama kali sejak lahir pada 31 Januari 2013, anak sulung pasangan Ning Baizura & Omar Shariff membuat kemunculan pertama di’khalayak umum dalam satu sidang media.


Dalam sidang media ringkas yang berlangsung di Neo Tamarind ini Ryan Sky Dalton diperkenalkan kepada semua dan menamatkan penantian peminat yang mahu melihat wajah comel bayi ini.


Berkata kepada media, Ning Baizura & suami merancang untuk pulang ke Ireland sekitar Julai atau Ogos ini untuk membawa Ryan Sky Dalton untuk bertemu dengan keluarga di sebelah sana. -Rotikaya







.

Seorang pelakon lelaki terkenal ditangkap Khalwat


Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis. Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya. Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. - Bernama




P/S - Gambar sekadar hiasan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!