Monday, May 13, 2013

Jom Ke Muzium.. Masuk adalah percuma untuk semua muzium



Kesemua muzium di bawah kendalian Jabatan Muzium Malaysia akan dibuka percuma pada Sabtu ini sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa. Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata, tindakan itu bagi menghargai sokongan masyarakat termasuk pelancong yang tidak putus-putus melawat muzium di bawah kendalian jabatan itu. "Pada 18 Mei tiada bayaran masuk dikenakan oleh muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia, malah slot pameran khas juga turut dibenarkan masuk percuma," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2013, di Muzium Negara hari ini.

Ibrahim berkata, antara muzium yang mengenakan bayaran di bawah kendalian jabatan itu ialah Muzium Negara, Muzium Diraja di Kuala Lumpur, Muzium Perak di Taiping dan Galeria Perdana di Langkawi, Kedah. "Pelbagai aktiviti turut diadakan pada hari itu seperti persembahan brass band daripada pasukan pancaragam beberapa buah sekolah menengah dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), jualan buku, setem dan cabutan bertuah buat pengunjung," katanya. Ibrahim berkata, pelancaran sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan akan diadakan pada 23 Mei oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Muzium Sarawak, Kuching.

"Kali ini Muzium Sarawak dipilih sebagai tuan rumah bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Sarawak ke dalam Malaysia dan juga Tahun Melawat Sarawak 2013," katanya. Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan yang bertemakan "Muzium (Kenangan Kreativiti Perubahan Sosial)" menyajikan pelbagai aktiviti seperti pameran, larian muzium, kembara muzium dan seminar. Malah dua muzium dari Indonesia dan satu dari Australia turut mengambil bahagian mempamerkan barangan bersejarah di Muzium Sarawak bermula 22 hingga 26 Mei. - Bernama





.

Lelaki bunuh isteri kerana agama islam



Seorang penganut Kristian Qibti yang menikam isterinya kerana memeluk agama Islam bertindak membunuh dirinya dengan terjun dari tingkap sebuah bangunan mahkamah semalam. Pegawai keselamatan Mesir berkata, Romany Amir bertindak sedemikian sementara dia menunggu untuk disoalsiasat polis di sebuah mahkamah utama di selatan bandar Assiut. Pegawai itu tidak mahu namanya didedahkan kerana tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media sementara keadaan isteri Amir masih lagi dalam keadaan kritikal ekoran ditikam, semalam. Amir dikebumikan petang ini di kampungnya berhampiran Assiut. - Agensi





.

Dengan burung pun ada nafsu??


Seorang lelaki ditahan selepas didapati melakukan penderaan seksual ke atas seekor burung merak yang ditemui mati dalam garajnya, kata pihak berkuasa di Illinois. Stesen televisyen NBC, melaporkan David Beckman, 63, dari pinggir bandar Roselle, turut berdepan tiga tuduhan gangguan menerusi telefon, pemilikan tidak sah dadah paraphernalia, dua tuduhan memiliki ganja, cubaan melakukan hubungan sumbang dengan seorang budak, kekejaman ke atas haiwan dan dua tuduhan menyerang, lapor NBC Chicago. - Agensi





.

Apa alasan pasangan yang di tangkap khalwat ini?


Seorang pemuda memberi alasan tidak sempat untuk pulang ke rumah selepas bersia-siar sekitar bandar ini ketika ditahan bersama pasangannya di sebuah rumah tumpangan, semalam. Dalam serbuan jam 3 pagi itu, pemuda berusia 20an berkenaan ditahan dalam keadaan mencurigakan bersama seorang wanita yang didakwa kawannya lingkungan usia sebaya. “Betul ustaz! Kami baru saja masuk dan kami tak buat apa-apa lagi. Saya hanya temankan dia,” katanya cuba memujuk anggota operasi daripada mengambil tindakan ke atasnya dan pasangan.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pemuda berkenaan memberikan pelbagai alasan bagi mengelak daripada ditahan pihaknya. Menurutnya, ketika pemuda itu sibuk memberi pelbagai alasan, pasangannya hanya mendiamkan diri dalam ketakutan.

“Pemeriksaan mendapati pasangan ini masih belum mempunyai ikatan perkahwinan dan juga berada dalam keadaan yang mencurigakan iaitu berkurung. “Alasan yang diberikan antaranya menemani pasangannya tidur bersendirian nyata tidak boleh diterima kerana apa juga alasan diberikan, mereka masih belum mempunyai ikatan sah. “Lelaki berkenaan yang berasal dari daerah ini, turut memberi alasan mereka mempunyai hubungan yang serius dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997. “Jika sabit kesalahan, kedua-duanya berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. -SH




.

Khabar terbaru pemain badminton, Misbun Ramdan Misbun


Pemain Nusa Mahsuri, Misbun Ramdan Misbun terus menawan pentas Eropah apabila semalam menjuarai Cabaran Antarabangsa Slovenia – hanya dua minggu selepas memenangi Cabaran Antarabangsa Portugal. Misbun, pilihan pertama kejohanan yang dibimbing bapanya, Datuk Misbun Sidek sejak keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya mengambil masa 25 minit menewaskan pemain Perancis yang juga pilihan ketujuh Lucas Corvee 21-11, 21-17.

Nusa Mahsuri menghantar Misbun menyertai kejohanan di Eropah dalam usaha membina keyakinan diri pemain yang kini menduduki ranking ke-60 dunia itu dan berharap dia dapat merasai perasaan bergelar juara yang diyakini mampu mendorongnya merangkul lebih banyak kejuaraan.- SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!