Tuesday, May 7, 2013

Pelakon popular ini di kritik kerana kelihatan lebih tua dari usianya


Jika dulu, gadis bond ini pernah menjadi kegilaan ramai kerana rupa paras dan tubuh menawan, namun kini ramai yang mula mengkritik penampilannya yang kurang terurus. Menurut sumber yang juga peminatnya, aktres itu harus menjaga penampilan meskipun usianya kini mencecah 42 tahun. "Ramai rakan artis di usianya masih kelihatan menarik.


Namun berbeza dengan Denise Richards, yang kelihatan lebih tua dari usianya. "Selain kedutan ketara di wajah, dia juga semakin selekeh," kata sumber. Sementara itu, Richards, menjelaskan dia tidak kisah dengan sebarang kritikan terhadap dirinya. Jelas Richards dia selesa dengan kehidupannya. -AGENSI





.

Giliran penyanyi Adira pula bertudung?



Kemunculan Adira dalam satu program di Wangsa Melawati baru-baru ini menimbulkan tanda tanya, adakah penyanyi itu sudah memilih imej bertudung? Penyanyi Adira, 22, yang sering diterjah dengan pelbagai kontroversi tidak pernah menganggap itu semua sebagai penghalang untuknya meneruskan kerjaya. Sebaliknya, Adira atau Siti Adira Suhaimi berkata, penampilannya bertudung ketika itu adalah untuk disesuaikan dengan majlis yang dihadiri. Dia yang dilihat manis bertudung sewaktu menghadiri kelas agama bersama peserta Usrah Fitrah baru-baru ini berkata, kehadirannya ke situ selepas diberitahu oleh penyanyi Heliza Helmi. "Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini.

"Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama," katanya. Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu bersama Hafiz itu berkata, walaupun dia bertudung ketika menghadiri kelas agama, itu tidak bermakna dia akan terus bertudung. Jelas Adira, untuk tempoh ini dia lebih senang tampil dengan imej sedia ada dan apabila tiba masanya, dia juga akan mengenakan tudung seperti yang dituntut oleh agama Islam.

"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa. "Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," katanya yang kini aktif berlakon. Dia yang pernah dikaitkan bercinta dengan Hafiz dan Aliff Aziz berkata, buat masa sekarang tumpuannya ialah pada kerjaya berbanding soal cinta. - Utusan





.

Rupanya belum selesai, Jimmy Shanley Ke Mahkamah Lagi


Pelakon Jimmy Shanley yang sebelum ini berasa lega apabila kes perceraian dan hak penjagaan anaknya selesai terpaksa 'naik turun' mahkamah semula apabila bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, mahu membuat satu lagi tuntutan pada Khamis ini. Menurut Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 33, berkata, dia dimaklumkan bekas isterinya akan memfailkan tuntutan berhubung hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang memberi Jimmy hak melawat anaknya, iaitu Zahrah Rania Shanley. "Saya dimaklumkan Suhaila akan membuat tuntutan mahkamah sekali lagi berhubung isu hak penjagaan anak kami pada Khamis ini. "Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu secara terperinci tentang perkara ini. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku nanti," katanya.

Pada 8 April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan Jimmy mendapat hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anak perempuannya yang berusia setahun sembilan bulan. Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10 pagi Selasa sehingga Khamis pukul 6 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir. Bagaimanapun tambah Jimmy, sehingga kini bekas isterinya masih lagi tidak membenarkan dia berjumpa dengan anaknya itu. "Walaupun mahkamah memberikan tempoh tertentu untuk saya melawat Zahrah, saya masih lagi tidak diberikan peluang melihat anak saya itu.

"Saya tidak tahu apa yang cuba dilakukannya (Suhaila) dan tidak faham apa yang dirasakan tidak puas hati dengan keputusan yang diberi. "Harap-harap kes pada Khamis ini tidaklah sampai ke tahap akan memutuskan perhubungan saya dengan anak, Insya-Allah," ujarnya. Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini. Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012. -Mstar





.

Gempar : Walaupun berusia 700 tahun, dia masih sempurna


Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan ditemukan ketika pekerja sedang membina sesuatu di China bahagian Timur. Apa yang luar biasa adalah keadaan tubuh mumia yang masih sangat baik. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu. Arkeologi China terkejut bagaimana utuh keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah mumia itu. Seakan-akan dia baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat. Mumia tersebut ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu China. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.

Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’.


Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu. Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’. -AP





.

Haiwan-haiwan yang malang ini berjaya diselamatkan



Sebanyak 1,300 ekor anjing yang bersesak-sesak dalam kurungan dirampas dalam tempoh kurang seminggu di timur laut sempadan Thailand hari ini. Anjing-anjing itu dipercayai diseludup untuk dijadikan hidangan di seberang laut, kata pihak berkuasa. Sebanyak 300 ekor anjing ditemui hari ini di wilayah Bueng Kan, kata polis tempatan, manakala pihak berkuasa di wilayah Sakon Nakhon berkata, sebanyak 400 ekor anjing ditemui semalam. - AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!