Monday, May 6, 2013

Keputusan Penuh Pilihanraya Umum ke-13 (Keputusan Mengikut Negeri) Dun dan Parlimen




Keputusan Penuh Pilihanraya ke 13 (Keputusan Mengikut Negeri) Dun dan Parlimen | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh pilihanraya ke 13 yang diadakan pada hari ahad bersamaan 5 mei akan dapat diketahui seawal-awalnya pukul 6 petang. Keputusan penuh akan sentiasa di update sehinggalah ke keputusan terakhir yang dijangka akan diterima lewat tengah malam. Untuk itu, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita keluar beramai-ramai menunaikan kewajipan kita dengan mengundi. Semoga yang berjaya dipilih akan dapat melakukan tugas dengan baik.


PARLIMEN



DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)




*klik gambar untuk tumbesaran






.
   

Lihat sekolah mereka yang sangat.... daif


Bilik darjah mereka dicemari debu dan terletak di bawah landasan kereta api, papan hitam sekadar dicat pada dinding konkrit manakala gurunya seorang pemilik kedai yang tiada latihan rasmi tetapi yakin pendidikan adalah satu-satunya harapan mereka.


Bagi ramai anak pekerja pendatang yang miskin di ibu negara India, kelas terbuka, satu-satunya sekolah yang mereka miliki manakala yang menghadiri sekolah kerajaan penuh sesak juga datang ke sini dengan satu harapan untuk belajar. Akta Hak Mendapat Pendidikan India yang menjanjikan sekolah percuma dan wajib kepada semua kanak-kanak berusia enam hingga 14 tahun sepatutnya berkuat kuasa 31 Mac, tetapi jutaan golongan itu masih tidak dapat ke sekolah dan siapa yang boleh berbuat demikian cuma mendapat pendidikan asas.


Jadi, setiap pagi, lebih 50 kanak-kanak berkumpul di bawah jambatan selama dua jam untuk belajar di sekolah tidak rasmi Rajesh Kumar. Mereka menyapu habuk dan membentangkan tikar untuk duduk, cuma beberapa meter daripada semak yang menjadi tempat beberapa lelaki membuang air beberapa minit sebelum itu. Pelajar, berusia empat hingga 14 tahun, mempelajari segala-galanya daripada asas membaca dan menulis sehingga kepada Teori Pythagoren.


Mereka yang menghadiri sekolah kerajaan berkata, kelas sesak dan guru, apabila muncul, cuma masuk, menulis masalah di papan hitam dan keluar. “Mereka mengajar lebih baik di sini,” kata Raju, 12, anak kepada pengutip bunga. Dia menghadiri gred lima di sekolah kerajaan dalam kelas dengan 61 pelajar lain.


Di sana, guru hampir tidak mengajar apa-apa, katanya. Menurut akta itu, yang diluluskan pada 2010, pendaftaran meningkat daripada 192 juta kepada 199 juta, dan kerajaan melabur lebih AS$11 bilion (RM33.33 bilion) dalam meningkatkan sistem sekolah. - AP





.

APA BERLAKU KEPADA KERTAS UNDI SELEPAS KEPUTUSAN DIUMUMKAN?


Setelah keputusan pilihan raya diumumkan, sampul-sampul yang mengandungi kertas undi akan dimasukkan ke dalam Peti Khas manakala keratan kertas undi (Counterfoil) disimpan oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri. Peti Khas akan dimeterai dan disimpan di Pejabat Pegawai Pengurus, manakala kunci Peti Khas akan disimpan di Pejabat Pilihan Raya Negeri. Kertas-kertas undi perlu disimpan sehingga keputusan pilihan raya diwartakan. Sekiranya terdapat petisyen pilihan raya, kertas-kertas undi tersebut perlulah disimpan sehingga selesai kes petisyen pilihan raya. Peti Khas tidak boleh dibuka, kecuali dengan perintah mahkamah. Setelah selesai petisyen pilihan raya atau sekiranya tiada sebarang petisyen diterima, sampul-sampul yang mengandungi kertas undi akan dimusnahkan. Notis akan diberikan kepada calon memaklumkan tarikh, tempat dan masa sampul-sampul kertas undi akan dimusnahkan. Calon atau wakilnya akan dijemput menyaksikan urusan pemusnahan sampul-sampul kertas undi. Pada tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan Peti Khas akan dibuka dan sampul-sampul yang mengandungi kertas undi akan dikeluarkan. 


Sampul-sampul yang mengandungi kertas undi ini akan dimusnahkan di hadapan calon atau wakilnya.


Para petugas akan memastikan bahawa semua sampul telah habis dimusnahkan dan semua sampul yang dimusnahkan tidak lagi dapat dicamkan.


Setelah selesai urusan pemusnahan kertas undi, calon atau wakilnya akan diminta untuk menandatangani sijil pemusnahan dokumen pilihan raya. -SPR






.

Penjelasan SPR mengenai peti undi yang tercicir di Putrajaya



Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata proses pengiraan dan penjumlahan undi disaksikan pemerhati terdiri daripada ejen parti politik dan agensi antarabangsa. Beliau sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa peti undi di Putrajaya tercicir. "Terlalu banyak cerita tidak benar yang disebarkan melalui media sosial. Proses penjumlahan juga berjalan lancar. Kenapa mereka-reka cerita," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini. Wan Ahmad turut menafikan kononnya ejen untuk pengiraan undi di Lembah Pantai dihalau ketua tempat mengundi selepas ditutup. Beliau berkata dakwaan sedemikian hanyalah bertujuan memfitnah dan memburukkan imej SPR. - Bernama





.

Akres Hollywood terkenal ini pelawa dia makan malam bersama


Presiden Filipina, Benigno Aquino menolak tawaran yang biasanya dianggap sukar untuk tidak diterima oleh kebanyakan lelaki, iaitu makan malam bersama aktres Hollywood, Pamela Anderson. Jurucakap presiden Edwin Lacierda berkata Aquino, 53, menolak tawaran bekas bintang Baywatch itu bagi temujanji makan malam bagi membincangkan masa depan Mali, seekor gajah berusia 39 tahun, satu-satunya gajah di Zoo Manila sejak beberapa dekad lalu. Anderson, 45, yang mewakili kumpulan aktivis People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) melahirkan kebimbangan terhadap kurungan terlalu lama gajah terbabit dalam kandang zoo yang sempit itu.

Anderson dan Peta mahu Mali dipindahkan ke sebuah pusat perlindungan gajah di Thailand bagi membolehkan ia menghabiskan hayatnya dengan ditemani gajah lain di sebuah tempat menyerupai habitat asalnya. Mali dihadiahkan oleh Sri Lanka kepada Filipina ketikaberusia tiga tahun. Mali tidak pernah keluar dari kurungan yang sempit di zoo terbabit. Bagaimanapun, Peta dan Anderson ingin mengubah nasib Mali selagi hayatnya masih ada. Dalam suratnya kepada Aquino, Anderson menulis: “Jika anda berada di Los Angeles, saya ingin makan malam bersama anda dan berbincang mengenai bagaimana kita boleh membantu Mali.” – Agensi





.

Cristiano Ronaldo membuat pendedahan mengejutkan


Cristiano Ronaldo mengakui sedang bersiap untuk membuat kepulangan sensasi ke Manchester United. Bintang Portugal itu memberitahu seorang pemain senior United bahawa dia serius untuk kembali ke Old Trafford dan mempertimbangkan sebarang kemungkinan. Pengurus United, Alex Ferguson pula menegaskan, dia akan meminta sokongan pemilik kelab, keluarga Glazer untuk menjadikan kepulangan bekas Pemain Terbaik Dunia itu pada musim panas nanti satu kenyataan. Ronaldo, 28, dijual kepada Real Madrid dengan rekod perpindahan 80 juta pound (RM377.83 juta), empat tahun lalu.

Begitu pun, khabar angin mengatakan United cuba membawa kembali pemain itu dengan harga 65 juta pound (RM307 juta). Ferguson tidak pernah menyembunyikan minat untuk mendapat semula sentuhan pemain kesayangannya itu tetapi sering menegaskan, perjanjian mungkin sukar untuk dilengkapkan.


Ronaldo masih memiliki kontrak dua tahun di Madrid dan realistik untuk dia meninggalkan gergasi bola sepak Sepanyol itu hanyalah pada hujung musim depan. Dia turut diintai kelab kaya Perancis, Paris Saint-Germain (PSG). "Glazers sentiasa memberi sokongan setiap kali saya meminta apa-apa, jadi mungkin permintaan kali ini juga tiada bezanya. "Kalau saya minta pemain tertentu sekarang, saya rasa mereka akan memenuhinya. Kini tiba angin perubahan, saya akan memburu pemain utama dunia kalau dibenarkan," ujar Ferguson. - AGENSI





.

Pelajar perubatan Malaysia mati lemas di luar negara


Seorang pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Perubatan Kursk State, Rusia ditemui mati lemas oleh pihak berkuasa tempatan negara itu pada kira-kira pukul 9 pagi waktu Rusia. Setiausaha ketiga Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Shahrul Aszemi Suandi berkata, N.Umamaheswaran dikatakan melakukan aktiviti luar di sebatang sungai di Kursk bersama beberapa rakan sebelum dilaporkan lemas pada kira-kira pukul 10 malam kelmarin. Beliau berkata, mayat mangsa yang berasal dari Pahang itu berjaya ditemui pihak berkuasa Rusia selepas usaha mencari dilakukan selama 11 jam.

"Kita telah memaklumkan kepada keluarga mangsa dan kini mayatnya ditempatkan di Hospital Kursk sementara menanti proses bedah siasat yang akan dilakukan pada Isnin," katanya. Shahrul berkata, buat masa ini, pihaknya belum dimaklumkan punca sebenar kematian mangsa dan hanya diberitahu pelajar itu mati lemas ketika melakukan aktiviti luar. "Kita tidak dapat sahkan mangsa bersama siapa dan apa aktiviti yang dilakukan kerana itu semua sedang disiasat oleh pihak berkuasa Rusia," katanya sambil menambah mayat Umamaheswaran dijangka tiba ke Malaysia pada Rabu. - BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!