Sunday, May 5, 2013

Patung yang aneh. Boleh hamil dan melahirkan


Judith Mommy To Be merupakan inovasi patung baru. Patung ini boleh hamil dan melahirkan patung berupa bayi. Patung ini memang mirip dengan Barbie, namun berbeza produk. Patung ini boleh di set sesuka hati dimana perut hamilnya boleh dipasang dan dibuka. Ajaibnya, patung bayi boleh dimasukkan ke dalam perut hamil patung ini. Perut patung ini juga boleh kembali kempis seperti patung lain. Setiap patung boleh dibeli melalui online dengan harga $ 19.95. Dalam satu pakej telah dilengkapi dengan benjolan perut yang boleh dibuka dan bayi di dalamnya. Mainan ini didedahkan boleh membantu anak memahami proses kelahiran yang pada umumnya sukar dijelaskan oleh orang dewasa. -DM





.

Justin Bieber berhenti 2x membuat persembahan di Turki kerana menghormati azan



Selepas beberapa siri jelajah dunia yang penuh kontroversi, penyanyi ini, Justin Bieber tiba di Turki. Tiket yang telah habis dijual itu, menyaksikan penyanyi itu memiliki peminat yang sangat ramai di situ. Dan yang paling mengejutkan, Justin Bieber menghentikan persembahannya sebanyak 2 kali sebaik saja azan bergema di negara islam itu.


Peminatnya di negara itu ternyata sangat terkejut dengan aksi spontan penyanyi itu, dan berkata didalam laman twitter penyanyi itu, bahawa mereka terkejut dan gembira, apabila melihat penyanyi kesayangan mereka, menghormati agama peminatnya. Walaupun penyanyi itu tidak berkata apa-apa mengenai tindakannya selepas itu, ramai yang percaya, bahawa penyanyi itu menghargai peminatnya dengan mengambil tahu mengenai apa saja, termasuk amalan agama lain. -AP






.

INFO RASA: KHASIAT BUAH DELIMA


Buah delima sangat sedap dimakan dan menganti pelbagai khasiat. Antar khasiat yang terkandung dalam buah delima ialah:

1. ANTIOKSIDAN
Buah delima mengandungi jumlah antioksidan dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Antioksidan berfungsi melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan manusia. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

2. BAIK UNTUK JANTUNG
Buah delima dapat melindungi jantung. Kajian menunjukkan jus yang terhasil dari buah delima mampu mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan strok.

3. MENURUNKAN KADAR KOLESTROL
Buah delima juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ini kerana antioksidan dalam buah delima dikatakan dapat mengurangkan kadar LDL (kolestrol jahat) dalam badan dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

4. MENCEGAH KANSER
Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser. Sebagai contoh:
a) Jus buah delima dapat mencegah dan menghancurkan sel-sel kanser payudara.
b) Ekstrak biji delima dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
c) Membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat.

5. KAYA VITAMIN C
Selain sedap, buah delima juga kaya dengan Vitamin C. Sebiji buah delima boleh menyumbangkan kira-kira 40 % jumlah vitamin C yang diperlukan oleh badan manusia dewasa. Selain itu ia juga kaya dengan folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!